You are on page 1of 32

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENTAKSIRAN 1
KULIAH 4:
TEORI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Pensyarah Kursus;
Ts. Dr. Che Ghani Haji Che Kob
Pensyarah Kanan
Jabatan Teknologi Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UPSI
Tel: 05-4806134 / 019-3876048
Email: cheghani@fptv.upsi.edu.my
Lakarkan apa yang anda fikir dibawah permukaan
air….
TEORI
PEMBELAJARAN
• Sebelum Abad ke-20
– Mental Discipline – proses pengajaran untuk melatih
minda
• Theistic Mental Discipline - ilmu yang berkaitan dengan
ketuhanan, kepercayaan, perkara baik dan buruk.
• Humanistic Mental Discipline – ilmu yang berkaitan dengan
kemanusiaan.
– Keupayaan Semulajadi (natural enfoldment) –
kebolehan atau keupayaan pelajar belajar atau melihat
dan menganalisa secara semulajadi.
• Proses pembelajaran bergantung kepada pelajar;
• Pembelajaran yang menyeronokkan;
• Bertentangan kaedah dengan Mental Discipline
TEORI
PEMBELAJARAN
• Selepas Abad ke-20
– Teori Behaviorism – setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan
berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak
balas;
– Teori Kognitif – menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap
pelajar mempunyai kebolehan minda untuk mengelola, menyimpan dan
mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan
masalah;
– Teori Constructivism – menekankan pembinaan konsep yang asas
sebelum konsep itu dibangunkan kemudian di aplikasi apabila diperlukan.
Aktiviti pembelajaran digabungkan dengan kognitif, afektif dan psikomotor.
– Teori Pembelajaran Sosial - menganggap manusia sebagai makhluk
yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses
perkembangan untuk memerihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan
orang lain.
– Teori Pembelajaran Humanistik - berpendapat bahawa pembelajaran
manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.
TEORI PEMBELAJARAN
• Teori Pembelajaran Behaviorisme • Teori Pembelajaran Sosial
– Teori Pelaziman Parlov – Model Determinisme Timbal
– Teori Pelaziman Klasik Watson Balik
– Teori Pelaziman Thorndike – Teori Pembelajaran Peniruan
– Teori Pelaziman Operan Skinner • Teori Pembelajaran Humanistik
• Teori Pembelajaran Kognitif – Teori Keperluan Maslow
– Teori Pembelajaran Gestalt
– Teori Pembelajaran Gange
– Teori Pembelajaran Ausebel
– Teori Pembelajaran Brunel
• Teori Pembelajaran
Konstruktivisme
TEORI PEMBELAJARAN
1. Teori pembelajaran merupakan prinsip-
prinsip dan hukum-hukum pembelajaran
yang diterjemahkan daripada kajian-kajian
ahli psikologi pendidikan.
2. Teori-teori pembelajaran banyak
membincangkan tentang konsep
pembelajaran, faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran serta proses
dan sebab berlakunya sesuatu
pembelajaran.
3. Kebanyakan teori pembelajaran diterokai
melalui kajian soal selidik dan pemerhatian.
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME
1. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila berlakunya
perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu
disebabkan pengalaman yang telah dilaluinya.
2. Proses pembelajaran ini dianggap bermula dari setiap
insan dilahirkan sehinggalah dia meningal dunia.
3. Pembelajaran behaviorisme menumpukan perhatian
terhadap tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan diukur.
4. Ahli-ahli psikologi seperti Pavlov (1903), Watson
(1913), Thorndike (1905) dan Skinner (1936),
berpendapat bahawa sesuatu benda yang wujud
adalah benda yang dapat kita perhatikan
perubahannya.
5. Kita tidak dapat melihat atau mengukur pemikiran,
tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap
perlakuan manusia. Perubahan tingkahlaku ini dapat
dijelaskan apakah yang sedang difikirkan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Pavlov

 Teori Pelaziman Klasik Pavlov


– Menurut Pavlov (1903), setiap ransangan yang diberi
akan menimbulkan sesuatu gerak balas.
– Gerak balas ini adalah sebarang bentuk tingkahlaku
yang timbul akibat daripada ransangan tersebut.
– Parlov menyifatkan sesuatu pembelajaran akan
berlaku apabila wujudnya perkaitan antara ransangan
Ivan Petrovich Pavlov
dan gerakbalas dan perkaitan ini dikenali sebagai (1849 - 1936)
pelaziman klasik.
– Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing,
tiga peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu
sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas
pelaziman.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Pavlov

