You are on page 1of 15

Isu- isu Perpaduan Peristiwa 13 Mei 1969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan

sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah

mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969 1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British

Pada

Zaman

pemerintahan

British,

British

telah

mewujudkan

kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di

estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa

pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan

yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun

temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estetestet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada

kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

1.1.5 Persatuan-persatuan Etnik Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

1.1.6 Pendudukan Jepun Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri

daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

1.17 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969. Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik

yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu

melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Operasi Lalang 1987

Operasi Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri. Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan. Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

1) Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula. 2) Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. 3) Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat

mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina. 4) Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.

Isu penempatan penempatan guru-guru tanpa kelayakan Mandarin di SRJK(C). pada bulan Ogos, Kementerian Pendidikan yang diketuai menterinya ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim telah menghantar kira-kira 100 orang guru sekolah yang tidak mendapat pendidikan Mandarin ke sekolah ke SJKC. Tindakan ini mendapat bangkangan terutamanya dari pertubuhan Dong Jiao Zong dan menggesa kementerian menarik balik perlantikan tersebut. Akhbar-akhbar cina pula mula memainkan isu sensitive. MCA yang dicabar DAP sebelum ini telah menyiarkan kenyataan keras dalam bulletin parti mereka dengan

menyatakan, "....Our party reiterates its stand: the MCA will swim or sink with the Chinese Primary Schools...". walaupun mendapat tekanan, Anwar Ibrahim tetap tidak berganjak dengan keputusan tersebut.

Pada 11 Oktober 1987, kira kira 2000 orang terdiri dari ahli parti politik yang majoriti ahlinya berbangsa Cina iaitu MCA, DAP dan GERAKAN disertai dengan 15 pertubuhan cina telah mengadakan perhimpunan di tokong Khean Hou di Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Lee Kim Sai dan Lim Kit Siang. Perhimpunan ini dengan lantang menuntut pihak kerajaan menyelesaikan masalah SRJK(C) dan meluluskan beberapa resolusi yang diantaranya meminta pelajar SRJK(C) memulau kelas. Hasilnya 30,000 pelajar tidak menghadirkan diri ke kelas. Walaupun rancangan 3 hari boikot itu dibatalkan.

UMNO, terutama sayap Pemudanya begitu kecewa dengan tindak-tanduk Lee Kim Sai dan masyarakat Cina. Pemuda UMNO, sebagai raksi balas perhimpunan 11 Oktober itu, telah mengadakan perhimpunan balas pada 17 Oktober 1987 di Stadium TPCA Jalan Raja Muda yang dihadiri kira-kira 20,000 orang. Perhimpunan ini juga turut disertai beberapa pertubuhan orang melayu diantaranya GPMS serta mahasiswa melayu dari universiti tempatan. Kedua-dua pihak menuntut pengunduran Lee Kim Sai dan Anwar Ibrahim dari kabinet kerajaan. Sementara itu Najib Razak yang merupakan orang penting Pemuda UMNO mengetuai perarakan orang Melayu di Kampong Baru

mengakibatkan banyak kedai yang dimiliki orang cina tutup. UMNO kemudiannya bercadang untuk mengadakan sambutan ulangtahun penubuhan yang ke 41 secara besar-besaran di Kuala Lumpur dan dijangka seramai 500,000 orang akan hadir. Namun kerajaan tidak membenarkan sambutan tersebut.

