You are on page 1of 14

PermainanTradisional

Wau
Kumpulan 1
Ketua : Chia Kian Ann Chew Le Yee Chua Hooi Ling Yeap Wen Zhuo

Pendahuluan

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang -layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Pengenalan
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus -ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488 -1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk -penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri -negeri di Utara Semenanj ung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara sa tu sama lain sehingga ada di setengah -setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimban g ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua -tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan tera ju yang dipasang dengan tepat.

Latar Belakang
Asal-Usul
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang -layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsure unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau, nama lain adalah layang -layang. Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand

memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi secara berirama. wau, wau, wau

Sejarah Wau Malaysia


Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walaubagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana reka bentuk serta cirri-ciri mempunyai persamaan dengan layang -layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau


Permainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah. Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi. Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan pera saan cemburunya itu dia telah menyeksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang -orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman -berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga -bungaan dan motif wau.

2) Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan serul ing

3) Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas -balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah : 1. Karut Selampit 2. Karut Menora 3. Karut Jenaka Mak Yong 4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat Dalam Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X (Wau Bulan is a specially shaped kite) Wau Bulan teraju tiga (Teraju Tiga describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying) Ini malam sama-sama (Tonight, all of us together) Sama-sama bersuka-ria (Together, we all have a good time)

Negeri yang Mempopularkan Permainan ini :


Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negerinegeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau.

Kaum yang Terlibat


Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum Melayu. Majorotinya, kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha, kaum cina dan india.

Tujuan Dimainkan
Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia.

Jenis-Jenis Wau
Teraju Tiga.
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Wau bulan
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau
katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu

ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Gambar-gambar Jenis Wau :

Wau Payung

Wau Kucing

Wau Helang

Wau Jala Budi

Wau Seri Negeri

Wau Puyuh

Cara Membuat Wau

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adal ah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang. Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama tim bang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah -bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua -dua belah kiri dan kanan. Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

Langkah-Langkah Membuat Wau:


1. Buluh terlebih dahulu dipilih bagi me ndapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah. 2. Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong. 3. Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian -bahagian yang lain 4. Kemahiran membelah buluh cara lama yang selalunya dilakukan oleh pembuat wau yang mahir dan berpengalaman. 5. Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut. 6. Belahan buluh diasingkan megikut keperluan sama ada untuk dibuat sayap atau tulang belakang 7. Belahan buluh seterusnya dicuci daripada buku buluh. 8. Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap. 9. Penyediaan tulang belakang supay a lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor 10. Bahagian sayap mestilah sama panjang antara kiri dan kanan 11. Buluh sayap yang telah diraut terlebih dahulu diukur menjadi dua bahagian sama panjang. 12. Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut 13. Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut -liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna. 14. Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di anta ra kiri dan kanan.

15. .Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut -liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang. 16. Bilah buluh di bahagian ekor dibentuk bersama -sama dengan tulang belakang terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali. 17. Penyediaan dan ikatan bahagian sayap dengan bahagian ekor. 18. Cara membuat ikatan untuk bahagian -bahagian rangka wau. 19. .Bahagian ekor diliut dan dibentuk supaya sama lekok seperti yang dikehendaki. 20. Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor. 21. Kerja-kerja meraut daun ibus untuk dibuat dengung atau busur wau. 22. Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan bunyi yang baik dan nyaring. 23. Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau. 24. Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada wau menj adi berpusing. 25. Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan baik. 26. Wau bulan dan wau kucing yan g telah siap diikat dengan teraju. 27. Menaikkan wau mestilah dalam keadaan yang bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak. 28. Wau mula diterbangkan ke udara. 29. .Imbangan sayap, ekor dan teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung -apung di udara.

Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang -layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang -layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari -hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

You might also like