You are on page 1of 18

OUMH1103

AKTIVITI 1
PENDAHULUAN
Melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) merupakan
satu impian yang ingin dikecapi bagi golongan yang bekerja. Ini kerana,
OUM lebih menumpukan kepada pekerja yang ingin mendapatkan
pendidikan pengajian tinggi secara separuh masa. Oleh yang demikian,
peluang untuk belajar yang diberikan kepada saya tidak akan saya
lepaskan begitu sahaja. Sejarah penubuhan OUM ialah pada bulan Ogos
2000 dan merupakan sebuah Universiti Terbuka pertama yang ditubuhkan
di Malaysia dengan menggunakan kaedah pembelajaran Open Distance
Learning (ODL) secara interaktif. OUM dimiliki oleh Multimedia Technology
Enhancement Operations (METEOR) Sdn.Bhd. iaitu satu konsortium yang
dianggotai oleh 11 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
Oleh yang demikian, OUM merupakan sebuah Universiti Swasta milik
penuh kerajaan Malaysia. Kampus utamanya terletak di Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur. Di samping itu, terdapat 37 pusat pengajian OUM di seluruh
Malaysia. Bermula dengan pengambilan pertama seramai 800 orang
pelajar pada bulan Ogos 2001, dan bilangan keseluruhan pelajar sekarang
menjangkau hampir 14000 orang pelajar kesemuanya. Setiap pusat
pembelajaran di OUM dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih serta
sempurna. Diantaranya, OUM mempunyai perpustakaan digital yang
membolehkan para pelajar mengaksesnya dimana-mana sahaja. Selain
itu, kemasukan yang fleksibel merupakan keistimewaan yang dimiliki oleh
OUM.
Untuk mencapai kejayaan dan bergelar graduan di OUM, matlamat
merupakan perkara penting yang patut diperhalusi. Apa itu matlamat?
Matlamat secara ringkasnya ialah sesuatu yang ingin anda capai.
Selalunya ia melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh sungguh. Mengikut kajian, hanya 10 peratus manusia mengamalkan
formula kejayaan iaitu Kejayaan = Matlamat + Usaha. Terdapat hanya
segelintir yang mempunyai matlamat yang jelas sementara sebahagian
0

OUMH1103

besarnya pula tidak mempuyai matlamat ataupun matlamat yang kabur.


Hidup tanpa matlamat menyebabkan kita mudah hilang fokus. Matlamat
terbahagi kepada dua iaitu, matlamat jangka pendek dan matlamat
jangka panjang. Matlamat jangka pendek ialah satu matlamat yang kita
tetapkan dalam tempoh masa tertentu manakala matlamat jangka
panjang pula ialah satu matlamat yang ditetapkan serta memerlukan
jangka masa yang panjang untuk dicapai.
Saya sebagai pelajar baharu OUM juga tidak dapat lari untuk
menetapkan matlamat akademik saya. Matlamat jangka pendek saya
yang pertama adalah, untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada
setiap semester. Untuk mencapai matlamat saya itu, saya telah
menetapkan dalam diri untuk menghadiri keseluruhan tutorial yang
dijalankan oleh pihak OUM. Kehadiran pada setiap tutorial merupakan
sesuatu yang penting dan wajib bagi saya untuk berjaya. Ini kerana,
dengan menghadiri tutorial, kita lebih memahami setiap topik yang diajar
oleh tutor kita. Kita juga, boleh bertanyakan secara terus kepada beliau
tentang permasalahan setiap topik yang dipelajari. Di dalam kelas juga,
tutor ada memberi tips- tips yang berguna untuk menjawab peperiksaan
akhir yang akan kita hadapi nanti. Selain itu, saya juga telah menetapkan
waktu saya untuk belajar apabila pulang dari kerja. Ini penting kerana,
dengan adanya jadual, ia menunjukkan kita mempunyai sistem
pembelajaran yang sistematik ataupun tersusun. Saya juga telah
menyediakan tempat yang khusus untuk belajar ketika saya dirumah.
Saya berpegang kepada, untuk mendapat input yang banyak ketika
mengulangkaji pelajaran, kita memerlukan ruang yang selesa untuk
belajar. Selain daripada itu, saya juga mengorbankan sedikit masa saya
bersama keluarga demi mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap
semester. Mujurlah, isteri saya memahami dan selalu memberikan
sokongan kepada saya.
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan yakin dengan kebolehan diri
merupakan matlamat jangka pendek saya yang kedua. Sebelum ini, tidak
1

