You are on page 1of 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak

di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989. Di awal penubuhan, SMK
Perimbun menumpang di SMK SAAS, Kajang selama dua tahun. Seterusnya pada 1 Disember
1990, pelajar-pelajar ditumpangkan di SRK Taman Cuepacs selama empat bulan, sebelum
dipindahkan ke bangunan tetap yang berdiri megah sekarang ini.

SMK Perimbun menyediakan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga
tingkatan enam (bawah & atas). Sesi pembelajaran terbahagi kepada dua, iaitu sesi pagi dan
petang.

SMK Perimbun banyak memenangi anugerah-anugerah di peringkat zon, daerah dan juga
negeri. SMK Perimbun telah banyak menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang di bidang akademik
mahupun ko-kurikulum.

Senarai pengetua SMK Perimbun:

1. En. Mohd Daud Bin Lapuh (2.1.1989-29.2.1991)


2. En. Md. Som Bin Abdullah (1.3.1991-30.11.1994)
3. Pn. Hjh. Yasmin Bee Bt. Mohd Hassan (1.12.1994-30.5.1998)
4. Pn. Hjh. Jamelah Bt. Hj. Mansor (1.6.1998-2008)

Jawatan Pengetua SMK Perimbun kini dipangku oleh Penolong Kanan, Puan Noraizan Sulaiman

Alamat:

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun,


KM 16,
Jalan Cheras,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun


Lokasi : Cheras, Selangor
Tahun ditubuhkan :1989
Jenis sekolah : Sekolah menengah
Pengetua/Guru Besar terkini :Puan Noraizan Bt Sulaiman (pemangku)
Nama rujukan :SMK Perimbun

You might also like