Isu Mata Pelajaran Pilihan Kegiatan DAP dalam meneksploitasikan isu mata pelajaran pilihan di Universiti Malaya telah menambahkan ketengangan dan polarisasi di antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu. Pada 17 Ogos 1987 ahli-ahli DAP yang diketuai oleh V.David, timbalan Pengerusi DAP Selangor, Dr.Eng Seng Chai,Pengerusi DAP Selangor dan Lim Guan Eng telah mengadakan tunjuk perasaan haram di hadapan pintu masuk Universiti Malaya yang berkesudahan dengan pertengkaran dan caci mencaci antara mereka dan penuntut-penuntut Melayu Universiti itu. Kata-kata seperti "Cina balik Tongsan "dan "Melayu balik Indonesia", serta "Kalau awak berani keluarlah",telah dilaung-laungkan. Selain itu DAP juga membawa sepanduk provokasi yang tertulis : MIC,MCA DAN GERAKAN-JANGAN MENGGADAI MARUAH MIC,MCA- SELEEPING BEAUTIES MCA dan MIC- LETAK JAWATAN MENGAPA MIC JADI PENDIAM MCA TIDAK BERBUAT APA-APA MIC,MCA JUAL MARUAH Hanya kawalan yang rapi oleh pihak Polis serta pihak keselamatan Universiti telah dapat mencegah dari tercetusnya pergaduhan. Sebagai reaksi kepada peristiwa 17 Ogos 1987 itu, siswa-siswa Melayu pula telah mengadakan perhimpunan di Kampus Universiti Malaya pada 20 Ogos 1987 tanpa kebenaran pihak Universiti, dan perhimpunan itu telah menegangkan lagi keadaan . Tanpa menghiraukan keadaan yang sudah tegang itu, DAP pada 9 Oktober 1987 telah menganjurkan satu lagi perhimpunan haram dan mogok lapar di pintu masuk Universiti Malaya.Perhimpunan tersebut diketuai oleh Dr.Eng Seng Chai. Sebelas orang daripada pemogok lapar ini telah ditangkap apabila enggan bersurai .

Isu Bukit Cina

Dalam tahun 1983 , apabila Tan Sri Rahim Tambhy Cik -Ketua Menteri Melaka (CM) berhasrat memindahkan kubur-kubur lama yang berada disitu bertujuan untuk memajukanya , ia mendapat bantahan orang ramai terutamanya dari kaum Cina, pencita sejarah dan NGO . Mereka berpendapat; Bukit Cina adalah warisan (heritage) sejarah Malaysia bermakna dengan memindahkan kubur-kubur lama itu bermakna memadam sejarah orang-orang Cina di Malaysia . Sebilangan pertubuhan dan parti politik Cina terutamanya DAP telah menentang dan menjadikan satu isu perkauman bahawa rancangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membangun secara komersial 80 % daripada kawasan Bukit Cina dan menjadikan baki 20% lagi sebagai kawasan perlindungan bagi mengekalkan unsur-unsur peninggalan sejarah dan sebagai kawasan rekreasi. DAP selanjutnya telah terus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman untuk membangkitkan kemarahan orang-orang Cina terhadap Kerajaan dan orang-orang Melayu. Dalam satu ceramah pada 29 September,1984 di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Lim Kit Siang, Setiausaha Agong DAP,telah menyifatkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Bukit Cina itu sebagai satu muslihat Kerajaan untuk melenyapkan segala jasa-jasa kaum Cina terhadap negara dan juga sebagai cabaran terhadap kebudayaan dan agama orang-orang Cina. DAP terus mengeksploitasi isu ini dengan beberapa kegiatan termasuk penyebaran poster diselutuh negara pada 21 Julai,1984 yang mengandungi ungkapan seperti-" Bukit Cina Warisan Sejarah Cina", mengadakan upacara berjalan kaki bagi

'menyelamatkan"Bukit Cina di Kuantan,Seremban, Alor Setar dan Melaka di antara 20 dan 30 Oktober ,1984,serta berusaha mengumpulkan 200,000 tandatangan sebagai penentangan kaum Cina terhadap usaha memajukan Bukit Cina. semangat perkauman yang tebal sengaja dipupuk oleh DAP tanpa segan silu.