OUMH1103

pernah terlintas dalam diri saya untuk menyambung pelajaran setelah


tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini kerana saya tidak yakin dengan
kebolehan diri saya sendiri untuk sambung belajar. Sesudah saya
mendaftar di OUM, saya telah menetapkan pada diri saya untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan bukan hanya sekadar SPM sahaja.
Untuk mencapai matlamat tersebut, saya juga telah banyak menghadiri
kursus-kursus softskills bagi membolehkan saya yakin untuk membuat
sebarang pembentangan tugasan di OUM nanti jika perlu.
Matlamat jangka panjang saya pula ialah, untuk memperbaiki
kehidupan saya selepas tamat belajar nanti ataupun dengan lebih tepat,
untuk meningkatkan posisi pekerjaan saya di tempat kerja. Ketika ini, saya
merupakan seorang kerani di Jabatan Sumber Manusia (HR) dan saya
telah bekerja selama 5 tahun untuk skop tugasan tersebut. Dengan
adanya Diploma ini nanti, saya mungkin akan diserapkan untuk menjadi
pegawai di Jabatan HR dan posisi ini lebih stabil bagi saya yang sudah
berkeluarga. Ini merupakan cita-cita saya, sebelum saya pergi belajar di
OUM lagi. Setiap orang inginkan kehidupan yang meningkat setiap tahun
bukan? Jadi saya juga begitu. Untuk mencapai matlamat ini, saya mestilah
belajar besungguh-sungguh pada setiap semester dan menghantar setiap
tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Selain itu, saya juga
mestilah selalu membuat ulangkaji pelajaran.
Selain itu, saya juga berazam untuk mendapatkan kepujian kelas
pertama ketika graduasi nanti. Ini kerana, apabila saya mendapat
anugerah kepujian kelas pertama, sekaligus, menjadikan saya seorang
pelajar juga pekerja yang berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini juga
disebabkan, untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin pada
masa sekarang perlu bersaing dengan ramai graduan yang lebih
berkebolehan. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) juga akan ditukarkan kepada biasiswa jika kita berjaya
menamatkan pengajian dalam kelas pertama. Perkara ini tidak patut
dilepaskan oleh saya. Dengan adanya insentif ini, pihak kerajaan juga
2

OUMH1103

nampaknya telah menggalakkan pelajar agar belajar bersungguhsungguh.


Menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak merupakan matlamat
jangka panjang saya. Ini berikutan, ibubapa ibarat model yang akan diikuti
oleh anak-anak. Jika kita berjaya di dalam pelajaran, tidak mustahil anak
kita akan berjaya juga, tapi kita haruslah memberi panduan kepadanya
untuk berjaya seperti kita.
Matlamat saya akan dicapai dengan mudah jika tiada halangan
langsung. Namun di dalam dunia sebenar, pasti ada halangan dalam
setiap perkara yang ingin kita capai. Oleh itu saya tidak perlu risau
dengan halangan tersebut kerana semakin besar halangan yang akan
anda hadapi, semakin berharga matlamat yang anda ingin capai itu.
Kejayaan bagi merealisasikan apa yang sedang diusahakan itu
bergantung kepada sejauhmana individu itu mampu mengatasi halanganhalangan tersebut. Sebagai pelajar yang inginkan kecemerlangan, terlebih
dahulu mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang menyekat
mereka untuk mencapai cita-cita. Halangan utama bagi saya ialah masa
untuk belajar. Seperti golongan bekerja yang lain juga, masa untuk belajar
merupakan faktor utama untuk sambung belajar. Ini berikutan, apabila
pulang dari kerja, badan kita sudah letih dengan rutin 8 jam bekerja, 5 kali
seminggu. Sesudah sampai dirumah, ada yang menolong isterinya
mengemas rumah serta memasak kerana isterinya juga bekerja. Oleh itu,
ini menyebabkan kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
mengulangkaji pelajaran. Selain itu, waktu dengan keluarga juga terpaksa
dikurangkan. Bagi yang telah berkeluarga, mereka tahu apa pentingnya
keluarga itu sendiri. Sementelahan juga saya, keluarga merupakan
tunjang diri saya. Jika tiada mereka, saya tidak boleh meneruskan
pembelajaran ini. Ini berikutan, jika sebelum ini saya bebas keluar bersiarsiar dihujung minggu, tetapi kini dengan adanya kelas tutorial dihujung
minggu, aktiviti ini semakin sukar untuk dilaksanakan.

