You are on page 1of 19

Tajuk:

E-Pembelajaran-Keberkesana Proses Dari Rumah

NAMA NO.MATRIK
Muhammad Khairul Muhaimin Bin Azmi 2012034
Muhammad Ali Bin Nordin 2012036
Saifullah Hamzah Bin Shahrul Azrin 2012027

Nur Hikmah Solehah Binti Md Akhir 2012041


Nur Aida Binti Azman 2012042
Nurin Faqihah Binti Kamarun 2012030
Shahrifah Nur Ezzah Binti Syed Mohammad Al-Haddi 2012038
Nurul Nabilah Binti Mazzarin 2012028

Kod dan Nama Subjek:

NDWU 1042 Pengenalan Teknologi Maklumat

Kelas:

IS12 2B

Nama Pensyarah:

Muhammad Adham Hambali


Isi Kandungan

1. Pendahuluan 3
2. Maksud E-pembelajaran 4
3. Kebaikan E-pembelajaran 7
4. Teori dalam E-pembelajaran 9
5. Kaedah dalam E-pembelajaran 12
6. Kesan E-pembelajaran 13
7. Cabaran 16
8. Kesimpulan 18

2
Pendahuluan

3
MAKSUD E-PEMBELAJARAN

Apa itu e-pembelajaran? E-pembelajaran adalah singkatan untuk elektonik


pembelajaran. Ianya adalah sistem pembelajaran berdasarkan pengajaran formal tetapi
dengan bantuan alat elektronik. Walaupun pengajaran boleh berlaku tidak kira di mana
berada sama ada di dalam atau luar bilik darjah, penggunaan komputer dan Internet
merupakan komponen yang sangat dititikberatkan dalam pembelajaran. Dalam era teknologi
maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular dan mempunyai
pelbagai tafsiran dan persepsi. Walaubagaimanapun, secara amnya, e-pembelajaran dapat
didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen
elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian
dan keberkesanan dalam pembelajaran.. Secara dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan
penggunaan komputer atau komponen elektronik seperti telefon dan termasuklah CD-ROM
dan bahan pembelajaran melalui atas talian (online).

E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih


dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-
pembelajaran, murid dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya
menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi,
grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas
talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan
kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Namun, definisi e-pembelajaran kerap dikelirukan dengan definisi lain seperti online
learning, blended learning, distributed learning dan mobile learning kerana banyak istilah
yang berbeza dalam memahami maksud e-pembelajaran. Kadangkala terdapat pertindihan
makna di antara istilah berikut misalnya, pembelajaran online, pembelajaran berasaskan
Internet, pembelajaran berasaskan teknologi dan sebagainya. Berikut adalah beberapa definisi
e-pembelajaran dan lain-lain istilah yang berkaitan dengannya yang pada keseluruhannya
menekankan tentang jenis dan pedagogi yang telah dan sedang digunakan dalam peringkat
negeri dan antarabangsa iaitu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
memudah cara pembelajaran dan pengajaran, penggunaan rangkaian dan teknologi
multimedia untuk meningkatkan mutu pembelajaran dengan memudahkan akses kepada
pengetahuan dan sumber terpencil untuk membina masyarakat berpengatahuan. National
American Council for Online Learning mendefenisikan e-pembelajaran sebagai kandungan

4
pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan teknologi digital seperti teknologi
dalam talian atau CD-ROM atau sebarang pengalaman pembelajaran melibatkan komputer,
pembelajaran yang menggunakan ICT dalam pembelajaran jarak jauh dan mod bersemuka
dan banyak lagi. Tetapi, apa yang difahami dengan secara jelas bahawa definisi e-
pembelajaran ini adalah sistem pengajaran dan pembelajaran pada keseluruhannya
disampaikan melalui rangkaian atau internet yang dikendalikan oleh komputer ataupun
telefon pintar.

