You are on page 1of 15

ISI

Bil.
1.0
KANDUNGAN
Perkara
Maklumat Guru Pelatih
Muka surat

2.0 Maklumat Sekolah


3.0 Jadual Waktu Individu
4.0 Kelas Mengajar
4.1 Kelas 1 Imtiyaz
4.2 Kelas 4 Lamda
4.3 Kelas 4 Beta
5.0 Laporan Refleksi
5.1 Sebelum Menjalani Latihan
Mengajar
5.1. Pemilihan Sekolah
1
5.1. Perjumpaan dengan pihak
2 sekolah dan penyelia
5.1. Pengurusan Jadual Waktu
3
5.1. Penempatan Sementara
4
5.2 Semasa Menjalani Latihan
Mengajar
5.2. Penguasaan Kandungan
1 Kurikulum
5.2. Kaedah dan Teknik
2 Pengajaran
5.2. Bahan Bantu Mengajar
3
5.2. Pengurusan Kelas
4
5.2. Penilaian Pelajar
5
5.2. Penyeliaan Pensyarah
6
5.3 Penglibatan Kokurikulum
5.4 Penglibatan Kepimpinan
6.0 Kesimpulan
7.0 Lampiran (Dokumen Berkaitan)
1.0 Maklumat Guru Pelatih
2.0 Maklumat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah mula dibina pada bulan
Jun 1993 untuk mengatasi masalah kekurangan sekolah di sekitar Ampang.
Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1994 di bawah kepimpinan
Encik Zulkifli bin Ismail (1 Disember 1993 Oktober 1995). Pada peringkat
awal, hanya terdapat 8 orang tenaga pengajar iaitu Encik Zulkifli Ismail, En.
Dial Jit Singh, En. Low Swee Ping, En. Halidon Samsuri, Puan Lee Yoke Lim,
Pn. Komaliah Ismail, Pn. Shoba Kumari, dan Pn. Belinda Taj Indar. Bilangan
pelajar pada ketika itu hanya 83 orang yang menempatkan 3 kelas sahaja.
Pengetua yang kedua pula iaitu En. Abdul Karim b. Mohamad (1
Disember 1995 1996) mengetuai 28 orang guru dengan jumlah pelajar
seramai 700 orang yang mencakupi 14 buah kelas iaitu 3 buah kelas
peralihan dan 11 buah kelas tingkatan satu.
Pengetua yang ketiga pula iaitu Pn. Hajah Zakiah bt. Mat Lassim
memulakan tugas pada bulan Februari 1997 sehingga 2009. Di bawah
kepimpinan wanita gigih ini, pelbagai fasiliti disediakan untuk meningkatkan
prasarana sekolah demi keselesaan murid dan guru seperti pembinaan
surau, bilik darjah dan sekolah menjadi penanda aras pengurusan mata
pelajaran teknologi maklumat peringkat kebangsaan dan pembukaan kelas
aliran Bahasa Arab. Hampir 12 tahun Pn. Zakiah menjadi pengetua di sekolah
ini.
Pengetua yang keempat pula iaitu Pn. Ainah @ Bariyah bt. Baharom
memulakan tugas sebagai pengetua pada 16 Mac 2009 12 Februari 2012 di
sekolah ini. Antara prasarana yang dibangunkan ialah 6 bengkel Kemahiran
Hidup, makmal STIC, Bilik SPBT yang lebih selesa, bilik Peralatan Upacara,
Galeri Sejarah dan Koperasi Sekolah. Beliau amat menitikberatkan keceriaan
sekolah seperti menurap tapak perhimpunan, menanam rumput di padang
sekolah dan tempat parkir kereta berbumbung untuk pentadbir dan guru.
Konsep Menghargai Masa dan Kempen 4S iaitu Senyum, Sapa, Salam dan
Sayang amat dititikberatkan untuk semua warga sekolah.
Pengetua yang kelima iaitu Pn. Hajah Kholimaton bt. Romli mencipta
sejarah dan legasi kecemerlangan sekolah bermula pada bulan Mei 2012 di
bawah kepimpinan beliau apabila sekolah diumumkan sebagai penerima
Baiah tahun 2013 daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Mantan pengetua di USJ23 ini membawa kecemerlangan dan transformasi
dalam bidang akademik, HEM, Koko, sahsiah guru dan murid. Antara
kejayaan beliau adalah dengan menaik taraf makmal ICT, Bilik Mesyuarat
Perdana Indah, Dewan Mustika Indah, Laman Maya Indah, Laman Lestari
Indah, Dewan Terbuka Astaka Indah, bilik guru dan keceriaan sekolah
sebagai kesinambungan idea pengetua-pengetua sebelumnya. Beliau
diraikan dalam majlis persaraan yang gilang gemilang oleh warga SMK
Pandan Indah pada tanggal 30 April 2015 dengan tema majlis Selaut Budi
Segunung Bakti.
Kini, kecemerlangan Pn. Hajah Kholimaton bt. Romli diambil alih pula
oleh Pn. Hajah Che Salmah bt. Samsudin pada bulan Jun 2015 dengan
pelbagai wawasan, misi dan visi untuk merealisasikan akademik terbilang,
sahsiah terpuji, legasi kejayaan.
3.0 Jadual Waktu Mengajar
4.0 Kelas Mengajar

Saya ditugaskan untuk mengajar sebanyak 3 buah kelas sepanjang


latihan mengajar ini. 2 buah kelas adalah dari kalangan pelajar tingkatan 4
manakala sebuah kelas lagi adalah pelajar tingkatan 1.
4.1 1 Imtiyaz

Seramai 25 orang pelajar dalam kelas ini yang terdiri daripada 11 orang
pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan. Kelas ini adalah kelas aliran
agama iaitu satu-satunya kelas tingkatan 1 yang mengambil mata pelajaran
Bahasa Arab. Selain itu, kelas ini dijalankan pada sesi petang dan juga pada
waktu luar jadual. 1 Imtiyaz diketuai oleh Syed dan dibantu oleh El Zahirah.

