You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG


PETI SURAT 696, 91008 TAWAU SABAH
No.Telefon : 01165744746 Emel: xba3004@gmail.com

Ruj Kami: XBA3004/600-1/05


Tarikh : 27 September 2023
Kepada :
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
Beg Berkunci, KM 36, No 27, Jalan Balung,
91009, Tawau
Sabah

Melalui :
Guru Besar,
SK Balung Tawau.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KEM BESTARI SOLAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Balung akan mengadakan Kem Bestari
Solat . Pelaksanaan program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3,4,5 Oktober 2023 /Selasa, Rabu, Khamis


Masa : 07.00- 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan terbuka SK Balung

3. Sehubungan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan iaitu ENCIK ABDUL HAFIZ BIN ADIS ZAMZURI sebagai
penceramah program kami. Diharapkan semoga program ini berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan Tuan, program ini dikendalikan oleh Ketua Unit Panitia Pendidikan Islam SK Balung iaitu Ustaz Mohd Zulkifli
Bin Omar.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

‘’Saya yang menjalankan amanah’’

____________________________ __________________________
(MOHD ZULKIFLI BIN OMAR) ( EN ASABAR BIN HJ. NOLIE)
Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru Besar,
SK Balung Tawau SK Balung Tawau

You might also like