• Beberapa konsep penting dalam


proses pengajaran dan pembelajaran
dihasil melalui teori pelaziman
klasik Pavlov iaitu
– Konsep generalisasi - bermaksud
ransangan yang sama akan
menghasilkan tindak balas yang
sama.
– Konsep diskriminasi - berlaku
apabila inividu bertindakbalas
terhadap ransangan yang tertentu
sahaja dan tidak pada ransangan
yang lain.
– Konsep penghapusan - ransangan
yang terlazim yang tidak disertakan
dengan ransangan yang tidak
terlazim.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Klasik Watson

• Teori Pelaziman Klasik Watson telah di perkenalkan oleh


John B. Watson (1913)
• Menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses
pembelajaran.
• Beliau dalam kajiannya membuktikan bahawa emosi manusi
juga boleh dilazimkan secara klasik.
J.B. Watson • Kajian yang telah beliau jalan ke atas seekor tikus dan
(1878-1958) seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11
bulan.
• Dalam kajiannya, beliau mengunakan seekor tikus beserta
dengan bunyian yang kuat untuk menakutkan kanak-kanak
tersebut.
• Tindakan ini diulang-ulang sehingga benar-benar
menimbulkan rasa takut kanak-kanak pada tikus putih
tersebut.
• Berdasarkan dapatan kajian ini, Watson menyarankan bahawa
pendidik boleh mempengaruhi pegalaman pembelajaran
pelajar dengan menentukan ransangan yang didedahkan
kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan.
• Gabungan daripada beberapa ransangan akan dapat
menhasilkan gerak balas tertentu di mana boleh dikaitkan
Eksperimen yang jalankan dengan seorang bayi dengan pelbagai situasi.
bernama 'Albert'. Watson memakai topeng untuk
menakutkan Albert.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Thorndike

• E. L. Thorndike (1905) menjalankan kajiannya ke


atas beberapa ekor haiwan seperti kucing, ayam,
anjing dan monyet.
• Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang
dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan
Edward Lee makanan diletakkan di luar sangkar, beliau
Thorndike mendapati kucing tersebut telah melakukan
(1874 - 1949) beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.
• Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran
“cuba jaya”. Melalui pembelajaran cuba jaya ini,
kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan
apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka.
Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan
makanan.
• Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula,
sekali lagikucing tersebut akan melakukan beberapa
percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.
Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka
pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Thorndike

• Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat


bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada
gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan)
dan response (gerak balas).
• Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran
manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang
disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-
hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada
tiga, iaitu
– Hukum Kesediaan - apabila seseorang itu bersedia
untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan
itu dapat memberi kepuasan kepadanya.
– Hukum Latihan - perkaitan antara rangsangan dan
gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui
latihan yang diulang-ulang dan
– Hukum Kesan - jika sesuatu tindakan diikuti oleh
sesuatu perubahan persekitaran yang
menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu
berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas
gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan
gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat
kesan yang menyeronokkan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Skinner

• B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi


menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam
jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang
kompleks daripada perlakuan yang mudah.
• Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati.
• Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah
laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan
gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur.
• Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori
pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
• Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan
gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan
(tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja
gerak balas itu ditunjukkan.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pelaziman Operan Skinner
• Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman
operan Skinner, iaitu:
– Peneguhan positif - memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan
– Peneguhan negatif - rangsangan serta merta yang
tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas
sesuatu tingkah laku ditunjukkan
– Dendaan - proses atau tatacara untuk melemahkan atau
mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
diingini
– Prinsip Premack - mengaitkan aktiviti yang kurang
diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk
mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang
diminati.
– Pelupusan - perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan
lupus dengan sendirinya.
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME

Ransangan
(Dorongan ke atas
apa yang pelajar terima Pembelajaran
inginkan)

