You are on page 1of 9

Sumbangan tamadun India

Dalam bidang Sosial.

Dalam bidang sosial, aspek yang paling ketara bagi India ialah sistem kastanya. Teori
sistem kasta ini menyatakan bahawa Tuhan telah membahagikan masyarakat kepada
empat kasta, iaitu:

i. Brahmin-melaksanakan upacara pengorbanan dan keagamaan. Terdiri daripada


para pemimpin, ketua masyarakat, tokoh politik, raja, sultan dan peniaga.
ii. Kesateria-berperang dan menjaga keamanan. Terdiri daripada tentera.
iii. Vaisyu-terdiri dengan beberapa pekerjaan yang menguntungkan. .Terdiri daripada
para pekerja, petani dan tuan-tuan tanah.
iv. Sudra-melaksanakan tugas palinh hina. Terdiri daripada kalangan buruh dan kuli.

Ketiga-tiga anggota kasta yang pertama di atas terdiri daripada bangsa Arya dan yang
keempat ialah orang yang biasa. Tetapi amalan kasta ini dikatakan tidak pernah sejajar
dengan teorinya. Pemerintah dan pahlawan enggan menerima golongan Bramin sebagai
golongan atasan yang baik dan individu-individu sekali-sekala berpindah dari satu kasta
ke kasta yang lain. Pada zaman Gupta amalan kasta telah dimajukan sepenuhnya iaitu
susunan keutamaan di kalangan kasta telah ditakrifkan dengan munasabah satu takrif
kelakuan yang betul dalam kehidupan lazim untuk semua orang India.

Mitos Hindu menguraiakn ststus kasta sebagai akibat daripada karma yang
dikumpul dalam perjalanan dahulu. Oleh itu, kelakuan warak dalam kehidupan ini
mungkin mengakibatkan penjelmaan semula sebagai seorang anggota satu kasta yang
lebih tinggi, sehinggalah jiwa telah sewajarnya mendapat pelepasan daripada roda
kelahiran semula.

Di India hari ini, wujud beribu-ribu kasta. Banyak kasta moden baru telah
muncul. Kemunculan kasta ini bermula dan terbentuk pada asasnya di sekitar golongan
pekerja. Contohnya, satu kasta yang terdiri daripada penjaga kenderaan telah dibentuk
beberapa tahun lalu. Sistem India moden yang kompleks wujud secara kasar menjelang
500 S.M. Ia mungkin bermula sejak hubungan awal antara bangsa Arya dan bangsa
bukan Arya. Masa antara 700 dan 500 S.M. apabila kota mula menjadi penting kepada
India, merupakan masa yang genting bagi prinsip kasta kerana induvidu daripada
pelbagai unsur bercampur gaul dalm persekitaran kota. Pada masa itu mereka mungkin
lebih bebas mengubah status masing-masing.1

Sastera

Kebanyakkan hasil kemahiran tertinggi kesusasteraan lisan India purba mengambil


bentuk tetap pada zaman Gupta. Dua epik terkenal dalam sastera India adalah
Mahabhata dan Ramayana. Kedua-dua puisi ini diperoleh melalui balada purba dan
merupakan karangan berangkap tengtang kegagahan dan keberanian.

Kedua-dua puisi ini begitu popular hinggakan rangkap puisinya menjadi bentuk
lazim bagi hampir semua jenis tulisan India yang mengandungi pelajaran. Siri buku
undang-undang Dharma shastras(teks suci dalam pengajaran mengasaskan norma untuk
kelakuan induvidu dan sosial) dan koleksi meluas lagenda dan dongeng yang dikenali
sebagai ‘purana’ ditetapkan dalam bentuk puitis pada zaman Gupta, bahkan satu huraian
panjang tentang moral yang begitu praktik sekali Arthashastra juga dikemukakan dalm
pengantar yang sama. Untuk semua jenis kesusasteraan ini, satu proses penukaran dan
penyebaran lisan yang panjang ditetapkan pada zaman Gupta. Berlainan daripada drama
Sanskrit dan puisi lama istana, ia memepunyai pengarang induvidu yang ditugaskan
untuk menghasilakan dalam bentuk tulisan sejak dari mula lagi.