OUMH1103

Malas belajar boleh meletakkan kegagalan lebih dekat menghampiri


kita. Halangan seterusnya mungkin datang dari diri kita sendiri iaitu sikap
malas. Sikap buruk ini patut dielakkan daripada menjadi tabiat dan
amalan seseorang pelajar. Ini berikutan, sikap malas belajar ini akan
mengakibatkan kita akan ketinggalan dalam pelbagai aspek yang
diceburi. Didapati sikap malas belajar ini akan mengakibatkan kita sering
kecundang dalam peperiksaan.
Untuk mengatasi halangan saya itu, saya telah membuat jadual masa.
Ini kerana, dengan adanya jadual masa, saya akan menjadi lebih
berdisiplin untuk mematuhinya. Sebagai pelajar, saya mempunyi masa
yang terhad kerana masa perlu dibahagikan kepada tugasan kerja,
tanggungjawab kepada keluarga dan belajar secara pendidikan jarah jauh.
Jadi penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul perlulah
membuat jadual masa untuk harian, mingguan dan bulanan. Dalam
menyediakan jadual masa, saya perlulah mencari keutamaan dalam
kehidupan seharian.
Masalah malas belajar di kalangan para pelajar amatlah serius pada
masa sekarang tidak terkecuali pada diri saya. Oleh yang demikian, saya
sentiasa ingat pada diri sendiri, buat sesuatu kerana Allah s.w.t dan
bukannya kerana orang lain ataupun terpaksa. Saya juga selalu ingat
masa depan dan kerjaya saya serta peluang yang terbuka di hadapan,
jikalau saya tidak buat dan malas, akan terlepaslah peluang tersebut.
Tanamkan sikap positif juga merupakan kunci untuk mengatasi masalah
ini.
KESIMPULAN
Dengan penubuhan OUM, ia memberi banyak makna bagi golongan
pekerja. Keseluruhannya OUM merupakan satu institusi pelajaran yang
terbaik untuk saya menggapai impian saya suatu hari nanti. Setiap
matlamat yang saya huraikan diatas akan saya pastikan tercapai semasa
4

OUMH1103

saya belajar di OUM. Ini merupakan peluang saya


untukmemperkembangkan karier saya. Untuk berjaya, saya perlu tahu
bahawa kejayaan hanya boleh dicapai jika saya sendiri yang mahu
mencapainya. Kejayaan bermula dari diri saya sendiri, bukan daripada
orang lain. Ini bermaksud, jika saya gagal, tidak ada orang yang patut
disalahkan melainkan diri saya sendiri. Harapan saya ialah semoga saya
berjaya mengharungi semua susah payah untuk berjaya, agar kejayaan
itu lebih dinikmati dikemudian hari.
(1532 patah perkataan)
AKTIVITI 2
PENDAHULUAN
Sejak kemunculan teknologi internet pada tahun 1993, ianya telah
mengubah corak hidup komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam
pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Penggunaan internet terus berkembang dari masa ke semasa.
Pembelajaran maya (virtual learning) merupakan antara bidang yang turut
berkembang dalam era internet ini. Di Universiti Terbuka Malaysia (OUM),
apabila saya dapat menyambung pengajian dan telah mendaftarkan diri
untuk belajar di OUM, nama saya akan didaftarkan dalam MyVLE. Apa itu
MyVLE? MyVLE merupakan satu portal untuk semua pelajar OUM atau
dalam bahasa inggerisnya My Virtual Learning Environment. Ianya juga
mudah dikenali sebagai Your Fastrack to OUM Services. MyVLE merupakan
sistem belajar diatas talian dan ia merupakan salah satu daripada tiga
kaedah pembelajaran yang diterapkan di OUM. Saya menganggap MyVLE
ini ibarat jantung saya, serta penghubung saya sepanjang saya belajar di
OUM.
MyVLE penuh dengan informasi untuk pelajar jarak jauh seperti saya.
Setiap permulaan pembelajaran, buku modul merupakan satu yang
5

