You are on page 1of 9

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/284714460

Dr. Farrah Aini Kosmik copy


Dataset November 2015

READS

16

1 author:
Farrah Aini Dahalan
Universiti Malaysia Perlis
39 PUBLICATIONS 32 CITATIONS
SEE PROFILE

Available from: Farrah Aini Dahalan


Retrieved on: 22 July 2016

Revolusi Penghasilan
Enapcemar

Lazimnya, persepsi spontan terhadap istilah air sisa adalah jelek, busuk, dan kotor.
Tetapi, istilah tersebut tiada dalam kamus hidup bagi saintis atau jurutera di dalam bidang
pengurusan air sisa. Para jurutera amat teruja untuk mencari penyelesaian dan metodologi yang
paling efisien untuk merawat pelbagai jenis air sisa. Manakala barisan saintis pula begitu tekun
menyelidik dan mencari segala bentuk jawapan kepada setiap inci keajaiban alam yang berlaku
di dalam rawatan air sisa. Pendek kata, apa yang digilai oleh golongan intelek ini ialah keindahan
yang tersirat disebalik air sisa yang biasanya dianggap kotor dan dipandang mudah.

Secara teknikal, perawatan air sisa memerlukan teknologi khas untuk memastikan
keberkesanan pengurusan air secara teratur mengikut prinsip tertentu. Trend baru dengan
menggunakan teknologi Aerobic Granulation misalnya boleh meningkatkan kecekapan proses
dan kualiti air yang telah dirawat. Teknologi berasal dari Belanda ini merupakan alternatif

kepada kaedah konvensional rawatan air sisa secara biologi yang lazimnya menggunakan sistem
enapcemar teraktif (activated sludge).

System rawatan air sisa enapcemar teraktif


(Sumber Internet: http://techalive.mtu.edu/meec/module21/WhattoRemove-WW.htm )

Teknologi Aerobic Granulation mampu merawat bukan sahaja air sisa kumbahan
domestik, malah air sisa yang terhasil daripada industri. Pelbagai jenis air sisa dari industri yang
berjaya dirawat antaranya air sisa tekstil, air sisa penternakan, air sisa industri makanan, air sisa
industri perladangan dan air sisa industri pengilangan produk berasaskan getah. Kelebihan
teknologi ini terletak pada kriterianya yang menjimatkan masa dan kos fabrikasi bioreaktor
kerana ia kompak dan mampu menghasilkan nisbah pepejal:cecair efluen yang tinggi sekaligus
menghasilkan air terawat yang bersih dan selamat untuk dilepaskan ke alam sekitar mengikut
piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Proses

granulation

biojisim

enapcemar

di

dalam

SBR.

(Sumber

Internet:

http://www.glowtec.com/wwt_tech.html )

Melalui teknologi ini, air sisa dirawat di dalam sebuah reaktor kolam bersambung atau
sequencing batch reactor (SBR) yang terdiri daripada kombinasi beberapa komponen signifikan
seperti konfigurasi fizikal bioreaktor, komposisi nutrient organik dan tidak organik serta
kepelbagaian mikroorganisma adalah amat perlu dititikberatkan. Ini adalah sangat penting untuk
memastikan di akhir tempoh proses rawatan, rupabentuk enapcemar yang lebih ideal dapat
dihasilkan. Pengenalpastian enapcemar ideal adalah melalui ciri morfologinya yang lebih besar,
bulat, padat, licin, dan tumpat berbanding enapcemar teraktif konvensional. Secara saintifik,
enapcemar ideal ini dikenali sebagai aerobic granular sludge (AGS) atau aerobic granules.
Keberkesanan teknologi ini terletak pada AGS yang dihasilkan. Jika AGS yang dihasilkan cukup
tumpat dan mampu mendap dalam tempoh singkat, maka lebih cepat dan lebih berkualiti air sisa
yang dapat dihasilkan.
3

AGS yang berjaya dihasilkan melalui teknologi Aerobic Granulation (Hakmilik/Hakcipta Farrah
Aini)

Enapcemar konvensional (Hakmilik/Hakcipta Farrah Aini)

