You are on page 1of 20

HMEC 5213

Early Childhood
Curriculum Planning and
Assessment
PREPARED BY:
Sharifah Salwah bt Syed Omar
Manisah bt Hassan
sharifah salwah & manisah / vygotsky 2
Pengenalan
Lev Vygotsky dilahirkan pada 1896 di Rusia.
Pada 11 Jun 1934 beliau telah menjadi ahli psikologi
perkembangan di Soviet dan beliau mendasarkan pada bidang
psikologicultural- historis.
Vygotsky telah mendapat bimbingan daripada Solomon Ashpiz
dan lulus dari Universiti Moskow pada tahun1917.
Pada tahun 1924 beliau mula memberikan kuliah psikologi di
Universiti Moskow. Di mana beliau mula menumpukan dengan
khusus pada pemikiran tentang perkembangan kognitif,
terutama hubungan antara bahasa dan fikiran.
Kajiannya juga banyak menitikberatkan pada latar sejarah,
budaya,dan faktor sosial.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 3

Tiga Tema utama Teori Vygotsky
Teori
interaksi Sosial
(Social Interaction theory)
Orang yang lebih mengetahui

(The More Knowledgeable Other


(MKO)
Zon Perkembangan Proksimal

(Zone of Proximal Development)


sharifah salwah & manisah / vygotsky 4
Teori interaksi Sosial (Social Interaction
theory)
Vygotsky memberikan penekenan terhadap sumbangan social
dan juga terhadap proses perkembangan social.
Beliau juga menumpukan kepada hubungan diantara manusia
dalam konteks sosio-budaya dan bagaimana mereka
berinteraksi dan berkongsi pengalaman mereka.
Beliau menegaskan bahawa, manusia memerlukan alat (tools)
yang dibangunkan daripada budaya dan pembudayaan seperti
pengucapan dan penulisan (speech and writing) sebagai
perantara di dalam persekitaran social(social environments)
Beliau juga berpendapat bahawa kanak kanak pada asasnya
bergantung kepada perkembangan social seperti yang
dinyatakan tadi sebagai alat yang berfungsi sebagai fungsi
sharifah salwah & manisah / vygotsky 5

social(social functions) dan untuk berkomunikasi.


Sambungan
Teori interaksi Sosial (Social Interaction theory)
Andaian asas teori ini ialah:
Orang dewasa boleh mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal
dan informal
Setiap budaya mempunyai alat-alat (tools) dalam budaya untuk
mendidik
Domain pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi sifat dan sikap
kanak kanak.
Kanak-kanak atau individu boleh memimpin diri melalui self talk
(inner speech).
Kanak-kanak boleh melakukan perkara yang lebih sukar jika
dibimbing.
Tugas yang mencabar akan menggalakkan perkembangan minda
Bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar
sharifah salwah & manisah / vygotsky 6
Orang yang Lebih Mengetahui
(The More Knowledgeable Other)(MKO)
MKO adalah satu andaian yang mana sesorang itu mempunyai
kefahaman yang lebih baik daripada orang lain, mempunyai
kemahiran yang lebih tinggi dan berupaya memahami dan
melakukan tugasan, proses dan konsep yang lebih tinggi dari yang
biasa dilakukan oleh orang biasa.
Contoh : Guru, Orang dewasa, pelajar pintar dan adakalanya
Komputer.
Seorang pelajar perlu berinteraksi dengan orang yang mempunyai
pengetahun lebih dari dirinya. Ini akan memberikan kelebihan
terhadap dirinya (advantages) yang bersifat signifikan bagi
perkembangan sosial kognitif pelajar tersebut.
Vygotsky berpendapat faktor interaksi sosial dengan sesuatu yang
lebih kompeten di luar diri boleh menjadi kunci perkembangan
sharifah salwah & manisah / vygotsky 7

kognitif kanak-kanak.
Zon Perkembangan Proksimal
Zone of Proximal Development(ZPD)
Zon Kepentingan interaksi dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam
konsep Zon Perkembangan Proksimal.
Zon perkembangan proksimal ini menerangkan
mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan
bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau
rakan sebaya yang lebih mahir.
Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk
menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial
kepada tahap peribadi.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 8
Sambungan
Zon Perkembangan Proksimal terbahagi kepada dua tahap
iaitu:
1.Tahap perkembangan sebenar:
Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-
kanak tanpa sebarangbantuan.
2.Tahap perkembangan potensi:
Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan
bimbingan orang dewasa
Walaupun pada akhirnya kanak-kanak akan mempelajari
sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari,
Vygotsky percaya bahwa kanak-kanak akan jauh lebih
berkembang jika berinteraksi dengan orang lain.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 9
Sambungan
Perkembangan Proksimal merupakan medium diantara
actual development dan potensial development, di mana
apakah seorang kanak-kanak dapat melakukan sesuatu
tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang
kanak-kanak dapat melakukan sesuatu dengan arahan
orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.
Sebagai contoh ketika seorang pelajar membuat
tugasannya secara sendirian, perkembangan mereka
mungkin akan berjalan lambat. Untuk memaksimakan
perkembangan, pelajar seharusnya bekerja dengan
rakan yang lebih berpotensi yang dapat memimpin
secara sistematik dalam menyelesaikan masalah yang
lebih kompleks.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 10
Bantuan Perancah (Scaffolding)
Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang
diberikan dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal.
Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses
perancah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.
Scaffolding berfungsi denganmemberikan bantuan yang banyak
kepada seorang kanak-kanak dengan banyaknya pada tahap awal
pembelajarannya dan kemudian beransur ansur mengurangkan
bantuan tersebut untuk memberikan kesempatan kepada kanak-
kanaktersebut untuk mengambil alih tanggung jawab yang semakin
besar segera setelah ia mampu mengerjakan sendiri.
Bantuan yang diberikan guru dapat berupa petunjuk, peringatan,
dorongan, serta menguraikan masalah.