OUMH1103

penting dan perlu ada bagi semua pelajar. Bagi mereka yang mendaftar
lambat dan tidak mendapat buku modul, di dalam MyVLE mengandungi
online modul yang sama dengan buku modul sebenar serta digunakan
pelajar sepanjang pembelajaran pada semester tersebut. Modul ini sangat
berguna pada pelajar yang tidak dapat hadir pada kelas hujung minggu
ataupun face-to-face tutor. Jadi tidak akan ada masalah bagi mereka yang
tidak dapat modul untuk mengulangkaji pelajaran. Untuk pengetahuan,
online modul ini juga boleh dimuat turun di myVLE.
Selain daripada itu, MyVLE juga mempunyai perpustakaan digital yang
diberi nama Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi (TSDAS).
Sebelum ini, perpustakaan ini hanya dikenali sebagai Perpustakaan Digital
sahaja sehinggalah pada 24 Februari 2004 apabila namanya diubah
kepada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi, bersempena
dengan nama pengasas dan juga Presiden pertama OUM, Allahyarham Tan
Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad. Seiring dengan visinya untuk menjadi
perintis perpustakaan digital di Malaysia, Perpustakaan Digital TSDAS
menyediakan maklumat tanpa sempadan berkonsepkan 'Anytime,
Anywhere'. Ini bersesuaian dengan konsep pengwujudan OUM yang
pelajarnya terdapat diseluruh Malaysia yang sentiasa memerlukan
maklumat pada bila-bila masa. Pelajar hanya memerlukan akses yang
mudah kepada perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan bagi
memenuhi keperluan kursus. Dengan adanya perpustakaan ini, saya boleh
mengakses berbagai sumber buku rujukan dengan hanya dihujung jari
tanpa perlu pergi ke perpustakaan sebenar. Perpustakaan digital ini
mempunyai berbagai sumber bahan rujukan contohnya daripada buku,
jurnal, thesis dan banyak lagi. Selain itu, perpustakaan ini juga boleh
diakses dengan telefon pintar. Ia sangat mudah digunakan untuk
pengguna seperti saya.
Selain daripada perpustakaan digital, MyVLE membenarkan saya
berinteraksi, berkomunikasi serta mempelajari daripada tutor serta rakan rakan sesubjek. Ianya dinamakan sebagai E-Forum. E-Forum merupakan
6

OUMH1103

forum diatas talian yang dikendalikan oleh seorang eTutor yang bertugas
sebagai fasilitator atau pemudahcara. Di dalam forum ini, disediakan
berbagai topik daripada setiap bab dalam subjek tersebut untuk
dibincangkan oleh para pelajar. Di sini saya ada mengetengahkan
pelbagai topik yang keliru serta perlukan jawapan segera daripada eTutor.
ETutor memainkan peranan yang penting untuk pelajar yang tidak dapat
menghadiri kelas secara bersemuka pada hujung minggu. Rakan sesubjek
dengan saya saling bertukar pendapat dan pandangan didalam forum
bagi satu-satu topik serta tugasan. ETutor juga akan selalu bertanyakan
tentang tugasan subjek yang diberikan sebelum tarikh tutup
penghantaran tugasan tersebut bagi memastikan kesemua pelajar akan
menyiapkan tugasan. Ini membolehkan saya bertanyakan setiap langkah
yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kepada eTutor tersebut. OUM
sedar yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai golongan, yang tidak
semua mempunyai akses email. Oleh itu di dalam MyVLE ada
menyediakan akses untuk email yang menggunakan fasiliti Gmail. Email
juga merupakan satu alat komunikasi yang berguna untuk komunikasi
dengan tutor dan rakan sesubjek. Ini berikutan, dengan adanya email,
membolehkan saya melakukan tugasan dengan lebih sempurna
contohnya ketika melakukan tugasan kaji selidik dan saya memerlukan
email sebagai medium untuk menghantar borang tersebut.
MyVLE juga banyak membantu saya untuk mengulangkaji pelajaran.
Ini berikutan di dalam perpustakaan TSDAS ada menyediakan pelbagai
soalan-soalan peperiksaan akhir tahun-tahun lepas. Dengan adanya
kompilasi soalan - soalan tahun lepas ini, saya yang sentiasa sibuk
bekerja, akan menjadi lebih senang untuk mengulangkaji soalan-soalan
tahun lepas. Soalan-soalan ini penting bagi saya, kerana ia mungkin
mengandungi solan-soalan favourites yang akan keluar untuk setiap
tahun. Di dalam MyVLE juga mempunyai sumber rujukan tambahan
sebagai rujukan untuk subjek saya. Ia termasuklah informasi tambahan
seperti Youtube dan iRadio. Pada era sekarang, Youtube merupakan salah
satu sumber yang akan ditonton oleh semua golongan manusia.
7

