You are on page 1of 38

Pengenalan Ilmu Fiqh 1. 1.1 Pengertian ilmu Fiqih 1. Soal : Apakah pengertian ilmu fiqih?

Jawab : Ilmu fiqih ialah ilmu pengetahuan yang membicarakan tentang hukum hukum Islam yang mengenai dengan perbuatan manusia.

1.2

Soal : Apakah bahagian bahagian yang terkandung didalam ilmu fiqih itu? Jawab : Ilmu fiqih mengandungi empat bahagian yang besar, iaitu: Bahagian Ibadat, bahagian ini membicarakan hukum hukum yang berhubung dengan amal ibadat manusia terhadap Allah, seperti sembahyang, puasa, dan zakat. Bahagian Muamalat, bahagian ini membicarakan hukum hukum yang berhubung dengan perbuatan manusia dalam penghidupannya seharihari dengan sesama manusia mengenai harta, seperti jual beli, upah mengupah dan hadiah. Bahagian Munakahat, bahagian ini membicarakan hukum hukum yang berhubung dengan perbuatan manusia dalam hal ehwal berkeluarga, seperti nikah, cerai dan kewajipan suami isteri. Bahagian Jenayah, bahagian ini membicarakan hukum hukum yang berhubung dengan perbuatan manusia dalam keadilan dan kehakiman, seperti bunuh, curi dan saksi.

a) b)

c)

d)

2.0 2.1

Hukum hukum Islam Soal : Berapakah bahagian hukum Islam? Jawab: Hukum hukum Islam itu terbahagi kepada tujuh bahagian, iaitu: a) Wajib atau Fardhu. b) Sunnat. c) Haram d) Makruh e) Mubah f) Sah g) Batal.

2.2

Soal : Apakah erti Wajib? Jawab : Wajib ialah sesuatu yang mesti dikerjakan. Jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa, seperti mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam.

2.3

Soal : Adakah terdapat perbezaan diantara wajib dengan fardhu? Jawab : Perkataan wajib dan fardhu sama sahaja maksudnya. Kecuali dalam bab haji ada perbezaan nya.

2.4

Soal : Berapakah bahagian fardhu? Jawab : Fardhu terbahagi kepada dua bahagian. Iaitu: a) Fardhu Ain b) Fardhu Kifayah.

2.5

Soal : Apakah erti Fardhu Ain? Jawab : Fardhu Ain ialah sesuatu yang wajib dikerjakan oleh tiap tiap diri orang Islam yang baligh lagi berakal, kewajiban itu tidak terlepas dari tanggung jawab diri sendiri yang mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam.

2.6

Soal : Apakah Fardhu Kifayah? Jawab : Fardhu Kifayah ialah sesuatu yang wajib dikerjakan oleh sekelian orang Islam yang baligh lagi berakal, kewajipan dan tanggung jawab bersama dan jika kewajipan itu dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam. Maka terlepaslah ia daripada orang lain, tetapi jika kewajipan itu tidak dikerjakan, maka sekelian orang Islam menanggung dosa, seperti sembahyang jenazah.

2.7

Soal : Apakah erti sunnat? Jawab : Sunnat ialah sesuatu yang digalakkan oleh agama supaya dikerjakan, jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa, seperti mengerjakan sembahyang hariraya.

2.8

Soal : Apakah erti haram? Jawab : Haram ialah sesuatu yang mesti ditinggalkan, jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dikerjakan mendapat dosa, seperti mencuri.

2.9

Soal : Apakah erti makruh? Jawab : Makruh ialah sesuatu yang digalakkan oleh agama supaya ditinggalkan , jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika dikerjakan tidak mendapat dosa, seperti makan sesuatu yang berbau busuk.

2.10 Soal : Apakah erti mubah? Jawab : Mubah ialah sesuatu yang boleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan, jika dikerjakan tidak mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa. Seperti makan dan minum.

2.11 Soal : Apakah erti sah? Jawab : Sah ialah sesuatu yang dikerjakan dengan sempurnanya mengikut syarat dan rukunnya yang tertentu, seperti sembahyang yang dikerjakan dengan berwudhu serta dengan peraturannya yang tertentu dalam waktunya, dan seperti aqad nikah yang dikerjakan oleh wali dihadapan saksi saksi dengan lafaz yang tertentu.

2.12 Soal : Apakah erti batal? Jawab : Batal ialah sesuatu yang di kerjakan dengan tidak mengikut syarat dan rukunnya yang tertentu seperti puasa Ramadhan yang dikerjakan dengan tidak berniat pada waktu malam.

3.0 3.1

Mukallaf Soal : Apakah erti Mukallaf? Jawab : Mukallaf ialah orang yang dituntut supaya melaksanakan ajaran ajaran Islam.

