You are on page 1of 2

Lagenda Cik Peh Cik Neh

Cerita darihal Cik Peh Cik Neh bukan sahaja telah diceritakan oleh penduduk
setempat sahaja di mana ianya berlaku, iaitu di Kampung Nibung, Kuala
Terengganu malahan cerita ini turut menjadi lagenda kepada penduduk dari
tempat-tempat lain di sekitar Kuala Terengganu. Cik Peh digambarkan sebagai
orang yang kebal dan tidak lut oleh senjata dan matinya adalah akibat difitnah.
Cik Peh menurut ceritanya adalah seorang pendekar yang telah berkhidmat
sebagai hulubalang Raja disuatu ketika dahulu. Akibat ada dikalangan orang
Istana yang cemburukan nya, maka orang-orang tersebut telah memfitnah Cik
Peh kepada Raja (tidak dapat dipastlikan zaman perintahan Sultan yang mana
yang telah menghukum Cik Peh).
Menurut ceritanya lagi, Haji Mat Salleh bersama-sama dengan empat puluh
Budak Raja telah diperintahkan untuk menangkap serta menjalankan hukuman
bunuh tersebut. Haji Mat Salleh sebenarnya merupakan seorang yang handal
bersilat dan adik seguru dengan Cik Peh serta kawan baik kepada Cik Peh dan
hanya berbuat demikian atas perintah Raja. Haji Mat Salleh memikir panjang
cara-caranya bagaimana beliau handak menangkap Cik Peh agar dapat
menjalankan perintah itu. Beliau kemudiannya telah mengambil segulung tali
pengikat kerbau bersama dengannya dan terus pergi untuk berjumpa dengan Cik
Peh.
Apabila Cik Peh ternampak akan Haji Mat Salleh, beliau terus menanyakan Haji
Mat Salleh akan tujuannya hendak kemana. Haji Mat Salleh menjawab
mengatakan bahawa beliau sedang mencarikan lembu beliau yang telah hilang.
Cik Peh kemudiannya telah memanjat pohon kelapa untuk mengambil buah
kelapa buat diminum bersama dengan Haji Mat Salleh (kerana pada zaman
dahulu masih tiada kopi untuk dihidangkan untuk tetamu). Sambil minum, Haji
Mat Salleh mengintai budak-budak Raja yang ketika itu bersembunyi
berhampiran dengan kawasan itu. Sesudah minum. Haji Mat Salleh meminta diri

untuk meyambung pekerjaannya mencari lembunya yang konon-kononnya telah


hilang itu.
Bilamana Cik Peh menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Haji Mat
Salleh sahaja, Haji Mat Salleh terus menyambar tangan Cik Peh untuk
menangkapnya, Sambil bergelut untuk beberapa ketika, budak-budak Raja yang
bersembunyi itu telah datang menerkam untuk menangkap Cik Peh. Cik Peh
telah ditangkap kerana bilangan yang datang secara tiba-tiba itu terlalu ramai.
Cik Peh telah dipenjarakan dalam penjara kurungan untuk dipersembahkan
kepada Raja. Selama tempoh kurungan, Cik Peh tidak makan atau minum dan
banyak menitiskan air mata kerana terlalu sedih akan perbuatan adik segurunya
yang telah sampai hati menangkapnya.
Mengikut ceritanya lagi, hukuman ke atas Cik Peh telah dijalankan di Tanjung
Batu Satu. Haji Mat Salleh yang diperintahkan untuk menjalankan hukuman mati
ke atas Cik Peh itu tidak dapat membunuh Cik Peh samada dengan cara
menembak, menikam atau pun menetak Cik Peh dengan senjata tajam. Kerana
sakit hati akan perbuatan Haji Mat Salleh tidak memberi dia makanan atau
minuman dan melihat akan kesungguhan Haji Mat Salleh hendak membunuhnya
maka akhirnya Cik Peh telah memberitahu rahsia serta cara-cara kalau hendak
membunuhnya iaitu dengan cara menyula dengan hujung daun nipah yang
tajam. Apabila diperlakukan sebagaimana cara yang telah diberitahu tadi maka
dengan izin Allah s.w.t. barulah Cik Peh berjaya dibunuh. Selepas itu jenazahnya
telah disemadikan di Kubur Besar, Jalan Panji Alam.
Satu kejadian aneh yang diceritakan oleh penduduk setempat ialah batu nesan
Cik Peh hidup dan kian membesar dari masa ke semasa. Sebab penduduk
tersebut memanggilnya Kubur Cik Peh Cik Neh adalah kerana adik Cik Peh iaitu
Cik Neh turut ditanam berdekatan dengan kubur Cik Peh. Pada dahulunya
pernah terdapat alur dimana air jernih tidak berhenti mengalir melalui kubur
tersebut. Ada pendapat yang mengatakon bahawa air tersebut telah datang dari
sebuah bukit kecil (yang kini sudah diratakan) yang berhampiran dengan tempat
perkuburannya.

You might also like