You are on page 1of 12

Latihan Sejadah Rindu

i.Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara. [2 markah]


Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar bahawa dunia
ini tidak kekal.

i.Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan. [2 markah]


Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum penyajak meninggal dunia

i.Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa kepada


Yang Maha Esa?
...mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya
...berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara

i.Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang


menunjukkan penyajak benar-benar insaf. [2 markah]
...penyajak menitiskan air mata
...penyajak benar-benar ikhlas untuk bertaubat
...penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan

i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua sajak
di atas?[2 markah]
... ketika penyajak meninggal dunia

i.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sementara


kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga perkara itu. [4
markah]
...keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak
bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan
... keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya,
penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata
... kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa
ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat
akan perintah-Nya

ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk
membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan
saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah saya memberikan kata-kata
semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu,
saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor untuk
mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala
kesilapan yang lalu.
ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima
seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya? [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah
insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa yakin bahawa
mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang
serong terhadap mereka.

ii.Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat


daripada dosa-dosanya yang lalu? [3]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-
dosanya yang lalu ialah supaya mendapat keampunan daripada Tuhan sebelum
meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak mengulangi kembali dosa-
dosa yang pernah dilakukannya.

ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain
yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah insaf atas kesalahan
yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam untuk tidak
mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa mendampingi orang-orang
yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang
lebih baik dan meyakinkan.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan


perintah Tuhan?
...terleka dengan kemewahan dunia
...tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
...alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan
dibalas dengan ganjaran yang setimpal

ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan


dosa perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda.
[3 markah]
...agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
...agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
...untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas
kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan

ii.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi


selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat anda,
mengapakah keadaan sedemikian berlaku? [3 markah]
...terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan
...tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat
...kurang bimbingan daripada pihak lain
iii.Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah keinsafan atas segala
dosa yang lalu. Selain itu, persoalan pengharapan terhadap pengampunan dosa
daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.
...Keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya, penyajak
bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada Tuhan.
... keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Tuhan. Contohnya,
penyajak memohon keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata.
...kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya, penyajak berdoa
ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat
akan perintah-Nya.

iii.Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 ]


Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan. Contohnya,
penyajak Penyajak berasa insaf atas segala dosanya yang lalu.
...keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan hati yang jujur dan ikhlas
hingga menitiskan air mata
...kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh untuk memohon
keampunan sebelum meninggal dunia

iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah segera
insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu. Selain itu, kita mestilah berusaha
dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh keampunan. Akhirnya,
kita hendaklah memohon keampunan daripada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

iii. Nyatakan tiga bentuk sajak yang terkandung dalam sajak Sejadah Rindu.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat . Selain itu, sajak ini terdiri daripada
lima rangkap. Akhirnya, jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu
antara satu hingga enam patah kata sebaris.

iii.Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
...personifikasi. Contohnya, Air mata menjadi saksi
...penggunaan bahasa Arab. Contohnya, kalimah,Ilahi, dan taubat
...metafora. Contohnya, sejadah rindu

iii.Huraikan tema sajak tersebut.


Sajak Sejadah Rindu bertemakan keinsafan. Penyajak insaf akan dosa-
dosanya yang lalu lantas penyajak memohon keampunan dengan bertaubat
sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini demikian kerana
penyajak berasa insat dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
Latihan Pesan lelaki kecil kepada gadis kampus
i.Berdasarkan maksud rangkap ketiga sajak, apakah nasihat penyajak kepada
anak gadisnya? [2 markah]
Berdasarkan rangkap ketiga sajak, nasihat penyajak kepada anak gadisnya ialah
kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan ilmu pengetahuan,
bahkan sarat dengan dugaan. Di kampus juga menyebabkan seseorang berasa
ego sehingga mengetepikan budi pekerti.

i. Berikan maksud dengan percikan duka dan balutan luka. [2 markah]


Maksud dengan percikan duka dan balutan luka adalah dengan kesedihan dan
kekecewaan.

i.Apakah harapan penyajak kepada anak gadisnya seperti yang terdapat dalam
rangkap keempat sajak di atas?
Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai menjaga diri dalam
mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anak dara suntinya itu
tidak pulang dengan kesedihan dan kekecewaan.