3.2

Soal : Apakah syarat Mukallafnya sesaorang? Jawab : Syaratnya tiga perkara, iaitu:a) Baligh. b) Berakal c) Sampai seruan Islam kepadanya.

3.3

Soal : Apakah erti baligh? Jawab : Baligh ialah orang yang sudah sampai umur untuk menanggung kewajipan agama.

3.4

Soal : Apakah tanda tanda baligh? Jawab : Tanda tanda baligh ialah :Bagi lelaki :i) Telah keluar mani setelah berumur sembilan tahun.

ii) Telah berumur lima belas tahun. Bagi perempuan :i) Telah keluar air mani setelah berumur sembilan tahun. ii) Telah datang haid atau mengandung setelah berumur sembilan tahun. iii) Telah berumur lima belas tahun.

3.5

Soal : Apakah erti Mumayyiz? Jawab : Mumayyiz ialah kanak kanak yang sudah dapat mengerjakan tugas tugas dirinya sendiri seperti makan dan minum, dan tahu membezakan diantara buruk dan baik sesuatu.

4.0 4.1

Syarat dan Rukun. Soal : Apakah erti Syarat? Jawab : Syarat ialah sesuatu yang mesti ada bagi adanya sesuatu perkara yang lain ia bukan suatu bahagian dari hakikat sesuatu perkara yang lain itu, seperti Wudhu adalah Syarat bagi sembahyang tetapi Wudhu bukan satu bahagian dari sembahyang. (Kaedah yang mudah Syarat ialah sesuatu yang diluar perkara)

4.2

Soal : Apakah erti Rukun? Jawab : Rukun ialah sesuatu yang mesti ada bagi adanya sesuatu perkara yang lain, dan adalah sesuatu bahagian dari hakikat sesuatu perkara yang lain itu sendiri, seperti mambaca Fatihah adalah Rukun bagi sembahyang. (Kaedah yang mudah: Rukun ialah sesuatu perkara yang didalam)

Pengertian Bersuci( Pengertian Thaharah ) 5.0 5.1 Bersuci Soal : Apakah yang dimaksudkan bersuci? Jawab cara:a) b) c) d) : Maksud bersuci ialah suci daripada hadas dan suci daripada najis dengan Menghilangkan. Berwudhu Mandi Tayammun.

5.2

Soal : Apakah alat yang digunakan untuk bersuci? Jawab : Alat yang digunakan untuk bersuci ialah air dan tanah atau yang sebagainya seperti batu atau alat yang kesat.

6. 6:1

Hadas Soal : Apa dia Hadas? Jawab : Hadas ialah keadaan diri tidak suci, yang menyebabkan tidak boleh menunaikan ibadat yang tertentu, seperti sembahyang.

6.2

Soal : Berapakah bahagian Hadas? Jawab : Hadas terbahagi kepada dua, iaitu:a) Hadas Kecil. b) Hadas Besar.

6.3

Soal : Apakah yang dimaksudkan dengan hadas kecil? Jawab: Hadas kecil ialah keadaan diri yang tidak suci disebabkan oleh perkara perkara yang menghilangkan air sembahyang.

6.4

Soal : Bagaimana cara bersuci dari hadas kecil? Jawab : Cara bersuci dari hadas kecil ialah mengambil air sembahyang.

6.5

Soal : Apa dia hadas besar? Jawab: Hadas besar ialah keadaan diri yang tidak suci disebabkan oleh perkara perkara yang mewajibkan mandi ( mandi hadas besar ).

6.6

Soal : Bagaimana cara bersuci daripada hadas besar. Jawab : Cara bersuci daripada hadas besar ialah dengan mengerjakan mandi wajib.

6.7

Soal : Apakah yang menentukan bersuci daripada hadas? Jawab : Bersuci daripada hadas tertentu pada meratakan air keseluruh badan.

7. 7.1

Najis Soal : Apakah dia Najis? Jawab : Najis ialah benda benda yang kotor yang menghalang sahnya ibadat tertentu seperti Tahi, Air Kencing, Muntah, Bangkai, Nanah dan Darah.

7.2

Soal : Bagaimana bersuci daripada Najis? Jawab: Bersuci daripada najis ialah dengan mencuci dengan alat yang suci lagi menyucikan.

7.3

Soal : Apakah yang penentuan bersuci daripada Najis? Jawab : Bersuci daripada Najis itu tertentu kepada badan, pakaian, dan tempat.

Air 8.0 8.1 Bahagian Air. Soal : Berapakah bahagian jenis air? Jawab : Air terbahagi kepada empat bahagian iaitu:a) Air yang suci lagi menyucikan, iaitu Air Mutlaq. b) Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya, iaitu Air Musyammas ( air yang terjemur dipanas matahari dinegeri yang panas pada bejana ( bekas ) yang menerima tukul selain daripada bejana emas dan perak. c) Air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu Air Mustamal ( air yang sudah digunakan atau air yang berubah dengan sesuatu yang suci. ). d) Air yang yang tidak suci lagi tidak menyucikan, iaitu Air Mutanajjis ( air yang jatuh najis kedalamnya. ).

