You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KURSUS MOTIVASI & KECEMERLANGAN AKADEMIK (KMKA 2023) Bil.

10
PROGRAM PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI
FAKULTI SAINS KESIHATAN, UKM

Tarikh: 31 Oktober 2023


Masa: 2.30 pm – 4.30 pm
Tempat: Bilik i-Care Rehab

Hadir:

Prof. Madya Dr. Mazlyfarina Mohamad

Prof. Madya Dr. Noorazrul Azmie Yahya


Pengerusi

Dr. Muhammad Safwan Bin Ahmad Fadzil

Dr. Iza Nurzawani Che Isa

Dr. Siti Hajar Zuber

Pn. Norhafidzah Mohamed Sharif

Cik Nur Farhana Ab Kadir

Dr. Afifah Mohamed

Dr. Mohd Izuan Ibrahim

Dr. Rukiah A. Latiff

Dr. Nor Aniza Azmi

Cik Rasita Chow Kue @ Rosli

Pn. Noraini Ahmad Wahid

Cik Norjana Abdul Rahman

Pn. Nurul Husna Nor Mohammad

Dr. Norhashimah Mohd Norsuddin

Tidak hadir dengan kenyataan


Prof. Madya Dr. Akmal Sabarudin (kelas)

Dr. Rozilawati Ahmad (kelas)

En. Abdul Khaliq Mohd Saparudin (kursus)

Cik Khadijah Mohamad Nassir (cuti belajar)

En. Mohd Nizar Mohd Mokhtar (MC)

Pn. Nur Khalis Sukiman (MC)

1. Ucapan Pengerusi.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi. Pengerusi
mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa KMKA 2023.

Makluman

2. Pembetulan Minit Mesyuarat


Tiada pembetulan

Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat


Minit mesyuarat KMKA 2023 bilangan 9 telah dicadangkan oleh Pn Noraini Ahmad Wahid
dan disokong oleh Cik Rasita Chow Kue @ Rosli.
Makluman

4. Ahli Jawatankuasa Penginapan & Logistik


- Quotation penginapan dari ALPHA RM4490 bagi 70 orang pelajar (asrama) dan staff (bilik
penginapan)
- Check-in dibenarkan pada 12.30 tgh hari
- Senarai kelengkapan ruang dan peralatan yang dimohon dibentangkan mengikut lampiran
(rujuk dokumen di Gdrive). Dewan makan dan surau tidak memerlukan bayaran tambahan
- AJK Logistik memohon Setiausaha untuk memaklumkan barang kelengkapan peribadi
(tuala, toileteries) dan kelengkapan lain (kasut sukan, etika baju) untuk dibawa oleh pelajar.
Juga memaklumkan kepada pelajar bus bertolak pada 7.00pagi sharp untuk bertolak. Cadar,
selimut dibekalkan pihak ALPHA.
- Mohon maklumkan juga kpd pelajar sekiranya ingin bergerak sendiri hanya dibenarkan
kepada mereka yang di BANGI sahaja dengan syarat dihantar oleh ibubapa/penjaga. Pelajar
tidak dibenarkan untuk membawa pengangkutan sendiri kecuali kes tertentu.
- Lantikan PIC pelajar untuk lakukan head count
- Permohonan van universiti untuk membawa 5 pelajar terlibat dengan aktiviti kolej telah
ditolak kerana telah penuh. AJK Pengangkutan menyusul cadangan untuk membuat
tempahan Grab 6-Seater pada pukul 1.30pm dan claim akan dilakukan kepada pihak
bendahari.

Makluman

5. Publisiti & Penajaaan


- 3 menunggu response: LM Partners, MP Titiwangsa, UKMShape (update NAY)
- Logo penaja akan dimasukkan dalam buku program, banner secara fizikal bagi penaja yang
telah memberi response bersetuju sehingga 10/10/2023. Penaja response selepas dari
tarikh ini akan dimasukkan dalam format digital
- 2 corporate videos dari penaja perak NUHS dan penaja emas KPJ
- AJK Pemasaran mohon semakan status Plak cenderahati dari fakulti
- AJK Pemasaran mohon semakan logo yang betul untuk dimasukkan dlm banner.

Makluma

6. Bendahari
- Tambahan permohonan tempahan GRAB pelajar
- Sebilangan peruntukan telah diagihkan kepada AJK yang berkaitan; Cenderamata RM400,
Banner 150, Jamuan 180, Teknikal 989.50
- Pembayaran kepada penceramah secara EFT

7. Program
- Perincian program dan aktiviti dibentangkan
- Senarai kumpulan dan fasilitator telah diagihkan
- Dokumen rujukan perjalanan aktiviti akan diedarkan kepada semua kakitangan

Semua kakitangan

8. Tugas-tugas Khas
- Penaja utama, NUHS dan KPJ Johor
- Banner: saiz 9x3”, tiada perubahan design, AJK akan teruskan untuk cetakan
- Setiausaha boleh hantar details announcement kepada AJK TTK untuk dipos dalam
Glide
- Untuk tujuan pendaftaran, pelajar boleh mendaftar melalui sistem Glide
- Cadangan: tambahan tab Album pada aplikasi glide KMKA 2023.

9. Jamuan
- D Makanan untuk 94 orang (pelajar, kakitangan dan jemputan)
- Pelajar allergy: ayam (1), telur (2), kacang (5), seafood (10), laktos (1); gantian
makanan berkaitan dilakukan oleh caterer
- Untuk BBQ, 1 pek Pak Mat Western/McD akan dibeli menggunakan peruntukan
program

Makluman

10. Cenderamata
- Sijil: tambah PDR, semakan ejaan nama penceramah, dekan, sekreteriat,
- Cenderahati: Cactus
- Plak kepada ALPHA dan KPJ: akan mohon kepada fakulti, caj antara jabatan
Makluman

11. Teknikal
- Peralatan telah dibeli mengikut keperluan AJK
- Peralatan sedia ada akan dibawa ke ALPHA

12. Lain-lain.
- T-shirt tidak sempat untuk dibuat
- Dicadangkan untuk berikan souvenir KMKA fridge magnet gambar beramai-ramai akan
diberikan kepada pelajar.
- Color coding baju = Staff: Sabtu (merah), Ahad (biru). Pelajar: Sabtu (Roentgen Run)
- Surat rasmi permakluman kepada TDA dengan senarai pelajar yang menyertai

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Dr. Mohd Izuan bin Ibrahim

Setiausaha 1 KMKA 2023 Dr. Noorazrul Azmie Yahya

Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi Ketua Program


Fakulti Sains Kesihatan Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi

Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti Sains Kesihatan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like