Asal usul drama Sanskrit tidak diketahui, yang paling awal dan masih terdapat
dalam keadaan lengkap mungkin bertarikh dari abad keempat Masihi. Pengaruh
Hellennistik mungkin memainkan peranan penting dalam membawa keseniam ini
1
Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
mencapai kematangan di India. Walaubagaimanapun, istilah teknik tertentu yang berasal
dari Yunani digunakan dalam seni drama Sanskrit dan pancaragam bergerak yang terdiri
daripada penari dan pelakon yang menggunakan gerakan tanpa suara dari Iskandariah
cukup terkenal untuk meniggalkan beberapa perhatian dalam kesusasteraan India.

Persembahan dramatic dalam abad ketiga dan keempat adalah lahir dari istana .
Beberapa raja Gupta dikatakan telah mengarang sendiri sandiwara dan beberapa karangan
diraja yang amat dihormati masih wujud. Kalidasa (seorang pakar “daraturgy” dan pakar
istana yang diiktiraf), yang muncul pada zaman Chandra Gupta II (380-415 Masihi) telah
membawa drama Sanskrit kepada kecermerlangannya. Gaya beliau mudah, elok dengan
metafora yang berkesan, perwatakan yang cekap dan plot yang abaik. Prosa juga telah
dimajukan pada masa Gupta dalam bentuk cerita Roman yang memperkatakan tentang
percintaan dan pengembaraan raja.

Manakala puisi Tamil yang awal telah dikumpul dalam antologi kira-kira pada
tahun 500 Masihi. Ia banyak memperkatakan tentang perasaan orang kebanyakan
penduduk desa, kaum pedagang, nelayan dan pahlawan. Pada awalnya, puisi Tamil sama
sekali berlainan daripada puisi Sanskrit, tetapi pada abad keenam, puisi Tamil banyak
meminjam perkataan Sanskrit ke dalam perbendaharaan kata Tamil. Puisi Tamil yang
paling menakjubkan dan berpengaruh adalah ‘mazmur’ yang telah digubah oleh seorang
yang dikatakan warak dan mengembara untuk mengagungkan dewa Vishnu atau Shira.
Mazmur ini adalah campur aduk antara satu tradisi Sanskrit Hindu dengan seni sajak
Tamil.2

Bahasa
Kejayaan dari segi bahasa yang menakjubkan bagi India ialah tatabahasa Sanskrit
bersama dengan pengajian linguistic yang berkaitan seperti pengusunan kamus dan
sistem metric. Tatabahasa Sanskrit ini kemudianya berkembang kerana keperluan untuk
peraturan umum dalam membantu golongan Brahmin mengingat sukatan pelajaran suci

2
Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Veda. Pnini, seorang ahli tatabahasaIndia pada abad keempat Sebelum Masihi menulis
Sanskrit dalam bentuk klasik. Tetapiahli tatabahasa selepasnya terus memperluas dan
mengulas teks beliau selama seribu tahun selepas itu. Ketika Sanskrit berkembang
menjadi satu bahasa ilmu, pengajian tatabahasa menjadi sysrat wajib bagi semua
pendidikan lanjutan. Pada zaman pemerintahan Gupta Kemudiannya, satu prisip telah
dirancang dengan baik sehingga tatabahasa Sanskrit tidak lagi terpengaruh dengan
pindaan.3

Astronomi India.

1. Dalam Tamadun India salah satu daripada cabang pengetahuan Vedik (Vedanga)
yang menetapkan tarikah upacara keagamaan.
2. Pengetahuan satronomi Zaman Vedik terkandung dalam teks-teks Vedik seprti
Rig Veda
3. Berdasarkan lintasan perjalanan matahari, Rig Veda menetapkan 360 hari atau 12
bulan dalam setahun.
4. Kitab Yajur Veda menyenaraikan 27 nakshatra yang digunakan untuk menjejaki
peredaran matahari.
5. Pada Zaman Awal, ilmu astronomi digunakan untuk tujuan menilik nasib dan
membuat ramalan tentang masa depan.
6. Ilmu astronomi mula memainkan peranan penting dalam kehidupan orang India
sejak Zaman Gupta.
7. Ahli-ahli astronomi India menyenaraikan tujuh planet iaitu Matahari, Bulan,
Utarid, Zurah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Terdapat dua lagi planet iaitu Rahu
dan Ketu.
8. Planet-planet bergerak mengikut urutan dan kembali ke kedudukan asal pada
akhirnya.