sharifah salwah & manisah / vygotsky 11


Sambungan
Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau
kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan
penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan
yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai
kemahiran tersebut (Santrock, 2007).
Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses
perancah (secaffolding). Perbualan akan membantu pelajar
menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan
bermakna dengan bantuan
Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri
mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang
kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri
mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan
membimbing pemikiran mereka.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 12
Perkembangan Bahasa. (Language development)
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi.
Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi
dengan jelas. Namun, isyarat nangis boleh menyatakan yang dia
lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan
sebagainya.
1. Umur 0 hingga 2 tahun:
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang
lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan
perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang
terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma
terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza
dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan
sharifah salwah & manisah / vygotsky 13
Sambungan
2. Umur 2 hingga 3 tahun
Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan
penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang
ringkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar
pada usia awal 2 tahun.
Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada
orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap
dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi
anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik.

sharifah salwah & manisah / vygotsky 14


Sambungan
3. Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan
kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu
menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu.
Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara
mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada
seseorang.
Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak
menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin
pada diri sendiri.
Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan
masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar.
Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak
mula belajar membaca.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 15
Konstruktivisme. (Constructivism)
Pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan satu cara
yang mengubah peranan dominan yang berpusatkan
kepada guru kepada peranan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar.
Guru berperanan untuk membantu pelajar mengembangkan
dan meneroka pengertian baru. Pelajar diajarkan bagaimana
untuk mengasimilasi pengalaman,peranan pengetahuan,
dan pengertiannya dan persediaan mereka untuk
mendapatkan ilmu yang baru.
ini adalah antara ciri-ciri yang dapat dilihat pada permulaan
aliran konstruktivisme, peranan pengalaman pelajar dalam
belajar, dan cara mengasimilasi pengertiannya.
sharifah salwah & manisah / vygotsky 16
Sambungan
Pendukung konstruktivisme percaya pelajar akan mendapat ilmu
melalui pengalaman baru yang boleh dibentuk oleh diri mereka
sendiri. Mereka boleh membentuk pengertian dan pemahaman baru
berdasarkan pengalaman yang mereka alami.
Pendukung Konstruktivisme percaya bahwa pengetahuan tidak
hanya kegiatan penemuan untuk mendapatkan pemahaman baharu,
bahkan ianya merupakan cara suatu informasi baru berinteraksi
dengan pengertian sebelumnya dari pelajar.
Para konstruktivist menekankan peranan motivasi guru untuk
membantu siswa belajar mencintai pelajaran. Tidak
sepertibehaviouristyang menggunakan ganjaran (reward),
konstruktivisme percaya bahawa motivasi dalaman (internal
motivation), seperti kesenangan pada pelajaran adalah lebih kuat
daripada ganjaran luaran (external rewards).
sharifah salwah & manisah / vygotsky 17
Kesimpulan
Kesimpulannya, Teori Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan
kanak-kanak adalah pengaruh besar daripada interaksi dan
komunikasi di antara kanak-kanak dengan orang dewasa.
Ia telah mengkaji perkara ini dan sememangnya teori ini
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan pembelajaran sosial kanak-kanak lebih banyak dilalui
dengan aktiviti mereka berbual-bual dengan orang dewasa seperti
ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan guru.
Teori Vygotsky mengandung banyak unsur psikologi pendidikan,
khususnya dalam bidang pendidikan dan budaya. Di dalam falsafah
pendidikan pun ada disebut bahawa Bahasa adalah satu cabang
hasil budaya dan juga boleh mengembangkan kognitif pelajar .

sharifah salwah & manisah / vygotsky 18


RUJUKAN

Santrock, John W. 2008.Psikologi Pendidikan. Jakarta: Penerbit


Kencana. http://www.scribd.com/doc/35776081/teori-vygotsky
http://netsains.com/2009/02/pembelajaran-lanjutan-dengan-
teori-konstruktivis/
http://www.learning-theories.com/vygotskys-social-learning-
theory.html

sharifah salwah & manisah / vygotsky 19


SEKIAN
TERIMA KASIH
sharifah salwah & manisah / vygotsky 20

You might also like