i.Berikan maksud bumantara asing dan yang sering kaumesrai. [2 markah]


... keadaan yang sangat berbeza dengan yang biasa dirasai

i.Berikan maksud Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap


berkembang [2 markah],
... penyajak melepaskan anak gadis suntinya tanpa sebarang halangan

ii.Pada pendapat anda, mengapakah penyajak menasihati anak gadis suntinya


agar pandai membawa diri ketika berada di kampus? Nyatakan tiga sebab itu. [3]
...agar anak gadis suntinya tidak terpengaruh dengan sebarang anasir negatif
...agar anak gadis suntinya boleh menempuh sebarang cabaran dan dugaan
hidup
...agar anak gadis suntinya boleh hidup berdikari dan sentiasa cekal

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada antara
anak kampung yang tidakberjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading? [3]
... kesusahan hidup hingga tidak mampu untuk membayar yuran pengajian yang
tinggi
... terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran kerana ingin bekerja
bagi membantu keluarga
... tidak ada wang uruuk persediaan awal bagi melanjutkan pelajaran

ii.Sebagai pelajar, apakah yang sepatutnya anda lakukan untuk memenuhi impiai
kedua-dua ibu bapa? [3 markah]
Sebagai pelajar, perkara yang sepatutnya saya lakukan untuk memenuhi impian
kedua-dua ibu bapa ialah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga
memperoleh kejayaan. Selain itu, tidak melibatkan diri dalam masalah sosial.
Akhirnya, berusaha untuk mencapai cita-cita.
ii. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh
golongan mahasiswa? [3]
Pada pendapat saya, masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh golongan
ahasiswa ialah masalah kewangan untuk menampung kos sara hidup di
universiti. Selain itu, sukar untuk membahagikan masa antara pembelajaran
dengan aktiviti sosial secara seimbang. Akhirnya, mudah terikut-ikut dengan
budaya yang tidak sihat.

ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita menyesuaikan diri apabila
berada di tempat baharu?[3]
Pada pendapat saya, cara untuk menyesuaikan diri apabila berada di tempat
baharu termasuklah mempelajari budaya setempat. Selain itu, kita hendaklah
bergaul mesra dengan masyarakat setempat. Akhirnya, menghormati
masyarakat di tempat baharu.

iii. Pelbagai masalah dihadapi oleh para mahasiswa di universiti. Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara yang sewajarnya dilakukan oleh mahasiswa untuk
menyelesaikan masalah tersebut?
Cara mahasiswa menyelesaikan masalah di universiti ialah berjumpa dengan
kaunselor atau pensyarah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Selain itu,
berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bantuan rakan-rakan. Akhirnya,
meminta nasihat daripada ibu bapa.

i.Pada pendapat anda, mengapakah penyajak berani melepaskan anak gadis


suntinya berjauhan daripada keluarga?Nyatakan empat sebab anda. [4 markah]
... supaya anak gadis suntinya boleh hidup berdikari tanpa bergantung hidup
pada keluarga semata-mata
...kerana anak gadis suntinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke
universiti
...kerana penyajak yakin anak gadis suntinya mampu menjaga diri dengan baik
... untuk melatih anak gadis suntinya agar boleh berdepan dengan pelbagai
cabaran dalam hidup

ii.Jelaskan dua nilai mumi yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Nilai Murni ialah keberanian. Contohnya, penyajak berani melepaskan anak
gadisnya untuk menuntut ilmu di menara gading. Selain itu, nilai kasih sayang.
Contohnya penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadisnya.

.
iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita mestilah berani
untuk melepaskan anak-anak menuntut ilmu demi kebaikan mereka. Selain itu,
kita haruslah cekal menghadapi segala cabaran supaya matlamat yang
ditetapkan tercapai. Akhirnya, kita hendaklah memberikan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa mengingati pesanan kita.
iii. Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.
... Personifikasi. Contohnya: hadir sihir angin bernafas api
...Unsur alam. Contohnya: angin; burung putih; kabut.
...bahasa Klasik. Contohnya bumantara; sunti; azimat.

iii.Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sajak di atas.


... masyarakat yang penyayang. Contohnya, sebagai seorang bapa, penyajak
amat menyayangi anak gadis suntinya
... masyarakat yang baik hati sesama insan. Contohnya, sebagai seorang bapa,
penyajak memberikan nasihat kepada anak gadis suntinya yang berada di
kampus

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.


Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Perbezaan antara
kehidupan di desa dengankehidupan di kampus. Seterusnya, keberanian
seorang bapa yang melepaskan anak gadisnya untuk menimba ilmu di menara
gading. Akhirnya, kehidupan di kampus yang penuh dengan cabaran.

i.Berikan maksud rangkap kedua sajak di atas.


Maksud rangkap kedua sajak di atas ialah penyajak melepaskan anak dara
suntinya untuk menghadapi kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta
memerlukan pertimbangan akal yang waras.

iii.Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.


... Baik hati. Contohnya, penyajak sebagai bapa bersikap baik hati dengan
memberikan nasihat kepada anak gadisnya yang berada di kampus.
... Keberanian. Contohnya, keberanian penyajak sebagai seorang bapa yang
melepaskan anak gadisnya untuk menuntut ilmu.

ii.Huraikan empat nilai yang terkandung dalam sajak di atas. [5 markah]


... keberanian. Contohnya, keberanian penyajak sebagai seorang bapa yang
melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.
... kasih sayang. Contohnya, penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan
anak gadis suntinya.
... baik hati. Contohnya, penyajak bersikap baik hati dengan memberikan nasihat
kepada anak gadis suntinya agar pandai membawa diri.
... kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti dinasihati oleh bapanya agar cekal
menempuh cabaran dan dugaan semasa hidup di kampus.
Latihan Erti Hidup Bererti

i.Berikan maksud cinta dalam rahim dilupai. [2 markah]


... perasaan sayang yang tersemai sejak di dalam kandungan telah dilupakan.

i.Berdasarkan rangkap ketiga, apakah perkara yang dimohon oleh penyajak


kepada Tuhan? [2 markah]
... penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya kedukaan di
hatinya terubat.

i.Berikan maksud Aku bagi mereka, tiada makna. [2 markah]


Maksud Aku bagi mereka, tiada makna ialah penyajak berasa bahawa dirinya
tidak penting.

i.Berikan maksud disirami benih keinsafan. [2 markah]


..diberikan atau dikurniakan kesedaran

i.Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak di atas, apakah perubahan yang


berlaku dalam diri anak-anak?
... melupakan ibu yang mengandungkan anak tersebut
... walaupun ramai anak tetapi tiada yang sudi untuk menjaga ibu bapa.

i.Apakah maksud rangkai kata menjadi penawar dalam hati dalam rangkap
ketiga sajak di atas? [2 markah]
...sebagai pengubat lara di dalam jiwa

ii.Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang


anak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapa mereka yang
sudah tua?Nyatakan tiga punca itu. [3 markah]
... terlalu sibuk dengan kerjaya dan mengejar kebendaan
... tinggal berjauhan dengan ibu dan bapa
... kurang dididik dengan kasih sayang sejak awal

ii.Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak perlu berkhidmat kepada


ibu bapa ketika usia tua mereka?[3 markah]
... membawa ibu bapa tinggal bersama-sama
... sekiranya duduk berasingan, sering menziarahi ibu bapa
... sedaya upaya cuba memenuhi setiap keperluan dan perbelanjaan mereka

ii.Setiap orang akan menjalani kehidupan hari tua. Pada pendapat anda, apakah
persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebagai bekalan hari tua? [3 markah]
.. . menjaga kesihatan dengan baik supaya tidak ditimpa penyakit yang
memudaratkan
...mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk kehidupan akan datang
...memiiiki rumah yang selesa untuk didiami
...memiliki keluarga atau anak-anak yang penyayang
ii.Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan untuk
membalas jasa kedua-dua ibu bapa? [3 markah]
Sebagai seorang anak, cara yang boleh saya lakukan untuk membalas jasa
kedua-dua ibu bapa ialah sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak
melakukan perkara yang melukakan hati mereka. Seterusnya, menghadiahkan
kejayaan dalam kehidupan kepada mereka. Akhirnya, memelihara dan menjaga
ibu bapa apabila mereka sakit atau sudah tua.

ii.Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka? [3 markah]
Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka termasuklah memberikan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil. Seterusnya,
memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Akhirnya, ibu
bapa menjadi contoh yang baik dengan menunjukkan kasih sayang yang utuh
terhadap orang tua.

