You are on page 1of 1

Setiap orang mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.

Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan puncak kecemerlangan seorang murid tahun enam.Kecemerlangan tidak akan datang menggolek tetapi merupakan hasil ketekunan dan kesungguhan. Ketekunan,ketika belajar merupakan kunci pemerolehan keputusan yang cemerlang. Kita mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting.Jika kita memberi tumpuan,mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut. Selain itu,kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran.Ketika berada di rumah,kita perlu membaca nota pelajaran yang guru beri.Latih tubiyang kita lakukan akan membantu mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran. Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita dalam pelajaran.Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau dsediakan oleh pusat tuisyen.impaknya,pemahaman terdapat sesuatu topik yang guru ajar mudah untuk dikuasai Kesimpulannya,kita hendaklah berusahauntuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan.Ibu bapadan guru-guru pasti akan berasa gembira dengan kejayaan tersebut.

You might also like