E-pembelajaran juga boleh disebut sebagai rangkaian yang membolehkan


pemindahan kemahiran dan pengetahuan, dan penyampaian pendidikan dibuat kepada jumlah
yang besar penerima pada masa yang sama atau berbeza. Dahulu, ia tidak diterima sepenuh
hati kerana dianggap bahawa sistem ini tidak mempunyai unsur yang diperlukan dalam
pembelajaran

Walaubagaimanapun, dengan kemajuan pesat dalam arus teknologi dan kemajuan


dalam sistem pembelajaran, kini diterima oleh masyarakat. Pengenalan komputer adalah asas
revolusi ini dan dengan peredaran masa, seperti yang kita ketahui dengan telefon pintar,
tablet, dan sebagainya. Peranti ini kini mempuyai asas yang penting di dalam bilik darjah
untuk pembelajaran. Buku secara beransur-ansur dapat diganti oleh bahan pendidikan
elektronik cakera optik atau pemacu pen. Ilmu pengetahuan juga boleh dikongsi melalui
internet yang mana ia boleh diakses 24 jam di mana sahaja serta bila-bila masa.

Kesimpulannya, dalam kemudahan e-pembelajaran ini dapat diperhatikan bahawa


setiap pelajar akan belajar melalui perbincangan dalam talian seperti menonton guru-guru
yang mengajar di laman YouTube, menghadiri kuliah atau webinar dalam talian, melayari
laman web dan pelbagai lagi bentuk kerjasama dan kolaborasi dalam talian. E-pembelajaran
merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaru dan menggunakan kemudahan ICT bagi
meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam kelas
ataupun di luar kelas. Pada pendapat kami, e-pembelajaran dapat memberi impak yang positif
jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru dan pensyarah
kepada pelajar-pelajar. E-pembelajaran juga dapat membantu dalam menerapkan kemahiran
pada abad ke-21 dalam sistem pendidikan kita.

5
Memperkenalkan
Konsep Abstrak

Prosedur Input Industri


pengajaran atau Teknikal
pembelajaran melalui video
inovatif

Mensasarkan
Sumber bantuan kepintaran
pengajaran pelbagai

KEGUNAAN E-
PEMBELAJARAN

Berinteraksi
Penilaian
dengan bantuan
formatif
pembelajaran
komputer

Meningkatkan Pembelajaran
produktiviti yang nyata
dalam kelas

6
Kebaikan E-pembelajaran keberkasanan proses dari rumah

E-pembelajaran adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses
pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan
menggunakan medium internet, internet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar
sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai kebaikan yang
tersendiri. Antara kebaikan-kebaikan E-pembelajaran keberkasanan proses dari rumah ialah
memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan dan juga urusan
berkaitan kuliah mereka. Hal ini kerana, warga pendidik merupakan golongan penting dalam
proses P&P. Pendidik sering mencari pelbagai alternatif dalam mewujudkan suasana dan
proses P&P yang lebih menarik dan berkesan. Salah satu media teknologi yang sesuai
digunakan adalah pengajaran melalui ‘streaming video’ kerana ia boleh dilaksanakan sama
ada secara siaran langsung atau secara rakaman. Perkembangan dan kemudahan rangkaian
jalur lebar, kepantasan mengakses internet, dan bekalan peralatan dan perisian audio dan
video yang mesra pengguna telah menjadikan media ‘streaming video’ sebagai satu
penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi kandungan P&P. Oleh itu, pensyarah
dapat menjimatkan masa kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita
terkini dengan cepat dan mudah melalui aplikasi WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
Disamping itu juga, memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber
serta memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Hal ini timbul kerana, E-Learning
merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan teknologi kini
bagi meningkatkan tahap pendidikan di IPTA. Suasana pembelajaran menerusi media E-
Learning ini menggunakan komputer peribadi dan internet secara online. E-Learning
merupakan proses P&P yang menggunakan rangkaian elektronik LAN, WAN atau internet
untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya yang
memudahkan para penggunanya khususnya para pendidik dan pelajar. Media elektronik yang
digunakan dalam kaedah E-Learning adalah melibatkan internet, intranet, pita audio-video
dan juga CD-rom. Kaedah ini membolehkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan tentang
teknologi dan siber serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki dalam P&P dengan lebih
sistematik.

