You are on page 1of 14

TEKS UCAPAN PENGETUA

MAJLIS GRADUASI KALI KE-2

SEK MEN KEB SERI TANJONG, MELAKA

TARIKH: 30 SEPTEMBER 2009 (RABU)

TEMPAT: DEWAN SMK SERI TANJONG

OLEH:

PUAN SHALEHA BT ABDOL (BKT)


(PENGETUA SMK SERI TANJONG)

0
Bismillahirrahmanirrahim......

Yang Berhormat,
Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Hj. Ab. Karim (Bkt, Pjk, Dmsm),
(Ahli Dewan Undangan Pantai Kundur),

Yang Dihormati,
En. Rahman bin Mat,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

Guru-Guru Penolong Kanan,

Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran,

1
Guru-Guru Cemerlang,

Dan seterusnya guru-guru, ibu bapa, murid-murid serta para graduan


yang diraikan sekalian,

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan.

Alhamdulillah, rasa kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT


kerana dengan limpah dan inayah- Nya dapat kita bersama-sama
dalam suatu majlis yang amat dinanti-nantikan oleh semua, iaitu
Majlis Graduasi Kali Ke-2.

Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada YB Tn. Hj. Ab.
Rahaman bin Hj. Ab. Karim yang dapat meluangkan masa untuk
datang ke SMK Seri Tanjong dan seterusnya merasmikan majlis kita
pada hari ini. Ini menunjukkan bahawa YB sentiasa memberikan
2
komitmen yang tidak berbelah bagi kepada SMK Seri Tanjong.
Terima kasih daun keladi, kalau boleh teruskan lagi.

Sidang hadirin yang dihormati,

Majlis Graduasi yang diadakan pada hari ini merupakan majlis


kemuncak untuk memberikan pengiktirafan kepada murid yang
berjaya dalam peperiksaan daripada pihak sekolah. Sebelum ini pihak
sekolah telah mengadakan Program ke Gerbang IPT, juga untuk
memberi pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan
kecemerlangan dalam peperiksaan.

Pihak sekolah amat berharap melalui majlis seumpama ini, murid-


murid yang merupakan calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM
akan mendapat suntikan semangat di saat menghadapi peperiksaan
yang akan menentukan hala tuju mereka pada masa hadapan. Semoga
semua calon akan lebih yakin dan tidak gentar untuk menghadapi
3
peperiksaan yang diibaratkan peperangan yang akan menentukan
hidup dan mati. InsyaAllah jika anda bersedia,pasti anda akan
berjaya.
Para graduan yang diraikan,

Jadikan calon SPM 2008, Nor Madihah yang mendapat 20A1


sebagai contoh terbaik. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang
serba kekurangan, namun beliau tidak menjadikan kekurangan itu
sebagai alasan untuk menjadi seorang yang gagal. Dengan usaha gigih
dan bertawakkal kepada Allah SWT, akhirnya beliau berjaya
menggenggam kejayaan. Itulah yang seharusnya dilakukan oleh
murid sekalian untuk mendaki tangga kejayaan. Selain itu, jadilah
seorang murid yang sentiasa menghormati guru kerana guru
merupakan ibu bapa kepada murid ketika berada di sekolah.

4
Para hadirin sekalian,

Buat pengetahuan hadirin, para graduan yang akan menerima sijil


pada hari ini terdiri daripada murid yang telah mendapat keputusan
cemerlang dalam Peperiksaan Pengesanan PMR, SPM dan STPM
2009. Seramai 40 orang murid akan menerima sijil masing-masing.
Kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk melayakkan murid
mendapat anugerah adalah:

Bagi calon PMR - lulus semua mata pelajaran


- mendapat 5A ke atas.