9.0 9.1

Air Mutlaq. Soal : Apa dia Air Mutlaq? Jawab : Air Mutlaq ialah air yang turun dari langit atau yang keluar dari bumi dalam keadaan sifat asal kejadiannya.

9.2

Soal : Apakah huraian air yang turun dari langit dan air yang keluar dari bumi itu ? Jawab : Terdapat tujuh jenis air yang turun dari langit dan air yang keluar dari bumi Iaitu:

a) b) c) d) e) f) g)

Air hujan. Air laut. Air sungai. Air telaga. Air mataair. Air salji. Air embun.

9.3

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan air yang dalam keadaan sifat asal kejadiannya? Jawab : Yang dimaksudkan dengan air yang dalam keadaan sifat asal kejadiannya itu ialah keadaan asal air itu belum berubah, seperti air hujan pada lazimnya ia jernih, maka ia tetap dianggap air mutlaq.

9.4

Soal : Apakah yang dianggap bukan turun dari langit atau keluar dari bumi ? Jawab : Air yang dianggap bukan turun dari langit atau keluar dari bumi itu ialah seperti air pohon pokok atau air buah buahan, umpamanya air tebu atau air kelapa, maka air tebu atau air kelapa itu bukan air mutlaq.

10.0 10.1

Air Musyammas Soal : Apa dia air musyammas ? Jawab : Air musyammas ialah air yang dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas pada bejana ( bekas ) melainkan bejana emas dan perak.

10.2

Soal : Apakah jenis bejana selain dari emas dan perak? Jawab : Bejana ( bekas ) seperti yang dibuat dari besi dan tembaga.

10.3

Soal : Adakah air yang dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang bukan berhawa panas, seperti negeri England dikatakan air musyammas? Jawab : Air yang sedemikian bukan air musyammas kerana England bukan negeri yang panas.

10.4

Soal : Adakah air sawah atau air kolam yang dipanaskan oleh cahaya matahari dikatakan air musyammas ? Jawab : Air yang sedemikian bukan air musyammas kerana sawah atau kolam tidak dikira sebagai bejana.

10.5

Soal : Apa hukum air yang sangat panas atau yang sangat sejuk ? Jawab : Hukumnya makruh digunakan.

10.6

Soal : Setakat mana hukum air musyammas itu makruh digunakan ? Jawab : Ia makruh digunakan pada badan seperti bersuci, dan ia makruh digunakan untuk diminum, tetapi kalau air itu digunakan untuk membasuh pakaian dan lain lain atau air itu telah sejuk maka hukumnya tidak makruh.

11.0 11.1

Air Mustamal Soal : Apa dia air mustamal ? Jawab : Air mustamal ialah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas, iaitu air yang digunakan pada membasuh yang pertama pada wudhu yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah atau bertambah timbangannya.

11:2

Soal : Apa hukumnya jika air mustamal itu dikumpulkan hingga sampai dua kolah ? Jawab : Hukumnya suci dan menyucikan.

11:3

Soal : Apa hukumnya air yang digunakan pada basuh yang kedua atau ketiga pada wudhu, ? Jawab : Air itu suci dan menyucikan, kerana ia bukan air mustamal, disebabkan hadas telah terangkat oleh basuh yang pertama. Manakala basuh yang kedua atau ketiga itu adalah sunnat sahaja.

11:4

Soal : Apa hukumnya jika air yang digunakan untuk menghilangkan najis itu berubah sifatnya atau bertambah timbangannya ? Jawab : Air itu dihukumkan sebagai air mutanajjis, iaitu air yang tidak suci dan tidak menyucikan dan iaa bukan air mustamal.

12.0 12.1

Air yang berubah. Soal : Apa hukumnya air yang berubah salah satu sifatnya iaitu baunya atau rasanya atau warnanya dengan sebab bercampur sesuatu yang suci ?

Jawab : Air yang sedemikan, jika perubahannya itu banyak sehingga menjadikan nama air itu berubah maka air itu dihukumkan suci tetapi tidak menyucikan, seperti air bercampur dengan kopi atau gaharu maka air itu disebut sebagai air kopi atau air gaharu.Tetapi jika perubahan itu tidak banyak dan perubahan itu tidak menghilangkan sebutan air mutlaq, maka air itu hukumnya adalah suci lagi menyucikan, dan jika sekiranya air itu berubah kerana bertakung atau kerana lumpur dan tanah atau daun daun kayu yang jatuh kedalamnya. Maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.