Selain itu, kebaikan E-pembelajaran keberkasanan proses dari rumah yang boleh diambil
ialah dapat menjimatkan kos kewangan 1kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu
1
https://xavierfong28.blogspot.com/2020/03/kebaikan-dan-keburukan-e-pembelajaran.html

7
membuat ‘print out’ nota-nota mereka. Hal ini berlaku kerana, pembelajaran secara online
tidak menggunakan kertas-kertas yang perlu ‘print out’ untuk membuat sesuatu tugasan
seperti membuat kertas kerja. Oleh itu, kos bagi penggunaan kertas juga dapat dikurangkan
dan memudahkan pelajar untuk mencari nota-nota di dalam internet dengan cepat dan
mudah. Seterusnya pelajar juga tidak perlu membawa buku yang banyak dan boleh
melontarkan semua idea antara pelajar dan pensyarah. Dengan itu pelajar dan pensyarah akan
lebih dekat dan mesra dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran malah
mendorong pelajar untuk mengeluarkan pelbagai idea antara pelajar dengan pelajar yang
lain serta berani menyuarakan pendapat dalam P&P. Selain itu, pensyarah juga telah
membekalkan beberapa bahan-bahan pendidikan jarak jauh dan ia membolehkan aktiviti dan
tugasan dibentangkan serentak iaitu mewujudkan bilik kuliah pada komputer secara online
dan ini memudahkan para pendidik dan pelajar untuk berinteraksi. Rentetan itu, dapat
berkomunikasi dengan instruktur setiap saat serta memantapkan penguasaanya terhadap
material pembelajaran. Hal ini wujud kerana pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman
web online bukan hanya bertujuan untuk memudahkan para pensyarah dan pelajar malah
sebagai transformasi ke arah pendidikan berkualiti tinggi dan efektif. Berdasarkan kajian
Chang (2001) 2beliau telah melihat sama ada proses pembelajaran secara laman web online
ini dapat membantu atau tidak dalam memberikan kefahaman kepada pelajar semasa proses
pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan pembelajaran di kalangan pelajar.
Dalam kajian beliau mendapati 85.84 peratus pelajar mengatakan pembelajaran web online
ini sangat sesuai dan ia memberikan keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan.
Jung et al. (2002) dalam kajian mereka pula telah mengkaji hubungan antara bidang
akademik, semangat kolaboratif dan interaksi sosial terhadap kepuasan pembelajaran,
penyertaan dan sikap terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja,
dengan E-pembelajaran pelajar boleh memilih masa yang sesuai dan terbaik untuk pelajar
serta tidak perlu terikat dengan masa dan tempat seperti rakaman video dari pengajar dan
slide daripada pengajar. Ini memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji sepenuhnya
pembelajaran seperti video rakaman yang dapat di ulang semula untuk memberi kefahaman
yang lebih baik kepada pelajar dengan dibantu slide pembelajaran yang diberikan oleh
pensyarah kepada pelajarnya. Seterusnya pelajar juga dapat menggunakan sumber rujukan
yang banyak dan menjimatkan masa serta wang ringgit. Hal ini kerana pelajar boleh mencari
sumber rujukan di laman web internet dan slide yang diberikan oleh pensyarah serta tidak
pelu mengeluarkan wang ringgit untuk membeli buku rujukan tambahan
2
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/22483/7079