OUMH1103

KESIMPULAN
Dengan adanya sistem pengurusan pembelajaran seperti MyVLE ini, ia
akan memudahkan lagi bagi pelajar jarak jauh seperti saya. Ini
disebabkan, tatacara untuk menggunakannya amat mudah dan mesra
pengguna. Selain itu, MyVLE ini mempunyai banyak informasi dan
perpustakaan digitalnya yang telah mendapat pensijilan MS ISO
9001:2000 pada tahun 2005. Ini merupakan salah satu usaha pihak
Universiti yang patut diberi pujian. Dengan operasi MyVLE selama 24 jam,
ia membolehkan saya belajar tanpa had sempadan. Saya berharap agar
pihak OUM, dapat meneruskan sistem pengurusan pembelajaran ini dan
dapat meningkatkan keberkesanannya dari semasa ke semasa.

(1039 patah perkataan)


AKTIVITI 3
a) JURNAL
Dunia siber bukan satu perkara asing bagi generasi masa sekarang.
Dengan adanya perkembangan ini, ia membawa peralihan maklumat
analog kepada maklumat digital. Perpustakaan yang dahulunya penuh
dan berteraskan sumber bercetak yang memenuhi ruang perpustakaan,
kini beralih kepada kosep persekitaran digital yang diakses menggunakan
komputer. Ini bersangkut paut dengan teknologi maklumat yang telah
merevolusikan konsep perpustakaan itu sendiri. Terdapat berbagai definisi
perpustakaan digital termasuklah "koleksi bercetak yang telah
didigitasikan". Secara amnya, perpustakaan digital mempunyai semua
entiti untuk membentuk sesuatu perpustakaan.
Konsep perpustakaan banyak perubahan mengikut keperluan zaman.
8

OUMH1103

Perpustakaan konvesional banyak menyimpan koleksi yang bercetak dan


memerlukan ruang untuk menyimpannya. Konsep perpustakaan
automatik mula merubah dengan memperkenalkan Online Public Access
Catalog (OPAC) bagi memudahkan pencarian di rak. Namun, jenis bahan
yang disimpan masih sama dengan perpustakaan digital. Perpustakaan
Digital adalah langsungan kepada perpustakaan elektronik yang mana
memerlukan Local Area Networking (LAN) dan pangkalan data CD-ROM
yang bertindak sebagai storan penyimpanan maklumat elektronik. Ianya
boleh diakses secara global menerusi internet.
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) merupakan sebuah Universiti yang
mempunyai perpustakaan digitalnya sendiri yang diberi nama
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi (TSDAS). Ia menyediakan
maklumat dalam ruang maya berkonsepkan 'Anytime, Anywhere'.
Perpustakaan Digital TSDAS bukan sahaja berfungsi sebagai nadi yang
menyediakan maklumat untuk pembelajaran, malahan untuk penyelidikan
dan pengajaran juga. Untuk memastikan bahan pembelajaran dan
pengajaran yang relevan, Perpustakaan Digital TSDAS mengaplikasikan
beberapa strategi seperti berikut :
i) Membangunkan koleksi
ii) Menyediakan infrastruktur
iii) Mengendalikan pendidikan pengguna.
iv) Mengamalkan perkhimatan berkualiti.
v) Staf yang berkompetensi.
Keunikan perkhidmatan di Perpustakaan Digital TSDAS adalah tiada
simpanan fizikal. Ini berikutan koleksi digital yang disediakan oleh
perpustakaan boleh diakses oleh semua pengguna berdaftar secara
global. Ketersediaan merupakan elemen yang penting, iaitu boleh diakses
24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pengkalan datanya juga boleh diakses
secara serentak dan perpustakaan tidak menghadkan jumlah pengguna.
Ianya juga boleh diakses secara 'single sign-on' dengan hanya
memasukkan kata laluan dan ID pelajar sekali sahaja pada portal utama
9