13.0 13.1

Air mutanajjis. Soalan : Apa dia air mutanajjis. Jawab : Air mutanajjis ialah air yang jatuh najis kedalamnya serta berubah rasanya atau warnanya sekalipun air itu sampai dua kolah, atau kurang dari dua kolah sekalipun sifat air itu tidak berubah.

13.2

Soal : Apa hukumnya air yang dua kolah atau lebih yang tidak berubah sifatnya kerana najis jatuh kedalamnya ? Jawab : Hukumnya air itu tidak mutanajjis, bahkan ia suci lagi menyucikan.

13.3

Soal : Apa hukumnya air yang jatuh kedalamnya bangkai yang tidak mengalir darahnya ketika ia dibunuh seperti lalat, semut dan cicak ? Jawab : Hukumnya air itu tidak mutanajjis kerana bangkai yang sedemikian dianggap tidak menajiskan, maka air itu suci lagi menyucikan, kecuali jika bangkai itu mengubah sifatnya.

13.4

Soal : Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan najis yang jatuh itu ? Jawab : Maksudnya ialah najis itu jatuh dengan sendirinya.

13.5

Soal : Apa hukumnya jika bangkai lalat itu dibuang dengan sengaja kedalam air yang sedikit ? Jawab : Air itu dihukumkan mutanajjis, kerana bangkai lalat itu bukan jatuh dengan sendirinya bahkan sengaja dijatuhkan kedalam air.

14.0 14.1

Sukatan air Soal : Apa yang dimaksudkan dengan air yang banyak dan air yang sedikit ?

Jawab : Air yang banyak ialah air yang terkumpul sebanyak dua kolah atau lebih, dan air yang sedikit ialah air yang terkumpul yang kurang daripada dua kolah.

14.2

Soal : Bagaimanakah sukatan air dua kolah itu? Jawab : Mengetahuinya dengan berbagai cara, iaitu : a) Sukatan dua kolah ialah tigabelas ( 13 ) tin minyak tanah biasa atau 234 liter. b) Ukuran bekas air : Jika bulat, maka bulatannya 1 hasta dan tingginya dua hasta setengah (2) Jika bekas itu empat persegi, maka tingginya satu hasta suku ( 1 ) dan lebar tiap tiap seginya satu hasta suku juga ( 1 ).

Najis 15.0 15.1 Bahagian Najis Soal : Berapakah bahagian jenis najis? Jawab : Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:a) Najis Mukhaffafah ( Ringgan ). b) Najis Mughalladzah ( Berat ) c) Najis Mutawassithah ( Pertengahan ).

16.0 16.1

Najis Mukhaffah Soal : Apa dia Najis Mukhaffah ( ringgan ) itu? Jawab : Najis Mukhaffah ialah kencing kanak kanak yang belum umurnya dua tahun dan belum makan sesuatu selain dari susu ibu.

16.2

Soal : Adakah dianggap sebagai najis mukhaffafah kencing kanak kanak perempuan yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan sesuatu selain dari susu? Jawab : Tidak dianggap sebagai najis mukhaffah , bahkan ia adalah najis mutawassithah.

16.3

Soal : Adakah susu yang dicampur gula atau tepung dianggap sebagai susu? Jawab : Tidak, bahkan hukumnya sama seperti yang lain dari susu , maka kencing kanak kanak yang sedemikian hukumnya bukan najis mukhaffafah, bahkan ia adalah najis mutawassithah.

10

16.4

Soal : Bagaimanakah cara menyucikan najis mukhaffafah? Jawab : Caranya ialah dengan membuang najis itu, kemudian dipercikkan air dimerata rata tempat yang kena najis itu,dengan tidak diisyaratkan air itu mengalir.

17.0 17.1

Najis Mughalladzah. Soal : Apakah najis Mughalladzah? Jawab : Najis Mughalladzah ialah anjing dan babi, dan keturunan daripada keduanya atau salah satu daripada keduanya. Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotornya, peluhnya, lemaknya dan yang lain lain daripada keduanya adalah najis mughalladzah ( berat ).

17.2

Soal : Bagaimana cara menyucikannya? Jawab: Cara menyucikannya ialah dengan membasuh tempat yang kena najis itu tujuh kali dan sekali daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci.

17.3

Soal : Setakat mana yang dimaksudkan dengan air yang bercampur dengan tanah itu? Jawab : Yang dimaksudkan ialah tanah yang dicampur itu hingga mengeruhkan air tersebut.

17.4

Soal : Bagaimana cara menyucikannya jika zat najis itu nampak? Jawab : Najis itu hendaklah dihilangkan terlebih dahulu, kemudian barulah pencuciannya dilakukan sebagaimana yang dinyatakan diatas tadi.