Kristianisasi Melayu

Pada umumnya gereja- gereja Kristian di negara ini mengekalkan tradisi dan mematuhi peruntuk undang- undang yang mengah usaha mengembangkan agamaagama lain di kalangan orang- orang Islam . Namun demikian , sekumpulan kecil yang dikenali sebagai Neglcted Peopls Workers ( NPW) berpusat di First Baptist Church , Jalan Pantai , Petaling Jaya , Selangor telah terlibat dalam usaha mengkristiankan orang- orang Melayu dan telah berjaya mengkristiankan seramai 7 orang . Gerakan Kristianisasi orang melayu telah dikepalai oleh Neglected People's Workers (NPW) , dipimpin oleh Philip Cheong @ Cheong Ah Kow yang mendakwa telah Berjaya mengKristiankan 7 orang melayu. Philip mendapat bantuan seorang melayu Kristian bernama Yeshua Jamaluddin @ Jamaluddin Othman yang memperolehi Diploma in Theology dari Far Eastern Biblical College Singapura. NPW sering mengadakan kelas Bible di rumah Hilmy Hj Mohd Nor dan badan ini juga mempunyai beberapa strategi mendekati orang melayu seperti duduk dilantai semasa beribadat, menggunakan rehal untuk mengalas bible, menggunakan pakaian melayu seperti songkok, baju melayu dan kain pelikat. Malah rancangan jangka panjang NPW ialah membina sebuah gereja mengikut senibina masjid. Maklumat ini kemudiannya diketahui oleh beberapa orang seperti Salleh Omar dan kamaluddin hj Tahir dan dihebahkan melalui ceramah dibeberapa buah masjid. Perkara ini menimbulkan kegelisahan umat Islam berbangsa melayu ketika itu. Isu ini kemudiannya digunakan oleh PAS. Khalid Abdul Samad, Setiausaha Pemuda PAS membuat kenyataan bahawa pada tahun 2000 Malaysia akan dikristiankan seluruhnya. Manakala The New Straits Time menyiarkan kenyataan Hj Yusof Rawa (Yg Dipertua Agong PAS) yang mendakwa 66,000 orang Melayu meninggalkan Islam. Dewan Pemuda PAS Pusat pula mengadakan Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristianisasi yang bertanggungjawab mengadakan seminar,

penyebaran risalah serta rapat umum. Kemuncaknya ialah Perhimpunan Menentang Kristianisasi di Sitiawan pada 29 Ogos 1987. Ketika itu Mohamad Sabu mendakwa 10,000 orang Melayu telah diKristiankan. DAP telah membuat laporan polis atas alasan ceramah dan kain rentang semasa perhimpunan tersebut menghina agama pihak lain. Manakal sebilangan ahli PAS pula telah menubuhkan kumpulan Jundullah yang bertujuan

untuk mewujudkan pemerintahan Islam di Malaysia melalui tindakan militandan menjadi benteng orang Islam sekiranya berlaku rusuhan kaum. Penubuhan kumpulan ini bagaimanapun tidak direstui PAS.

Isu Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah yang Rasis

Isu ini telah menunjukkan sikap rasis dan kelakuan seseorang pendidik yang akan menyumbang kepada masalah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia . Pada 30hb Mei 2013, seorang wanita melayu berusia 37 tahun, ibu kepada pelajar sekolah Tingkatan 2 di Gelang Patah telah membuat satu laporan polis. Gambar Rajah X.XX menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang guru berbangsa Cina yang sudah lama memaki dan membuli murid-murid berbangsa Melayu dan India. Petikan laporan polis tersebut; Pada sekitar beberapa bulan sebelum Pilihanraya PRU13 yang lepas anak saya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah di Tingkatan 2 kelas RK2 telah beberapa kali meminta agar dipindahkan ke sekolah yang lain disebabkan oleh seorang guru [p] cina yang bernama Poh Kim Thye. Guru ini terlalu bersikap perkauman sehingga menghasut pelajar melayu untuk membenci kerajaan diantara perkataannya 1. 2. 3. Kerajaan Bodoh Kerajaan Lembu Kerajaan Babi Sebab Diketuai Oleh Orang Melayu Guru tersebut juga sudah terbiasa memanggil murid-murid Melayu dengan kata-kata yang sangat menghina disamping sering mengamalkan perbuatan menonjol-nonjol kepala murid-murid Melayu dan India. Perkara ini berlarutan hingga 23/5/2013 jam 4 petang telah memarahi anak saya dengan bertindak menonjol kepala. Budaya menonjol kepala pelajar dan memaki hamun pelajar bukan lagi perkara asing bagi guru ini. Dan begitu juga terhadap pelajar berbangsa India tetapi dengan pelajar Cina, Guru ini mengajar dengan cara amat berlainan sekali. Sekiranya pelajar Cina bertanya, Guru ini akan memberi penerangan dengan baik sekali. Sebagai warga pendidik terutama sekali di SMKGP, sepatutnya sifat demikian tidak perlu ada dalam jiwa seorang Guru. Oleh sebab demikian saya membuat laporan Polis supaya pihak Polis dan juga pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap POH KIM THYE kerana saya kuatir masa depan anak saya rosak disebabkan ada seorang Guru yang tidak bertamadun, tidak beradab terhadap orang Melayu.