Pengetahuan Penilaian
Tidak
terima
Pemahaman Sintesis

Aplikasi Analisis
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
1. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran adalah proses mental yang
aktif untuk mendapatkan, menyimpan,
mengingat dan menggunakan ilmu.
2. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah
terhadap proses aktif minda individu untuk
memahami persekitarannya iaitu cara
individu berfikir tentang situasi, termasuk
kepercayaannya, jangkaannya dan
perasaannya, mempengaruhi fakta yang
individu pelajari dan cara dia belajar.
3. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa
ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah
hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang
mendorong seseorang itu belajar
(Woolfolk,1998).
4. Ahli psikologi kognitif kini berpendapat
bahawa pembelajaran melibatkan dua proses
mental penting, iaitu persepsi (pengamatan)
dan pembentukan konsep (penanggapan).
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
• Woolfolk, 1998 – menyatakan bahawa manusia secara
aktif memilih, mengamal, memberi perhatian,
menghindar, merenung kembali dan membuat banyak
keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka.
• Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran
adalah proses aktif minda yang berfokus kepada
maklumat penting, menapis maklumat tidak penting
dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat
pemilihan.
• Ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga
dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks &
Thompson, 1995). Ahli psikologi kognitif yang lain,
seperti Edward Tolman, memajukan konsep
pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa
peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget,
Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne.
• Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-
langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula
telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan
bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan
pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Gestalt
• Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada
perkembangan psikologi kognitif.
• Perkataan “gestalt” adalah perkataan dalam bahasa
Jerman yang bermaksud “pola” (pattern atau
configuration).
• Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji subjek
dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian
yang mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat
polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole).
• Teori gestalt dirumuskan sebagai “the whole is
greater than the sum of its parts”.
• Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt,
melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi telah
mengemukakan konsep ‘celik akal’ (insight) -
bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara
mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun,
individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia
perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam
persekitarannya dan mengaitkannya dengan
pengalaman lepas.
– Melihat pisang itu tinggi, masalah tak boleh selesai – perlu
melihat menyeluruh kepada penyelesaian.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Model Pemprosesan Maklumat
• Pemprosesan maklumat melibatkan aktiviti mental atau minda manusia
berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya
semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998).
• Model memproses maklumat adalah terdiri daripada
– Ingatan deria (sensory memory) - Ingatan deria merupakan ingatan jangka
pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1
hingga 3 saat.
– Ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/working memory) -
Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah
antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk
dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan.
– Ingatan jangka panjang (long-term memory) - Ingatan jangka panjang
mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan
maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada
beberapa minit hingga ke beberapa tahun.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Gagne

• Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun


1916 dan merupakan seorang ahli psikologi
eksperimental yang berpengalaman dalam
bidang penyelidikan pembelajaran serta telah
terlibat dalam latihan dan masalah-masalah
pendidikan yang lain.
• Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan
buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan
idea Gagne tentang analisis tugas
menunjukkan pembelajaran berlaku secara
berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak
daripada peringkat paling mudah kepada
peringkat paling kompleks.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Gagne

• Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap


pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai
pembelajaran di peringkat yang lebih awal
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Ausubel

• David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan


teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam
bentuk pembelajaran resepsi dan bukan
daripada pembelajaran penemuan atau dikenali
sebagai Model Pembelajaran Ekspositori.
• Ausubel juga mengemukakan pembelajaran
lisan bermakna (meaningful verbal learning),
termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan
hubungan antara idea yang dikenali sebagai
Konsep Penyusunan Awal.
• Bagaimanapun, hafalan (rote memorization)
tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Ausubel
• Model Pembelajaran Ekspositori
– Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk
fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang
lengkap.
– Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk
deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh
(Woolfolk, 1998).

• Penyusunan Awal
– Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel
untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimal berlaku.
– Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah
memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia
merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep
yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
– Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar
tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
– Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep
yang telah dipelajari.
– Terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu
• memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran,
• menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan
• menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep
berkaitan yang telah dipelajari.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Bruner

• Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan


seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia
terbahagi kepada 3 tahap:

• Peringkat Enaktif - Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan


bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak
banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-
kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik
menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna
atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang
kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.

• Peringkat Ikonik - Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah


berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan
imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di
hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”. Contohnya, kanak-kanak
tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek
tersebut tiada di hadapan matanya.