8
Teori- teori pembelajaran dalam E-pembelajaran

Antara teori-teori pembelajaran dalam E-pembelajaran ialah yang pertama teori


konstruktivisme3 iaitu pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang
pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran
yang mana murid akan membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengetahuan yang sedia
ada. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran apabila
penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat diperlukan sewaktu mencari
dan mengumpul maklumat. Murid berpeluang berkongsi dan menghormati pandangan orang
lain serta menjalani aktiviti yang lebih hands-on dan minds-on. Konstruktivisme juga
berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Menurut
Herring, M. (2014), ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu.
Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan
himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan
membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya
daripada orang lain semasa proses ini. Dalam teori ini menurut Ben Zion Barta, Mosle Telem
& Yaffa Ger (1995), penekanan banyak diberikan kepada pembangunan diri sendiri melalui
diri sendiri. Ia merujuk kepada setiap apa yang ingin dipelajari oleh murid haruslah
bergantung kepada usaha mereka untuk mencapai ilmu. Di dalam teori ini, guru-guru tidak
bertindak sebagai pendidik sebaliknya hanya memainkan peranan sebagai fasilitator dalam
menyelia dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh di dalam kelas
Teknologi Maklumat dan Komunikasi di mana pelajar-pelajar sedang mempelajari cara
menggunakan Microsoft Word. Guru boleh membiarkan murid-murid untuk cuba meneroka
setiap fungsi yang ada di dalam software tersebut dan membimbing mereka dengan
memberikan bantuan jika diperlukan dan sebagainya. Terdapat beberapa bukti pengaplikasian
teori konstruktivisme di dalam bilik darjah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Menurut Brenda Mergel (1998), prinsip yang paling penting adalah guru-guru tidak
memberikan pengetahuan kepada murid-murid. Sebaliknya, murid-murid membangunkan
ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, murid-murid
berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pembinaan ilmu
pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta
3
https://umrahmuin.wordpress.com/category/e-pembelajaran/

9
persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat berasaskan pengalaman yang
sedia ada dan apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting.
Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru. Ia melibatkan
pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu.
Sebagai contoh, guru memberikan tugasan kepada murid di mana murid perlu mengakses
atau mencari maklumat daripada pelbagai sumber berkaitan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Seterusnya penaakulan dan penggunaan logik diaplikasikan secara aktif oleh
murid semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Apabila seorang murid menyedari
bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan
baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Murid
tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelum menerima
atau menolaknya. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan kepada murid di mana murid
perlu membuat penaakulan secara logik berkaitan dengan isu semasa keselamatan semasa
menggunakan kemudahan internet. Selain itu, teori yang kedua ialah teori kognitif iaitu
tingkah laku seseorang lebih bergantung kepada pemahaman terhadap hubungan-hubungan
yang ada di dalam suatu situasi. Mereka memberi penekanan kepada organisasi pengalaman
atas rangsangan di dalam lingkungan serta pada faktor yang mempengaruhi pengamatan
tersebut. Teori kognitif 4merupakan proses yang mana melibatkan ingatan sama ada ingatan
jangka panjang mahu pun jangka pendek. Ahli teori kognitif berpandangan pembelajaran
yang melibatkan kemahiran pemprosesan maklumat yang melibatkan pemerolehan,
penstrukturan semula dan pengaplikasian maklumat menyediakan murid dengan persekitaran
pembelajaran yang aktif dan lebih bermakna. Murid akan membina kemahiran berfikir yang
lebih saintifik dan rasional serta lebih inovatif. Dalam teori ini ada dua bidang kajian yang
lebih mementingkan proses belajar daripada hasil belajar, iaitu belajar tidak sekadar
melibatkan stimulus dan respon tetapi juga melibatkan proses berfikir yang sangat kompleks
(Budiningsih, 2005). Ilmu pengetahuan dibangunkan dalam diri seseorang melalui proses
interaksi yang berkesinambungan dengan lingkungan. Menurut psikologi kognitivistik,
belajar dipandang sebagai suatu usaha untuk mengerti sesuatu dengan jalan mengaitkan
pengetahuan baru ke dalam struktur berfikir yang sudah ada. Usaha itu dilakukan secara aktif
oleh siswa. Keaktifan itu dapat berupa mencari pengalaman, mencari informasi, memecahkan
masalah, mencermati persekitaran, mempraktikkan sesuatu untuk mencapai suatu tujuan
tertentu. Sehingga, pengetahuan yang dimiliki sebelumnya sangat menentukan keberhasilan
mempelajari informasi pengetahuan yang baru. Dengan adanya ilmu mengenai
4
http://www.cikgusuhaimin.com/2017/01/teori-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp.html?m=1