OUMH1103

OUM.
Cabaran dan isu perpustakaan digital termasuklah, jurang digital.
Berikutan OUM memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat
untuk melanjutkan pelajaran tanpa batasan umur, maka kemahiran
menggunakan komputer generasi tua dan muda agak ketara. Terdapat
pelajar yang tidak pandai menggukan internet. Peningkatan kos
langganan pangkalan data merupakan cabaran perpustakaan digital juga.
Ini berikutan, untuk melanggan pangkalan data, sesebuah institusi
memerlukan sumber kewangan yang kukuh dan bersedia dengan
peningkatan kosnya dari semasa ke semasa. Selain itu, kos pembiayaan
infrastruktur merupakan faktor atau isu perpustakaan digital juga. Untuk
menampung pengguna yang semakin meningkat, server dan rangkaian
internet merupakan faktor yang penting. OUM juga mempunyai dua
'bandwidth' internet yang cukup besar, tetapi mungkin tidak mampu
untuk menampung pelajar yang semakin berlipat kali ganda.
Pendigitasian melanggar undang-undang juga merupakan isu, dimana hak
cipta isi kandungan bahanyang dihasilkan oleh penulis boleh digunakan
dan dihebajkan tanpa pengesahan atau kebenarannya. Kos pendigitasian
bahan juga semakin meningkat. Penyimpanannya memerlukan banyak
ruang di dalam server kerana saiz fail yang besar. Perpustakaan patut
memikirkan jumlah kapasiti server jikalau ingin membuat pedigitasian
bagi semua dokumen milik perpustakaan.
Perpustakaan Digital TSDAS merupakan satu inisiatif yang patut diberi
pujian dan dicontohi oleh semua universiti di Malaysia. Perpustakaan
Digital TSDAS, dalam usaha bagi memperkayakan lagi koleksi digitalnya.
Walaupun masalah-masalah seperti kos pendigitasian yang tinggi dan hak
cipta masih belum dapat diatasi sepenuhnya, tetapi usaha kearahnya
sedang giat dijalankan. Konsep perpustakaan digital tidak mungkin akan
melenyapkan kewujudan bahan bercetak, walaubagaimanapun
Perpustakaan Digital TSDAS memerlukan kedua-dua bahan elektronik dan
bercetak bersama-sama.
10

OUMH1103

(560 patah perkataan)

b) SEMINAR
Open & Distance Learning (ODL) merupakan salah satu usaha bagi
memastikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dapat
mendemokrasikan pendidikan, yang mana bermaksud, persamaan hak
yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang
bermutu. Lokasi fizikal dan masa pengajaran dan pembelajaran antara
pengajar dan pelajar merupakan perbezaan yang memainkan peranan
penting dalam mentakrifkan ODL. Peranan teknologi juga mempengaruhi
dalam menjayakankonsep ODL dalam pendidikan. ODL tidak lari daripada
Pembelajaran Elektronik (e-Learning). Ini merupakan satu medium untuk
mengatasi masalah hubungan fizikal antara pengajar dan pelajar seperti
11

