You are on page 1of 1

Pengarah

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor


Jalan Jambu Bol 4/3E
40604 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Tuan Haji Abdullah Bin Hj Ramli
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam)
__________________________________________________________________________________
Muhammad Zulzainul Ariffin b Marzuki
Sekolah Agama Menengah Bestari
Jalan USJ 5/3A, 47610 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

Melalui,
Pengetua
Sekolah Agama Menengah Bestari
Jalan USJ 5/3A, 47610 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan 16 Mac 2023

Tuan,
Permohonan Mengembalikan Opsyen Sejarah dari Opsyen Bahasa Melayu
Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Zulzainul Ariffin, guru dengan opsyen Bahasa Melayu
ingin membuat permohonan untuk mengembalikan opsyen Sejarah.

2. Untuk makluman pihak tuan, opsyen yg ditawarkan kepada saya pada permulaan saya berkhidmat
di SABK ialah matapelajaran Sejarah ( rujuk lampiran surat tawaran jawatan ). Tetapi, atas kekangan
kursus yang ditawarkan untuk KDC KPLI SM Ambilan Jun 2012, saya mengambil kursus untuk opsyen
Bahasa Melayu.

3. Setelah selesai menjalani kursus tersebut, opsyen saya telah ditukarkan kepada Bahasa Melayu.
Namun, saya masih lagi mengajar matapelajaran Sejarah. Untuk makluman pihak tuan, saya telah
mengajar matapelajaran Sejarah sejak 2010 dan terkini, saya mengajar Sejarah tingkatan 5.

4. Besar harapan saya untuk pihak tuan mengembalikan opsyen Sejarah kerana Sejarah juga
merupakan matapelajaran teras. Permohonan say aini juga sesuai dengan keperluan sekolah saya
kini, SAM Bestari yang kekurangan guru Sejarah.

Segala pertimbangan dan Kerjasama pihak tuan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

……………………………………
(MUHAMMAD ZULZAINUL ARIFFIN B MARZUKI)

You might also like