You are on page 1of 6

Penulisan Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan salah satu program yang perlu
dilalui oleh semua guru pelatih di setiap Institut Perguruan di Malaysia. Program yang
diadakan selama seminggu ini bertujuan untuk membiasakan diri guru pelatih dengan
persekitaran persekolahan bagi mempersiapkan guru pelatih untuk menempuh realiti
sebenar kehidupan seorang pendidik (AkmalRos, 2012).
Saya telah melakukan PBS di Sekolah Kebangsaan Berangan (1) yang bertempat
di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan. Jumlah guru yang ditugaskan di sekolah ini
adalah seramai 57 orang yang terdiri daripada 21 orang guru lelaki dan 26 orang guru
perempuan. Semasa tugasan ini dijalankan, saya telah menemu bual guru Penolong
Kanan Pentadbiran iaitu Puan Norlaila Binti Mamat bagi mendapatkan pandangan
beliau tentang pendekatan yang boleh dilakukan untuk memotivasikan para pelajar di
dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga telah melakukan pemerhatian di dalam kelas 2
Tekun sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dikelola oleh Puan Hasma Binti
Mohd Zain seorang guru Pendidikan Islam. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk
mengkaji tentang cara guru Pendidikan Islam memotivasikan pelajar untuk kekal fokus
di dalam kelas.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh saya sewaktu menjalankan
tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Berangan (1). Antara masalah
yang saya hadapi adalah kekangan masa untuk menemu bual pihak pentadbir di SK
Berangan (1). Ini kerana sepanjang minggu PBS dijalankan, kebanyakan pihak
pentadbir sibuk dengan urusan rasmi di luar sekolah menyebabkan mereka sukar
untuk ditemui di pejabat sekolah. Hal ini telah menyukarkan saya dan rakan-rakan
PBS lain untuk menemu bual pihak pentadbir. Saya mengambil pendekatan lain
dengan menghantar mesej melalui telefon kepada pihak pentadbir sehari sebelum
proses temu bual dilangsungkan agar mereka mampu meluangkan sedikit masa
mereka untuk ditemu bual. Hasilnya, saya dan rakan-rakan PBS lain dapat menemu
bual Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norlaila Binti Mamat dan proses temu bual
berjalan lancar.

Masalah selanjutnya yang dihadapi ialah kurangnya ilmu komunikasi


menyebabkan saya gagal mengawal dengan baik suasana kelas sewaktu saya
diarahkan untuk memasuki kelas ganti. Antara kelas-kelas yang saya ganti ialah 1
rajin, 2 tekun dan 2 rajin. Hal ini kerana murid-murid sangat aktif dan suka bergerak di
dalam kelas. Apabila saya mengarahkan murid-murid ini untuk berada di tempat
mereka masing-masing, masih ada segelintir daripada mereka yang tidak mendengar
arahan tersebut. Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk meminta sedikit nasihat
daripada guru yang bertugas di sekolah tersebut. Apabila saya menemu bual Puan
Hasma Binti Mohd Zain, dia memberi sedikit kaedah yang dapat digunakan sewaktu
menghadapi suasana kelas yang bising. Antaranya ialah saya perlu berpendirian
tegas bagi mengelakkan murid-murid hilang rasa hormat terhadap saya di dalam
kelas. Akhirnya, dengan bimbingan Puan Hasma saya dapat mengawal suasana
bising kelas ganti saya yang seterusnya iaitu kelas 2 gigih.

Menurut Muhammad Kamil (2001), motivasi merupakan elemen yang penting


dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna. Hal ini kerana motivasi
merupakan satu langkah pengajaran yang mampu menarik minat pelajar dalam mata
pelajaran yang diikuti. Menurut kamus dewan (2007), pra bermaksud awal yang
mempunyai persamaan dengan sebelumnya. Aktiviti pra pembelajaran yang
dimaksudkan di sini adalah aktiviti awal pembelajaran yang dilakukan sebelum proses
pengajaran berlangsung. Satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk
memotivasikan pelajar di dalam kelas adalah dengan melakukan set induksi sebelum
sesuatu topik diajarkan kepada mereka. Terdapat pelbagai set induksi yang boleh
dilakukan di dalam kelas bagi memotivasikan pelajar sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.

Antaranya adalah dengan menayangkan video di dalam kelas berkenaan dengan


cara perlaksanaan solat yang betul. Ini sedikit sebanyak mampu menarik minat para
pelajar sekaligus memotivasikan mereka untuk mendalami kaedah solat yang betul
dan memudahkan guru menyampaikan topik berkenaan solat dengan mudah. Selain
itu, terdapat juga set induksi dalam bentuk nyanyian lagu. Penyampaian ilmu dalam
bentuk nyanyian merupakan salah satu kaedah gabung jalin yang sesuai untuk
dipraktikkan di dalam kelas. Sebagai contohnya, sebelum pembelajaran berlaku guru
memainkan nasyid tentang sifat 20 Allah SWT kepada para pelajar. Pelajar akan
menjadi lebih berminat untuk memahami maksud sifat 20 yang dimainkan ini kerana
wujudnya unsur seni muzik di dalam cara penyampaiannya. Dengan itu, pelajar
menjadi lebih bermotivasi serta lebih fokus sewaktu topik tentang sifat 20 diajarkan
kepada mereka.
Natijahnya, program PBS ini memberikan saya pengalaman baru dalam
menyediakan diri saya untuk menjadi seorang pendidik pada masa yang akan datang.
Program ini juga menjadi medium berkesan buat saya untuk mendapatkan ilmu
tambahan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya. Tidak cukup dengan itu,
saya juga telah menemukan satu cara yang amat berkesan bagi memotivasikan
pelajar untuk terus fokus di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

Sekian, Terima kasih,

Disediakan oleh,

.............................
(Ahmad Lutfi Bin Ahmad Faisal)
Guru Pelatih IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
No. H/P : 014-7959883
RUJUKAN

AkmalRos. (2012, Januari Khamis). in slideshare. Retrieved from slideshare:


https://www.slideshare.net/IQASIPUT/pengalaman-berasaskan-sekolah-selama-
seminggu

Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Kamil Mat Zin (2001). Minat Dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran
Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak diterbitkan.
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

LAMPIRAN

Rajah 1 dan 2 menunjukkan sesi


temu bual dengan Encik Wan A-Lui
Rajah 1 Bin Wan Muhammad, ketua panitia
Pendidikan Islam.
Rajah 2

Rajah 3 dan 4 menunjukkan suasana


di dalam kelas 2 gigih, saya dan
Rajah 3 rakan PBS mendapat bimbingan
Puan Hasma bagi mengawal suasana
kelas ini.
Rajah 4

You might also like