OUMH1103

pengajar yang jauh, masa pembelajaran tidak sama dan banyak lagi.
ODL berusia lebih 100 tahun dan dimulakan pada pertengahan kurun
ke 19. ODL telah melalui 4 generasi iaitu :
Generasi 1 : bercetak melalui pos.
Generasi 2: Teknologi melalui siaran udara.
Generasi 3 : Teknologi berasaskan komputer.
Generasi 4 : Tenologi Interaktif.
ODL di Malaysia telah wujud sejak tahun 1960 lagi dan institusi terawal
ialah Raffles College. Pada tahun 2000, Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
telah ditubuhkan dan merupakan universiti pertama tempatan yang
menjalankan konsep ODL sepenuhnya. Pada dasarnya, pelajar ODL
merupakan pelajar dewasa yang bekerja dan tujuan mereka menyambung
pelajaran adalah untuk pembangunan kerjaya mereka.
Disebabkan kaedah pembelajaran ODL berbeza, kaedah penyediaan
perpustakaan juga perlu berbeza. Online Forum (OD Library) merupakan
salah satu ruangan yang dibangunkan di bawah MyVirtual Learning
(MyVLE). Forum ini memberi peluang kepada pelajar lain untuk
berinteraksi sesama mereka. Facebook juga merupakan medium yang
paling banyak pelajar ODL berinteraksi. Tidak hairanlah banyak entry
yang direkodkan di dalam facebook setiap hari.
Perpustakaan OUM menggunakan Open source dan Drupal dalam
menyediakan internal datebase mereka. Mobile Library merupakan satu
lagi teknologi yang diketengahkan oleh OUM. Dengan adanya teknologi
ini, pelajar boleh mengakses portal perpustakaan bila-bila masa tanpa
sempadan.
Selain menggunakan teknologi untuk menyampaikan maklumat, dan
perkhidmatan kepada pelajar, Perpustakaan Digital TSDAS juga
12

OUMH1103

menggunakan teknologi untuk mempromosi perkhidmatan mereka


antaranya i-Radio OUM dan Youtube. Antara cabaran perpustakaan dalam
memenuhi keinginan pelajar adalah perbezaan lokasi fizikal. Ini kerana
pelajar ODL berada di serata negara dan teknologi memainkan peranan
yang besar bagi pustakawan bagi menyampaikan maklumat kepada
pelajar. Selain itu, kemahiran IT juga memainkan peranan yang penting.
Ini disebabkan pelajar ODL tidak mengenal usia dan ini menyebabkan
pengetahuan dan kefahamam tentang IT berbeza-beza. Masalah buku
rujukan dalam perpustakaan berbahasa Malaysia juga merupakan
masalah yang dihadapi Perpustakaan untuk mendapatkannya, lebih-lebih
lagi yang berbentuk elektronik. Ekspektasi pelajar yang tinggi dalam
mendapatkan maklumat dengan cepat , juga merupakan cabaran
perpustakaan. Ini berikutan pelajar yang bekerja hanya akan membuat
tugasan atau penyelidikan pada waktu malam, iaitu selepas pulang
daripada kerja dan mereka menjangkakan perkhidmatan rujukan dan
perkhimatan perpustakaan sentiasa dibuka 24 jam seminggu. Ada juga
para pelajar yang masih gemar menggunakan bahan bacaan bercetak
daripada perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak mempunyai tempat
untuk menyimpan bahan bercetak ini, jika ramai para pelajar lebh gemar
menggunakan bahan bacaan bercetak.

Kesimpulannya, teknologi merupakan faktor utama dalam


pembangunan dan kemajuan sesebuah institusi dan merupakan
penghubung antara pelajar dan pengajar. ODL mengajar untuk menjadi
lebih berdikari sewaktu belajar. Kesemua servis yang disediakan oleh
pihak perpustakaan OUM, tidak menggunakan sebarang peruntukkan
kewangan kecuali server untuk dijadikan webserver. Perpustakaan OUM
dalam usaha ke arah pembelajaran berhemah dan merupakan
perpustakaan yang mesra pengguna.
(521 patah perkataan)
13

OUMH1103

AKTIVITI 4
PEMBELAJARAN SUBJEK OUMH1103

14

OUMH1103

Abstrak
Belajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM ) merupakan peluang yang tidak dapat
dilepaskan begitu sahaja. Untuk belajar di OUM memerlukan banyak pengorbanan yang
perlu dilakukan, lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Matlamat merupakan elemen yang
penting dan patut diperhalusi tidak kira matlamat jangka panjang mahupun matlamat jangka
pendek. Cabaran - cabaran yang ditempuh lazimnya mempunyai solusi untuk
menghadapinya. Sistem pengurusan pembelajaran (MyVLE), merupakan nadi untuk semua
pelajar OUM. MyVLE mempunyai banyak maklumat yang dikehendaki atau diingini oleh
para pelajar di OUM. Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi mempunyai banyak
sumber bahan rujukan untuk pembelajaran. Membuat rumusan jurnal merupakan satu tugasan
yang mencabar.