10
perkembangan kognitif murid, guru dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih
berkesan. Hal ini kerana guru dapat mengenal pasti aras pemikiran bagi murid dan membuat
perancangan yang teliti mengenai subjek yang ingin diajarkan kepada murid. Ini
membolehkan proses pembelajaran berlaku pada tahap yang betul dan proses pembelajaran
optimum dapat dicapai. Terdapat beberapa pengaplikasian dalam teori kognitif antaranya
ialah guru lebih menekankan proses pembelajaran murid daripada hasil pembelajaran semasa
proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Pernyataan ini merujuk kepada
guru yang merancang aktiviti PdP yang bersifat memberikan sesuatu nilai atau ilmu kepada
murid-murid. Sebagai contoh, semasa guru mengajar mata pelajaran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, guru lebih mementingkan pemahaman murid itu sendiri dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti berbanding dengan hasil bantuan orang lain. Ini menunjukkan
guru tersebut mengaplikasikan prinsip Teori Kognitif. Bukan itu sahaja, guru mementingkan
aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid secara kreatif dan kritis. Ini bermaksud guru
memberikan tugasan kepada murid yang bersifat KBAT, iaitu mencungkil Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi murid. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi di mana murid perlu membina suatu pangkalan data. Ini membuktikan guru
melaksanakan elemen Teori Kognitif semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.

11
Kaedah Dalam E-Pembelajaran

Setelah kemunculan wabak ini,pelajar-pelajar tidak lagi meneruskan pembelajaran


seperti dulu yang berkomunikasi secara nyata.Lebih teruk lagi untuk pelajar-pelajar yang
mengambil peperiksaan besar merupakan dugaan kepada mereka.Maka wujudlah kaedah
pembelajaran secara atas talian agar mereka masih mendapat ilmu-ilmu yang
manfaat.Sebagai contoh,aplikasi yang digunakan untuk mereka ialah
whatsapp,telegram,google meet dan sebagainya agar guru-guru masih lagi memberi nota-nota
penting.

Berdasarkan isu-isu ini belajar secara online juga perlulah bijak dalam pengurusan
masa dengan membuat jadual harian.Pelajar-pelajar perlulah pandai membahagikan waktu
belajar,menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti yang lain. . Hal ini dapat mewujudkan
kehidupan yang lebih teratur dan efisien supaya kehidupan dan emosi anda lebih stabil.
Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Untuk menjadi seorang
yang berjaya, anda perlu berkorban masa dan tenaga selain ia dapat membantu anda untuk
mencapai sesuatu impian.

Walhal begitu,pelajar juga harus mempunyai tempat pembelajaran yang


selesa,selamat dan tidak mudah diganggu. Pastikan tempat belajar anda tidak terlalu selalu
seperti di atas katil atau bilik yang gelap kerana ianya boleh membuatkan anda berasa
ngantuk dan tertidur sewaktu kelas berlangsung. Pelajar perlu bijak mencari kawasan internet
yang mudah diakses.Selain itu,memberi motivasi juga penting supaya mental dan fizikal
sentiasa bersemangat dan bertenaga.Hal ini untuk memastikan agar mereka lebih komited
dalam menyiapkan tugasan dan mengikut kelas atas talian.

Walau bagaimanapun,cara belajar secara online seperti blended learing merupakan


kombinasi antara model pembelajaran tatap muka atau [face to face].dengan model
pembelajaran e-learning.Melalui media-media internet ini pelajar juga dapat memuat turun
set-set soalan yang lepas atau soalan latih tubi.Mereka boleh menggunakkan Google Form
atau atau link yang berkaitan dengannya sebagai pengantar ilmu sosial.Di sampan itu, reka
bentuk pengajaran dan pembelajaran dapat melihat bagaimana teknologi dan media digital
dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

12
Dalam pada itu,terdapat juga beberapa amalan yang baik patut
dilakukan.Antaranya,bagi seseorang pelajar mereka perlulah mencuba untuk membaca nota
sebelum tidur.Hal ini demikian kerana, terdapat kajian mengenai otak manusia mengambil
memori baru untuk yang berkemampuan.

Kunci kejayaan anak-anak anda banyak bergantung kepada kemudahan-kemudahan


pembelajaran yang disediakan oleh ibubapa dan juga kemahuan pelajar itu sendiri untuk
belajar tanpa dipaksa. Ibubapa seharusnya melihat sendiri kemahuan anak-anak dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik mereka sendiri. Hakikatnya tugasan yang diberi
oleh guru-guru di sekolah sudah memadai untuk pelajar mengulangkaji pelajaran mereka.
Manakala tuisyen adalah tapak sokongan agar apa yang dipelajari di sekolah dapat difahami
dengan jelas.