Rajah X.xx Laporan Polis terhadap Guru Poh Kim Thye

Krisis Perak

Pasca PRU 2008 memperlihatkan perpecahan di kalangan Melayu semakin ketara. Pergolakan dalam politik Melayu ini dapat dilihat dalam krisis legitimasi di Perak. Ia membawa kepada penentangan sesama pemimpin politik Melayu sendiri. Krisis Perak merupakan satu pertikaian tentang keabsahan kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat di negeri Perak. Krisis ini bermula apabila tiga State Legislative Assembly Perak dari PR melompat parti dan mengistiharkan diri mereka menyokong BN. Keadaan ini memberi kejayaan kepada BN dan menyakinkan Sultan Perak untuk membubarkan kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan diganti dengan BN. Dalam PRU 2008, PR berjaya memenangi 32 State Legislative Assembly di Perak manakala BN pula memperoleh 27 kerusi. Sebelum krisis berlangsung, ADUN (State Legislative Assembly Member) Bota dari BN, Nasharudin Halim telah keluar parti dan menyertai PKR. Selepas itu, tiga orang ADUN Pakatan Rakyat yang bertindak keluar daripada parti dan mengisytiharkan diri mereka bebas dan menyokong BN. Tindakan lompat parti ini menyebabkan Pakatan Rakyat dan BN mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi serta terdapat tiga wakil bebas. Pada 4 Februari 2009, Menteri Besar Perak ketika itu bertemu dengan Sultan Perak bagi mendapat perkenan untuk membubarkan DUN serta mengadakan pilihan raya semula. Sultan Perak telah bertemu dengan Perdana Menteri dan ahli-ahli pakatan Rakyat yang keluar parti. Perdana Menteri pula memohon untuk mendapatkan perkenan membentuk kerajaan yang baru. Tidak lama kemudian, Sultan Perak mengistiharkan bahawa Perak State Assembly tidak akan dibubarkan dan Menteri Besar diminta meletakkan jawatan. Hal ini kerana kesemua wakil rakyat dari BN dan tiga wakil rakyat bebas dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar (http://kamparinn.blogspot.com). Sultan Perak memperkenankan kerajaan baru pimpinan BN dan Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai MB Perak yang baru pada 6 Februari 2009. Krisis Perak ini menimbulkan kontroversi yang berpanjangan kerana ada pihak yang mendakwa BN telah membeli ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi membolehkan BN membentuk kerajaan di negeri Perak. Election Comission Malaysia (EC) juga menerima kesan daripada krisis tersebut kerana menolak surat permohonan untuk mengadakan pilihan raya semula. Krisis ini

juga mendapat perhatian umum apabila perlantikan Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dilakukan meskipun kedudukan jawatan Menter Besar sedia ada masih lagi dipersoalkan (Muhamad Nadzri, 2009). Pengambilalihan kuasa di negeri Perak ini dilihat kurang demokratik dan kerajaan BN di Perak mengalami krisis legitimasi yang serius. Ini kerana bagi membentuk kerajaan baru, sepatutnya pilihan raya semula perlu diadakan. Krisis dalam kerajaan Perak juga menampakkan kepincangan di dalam politik Melayu masa kini. Ia memperlihatkan orang Melayu tidak boleh bersatu dan bekerjasama dalam hal politik terutamanya yang berkaitan kuasa. Misalnya PAS dan UMNO tidak boleh bersatu untuk membentuk kerajaan di Perak meskipun terdapat ura-ura bahawa mereka berdiskusi ke arah penyatuan. PAS masih raguragu dan tidak percaya terhadap UMNO ekoran daripada perpecahan mereka dahulu. Keadaan ini menyukarkan lagi proses penyatuan di antara dua buah parti politik yang mempunyai penyokong yang majoritinya ialah Melayu.

You might also like