PENDAHULUAN
Dewasa ini pelajaran merupakan satu elemen yang penting untuk
manusia. Pelajaran tidak pernah terbatas oleh usia. Pengalaman
sepanjang membuat tugasan untuk subjek OUMH1103 merupakan satu
pengalaman yang amat mencabar. Ini disebabkan bagi golongan pekerja
amat susah untuk membahagikan masa, lebih-lebih lagi ketika di
semester pertama pengajian. Matlamat patut diketahui sebelum
melangkah ataupun mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran
di OUM. Ini berikutan OUM merupakan sebuah Universiti yang
mengamalkan konsep pembelajaran blended learning. Ini berikutan
perkembangan teknologi yang begitu pesat mewajibkan adanya inovasi
dalam pembelajaran.

Blended Learning

15

OUMH1103

Penetapan matlamat jangka pendek dan panjang merupakan nadi


serta halatuju kita suatu hari nanti. Matlamat jangka pendek merupakan
matlamat yang kita ingini dalam masa 6 - 9 bulan, manakala matlamat
jangka panjang merupakan matlamat yang ingin kita kecapi dalam masa
18 - 36 bulan. Antara matlamat jangka pendek ialah, mendapat keputusan
yang cemerlang pada setiap semester pembelajaran. Untuk
mendapatkannya, haruslah mempunyai jadual yang bertindak sebagai
pengunci masa dan haruslah mematuhinya jika ingin berjaya. Contoh
matlamat jangka panjang pula ialah meningkatkan posisi ditempat kerja.
Dengan pelajaran yang tinggi, akan membenarkan kita membuat
keputusan untuk satu - satu perkara yang diketengahkan ketika berada di
tempat kerja. Halangan dan dugaan berkait rapat semasa kita belajar. Ini
memang tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang pelajar, cara
mengatasinya patut difikirkan supaya tidak hanyut dikemudian hari.
My Virtual Learning Environment (MyVLE) merupakan salah satu
perkara yang penting jika menyambung pengajian di OUM. Ini berikutan di
dalam MyVLE tersimpannya bermacam - macam informasi yang kita patut
ketahui. MyVLE merupakan penghubung bagi para pelajar dengan pihak
Universiti. Perkara pertama yang patut diketahui adalah perpustakaanya.
Ini kerana perpustakaannya merupakan sebuah perpustakaan digital yang
diberi nama Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi (TSDAS).
Disini terdapat berbagai sumber bahan rujukan untuk pembelajaran.
Perpustakaan ini berkonsepkan 'Anytime, Anywhere', dimana para pelajar
boleh mengaksesnya bila - bila masa dan di mana jua.
Selain daripada perpustakaan digital, MyVLE juga menyediakan
ruangan forum untuk berkongsi masalah pembelajaran dengan panduan
seorang etutor. Etutor ditugaskan untuk menjadi pembimbing kepada para
pelajar.
Mencari jurnal, persidangan dan buku di dalam Perpustakaan Digital
16

OUMH1103

TSDAS merupakan satu tugasan yang mencabar. Ini berikutan, bahan


rujukan berbahasa melayu amat terhad. Selain itu, untuk membaca jurnal
serta buku dan membuat rumusan daripadanya memakan masa yang
panjang bagi golongan pekerja.
KESIMPULAN
Semester pertama merupakan semester yang paling mencabar bagi
golongan pekerja yang ingin menyambung pelajaran berikutan banyak
faktor yang berubah iaitu dari seorang pekerja kepada seorang pekerja
yang belajar. Matlamat merupakan elemen yang penting dan patut diperhalusi tidak kira
matlamat jangka panjang mahupun matlamat jangka pendek. Cabaran - cabaran yang
ditempuh lazimnya mempunyai solusi untuk menghadapinya. Sistem pengurusan
pembelajaran (MyVLE), merupakan nadi untuk semua pelajar OUM. MyVLE mempunyai
banyak maklumat yang dikehendaki atau diingini oleh para pelajar di OUM. Perpustakaan
Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi mempunyai banyak sumber bahan rujukan untuk
pembelajaran. Membuat rumusan jurnal merupakan satu tugasan yang mencabar. Untuk
berjaya dalam pelajaran, ia menuntut keazaman dan iltizam yang tinggi.

17

You might also like