ii. Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke
rumah orang-orang tua.Pada pandangan anda, mengapakah mereka bertindak
sedemikian? [3 markah]
Sebab anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua ialah tidak
mempunyai sifat tanggungjawab.
Seterusnya, tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa kerana terlalu sibuk
dengan kerjaya.
Akhirnya,menganggap ibu bapa sebagai bebanan dalam kehidupan mereka.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah anak tidak mengenang jasa


kedua-dua ibu bapa mereka?[3 markah]
Pada pendapat saya, sesetengah anak tidak mengenang jasa kedua-dua ibu
bapa mereka kerana anak-anak menganggap ibu bapa sebagai bebanan dalam
kehidupan mereka. Selain itu, mereka tidak mempunyai pegangan agama yang
kukuh. Seterusnya, menganggap bahawa ibu bapa mereka tidak penting.
Akhirnya, bersikap sombong setelah memperoleh kesenangan sehingga lupa
akan asal usul.

iii.Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan. Contohnya
penyajak sedar dan insaf bahawa hanya Tuhan yang kekal.
Seterusnya, nilai kasih sayang. Contohnya penyajak tetap menyayangi anaknya
walaupun anaknya itu tidak menghiraukannya.
iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah insaf dan sedar
bahawa kehidupan di dunia ini , hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.
Sebagai seorang anak, kita hendaklah menyayang ibu bapa dan tidak
mengabaikan mereka. Akhirnya, kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
hidup.
...Kita hendaklah sentiasa berbakti kepada ibu bapa kita apabila mereka telah
tua. Contohnya, anak-anak tidak sewajamya menjadikan ibu bapa seperti bola
dengan alasan tidak mampu untuk menjaga mereka.
... Kita perlu insaf dengan kehidupan ini kerana kita juga akan melalui proses
yang sama seperti ibu bapa kita, iaitu kita juga akan tua pada suatu hari nanti.
... kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya
bersifat sementara dan Tuhan sahaja yang kekal. Contohnya, penyajak sedar
dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan
...sebagai ibu bapa, kita mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak
supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat. Contohnya, kasih sayang
seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu bersikap setia
atau derhaka

iii.Jelaskan dua unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Unsur bunyi yang terdapat dalam sajak di atas ialah asonansi. Contohnya,
Aku selalu didatangi mengandungi (perulangan bunyi vokal a),
anakku bakaku (perulangan bunyi vokal u).
Seterusnya, Aliterasi. Contohnya: tiada yang kekal kecuali Tuhan (perulangan
bunyi konsonan k); menderita mengerang sakit (perulangan bunyi konsonan m)

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
...Kehidupan seorang tua yang kesunyian.
...Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan ibu bapa.
...Harapan orang tua agar anak- anaknya diberi keinsafan.
...Kasih sayang orang tua yang tidak dihargai.

iii.Huraikan bentuk sajak di atas. [4 markah]


...berbentuk bebas atau tidak terikat terdin daripada tiga rangkap
...bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap pertama
mengandungi tujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan
rangkap ketiga mengandungi sebelas baris
Latihan Kedup Perang

i.Berikan maksud rangkap keenam sajak di atas. [2 markah]


Maksud rangkap keenam sajak di atas ialah Penyajak sedar bahawa sehingga
kini, masyarakat masih berbalah untuk menentukan pahlawan sebenar antara
Tuah dengan Jebat.

i.Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama


sajak di atas? [2 markah]
Perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama
sajak di atas ialah penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih
bergelar panglima perang akan sentiasa melakukan kekejaman dan menyimpan
perasaan dendam. Namun demikian, penyajak tetap berterima kasih kerana
berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan yang
sebenar.

i.Bagaimanakah tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat? [2 markah]


Tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat ialah penyajak tidak mahu
menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang
teguh terhadap istana. Selain itu, penyajak juga tidak menganggap Jebat
sebagai pengkhianat kerana dia masih bersedih atas perjuangan Jebat dalam
mempertahankan keadilan.

i.Berikan maksud membajakan kezaliman. [2 markah]


...melakukan kekej aman

ii. Pekerjaan sebagai anggota keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja
kini. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [3 markah]
...Pendapatan dalam bidang ini tidak lumayan.
...Pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri.
...tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat.
...berasa malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini
tidak popular.