Komposisi AGS jika dilihat dari aspek biokimia, ia terdiri daripada protein, karbohidrat
dan lemak. Sebatian ini terutama protein dan karbohidrat merupakan sumber makanan yang
sangat penting untuk pertumbuhan pelbagai jenis mikroorganisma seperti bakteria, fungus dan
protozoa. Jika dilihat ke dalam struktur mikro AGS melalui mikroskop elektron, jelas didapati
4

AGS dibentuk oleh hasil penstrukturan biojisim yang kuat antara semua mikroorganisma
tersebut melalui jaringan protein yang dihasilkan oleh sesetengah bakteria yang mampu
merembeskan bahan pengikat yang dikenali sebagai extracellular polymeric substances (EPS).
Antara bakteria yang mampu merembeskan bahan ini ialah Lactococcus lactis, Bacillus subtilis,
Pseudomonas aeruginosa, dan Rhodococcus ruber.

Mekanisme

granulation

enapcemar

untuk

membentuk

AGS

(SUmber

Internet:

http://www.uasb.org/discover/granules.htm )

Fungsi utama EPS adalah untuk mengikat sel mikroorganisma antara satu sama lain.
Pengikatan ini akhirnya menyebabkan penggumpalan biojisim atau lebih dikenali sebagai
granulation berlaku di dalam enapcemar untuk menghasilkan AGS. Ini akan menyumbang
kepada ciri berketumpatan tinggi yang memang sinonim dengan karakteristik AGS. Ini
merupakan antara kriteria terpenting dalam parameter air sisa untuk mengukur nisbah
pepejal:cecair bagi AGS yang didapati lebih tinggi berbanding dengan enapcemar konvensional.
Sekaligus ia dapat menghasilkan air terawat yang bersih dengan kadar lebih cepat dan efisien
kerana AGS lebih cepat mendap berbanding enapcemar konvensional.

Struktur AGS yang padat memberi kelebihan padanya untuk mendap dengan lebih cepat
berbanding enapcemar konvensional.
(Sumber Internet: http://www.tnw.tudelft.nl/en/research/health-energy-andenvironment/highlights/environment-efficient-afvalwater-zuiveren/ )

Perembesan EPS oleh mikroorganisma untuk menggalakkan penggumpalan biojisim di


dalam enapcemar dicetuskan secara signifikan oleh tekanan hidrodinamik ricih di dalam reaktor
kolam bersambung yang mempunya Lima fasa iaitu 1) Isian (Fill) 2) Pengudaraan (Aeration)
3) Pemendapan (Settle) 4) Pelepasan (Draw) 5) Rehat (Idle).

Lima fasa penting yang dicetus di dalam SBR adalah penggalak bagi revolusi morfologi AGS
(Sumber Internet: http://web.deu.edu.tr/atiksu/ana07/epa02.html )

Umumnya, pengudaraan dijalankan pada kadar optima bersamaan dengan 4 L/min bergantung
kepada keadaan dan keperluan bioreaktor. Fasa idle iaitu fasa kebuluran bagi mikroorganisma
juga amat penting untuk perembesan EPS. Fungsi fasa kebuluran adalah bagi meningkatkan
kadar perembesan EPS dimana pada fasa fill iaitu fasa makan, nutrient dibekalkan kepada
mikrokrganisma yang terkandung di dalam enapcemar untuk menampung keperluan
pertumbuhan. Semasa proses ini, kadar perembesan EPS adalah rendah memandangkan setiap
sel mikrorganisma mendapat nutrient yang mencukupi. Tetapi, apabila fasa

kebuluran

dicetuskan selepas fasa makan dan biasanya ditetapkan pada tempoh tertentu, mikroorganisma
mula mempercepatkan kadar perembesan EPS. Ini adalah untuk membantu sel mikroorganisma
untuk menjalin pautan struktur yang kukuh antara satu sama lain supaya kadar penyerapan
nutrient dapat dioptimakan dan dimanfaatkan bersama. Ini merupakan satu mekanisma survival

mikroorganisma konsortium yang dikira amat penting oleh para saintis air sisa untuk
menentukan hasil dapatan kajian yang memberangsangkan untuk mengukur efisiensi teknologi
Aerobic Granulation.

Oleh: Farrah Aini Dahalan

You might also like