You are on page 1of 2

Panduan Hidup Berjiran 睦邻指南

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Jiran


biasanya terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat beberapa
perkara yang boleh dijadikan sebagai panduan
hidup berjiran. 邻居是住在我们附近的人。 邻居通常由各种种族组成。 有各
种方法可以作为睦邻的指南。

Antaranya, kita harus mengenali latar belakang jiran. Hal ini


bagi memudahkan kita berkomunikasi agar tidak berlaku salah
faham. 其中,我们必须认识邻居的背景。 这是为了让我们更容易沟通,以免
误解。

Selain itu, hormati budaya dan pegangan agama jiran kita bagi
mengelakkan isu sensitif berlaku. Kita hendaklah sentiasa bertolak
ansur. 此外,尊重邻居的文化和宗教信仰,以避免敏感问题。 我们必须常常
礼让。

Kita hendaklah menziarahi jiran terutamanya pada hari-hari


perayaan. Hal ini dapat merapatkan hubungan dan memupuk
perpaduan. 我们应该拜访我们的邻居,特别是在节日里,这可以促进关系,
培养团结。

Di samping itu, kita boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang


boleh memupuk semangat kerjasama dan toleransi sesama jiran.
Aktiviti tersebut hendaklah melibatkan semua peringkat umur. 此外,
我们可以组织能够培养邻居合作和宽容精神的活动。 活动应该涉及所有各层年
龄的人士。

Kita juga haruslah membantu jiran yang menghadapi


kesusahan atau bencana. Hal ini bagi menunjukkan sikap
tanggungjawab. 我们还需要帮助邻居面对困难或灾难。 这是为了表现出责
任的态度。
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berbuat baik sesama
jiran. Semua perkara yang boleh membawa pertelingkahan
hendaklah dielakkan. 总之,我们应该常常对邻居好。 必须避免一切可能导
致冲突的事情。

You might also like