You are on page 1of 1

S

SEJARAH SEKOLAH

MK TOH JOHAN, TRONG mula dibina pada 31 Julai 2009 di atas tanah yang seluas 25 ekar. Sekolah yang mempunyai 7 blok ini menelan belanja RM19.15 juta. Bangunan sekolah ini siap pada 1 April 2011. Sebelum sekolah ini beroperasi sepenuhnya, penjaga awalnya (care taker) ialah En. Harun bin Ahmad dan En. Mohd. Zairul bin Hj. Idris. SMK TOH JOHAN, TRONG dibuka secara rasminya pada 5 Mac 2012. Pada hari Isnin itu, majlis penerimaan murid berlangsung. Sebanyak 207 murid mendaftar pada hari tersebut. Majlis ini dilancarkan oleh YB Datuk Rosli bin Husin, ADUN Kawasan Trong. Bilangan guru pada sesi awal ini ialah seramai 20 orang, iaitu terdiri daripada seorang Penolong Kanan Pentadbiran, empat orang Guru Kanan Mata Pelajaran, dan 15 orang guru biasa. En. Mohamad Suhaimi bin Talib merupakan PK Pentadbiran yang pertama sekolah ini. Sebanyak 8 buah kelas dibuka pada sesi pertama persekolahan itu, iaitu Tingkatan 1 Anggerik, 1 Bakawali, 1 Cempaka, Tingkatan 2 Anggerik, 2 Bakawali, 2 Cempaka, Tingkatan 4 Anggerik, dan 4 Bakawali. Pakej subjek elektif tingkatan 4 yang ditawarkan ialah Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pend. Seni Visual, dan Tasawwur Islammiyah yang bertempat di Blok E dan di Blok F. Sekolah ini mempunyai lapan buah blok bangunan. Blok-blok itu adalah seperti yang berikut: Blok A Pejabat dan Bilik Guru Blok B - Makmal Sains Tulen dan Sains Blok C - Kemahiran Hidup dan Makmal Komputer Blok D - Pusat Sumber dan Bilik Tayangan Blok E - Bilik-bilik Darjah Ting. 1, Ting. 3, dan Ting. 4 Blok F - Bilik-bilik Darjah Ting. 2 dan Ting. 5 Blok G Kantin Pada 1 April 2012, sekolah ini menerima seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. En. Mohamad Basri bin Hamzah merupakan PK HEM yang pertama sekolah ini. Pada 11 Jun 2012, sekolah ini menerima pengetuanya, iaitu Pn. Azizah bt. Sharif. Beliau merupakan pengetua yang pertama sekolah ini. Majlis Penerimaan Bangunan Sekolah diadakan pada 12 Jun 2012. Majlis ini disempurnakan oleh To Puan Rabiah bt. Safian, Timbalan Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like