You are on page 1of 20

TEORI

PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
 LevVygotsky merupakan ahli psikologi Russia
yang asalnya mendalami ilmu perubatan tetapi
akhirnya mempelajari bidang undang-undang dan
kesusasteraan. Lev Vygotsky menekankan
peranan sosial dan budaya dalam perkembangan
kanak-kanak. Menurut beliau kebanyakan
daripada kemahiran kognitif terhasil daripada
interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa,
guru, rakan-rakan dan orang dewasa.
Perkembangan kognitif kanak-kanak terhad disebabkan
oleh sistem biologi yang belum matang. Terdapat dua
faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-
kanak menurut Lev Vygotsky iaitu interaksi sosial dan
kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky lagi,
perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat
iaitu
1. Peringkat sosial yang mana maklumat yang diperolehi
hasil daripada interaksi antara dua individu seperti
ibu bapa, rakan-rakan, dan jiran.
2. Peringkat individu iaitu kebolehan individu menukar
maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada
interaksi sosial kepada kefahaman individu
Zon perkembangan proksimal merupakan idea
Vygotsky yang paling dikenali. Vygotsky
menerangkan tentang kemahiran-kemahiran yang
sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan
dengan bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Dalam
zon perkembangan proksimal terdapat had atas
dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang
boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih
mahir manakala had bawah bermaksud Kemahiran
yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.
Konsep perancah (scaffolding) juga merupakan
teori yang diasaskan oleh Vygotsky. Scaffolding
bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang
diberikan dan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi
adalah alat yang penting semasa proses perancah
untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih
sistematik.
Menurut vygotsky, berkomunikasi dengan diri
sendiri juga boleh dijadikan salah satu
perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana
dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah
kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri
sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial
berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap
sendiri. Hasil kajian juga menunjukkan kanak-kanak
yang bercakap dengan diri sendiri akan memberikan
impak positif terhadap diri mereka.
TEORI PERKEMBANGAN
JEAN PIAGET
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih.
Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model
biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia.
Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah
dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran.
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan
epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah
yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan
perolehan pengetahuan manusia.
Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan
kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget
setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian
kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget
tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang
diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat
untuk melihat pola- pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di
kalangan kanak-kanak.
Penyelidikan Piaget bertumpu kepada
pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran
semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji
perkembangan tiga anaknya sendiri. Piaget telah
memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu
skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi
Skema adalah potensi am yang ada dalam
pemikiran manusia untuk melakukan sesuatu.
Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia
berfungsi untuk memandu tingkah laku individu.
Manakala adaptasi merupakan proses mental yang
wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan
asimilasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh
kanak-kanak ketika dia belajar untuk
menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Setiap
individu hendaklah menyesuaikan diri dengan alam
sekitarnya apabila umurnya meningkat. Ini
melibatkan asimilasi dan akomodasi. Seseorang
individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia
menggunakan gerak balas yang telah dipelajari
kepada rangsangan yang baru
Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan
intelek. Menurut   beliau, tahap perkembangan
kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir,
dengan ini tentu perkembangannya dipengaruhi oleh
unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan  empat
peringkat perkembangan intelek, iaitu:
i. Perkembangan semasa bayi (Peringkat Deria Motor)
ii. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat
Pra Operasi)
iii. Perkembangan semasa pertengahan dan akhir
kanak-kanak (Peringkat Operasi Konkrit)
iv. Perkembangan semasa remaja (Peringkat Operasi
Formal)
BANDING BEZA PEMIKIRAN
VYGOTSKY DAN PIAGET
MENGENAI CARA KANAK KANAK
BERFIKIR

Teori pembelajaran yang


melihat murid sebagai
pembina pengetahuan dan
bukannya sebagai penerima
pengetahuan

KONSTRUKTIVISME KONSTRUKTIVISME
KOGNITIF SOSIAL
PIAGET ASPEK VVGOTSKY
Menekankan kepada proses- Menekankan bahawa
proses yang dipanggil proses bahasa merupakan alat
mencari keseimbangan mental yang penting dalam
• Skema KONSEP perkembangan kanak-
• Asimilasi kanaknya
• Akomodasi
• Keseimbangan
Berlaku secara berperingkat Tiada tahap yang
• Deria motor (0-2 tahun) ditekankan
• Pra operasi (2-7 tahun) TAHAP
• Operasi konkrit (7-12 tahun)
• Operasi formal
(12 tahun ke atas)
Kurang menekankan aspek sosial PENEKANAN Sangat menekankan aspek
dalam perkembangan kognitif ASPEK sosial seperti interaksi
kanak-kanak SOSIAL antara guru dan rakan
dalam perkembangan
kognitif
PIAGET ASPEK VYGOTSKY
Berdasarkan Dipengaruhi oleh
pengalaman- persekitarannya
pengalaman yang PERKEMBANGAN
diadaptasi mengikut KOGNITIF
situasi ataupun
penyelesaian masalah
Kanak-kanak dibantu
Kanak-kanak membina oleh orang dewasa
sendiri pengetahuannya PENGETAHUAN untuk meningkatkan
berdasarkan pengetahuan –kaedah
penerokaan scaffolding

Kanak-kanak akan Kesediaan belajar


belajar apabila sudah KESEDIAAN boleh dipercepat
mencapai tahap BELAJAR dengan bantuan
kesediaan daripada orang lain
PERSAMAAN

Kedua-duanya percaya
bahawa kanak-kanak adalah
pelajar yang aktif membina
pengetahuan

You might also like