You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng Jalan Ampuan Bariah 21300 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 6626236 Tel:

6626235 Fax: 6626237 GB : En. Sulaiman bin Saian GPK Pentadbiran : Tn. Hj. Mustaffa bin Yusuff GPK HEM : Pn. Hjh. Laili binti Husain GPK Kokurikulum : En. Zulkefli bin Salleh

Latar belakang sekolah


Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng dibuka pada tahun 1982. Nama sekolah ini di ambil sempena dengan tapak sekolah iaitu Bukit Tok Beng. Jarak sekolah dengan pusat bandar Kuala Terengganu kira-kira 10 Kilometer jika melalui Jambatan Sultan Mahmud.Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng mempunyai 4 blok bangunan.Blok A dua tingkat,Tingkat atas menempatkan kelas Tahun 6, Bilik Bimbingan Kaunseling dan bilik Pemulihan.Bahagian bawah pula kelas Tahun 3 dan dewan serbaguna. Blok B juga 2 tingkat. Tingkat atas ditempatkan Pejabat,Bilik Mesyuarat dan 2 buah kelas .Dibahagian bawah pula,bilik guru dan kelas tahun 1.Blok C ialah blok setingkat yang menempatkan 3 kelas tahun 2. Blok D merupakan blok 3 tingkat,di bahagian atas terdiri daripada kelas tahun 4 dan 5.Tingkat dua pula ditempatkan Pusat Sumber Sekolah dan bilik Tayangan serta bilik ABM.Dibahagian paling bawah ditempatkan bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Sains. Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng juga mempunyai sebuah surau yang boleh memuatkan seramai 50 orang murid dalam satu-satu masa.Disamping itu SK Bukit Tok Beng juga mempunyai sebuah bangunan kantin dan sebuah bangunan Pra di hadapan pintu masuk sekolah.SK Bukit Tok Beng juga dilengkapi sebuah makmal computer.SK Bukit Tok Beng juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu satu-satunya sekolah harian di daerah Kuala Terengganu yang mempunyai kemudahan asrama.Asrama ini yang boleh menempatkan murid seramai seratus orang dan dua buah rumah worden juga disediakan.

You might also like