ii. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu
disanjung. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan
oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?
Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan
sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah dengan menganugerahkan
pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda
penghargaan atas jasa mereka. Selain itu, menyambut Hari Pahlawan pada
setiap tahun untuk mengenang jasa mereka. Seterusnya, menyediakan
kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya,
memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada
atau waris-waris mereka.
ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati? [3 markah]
Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan sejati ialah Mempunyai
semangat juang yang tinggi. Seterusnya, mempunyai kemahiran dalam bidang
pertempuran. Selain itu, sanggup berjuang bermati- matian untuk
mempertahankan negara. Akhirnya, tidak mudah gentar dan menyerah kalah
kepada musuh.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para
pahlawan yang mempertahankan negara? [3 markah]
Pada pendapat saya, kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang
mempertahankan negara kerana mereka telah Membebaskon negara daripada
cengkaman penjajah. Selain itu, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang
damai hasil perjuangan para pahlawan. Seterusnya, sanggup berkorban nyawa
untuk berjuang mempertahankan negara di medan pertempuran. Akhirnya, ikhlas
berjuang dan tidak mengharapkan balasan atas sumbangan mereka.

i. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang
ingin bergelar pendekar? Berikan tiga ciri itu. [3 markah]
... bijaksana, berilmu, dan mempunyai pelbagai kemahiran serta kepandaian
... berani dan tidak gentar menghadapi cabaran
...amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Jebat bersungguh-sungguh menuntut


keadilan atas hukuman yang dikenakan terhadap Tuah oleh pihak istana?
Nyatakan tiga sebab anda. [4 markah]
... kerana Jebat tahu bahawa Tuah dijatuhkan hukuman akibat difitnah
... kerana pihak istana tidak menyiasat dengan teliti sebelum menjatuhi hukuman
...untuk menunjukkan bahawa Jebat memang bersifat setia kawan terhadap
Tuah

iii. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah Peperangan akan
mencetuskan perasaan dendam dalam kalangan manusia. Seterusnya, usaha
untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.
Selain itu, sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan
Jebat yang menuntut keadilan. Seterusnya, pendustaan yang menggugat
keadilan dan ketelusan. Akhirnya, peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah
palsu yang melenyapkan kebenaran.

iii.Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
...personifikasi. Contohnya takhta setia; putik dendam; selumbar sengsara.
...metafora. Contohnya peta keadilan.
...simile. Contohnya, seperti perawan.
...Hiperbola. Contohnya, jari-jemari takdir; daerah angkara; menjungkitkan
amarah.
...unsur alam. Contohnya putik; fajar; kelopak
iii. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah bersikap
berani untuk mengenalpasti kebenarai supaya kita tidak tersilap membuat
kesimpulan tentang sesuatu perkara. Seterusnya, kita mestilah bersikap dil dan
saksama supaya tidak melakukan kekejaman. Selain itu, kita hendaklah insaf
bahawa peperangan dan perbalahan dalam kalangan manusia tidak akan
mendatangkan kebaikan. Akhirnya, kita haruslah berusaha dengan gigih dan
bersungguh- sungguh untuk memperoleh kebahagiaan supaya hidup lebih
bererti.

i.Huraikan tiga pengajaran yang terkandung dalam sajak ini.[5 markah]


...kita mestilah bersikap berani untuk mencari kebenaran agar kita tidak tersilap
dalam membuat keputusan ...kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya
tidak melakukan kezaliman ...kita mestilah bersungguh-sungguh untuk membina
kebahagiaan supaya hidup kita lebih bermakna

iii.Huraikan tema dan satu persoalan yang terdapat dalam sajak Kudup Perang
...sajak ini bertemakan mencari kebenaran. Penyajak sedang mencari keadilan
antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut
keadilan
... persoalan keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan.
Contohnya,

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
...nilai Keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kebenaran
antara pahlawan dengan pengkhianat.
...nilai keadilan.Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan jujur dan
saksama.
...nilai keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan
perbalahan akan menjejaskan kehidupan yang harmoni.
...nilai kerajinan. Contohnya, usaha untuk membina kebahagiaan semula dalam
kehidupan selepas berlakunya perbalahan perlu dilakukan dengan gigih.

You might also like