KESAN E-PEMBELAJARAN:

Teknologi Internet dan pembelajaran maya telah mengubah struktur dan konsep komuniti
yang dipegang selama ini. Kesan Internet dan pembelajaran maya tentunya telah banyak
memberikan impak yang positif kepada pembangunan komuniti dalam pelbagai perkara dan
bidang pada masa kini dan pada masa akan datang. Namun begitu, perkembangan Internet
dan e-pembelajaran juga dibimbangi akan memberikan implikasi dan nilai yang negatif
kepada komuniti masyarakat dunia dan komuniti masyarakat negara ini jika salah gunakan
Internet. Ramai dalam kalangan pelajar tidak mengetahui kesan e-pembelajaran serta tidak
menunjukkan minat terhadap e-pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal
maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengetahui tentang kesan-kesan dalam e-pembelajaran.

13
1) E-pembelajaran menggalakkan perkongsian maklumat dalam sesebuah
komuniti.

- Dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan diantara ahli dalam organisasi dan institusi
penyelidikan.
- Dapat mengetahui istilah masyarakat bermaklumat telah digunakan secara meluas pada
masa ini dan ia membawa maksud yang berbagai mengikut keperluan atau kepentingan
sesuatu masyarakat atau komuniti itu sendiri.
-Daniel Bells (1999), mengatakan bahawa sekarang ini kita berada di pasca Post- Industrial
Society, dimana pengurusan pengetahuan adalah mejadi perkara utama dan merupakan nilai
tambah yang utama dalam meningkatkan pencapaian ekonomi.
-Dalam organisasi teknologi tinggi pada masa ini, pekerja yang mempunyai maklumat dan
pengetahuan yang banyak dan terkini adalah merupakan aset yang paling berharga.
2) E-pembelajaran memberi peluang yang lebih luas kepada masyarakat untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

-Pertambahan bilangan pelajar yang begitu tinggi dari setahun ke setahun telah berlaku
samada di negara-negara maju atau di negara-negara membangun. Pertambahan tersebut turut
berlaku di tempat-tempat lain di negara tersebut. Pertambahan yang begitu besar tentunya
tidak dapat ditampung oleh pendidikan tradisional yang sedia ada.
-Dapat mengatasi masalah tersebut ialah melalui pengajaran dan pembelajaran maya.
-Di negara ini, kita juga sering mendengar rungutan daripada pelajar-pelajar lepasan
sekolah yang gagal melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi, walaupun mereka
memperolehi keputusan yang agak baik sama ada di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atai sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kini semakin ramai pelajar yang layak
untuk memasuki universiti dan terpaksa bersaing diantara satu dengan yang lain.
-Sebahagian dari mereka terpakasa meninggalkan alam pendidikan lebih awal dan terus
memasuki alam pekerjaan. Pihak universiti terpaksa menghadkan pengambilan pelajar
mereka kerana segala kemudahan seperti bilik-bilik kuliah dan tenaga pengajar yang terdapat
di universiti atau institusi pengajian tinggi adalah terhad.
-Oleh itu melalui pembelajaran maya ianya merupakan cara yang berkesan untuk
menampung bilangan pelajar yang terus meningkat di dalam sesebuah masyarakat atau
negara.
3) E-pembelajaran memberi peluang kepada masyarakat yang tinggal jauh
daripada universiti untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dengan lebih baik dan murah.

14
-Dengan adanya pembelajaran maya, sistem pendidikan jarak jauh juga turut berubah. PJJ
melalui siber adalah lebih mudah diikuti oleh pelajar dan bersifat interaktif. Melalui internet
pelajar dengan mudah dan cepat dapat berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan yang
lain. Pelajar juga dapat memuat turun (download) nota atau modul dengan senang berbanding
terpaksa menunggu modul yang dihantar melalui pos.
-Kini semakin banyak institusi pendidikan di Malaysia memperkenalkan PJJ yang
menjadikan pembelajaran maya sebagai medium utama.
-Pembelajaran secara maya menerusi Internet adalah lebih menjimatkan kos dan masa
berbanding dengan perhubungan melalui telefon atau pos bagi kursus jarak jauh.
-Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan guru atau rakan mereka melalui telefon dengan
mudah. Pelajar dapat berbincang secara sinkroni dan asinkroni.
-Nota- nota dan modul pembelajaran dapat dimuat turun pada bila-bila masa dengan cepat.
Kini pelajar tidak perlu lagi menghabiskan kos pengangkutan dan masa perjalanan yang jauh
untuk menghadiri kelas atau mendapatkan nota atau menghubungi rakan-rakan mereka. Kini
dengan adanya universiti-universiti yang menjalankan pengajaran jarak jauh secara online,
berpuluh-puluh ribu rakyat negara ini dapat berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat
universiti.