18.0 18.1 18.2

Najis Mutawasitthah ( Pertengahan ). Soal : Apakah najis Mutawassithah? Jawab : Najis Mutawassithah ialah najis yang lain daripada najis mukhaffafah dan mughalladzah, iaitu:a) Tiap tiap benda yang cair yang memabukkan seperti arak b) Bangkai selain daripada bangkai ikan dan belalang serta mayat manusia. Adapun hukum bahagian anggota yang bercerai daripada barang yang hidup adalah sama seperti bangkainya, tetapi dalam pada itu bulu haiwan yang halal dimakan hukumnya adalah suci. c) Darah, iaitu darah yang sifatnya mengalir walaupun ia telah beku, kecuali hati dan limpa, dan juga darah yang tertinggal dalam daging yang disembelih, dan

11

d) e) f) g) h) i) j)

begitu juga darah ikan, kesemuanya itu suci dan dimaafkan , ertinya halal dimakan. Nanah, iaitu darah yang sudah busuk. Muntah, iaitu makanan yang keluar daripada perut besar ( muaddah ). Tahi, meliputi tahi binatang. Ikan dan tahi binatang yang tidak mengalir darahnya. Kencing. Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya, kecuali susu manusia. Madzi, iaitu air putih atau kuning yang ghalibnya keluar dari kemaluan tatkala syawat telah bangkit. Wadi, iaitu air yang putih agak keruh dan kental sedikit yang keluar pada ghalibnya dari kemaluan tatkala membawa sesuatu yang berat.

18.2

Soal : Berapa bahagian najis mutawassithah? Jawab : Najis Mutawassithah terbahagi kepada dua bahagian:a) Najis Ainiyah, iaitu najis yang kelihatan oleh mata. b) Najis Hukumiyah, iaitu najis yang tidak kelihatan oleh mata, seperti kencing yang sudah kering yang salah satu sifatnya tidak ada lagi.

18.3

Soal : Bagaimana cara menyucikan najis hukumiyah? Jawab : Caranya ialah memadai dengan mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

18.4

Soal : Bagaimana cara menyucikan najis ainiyah? Jawab : Caranya ialah dengan dibuang najis itu, kemudian dibasuh tempat yang kena najis dengan air hingga hilang rasanya, baunya dan warnanya.

18.5

Soal : Bagaimana hukumnya jika baunya atau rasanya payah dihilangkan? Jawab : Jika baunya atau rasanya payah dihilangkan sesudah digosok beberapa kali maka hukum nya adalah di maafkan ( sudah dianggap suci ).

18.6

Soal : Bagaimana hukumnya jika baunya atau rasanya payah dihilangkan? Jawab : Hukumnya tidak dimaafkan ( masih belum suci).

18.7

Soal : Setakat mana yang dimaksudkan dengan perkataan dibasuh dengan air itu? Jawab : Maksudnya, air itu hendaklah disiramkan hingga mengalir, sekiranya air itu tidak mengalir, maka perbuatan itu belum sempurna.

12

18.8

Soal : Bagaimana caranya menyucikan lantai dan tikar atau yang seumpamanya? Jawab : Dibasuh lantai itu dengan mengalirkan air diatas nya dan sapu dengan perca yang suci atau yang seumpamanya. Mengenai dengan tikar, hendaklah tikar itu terangkat dari bumi seperti disidaikan kemudian dibasuh dengan air. Penyucian perkara-perkara di atas hendaklah menghilangkan sifat sifat najis itu.

19.0 19.1

Najis yang dimaafkan Soal : Apa dia najis yang di maafkan? Jawab : Najis yang dimaafkan ialah:a) Bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya, jika ia dibelah ketika hidup, seperti lalat dan lipas. Jika bangkai tersebut terjatuh kedalam air, maka hukum air itu tidak terkena najis. b) Darah, Nanah, dan Muntah yang sedikit adalah dimaafkan jika terbawa dalam sembahyang, demikian juga darah nyamuk, darah kutu dan sebagainya yang terkena pada pakaian dengan tidak sengaja adalah dimaafkan. c) Darah dan Nanah dari tubuhnya sendiri, misalnya dari darah bisulnya sendiri, walaupun banyak, jika tidak melewati dari tempat mengalirnya yang biasa, atau darah itu terkena pada pakaiannya dengan tidak sengaja, adalah dimaafkan. d) Tanah, lumpur atau air dijalan yang bernajis, jika terkena badan atau pakaian, semasa berjalan, dengan tidak dapat dielakkan, adalah dimaafkan. e) Najis yang halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kebanyakkan orang, seperti najis yang ada pada kaki lalat.

20.0 20.1

Najis menjadi suci Soal : Bolehkah najis menjadi suci? Jawab : Boleh iaitu seperti berikut: a) Apabila arak atau tuak menjadi cuka dengan sendirinya, maka suci hukumnya dan sucilah juga bekasnya. b) Apabila terbit daripada najis itu benda yang menjadi binatang seperti ulat daripada bangkai, maka hukum ulat itu suci, bukannya najis. c) Apabila kulit bangkai telah disamak, kecuali kulit anjing dan babi, maka hukum kulit itu suci, bukannya najis.