3
Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
9. Pada abad ke-6 M, ahli astonomi India, Aryabhata menggunakan pendekatan
matematik dalam astronomi hasil daripada pengaruh yang dibawa masuk dari
Yunani.
10. Ilmu astronomi India amat berpengaruh pada Zaman Siddhanta dan karya
Varamahira berjudul Pancasiddhata amat berpengaruh pada zaman ini.
11. Selain itu, ilmu astronomi India juga menerima pengaruh Mesapotamia pada
peringkat awal.
12. Pada abad-abad awal tahun Masihi, ilmu astronomi Barat mempengaruhi
astronomi India. Idea-idea atronomi Barat seperti Aryabatha, Varamahira,
Brahmagupta, dan Bhaskasa.
13. Ilmu astronomi Greek dimajukan oleh ahli-ahli astronomi India dan seterusnya
disebarkan ke seluruh Eropah menerusi orang Arab.
14. Tamadun India melahirkan beberapa tokoh astronomi terkenal seperti Aryabatha,
Varamahira, Brahmagupta, dan Bhaskara.
15. Aryabatha ialah ahli astronomi India yang terkenal menerusi karyanya
Aryabhatiyabnasya yang membecarakan gerhan, teori epikkitaran, bentuk bumi
yang bulat dan bumi berputar pada paksinya.
16. Varamahira ialah ahli astronomi yang memeberikan sumbangan melalui kitab
Pancasiddhanta yang teridri daripada lima karya astronomi, iaitu Paulisa
Siddhanta, Surya Siddhanta, Visistha Siddhanta, Paitmaha Siddhanta dan Romaka
Siddhanta.
17. Buku Surya Siddhanta yang dihasilkan pada abad ke-5 M merupakan buku
astronomi Hindu yang paling berpengaruh dan mengandungi unsure Yunani.
18. Bhahmagupta ialah ahli astronomi yang menghasilkan dua karya astronomi
terkenal, iaitu Bhahmasphuta Siddhanta dan Khandakhadyaka.
19. Bhamagupta membincangkan tentang gerhan matahari, gerhana bayangan,
gerhana bulan sabit, hubungan antara planet dengan bintang dan ulasan tentang
karya astronomi terdahulu dalam buku Brahmasphuta.
20. Bhaskara I menghasilkan tiga buah karya ekonomi terkenal iaitu Mahabhaskariya,
Langhubhaskariya dan Aryabhatiyabhasya yang menbincangkan gerhana bulan
dan matahari, garis bujur planet dan pergerakan planet.4

Matematik

1. Ilmu matematik dalam Tamadun India mengalami perkembangan pesat pada


Zaman Gupta.
2. Ahli-ahli matematik India mempunyai konsepsi jelas menngenai perbezaan antara
nombor abstrak dengan kuantiti brangka bagi sesuatu objek atau keluasan
ruangan.
3. Ahli –ahli matematik India mengetahui konsep geometrid an ilmu mengukur luas
kawasan lebih awal daripada masyarakat Yunani.
4. Di samping mengasaskan ilmu algebra, ahli-ahli matematik India juga berupaya
melakukan pengiraan yang kompleks dengan menggunakan sisitem penomboran
yang mudah.
5. Sistem angka sembilan digit dan sifar terkandung dalam inskripsi awal dan ia
tersebar ke Syria dan Vietnam
Tokoh Karya Kandungan
a) Aryabhata Aryabhatiya Membincangkan beberapa
formula matematik,
persamaan kuadratik dan
linear, trigonometri,sfera
dan algebra.

4
Sivachandralingam Sundara Raja Dan Ayadurai Letchumanan (200). Tamadun Dunia. Fajar Bakti Sdn.
Bhd
b) Varamahira Pancasiddhanta Panduan pengiraan sudut
dan trigonometri
c) Mahavahira Ganita-Sara-Sangraha Operasi tolak, tambah,darab
dan trigonometri
d) Bhaskara  Siddhan-tasiromani
 Lilavati Operasi matematik, siri
jinjang aritmatik, geometrid
an aljabar.