4) Pelajar boleh menerokai ilmu yang kemungkinan tidak disediakan di sekolah


harian biasa.

-Ia adalah merentas sempadan dan menjangkau sumber dari pihak luar negara.
-Pemikiran pelajar tidak konvensional malahan persepsi mereka juga terbuka, lebih positif,
tidak ketinggalan dan maju ke hadapan.
-Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui
carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian.
-Mereka juga dapat belajar pada masa yang dikehendaki dan memadankan dengan jadual
harian mereka.

5) Dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi siber


seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar.

-Dengan mempelajari teknologi maklumat, ia membantu melahirkan golongan remaja yang


berpengatahuan luas dan tidak seperti katak bawah tempurung.

-Teknologi maklumat dapat membantu memperkasa kemahiran diri golongan remaja.

-Penguasaan teknologi maklumat juga dapat memudahkan komunikasi antara manusia tanpa
batasan waktu dan tempat.

15
-Sekiranya golongan remaja menguasai teknologi maklumat dapat menambah pendapatan
diri.

Cabaran E-Pembelajaran
Ketiadaan peranti ketika pembelajaran. Seperti kita tahu selepas pandemik ini berlaku
terdapat beberapa aspek yang terjejas dan paling kita nampak ialah sektor pendidikan.
Terdapat beberapa cabaran yang para pelajar dan pensyarah yang perlu hadapi. Malahan
orang bekerja juga turut terkesan

Cabaran yang pertama ialah ketiadaan peranti ketika pembelajaran atas talian. Sejak
kerajaan telah mengisytiharkan penutupan sekolah dan unuversiti , penbelajaran akan
dilakukan atas talian secara media. Di sini terdapat ibu bapa yang mula bimbang akan
keadaan anak mereka yang tidak semua mempunyai alat komunikasi yang lengkap. Dan tidak
semua ibu bapa berkemampuan untuk membelikan anak merka peranti untik digunakan
ketika pebelajaran. Ada juga ibu bapa yang mampu membeli peranti malahan anak-anak
mereka perlu berkongsi secara bergilir-gilir untuk mengikuti kelas atas talian. Dan
pembelajaran atas talian tidak tahu akan berjalan sampai bila.

Seterusnya ialah, suasana yang kurang kondusif. Tidak semua pelajar mempunyai
tempat belajar yang cukup selesa. Lain pula bagi golongan yang tinggal yang tinggal di
rumah yang sempit da nada juga yang perlu berkonsi dengan adik beradik yang lain. Hal ini
telah menjadi satu cabaran buat para pelajar untuk fokus ketika kelas. Lagi-lagi pelajar SPM
yang kini bertungkus lumus untuk belajar di rumah. Terdapat juga keluarga yang mempunyai
adik beradik yang ramai. Yang mempunyai adik kecil ataupun adik yang masih bayi ini juga
dugaan yang amat besar bagi mereka. Selain itu, dikatakan juga segelintir pelajar seolah-olah
tidak memahami tugasan yang di berikan oleh guru.