13

20.2

Soal : Bagaimana caranya kulit bangkai itu disamak? Jawab : Caranya ialah dengan menghilangkan darah dan daging atau lainnya daripada benda yang boleh membusukkan yang terlekat pada kulit itu dengan sesuatu yang tajam rasanya dan yang kelat, jikalau najis sekalipun, seperti tawas atau tahi merpati, kulit yang disamak itu menjadi suci, dan dimaafkan jika ada bulu yang sedikit padanya.

20.3

Soal : Bolehkah disamak kulit anjing dan babi? Jawab : Tidak boleh, dan jika ia disamak sekalipun maka ia masih tetap najis.

20.4

Soal : Apa hukum kulit binatang halal yang disembelih? Jawab : Hukumnya tidak najis, bahkan suci.

20.5

Soal : Apa hukum bulu bangkai, tulangnya, kukunya,tanduknya dan benda benda yang lain lagi daripada bangkai itu? Jawab : Hukumnya adalah najis, dan tidak menjadi suci walaupun ia disamak, kecuali kulit bangkai itu seperti yang diterangkan di atas tadi.

20.6

Soal: Apa yang dimaksudkan dengan bangkai itu ialah binatang yang hilang hidupnya ( nyawanya ) bukan kerana disembelih menurut kehendak Agama Islam, seperti mati kerana jatuh atau disembelih oleh orang kafir.

21.0 21.1

Bersugi ( Siwak ) Soal : Apa dia bersugi? Jawab : Bersugi ialah menggunakan sesuatu kayu dan yang seumpamanya digigi dan sekitarnya untuk menghilangkan bau mulut dan yang seumpamanya dengan niat.

21.2

Soal : Apakah alat yang digunakan untuk bersugi? Jawab : Alat yang digunakan untuk bersugi ialah pada ghalibnya suatu jenis kayu yang bernama kayu arak ( dinegeri kita bolehlah diumpamakan seperti manggar kelapa ) atau tiap tiap alat yang suci lagi kesat seperti berus.

21.3

Soal : Apa hukumnya dan bila masanya dilakukan?

14

Jawab : Hukumnya adalah sunnat, dan ia boleh dilakukan pada tiap tiap waktu.

21.4

Soal : Apa hukumnya bagi orang yang sedang berpuasa? Jawab : Hukumnya sunnat juga, tetapi ketika matahari sudah tergelincir (condong) dari tengah tengah langit kebarat maka hukumnya menjadi makruh.

21.5

Soal : Bilakah masa yang utama bagi bersugi itu? Jawab : Masa yang utama bagi bersugi itu banyak, diantaranya:a) Pada ketika hendak sembahyang. b) Pada ketika hendak tidur. c) Pada ketika bau mulut berubah. d) Pada ketika hendak membaca Al Quran.

21.6

Soal : Apakah fadhilat bersugi itu? Jawab : Fadhilatnya banyak, diantaranya:a) Menyucikan mulut. b) Menghilangkan bau mulut. c) Menambahkan akal. d) Mengingatkan kalimah syahadah tatkala hendak mati.

Istinja dan Qadha Hajat 22.0 22.1 Istinja Soal : Apa dia istinja? Jawab : Istinja ialah menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau dengan batu atau yang seumpamanya.

22.2

Soal : Apa hukum istinja? Jawab : Hukum istinja wajib.

22.3

Soal : Apakah yang digunakan untuk beristinja? Jawab : Alat yang digunakan untuk beristinja ialah air atau batu atau sesuatu yang keras dan suci serta kesat ( menanggalkan najis )lagi tiada dihormati.

15

22.4

Soal : Terangkan maksud perkataan sesuatu yang keras dan suci serta kesat lagi tiada dihormati itu? Jawab: Maksud perkataan yang keras maka tidaklah termasuk yang cair seperti air mawar dan cuka, maksud perkataan suci maka tidak lah termasuk yang najis seperti tahi kuda yang sudah keras, maksud perkataan kesat maka tidaklah termasuk yang tidak kesat seperti yang licin umpamanya buluh yang belum dibelah atau botol, maksud perkataan tiada dihormati maka tidaklah termasuk sesuatu yang dihormati seperti makanan umpamanya roti yang sudah kering, atau makanan jin umpamanya tulang.