• Peringkat Simbolik - Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah


boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan
pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak
boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi
seimbang.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori Pembelajaran Konstruktivisme

• Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya


Educational Psychology. A Contemporary Approach
(ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme
(constructivism) ialah adalah pendekatan
pembelajaran yang menyediakan peluang kepada
pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara
yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau
hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang
sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga
dikenali sebagai fahaman “binaan”.
• Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam
bukunya Educational Psychology jelaslah bahawa
mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar
perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan
memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan
yang dipelajari.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah
diasaskan oleh Albert Bandura (1977, 1986, 1998,
2000).
• Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-
faktor sosial, peranan penting dalam pembelajaran
(Santrock, 2001).
• Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai
makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan
menggunakan proses-proses perkembangan untuk
memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan
orang lain.
• Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman
dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak
pasif terhadap pengaruh persekitaran.
• Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan
entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan,
pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli
psikologi sosial termasuklah Albert Bandura, Walter
Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.
• Albert Bandura telah mengemukakan “Model
Determinisme Timbal Balik” (reciprocal determinism
model) dan “Teori Pembelajaran Peniruan”.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Model Determinisme Timbal Balik
– Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang
mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu
(kognisi) dan persekitaran.
– Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi
pembelajaran.
– Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil
interaksi antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran.
• Teori Pembelajaran Peniruan
– Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas
kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video
tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi,
menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil
menjerit-jerit ‘sockeroo’.
– Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak
tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan
yang terdapat patung seperti Bobo di situ.
– Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun
melakukan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka
tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah
laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan
menjadi model kepada si peniru
TEORI PEMBELAJARAN
HUMANISTIK
• Teori pembelajaran humanistik berpendapat
bahawa pembelajaran manusia bergantung
kepada emosi dan perasaannya.
• Carl Rogers (1994) menyatakan bahawa setiap
individu itu mempunyai cara belajar yang
berbeza dengan individu yang lain.
• Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah di
rancang dan disusun mengikut kehendak
perkembangan emosi pelajar itu.
• Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu
mempunyai potensi dan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan kendiri.
• Ini bermakna pendidik hendaklah menjaga
kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya
potensi diri mereka dapat dikembangkan ke
tahap optimum.
TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK
Teori Keperluan Maslow
• Maslow menganggap motivasi
sebagai sesuatu yang komplek, di
mana tingkah laku luaran yang
diperlihatkan oleh manusia.
• Beliau juga menganggap individu
yang terus bermotivasi oleh kerana
sesuatu matlamat.
• Matlamat ini berupa keperluan yang
perlu di penuhi oleh semua manusia
tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan tahap
generasi.
• Keperluan-keperluan tersebut adalah
berdasarkan kepada hierarki iaitu
mulai dari asas fisiologi sehingga
kepada kesempurnaan diri
TEORI
PEMBELAJARAN
• Perbezaan umum antara Teori Kognitif dan
Teori Behaviourisme
– Apa yang telah dipelajari?
• Kognitif menerangkan dalam bentuk maklumat, jangkaan,
prinsip dan gerak hati, manakala Behaviourisme
menerangkan dalam bentuk perkaitan rangsangan dan
tindakbalas kelakuan.
– Tujuan Peneguhan (reinforcement)
• Kognitif melihat peneguhan sebagai suatu insentif untuk
menterjemahkan apa yang dipelajari kepada perlakuan
manakala Behaviourisme melihat kepada penenguhan
sebagai suatu elemen penting dalam pembelajaran.
TEORI
PEMBELAJARAN
• Perbezaan umum antara Teori Kognitif dan
Teori Behaviourisme
– Penyelesaian masalah (solving problem)
• Kognitif melihat bagaimana pelajar memikirkan atau
mengkaji suatu masalah sehingga mampu
menyelesaikannya manakala Behaviourisme pelajar
mengunakan kaedah penyelesaian masalah yang dipelajari
terlebih dahulu untuk penyelesaian masalah baru;
– Andaian terhadap pelajar
• Kognitif percaya bahawa minda manusia bersifat aktif
semenjak dilahirkan manakala Behaviourisme percaya
bahawa manusia dilahirkan dengan minda yang kosong.

You might also like