Cabaran yang ketiga pula ialah kemahiran guru dalam menggunakan teknologi digital.
Seperti yang kita tahu, tidak semua pendidik di Malaysia ini mahir dalam bidamg teknologi
yang kian semakin caanggih. Terdapat dalam kalangan pendidik di Malaysia ini sudah
berusia dan tidak terdedah akan teknologi digital masa kini. Ini adalah salah satu cabaran
perlu dihadapi oleh guru-guru untuk melaksanakannya. Ia juga perlu mengambil masa yang
agak lama bagi guru yang kurang mahir dengan aplikasi atasa talian untuk menyediakan
bahan mengajar yang lengkap dan di muat naik sebagai rujukan pelajar. Walaubagaimana
pun kesungguhan seorang pendidik dan tanggungjawab yang dipikul para guru tersebut

16
mereka harus dipuji kerana mereka telah sedaya upaya mengajar anak murid meski pun tidak
di dedahkan dengan kemahiran teknologi.

Sikap pelajar ketika sesi pembelajaran atas talian adalah salah satu isu atau salah satu
cabaran yang begitu besar sekali isu ini. Tidak dinafikan ketika pembelajaran secara
bersemuka ada sesetengah pelajar yang tidak memberi tumpuanketika guru mengajar, inikan
pula ketika pembelajar secara maya. Terdapat satu kisah yang tular yang seorang guri yang
menanti anak muridnya ketika pembelajaran atas talian, namun tiada seorang yang sertai
kelas tersebut. Kecewa melihat sikap pelajar yang tidak mempunyai sifat displin dalam
menuntut ilmu. Bukan itu sahaja. Ada juga dalam kalangan pelajar yang sertai kelas atas
talian seperti di Google Meet sekadar untuk memenuhi jumlah kehadiran. Hakikatnya, di
sebalik kamera yang sengajakan dimatikan. Mereka melakukannya kerja-kerja yang tidak
berkaitan. Ada juga sesetengah pelajar sengaja membuat aksi yang melucukan ketika kelas
atas talian untuk menarik perhatin yang lain sehinggakan rakan sekelas tidak lagi fokus pada
guru yang sedang mengajar. Hal ini akan mengganggu proses pembelajaran yang dijalankan
dan menyebabkan masa tidak mencukupi.

Cabaran yang kelima ialah pengajar perlu menguruskan hal keluarga. Seperti kita tahu
pengajar ini ada yang sudah berumah tangga jadi mereka perlu menguruskan suami anak.
Mungkin ada juga yang duduk bersama keluarga mereka. Bagi guru perempuan mereka perlu
menyiapkan suami, membuat sarapan untuk suami bagi yang dah mempunyai anak kecil
merka juga perlu menyiapkn keperluan anak untuk hantar ke rumah pengasuh. Bagi yang
guru lelaki mereka perlu menghantar anak mereka ke rumah pengasuh setelah selesai mereka
menyelesaikan tugas itu baru baru mereka boleh membuat kelas. Atau yang tidak hantar anak
ke rumah pengasuh mereka juga dapat gangguan dari anak yang anak ganggu mereka
membuat kelas. Terdapat gangguan yang sering kali terjadi ialah anak akan pergi ke
komputer riba mereka dan usik apa yang ada di situ atau ada tang mahu susu dan menangis.

Dan cabaran yang terakhir ialah program perisian dan sumbanagan ke internet adalah
aspek utama dalam pembelajaran dalam talian ini. Tidak semua pelajar mampu untuk
membeli internet kerana tidak semua orang mampu dalam kehidupannya. Dan mereka perlu
membeli internet dan ini makan kos sara hidup sesebuah keluarga. Terdapat juga ibu bapa
yang tidak dapat membeli peranti internet kerana perlu bayar bulanan.

17
18
Kesimpulannya, e-pembelajaran merupakan satu dimensi baru yang memberi kelebihan
kepada pengguna pada masa kini. Bersesuaian dengan persekitaran kini yang sentiasa
mengutamakan penggunaan masa dan perancangan kewangan yang bijak. Dengan kuasa
global yang hanya dihujung jari, diharapkan dapat melahirkan insan yang berilmu dan
berpengatahuan luas sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup bangsa agama, dan negara.
Kerajaan dan pihak NGO perlulah mengambil peluang mengaplikasikan e-pembelajaran
dalam organisasi masing-masing lantaran keistimewaan dan kelebihan yang ditawarkan.
Tetapi kita mestilah berganding bahu bagi memperbaiki serta mengatasi keburukan dan
masalah dalam mengaplikasikan e-pembelajaran dalam pendidikan di Malaysia.

19

You might also like