You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG


BIL 3/2017
Tarikh : 16 Ogos 2017
Hari : Rabu
Masa : 2.15 – 3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKS
Pengerusi : Puan Norli binti Ismail
Kehadiran : 18/18

1. Pn Norli Binti Ismail (Ketua Panitia)


2. Pn Nur Izyan Binti Jamil
3. Pn Rohana Binti Abidin
4. Pn Rohani Binti Abidin
5. Pn Rumidah binti Md Yasin
6. Pn Mahani Binti Mamat
7. Pn Adawiyah binti Abd Aziz
8. Pn Maharom binti Mokri
9. Pn Haliza binti Ishak
10. Pn Suziana Binti Anuar
11. Pn Nawabiyaton binti Zainon
12. Pn Rabidah binti Adnan
13. Cik Salbiah binti Ibrahim
14. Encik Sivaraja a/l Subramaniam
15. Pn Siti Khadijah binti Safii
16. Pn Norlizawati binti Awan
17. Pn Siti Fatimah binti Man
18. Pn Siti Zaleha Binti Othman Setiausaha

AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli jawatan kuasa
panitia.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa
kerana memberikan kerjasama yang baik untuk melaksanakan tugas pada
tahun ini.
2.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

Disahkan oleh : Puan Siti Fatimah Binti Man


Disokong oleh : Puan Rabidah Binti Adnan

3.0 Perkara-perkara berbangkit

Tiada

4.0 Perkara-perkara baharu

4.1 NKRA (BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA

4.1.1 Literasi dan Numerasi (LINUS)


Tahniah dan terima kasih kepada semua guru LINUS kerana telah berjaya
menguruskan Ujian Linus saringan 1.

Ujian Saringan 2 sedang berjalan mengikut ketetapan.

4.2 Analisa Ujian PPT

4.2.1 Analisa Ujian PPT

THN % GPMP
Bil calon A B C D E LULUS
LULUS
1 257 77 85 51 30 14 243 94.55 2.3
2 235 8 30 47 50 100 135 57.45 3.87
3 224 0 12 43 57 112 112 50 4.2
4 223 6 26 43 42 106 117 52.47 3.97
5 235 5 13 40 32 145 90 38.30 4.27
6 217 19 19 18 30 131 86 39.63 4.08

4.3 Post Morterm Ujian PPT

4.3.1 GMP yang paling baik diperolehi daripada pelajar Tahun 1, iaitu 2.3. Bilangan
pelajar yang lulus seramai 243 daripada 257 orang.
4.3.2 Ujian PPT tahun 6, bilangan pelajar lulus adalah seramai 86 orang daripada 217
orang pelajar. Bilangan pelajar yang lulus A seramai 19 orang. Kekangan masa
untuk menghabiskan sukatan pelajaran di samping terdapat sukan tahunan
sebelum peperiksaan Pertengahan Tahun.

4.3.3 Latihan pengukuhan akan ditekankan kepada murid- murid yang masih tidak
menguasai kemahiran menjawab soalan mengikut format UPSR terutama untuk
mempertingkatkan bilangan murid yang belum lulus.

THN % GPMP
Bil calon A B C D E LULUS
LULUS 4.4
Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik

4.4.1 Guru-guru diminta memperbanyakkan latihan untuk mengatasi kelemahan


murid dalam menjawab soalan mengikut format UPSR Strategi untuk
menjawab soalan penyelesaian masalah juga perlu ditekankan untuk
membantu murid menjawab soalan kertas 2. Soalan kertas 1 juga
ditekankan cara penyelesaian yang mudah untuk menentukan jawapan.

4.4.2 Gerak gempur UPSR diteruskan melibatkan murid tahun 6 sehingga habis
bulan 8 .Kelas ini juga akan melibatkan hari Ahad.

4.4.3 Klinik UPSR matematik dijalankan bagi membantu murid agar lebih bersedia
dan yakin untuk menghadapi UPSR.

4.5 Pemilihan Buku Kerja 2016


AJK Panitia telah bersetuju bahawa kelas Tahap 1, tiada keperluan menggunakan
buku kerja kerana buku latihan (SPBT) yang disediakan mencukupi.
Tahap 2(tahun 4 dan tahun 5) telah bersetuju untuk memilih buku kerja dibawah
terbitan PEP Sdn. Bhd. Pemilihan dibuat kerana penerbit telah menggunakan
format peperiksaan terkini dalam buku terbitannya manakala murid tahun 6 akan
menggunakan buku keluaran DIDIK yang akan di tempah kemudian.

5.0 Hal-hal lain


5.1 Kelas Tambahan Tahap 2, akan diteruskan untuk tempoh tiga minggu. Terima
kasih kepada guru-guru yang sanggup meluangkan masa untuk mengajar kelas
tambahan sempena cuti sekolah.
6.0 Penangguhan mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada Jam 1530.

Disediakan oleh Disemak oleh

(PN SITI FATIMAH BINTI MAN) (PN NORLI BINTI ISMAIL)

Disahkan oleh

(PN NOR HAMIZAH BINTI ABD HAMID)

You might also like