22.5

Soal : Bagaimana caranya beristinja dengan selain dari pada air? Jawab : Beristinja dengan selain daripada air, iaitu dengan menggunakan batu atau seumpamanya, adalah seperti berikut:i) Wajib dilakukan tiga kali dengan tiga ketul batu atau tiga bucu sudut dari batu yang satu, atau tiga kali sapu dengan tiga helai kertas. Dan jika dengan demikian belum lagi suci, maka yang digunakan beberapa ketul batu lagi atau yang seumpamanya sehingga suci. Najis itu belum kering. Najis itu tidak berpindah dari tempat keluarnya, dan tidak melampaui tempat keluarnya, iaitu kepala kemaluannya ( qubul ) atau dataran yang terkatup ketika berdiri pada tempat keluar buang air besar (dubur). Najis itu tidak didatangi oleh sesuatu yang lain, walaupun yang suci, seperti tidak memercik air kepadanya.

ii) iii)

iv)

22.6

Soal : Mana yang lebih utama diantara beristinja dengan air dan dengan batu? Jawab : Lebih utama beristinja dengan air.

18.2

Soal : Dengan tangan sebelah mana sunnat beristinja? Jawab : Dengan tangan sebelah kiri.

23.0 23.1

Qadha hajat dan adabnya Soal : Apa yang dimaksudkan dengan qadha hajat? Jawab : Qadha hajat ialah buang air kecil atau buang air besar.

16

23.2

Soal : Bagaimana adab semasa qadha hajat ? Jawab : Qadha hajat itu mempunyai adab yang tertentu, diantaranya : a) Sunnat mendahulukan kaki kiri dari kaki kanan dahulu ketika masuki tempat buang air, sambil membaca doa :


Allah humma innii auzubika minal khubtsi wal khaba its. Erti : Ya Allah Ya Tuhan kami Sesungguhnya aku berlindung dengan mu akan kejahatan dari syaitan jantan dan betina. b) Sunnat mendahului kaki kanan dari kaki kiri ketika keluar dari tempat buang air, dan berdoa :

     
Alhamdu lillahillazii adzhaba aanil adzaa waaafaanii. Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku akan penyakit dan menyehatkan aku. c) Haram menghadap qiblat atau membelakangi nya ketika qadhahajat itu, jika tidak ada dinding diantaranya dengan qiblat. Diisyaratkan tinggi dinding itu sekurang-kurangnya dua pertiga hasta dan kedudukannya dari dinding itu tidak lebih daripada tiga hasta. Adapun menghadap qiblat atau membelakanginya ketika qadha hajat pada tempat buang air yang telah disediakan maka tiada lah haram hukumnya dan tiada makruh. d) Haram Qadha hajat diatas kubur. e) Makruh qadha hajat pada tempat tempat berikut ; i) Pada air yang tenang. ii) Pada air yang mengalir yang sedikit. iii) Dibawah pohon yang berbuah, samada pada waktu pohon itu berbuah atau tidak. iv) Dijalan tempat orang lalu lalang. v) Ditempat orang bernaung, samaada daripada panas atau hujan. vi) Dilubang tanah yang bukan disediakan bagi qadha hajat. f) Makruh berkata kata ketika qadha hajat. g) Makruh membawa sesuatu yang ada padanya tulisan Al Quran atau nama nama yang dimuliakan seperti nama Allah dan Nabi Nabi ketika qadha hajat.

17

h) Sunnat menutup kepala, walaupun dengan saputangan ketik qadha hajat. i) Sunnat memakai kasut atau selipar ketika masuk ketempat qadha hajat. Hadas 24.0 24.1 Hadas Kecil Soal : Berapa bahagian hadas ? Jawab : Hadas terbahagi kepada dua bahagian : i) Hadas Kecil ii) Hadas Besar.

24.2

Soal : Siapa yang dikatakan berhadas kecil ? Jawab : Yang berhadas kecil ialah orang yang tidak berwudhu.

24.3

Soal : Apa sebabnya orang berhadas kecil ? Jawab : Sebab berhadas kecil ialah : a) Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur, sama ada yang keluar itu benda suci atau benda najis, kering atau basah, benda biasa atau benda yang luar biasa (kejarangan) , sedikit ataupun banyak, dengan sengaja atau terpaksa, atau pun angin, melainkan air mani. b) Hilang akal disebabkan oleh tidur atau pitam atau mabuk atau gila, melainkan tidur yang tetap punggungnya pada tempat duduknya. c) Menyentuh kemaluan anak adam dengan perut tangan atau perut anak jari dengan tidak berlapik. d) Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahram.

24.4

Soal : Berapa perkara yang diharamkan keatas orang yang berhadas kecil ? Jawab : Haram keatas orang yang berhadas kecil empat perkara i) Sembahyang ii) Menyentuh Quran iii) Tawaf iv) Mengangkat Quran

24.5

Soal : Apa hukumnya mengangkat Quran yang ada tafsir bagi orang yang berhadas ?

18

Jawab : Tiada haram yakni harus ia mengangkat Quran yang ada tafsir dengan syarat tafsir itu lebih banyak daripada ayat Quran.