5
Bagi calon SPM
Aliran Sains / Perakaunan - mestilah mencapai kelayakan untuk
memasuki matrikulasi.
- mendapat agregat kurang atau sama
dengan 12 unit untuk 3 mata
pelajaran yang ditetapkan.
- mendapat kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris

Aliran Sastera - Mendapat agregat kurang atau sama dengan


- Mendapat kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

6
Bagi Calon STPM
- Mestilah mendapat pointer 2.67 ke atas.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita pada hari ini juga boleh dikatakan satu majlis ala
konvokesyen. Dapat dilihat para graduan dalam dewan yang berseri
ini memakai jubah sama seperti yang dipakai oleh para graduan
universiti ketika mereka menerima ijazah. Ini sebenarnya untuk
memberi aura kepada mereka supaya meneruskan perjuangan hingga
ke menara gading. Secara tidak langsung, majlis graduasi ini
membuktikan di SMK Seri Tanjong ini memang ada murid yang
cemerlang, dan diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan hingga
ke menara gading. Kepada murid-murid yang kurang bernasib baik,
teruskan usaha anda untuk menggapai kejayaan. Putus asa jangan
sekali-kali ada dalam pemikiran anda, kerana perasaan seperti itulah
7
yang menjadi musuh no. 1 bagi seorang yang bernama PELAJAR.
Sesungguhnya tidak ada jalan pintas ke arah kejayaan.

Para hadirin yang dihormati,

Sebagai pengetua di sekolah ini, saya juga mengharapkan


sokongan daripada para ibu bapa. Marilah kita sama-sama berganding
bahu, berusaha ke arah kecemerlangan anak-anak. Di sekolah,
memang menjadi tugas guru, mendidik mereka untuk menjadi insan
yang cemerlang. Tetapi di rumah, menjadi tanggungjawab ibu bapa
pula memastikan anak-anak mempunyai jadual sendiri untuk belajar.
Ibu bapa juga perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah bagi
memantau perkembangan pelajaran anak-anak. Saya juga amat
mengharapkan agar para ibu bapa dapat menghadirkan diri apabila
dijemput oleh pihak sekolah untuk menjayakan mengadakan program-
program yang diadakan. Seperti majlis hari, pihak sekolah memang
menjemput para ibu bapa untuk sama-sama meraikan para graduan.
8
Apabila murid melihat kehadiran ibu bapa, secara tidak langsung ia
boleh membakar semangat mereka untuk berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan nanti.

Hadirin sekalian,

Akhir kata, sempena majlis yang bermakna ini, sekali lagi saya
mengucapkan tahniah kepada para graduan yang akan menerima sijil
pada hari penuh bersejarah ini. Jadikan hari ini sebagai kenangan
yang amat manis untuk anda selepas keluar dari SMK Seri Tanjong.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB kerana dapat
merasmikan majlis ini dan terima kasih juga kepada semua ibu bapa
serta hadirin sekalian. Saya sudahi ucapan saya dengan sebuah
gurindam untuk renungan pelajar.

9
Gurindam Pelajar

Jika anda jadi pelajar,


Jangan malas hendak belajar.

Jika anda menuntut ilmu,


Jangan sekali berasa jemu.

Jika rajin mengulangkaji,


Mudah jawab apa diuji.

Jangan asyik berangan-angan,


Tekun gigih jadi pegangan.

10
Jika berusaha sambil lewa,
Tidak hairan kalau kecewa.

Jika belajar tidak jemu,


Banyak ilmu akan ditemu.

Jika suka ponteng sekolah,


Ilmu tidak dapat tentu rugilah.

Berusaha dengan bersungguh-sungguh,


Jangan suka tangguh-tangguh.

Budaya lepak janganlah amalkan,


Gagal periksa jangan kesalkan.

Jika tak mahu dengar nasihat,


Apabila besar jadi jahat.
11
Tegur nasihat untuk membina,
Jangan sekali dikata menghina.
Jika guru tidak dihormati,
Ilmu yang dapat tidak diberkati.

Jika tulisan terang dan bersih,


Hati pemeriksa sayang dan kasih.

Jika tulisan tak boleh dibaca,


Mata pemeriksa akan berkaca.

Banyak membaca fikiran kaya,


Rajin berusaha pasti berjaya.

Hadapi peperiksaan dengan tabah,


Tenangkan perasaan usah gelabah.
12
Sekian, terima kasih.

13

You might also like