4.1.2 4 Lamda/4 Neon

Kelas ini adalah kelas gabungan pelajar Islam daripada kelas tingkatan 4
Lamda dan 4 Neon. Seramai 11 orang pelajar dalam kelas ini yang terdiri
daripada 3 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki.

4.1.3 4 Beta

Kelas ini terdiri daripada 37 orang pelajar iaitu 18 orang pelajar lelaki dan 19
orang pelajar perempuan. Kelas ini diketuai oleh Fatin Syazwani dan dibantu
oleh .
5.0 Laporan Refleksi

5.1 Sebelum Menjalani Latihan Mengajar

5.1.1 Pemilihan Sekolah

Pemilihan sekolah ditentukan oleh pihak pengurusan Program Sarjana Muda


Pendidikan Islam. Seramai 2 orang guru pelatih ditempatkan di satu sekolah
mengikut zon masing-masing.

5.1.2 Perjumpaan dengan pihak sekolah dan penyelia

Perjumpaan dengan pihak sekolah telah dijalankan pada ------ iaitu sebulan
sebelum bermulanya latihan mengajar. Saya telah bertemu dengan
Penolong Kanan Pagi iaitu Pn. Noorziah bt Kaliman untuk memaklumkan
bahawa saya akan menjalani latihan mengajar di sekolah berkenaan.
Perjumpaan dengan beliau berjalan lancar dan saya diminta untuk
menghubungi beliau seminggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi
mendapatkan jadual waktu mengajar.

Perjumpaan bersama penyelia pula tidak dapat dijalankan kerana penyelia


berada di luar kawasan. Namun begitu, saya telah menghubungi penyelia
melalui aplikasi whatsapp.

5.1.3 Pengurusan Jadual Waktu


Pada awalnya, pihak sekolah telah memberikan 6 waktu untuk mata
pelajaran Bahasa Arab dan 4 waktu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam.
Hal ini kerana mata pelajaran Pendidikan Islam diperuntukkan hanya 4 waktu
sahaja bagi pelajar tingkatan 4. Oleh itu, saya telah berjumpa dan
berbincang dengan Penolong Kanan Pagi untuk urusan pertukaran jadual.
Perbincangan dengan beliau membuahkan hasil apabila beliau telah
memberikan saya 6 waktu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu 4
waktu di kelas 4 Beta dan 2 waktu di kelas 4 Lamda/Neon. Manakala, bagi
mata pelajaran Bahasa Arab pula, saya diberikan 4 waktu mengajar dan baki
2 waktu lagi diberikan kepada guru asal kelas tersebut.

5.1.4 Penempatan Sementara

Sepanjang latihan mengajar, saya menyewa dengan kerani sekolah SMK


Pandan Indah iaitu Cik Azlina. Rumah sewa ini terletak bersebelahan dengan
sekolah. Jadi, saya tidak ada sebarang masalah untuk ke sekolah.

5.2 Semasa Menjalani Latihan Mengajar

5.2.1 Penguasaan Kandungan Kurikulum

Secara keseluruhannya, saya menguasai kandungan kurikulum Pendidikan


Islam Tingkatan 4. Namun begitu, saya menghadapi sedikit masalah dengan
kandungan kurikulum Bahasa Arab Tingkatan 1. Hal ini disebabkan Bahasa
Arab Tingkatan 1 telah bertukar kepada kandungan kurikulum yang baru.

5.2.2 Kaedah dan Teknik Pengajaran

Bagi kelas tingkatan 4 Beta, saya banyak menggunakan kaedah kumpulan


kecil dan bersoal jawab bersama mereka. Manakala bagi kelas 4
Lamda/Neon, saya menggunakan kaedah bercerita dan syarahan. Selain itu,
saya menggunakan kaedah permainan untuk penilaian bagi tingkatan 4
Lamda/Neon. Kaedah ini sangat sesuai untuk menarik minat dan tumpuan
mereka. Saya menggunakan kaedah imbuhan kepada pelajar dengan
memberikan gula-gula apabila pelajar menjawab soalan. Melalui kaedah ini,
mereka bukan sahaja seronok bermain, bahkan mereka sangat seronok
apabila menerima hadiah berupa gula-gula daripada guru pelatih.

5.2.3 Bahan Bantu Mengajar

Saya banyak menggunakan kad manila dan kertas mahjong sebagai bahan
bantu mengajar untuk kelas 4 Beta. Saya juga menggunakan artikel untuk
melatih pelajar berfikir di luar kotak. Bagi kelas 4 Lamda/Neon pula, saya
menggunakan slaid sebagai bahan bantu mengajar. Hal ini kerana kelas
tersebut dijalankan di Bilik Kemahiran Quran (KKQ) yang dilengkapi dengan
kemudahan LCD. Oleh itu, saya memanfaatkan fasiliti yang ada dengan
menyediakan slaid yang menarik untuk pelajar. Seterusnya, bagi kelas 1
Imtiyaz, saya menggunakan kad dan juga gambar sebagai bahan bantu
mengajar.

You might also like