 Bijaganita Algebra, angka positif dan


negative, sifar, punca kuasa,
persamaan kuadratik.
6. Maklumat mengenai penulisan nombor yang mudah terdapat dalam teks-teks
matematik awal seperti Bakshali dan Aryabhatiya yang dikarang olah Aryabhata.
7. Dua jenis symbol angka digunakan sejak Zaman Asoka, iaitu :
 Angka Bharmi menerima pengaruh Yunani kerana terdapat penggunaan
simbol alfa untuk angka 10.
 Angka Kharosti pula menggunakan simbol-simbol angka Rom seperti X.
8. Ahli-ahli matematik India juga mencipta sistem perpuluhan dan membuat
penemuan dalam bidang trigonometri.
9. Mereka juga menggunakan kaedah separuh perentas untuk mengira sudut.
Maklumat tentang kaedah ini terkandung dalam kitab Aryabhatiya yang dikarang
oleh Aryabhata dan Pancasiddhanta oleh Varamahira.5

Perubatan
1. Teks-teks ilmu perubatan India terdiri daripada ikhtisar yang dikarang oleh
Carvaka ( abad ke-1 dan 2 M ) dan Susrata ( abad ke-4 M ).
2. Teks-teks awal ini menpunyai persamaan dengan teks perubatan Yunani yang
dikarang oleh Hippocrates dan Galen.
3. Dalam beberapa aspek, ilmu perubatan India mencapai kemajuan yang tinggi
berbanding ilmu perubatan Yunani.
5
Sivachandralingam Sundara Raja Dan Ayadurai Letchumanan (200). Tamadun Dunia. Fajar Bakti Sdn.
Bhd
4. Terdapat tiga factor yang menggalakkan perkembangan ilmu perubatan iaitu
peningkatan minat dalam fisiologi menerusi Yoga, pengalaman mistik dan ajaran
Buddhisme.
5. Hubungan antara doktor India dengan doktor Hellenistik juga menggalakan
perkembangan dalam bidang perubatan.
6. Seles\pas abad ke-4 M, berlaku perkembangan dalam penggunaan ubat-ubatan
seperti candu dan sarsaparilla yang diperkenalkan oleh doktor Arab.
7. Ilmu perubatan India berasaskan doktin humor yang menekankan keseimbangan
tiga bendalir asa dalam badan, iaitu angin, duktus, hempedu dan mucus.
8. Selain tiga bendalir tersebut, darah dianggap humor yang keempat.
9. Terdapat beberapa angina(vayu) yang menentukan badan berfungsi dengan baik,
iaitu Udana, Samana, Apana dan Vyana
10. Ahli-ahli perubatan India klasik mahir dalam caesarean dan mengetahui tentang
sistem saraf, iaitu saraf tunjang.
11. Pengetahuan mengenai pembedahan bermula sejak Zaman Gupta dan
pembedahan dijalankan bagi pembedahan mata, tulang dan hidung.
12. Pembedahan plastik bagi memulihkan kecacatan pada hidung, telinga dan bibir
juga dijalankan pada Zaman Klasik.
13. Ubat-ubatan dihasilkan daripada produk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan
mineral.
14. Terdapat 760 jenis tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai penawar, racun dan
makjun.
15. Dalam bidang anatomi, orang India mengetahui tentang organ seperti perut,
jantung, paru-paru dan buah pinggang.
16. Selain itu, mereka juga mempunyai pengetahuan tentang urat dalam otot, ligamen,
sutura, limfasi, pleksus saraf, fasial, endipos, tisu vascular dan tulang.
17. Doktor-doktor di India juga maju dalam mengamalkan tanam cacar untuk
mencegah pengakit campak. Berdasarkan teks perubatan Dhanvuantasi, amalan
ini dilakukan sejak tahun 550 M.
18. Terdapat empat kitab perubatan yang menonjolkan kewibawaan perubatan India,
iaitu Carvaka, Susrata, Atreya dan Vagbhata.
19. Carvaka mengandungi maklumat tentang surgery, melahirkan anak, berpantang,
bersuci, ubat-ubatan, menyusu dan lain-lain.
20. Susrata mengandungi maklumat tentang operasi penyakit katarak mata, herni dan
caesarean.6

6
Sivachandralingam Sundara Raja Dan Ayadurai Letchumanan (200). Tamadun Dunia. Fajar Bakti Sdn.
Bhd

You might also like