24.6

Soal : Apa hukumnya mengangkat dinar atau wang atau kepala cincin yang tersurat padanya sesuatu dari pada Quran ? Jawab : Tiada Haram.

24.7

Soal : Bagaimana caranya menyucikan diri dari hadas kecil ? Jawab : Ialah dengan berwudhu (mengambil air sembahyang). Catetan (Cuci dahulu dubur jika angin yang keluar itu basah )

25.0 25.1

Hadas Besar. Soal : Siapa yang dikatakan berhadas besar ? Jawab : Yang berhadas besar ialah orang yang melakukan atau berlaku keatasnya perkara yang mewajibkan mandi.

25.2

Soal : Apa dia perkara yang mewajibkan mandi itu ? Jawab : Perkara perkara yang mewajibkan mandi enam perkara, iaitu :i) Bertemu dua khitan ( bersetubuh ) iaitu dengan masuknya hasyafah zakar ( tempat nikmat ) atau kadarnya kedalam faraj, walaupun air mani tidak keluar. ii) Keluar air mani, samaada ketika jaga atau tidur, dengan sebab bersetubuh atau bukan, dengan jalan biasa ( onani ) atau bukan. iii) Mati, kecuali mati syahid didalam peperangan diantara orang orang Islam dengan kafir kerana menegakkan agam Allah. iv) Haidh, iaitu darah yang keluar daripada rahim perempuan tiap tiap bulan ketika sihat, yang boleh bermula daripada ia berumur sembilan tahun. v) Nifas, iaitu darah yang keluar daripada rahim perempuan sesudah melahirkan anak. vi) Beranak.

26.0 26.1

Darah Keluar Dari Rahim Soal : Berapa macam darah yang keluar dari rahim perempuan ? Jawab : Darah yang keluar dari rahim perempuan ada tiga macam, iaitu:-

19

i) ii) iii)

Haidh Nifas Istihadhah, iaitu darah yang keluar dari rahim perempuan kerana penyakit

27.0 27.1

Haidh Soal : Terangkan kedudukan masa haid? Jawab : Selekas lekas perempuan mulai datang haidh ialah ketika ia berumur sembilan tahun, dan darah haidh itu biasa datang pada tiap tiap bulan iaitu sekurang kurang masa haidh itu sehari semalam, yang ghalibnya enam atau tujuh hari dengan malam nya, dan sebanyak banyaknya limabelas hari dengan malamnya.

27.2

Soal : Darah apa dinamakan jika ia keluar kurang dari sehari semalam atau lebih dari lima belas hari ? Jawab : Ia dinamakan darah istihadhah.

27.3

Soal : Berapa hari masa suci diantara dua haid ? Jawab : Sekurang kurang masa suci diantara dua haid ialah lima belas hari, dan tidak ada had bagi sebanya banyak masa suci itu.

28.0 28.1

Nifas Soal : Terangkan kedudukan masa nifas. Jawab : Sekurang kurang masa nifas itu ialah sekali keluar sesudah beranak (satu lahzhah ), ghalibnya empat puluh hari, dan sebanyak banyaknya enampuluh hari.

28.2

Soal : Darah apa dinamakan jika ia keluar lebih dari enam puluh hari ? Jawab : Ia dinamakan darah istihadhah.

28.3

Soal : Terangkan kedudukan masa mengandung Jawab : Sekurang kurang masa mengandung ialah enam bulan dua lahzhah, ghalibnya sembilan bulan, dan sebanyak banyaknya empat tahun.

20

29.0 29.1

Haram Keatas Orang Yang Berhadas Besar. Soal : Terangkan perkara perkara yang diharamkan keatas orang yang junub (bersetubuh atau keluar mani). Jawab : Haram keatas orang yang junub enam perkara iaitu: i) Sembahyang. ii) Tawaf. iii) Menyentuh Quran. iv) Mengangkat Quran. v) Membaca Quran, walaupun satu ayat atau satu huruf, dengan perlahan atau nyaring. vi) Berhenti didalam masjid, walaupun pada kadar thumaninah.

29.2

Soal : Adakah haram jika ia membaca Quran dengan niat zikir semata mata ? Jawab : Tidak haram.

29.3

Soal : Adakah haram jika ia lalu didalam masjid dengan tidak berhenti henti ? Jawab : Tidak haram, tetapi jika ia berulang alik didalam masjid itu maka hukumnya haram.

29.4

Soal : Terangkan perkara yang diharamkan keatas perempuan yang haidh dan nifas? Jawab : Haram keatasnya sembilan perkara, iaitu: i) Sembahyang. ii) Tawaf. iii) Menyentuh Quran.Mengankat Quran. iv) Menbaca Quran. v) Berhenti didalam masjid, walaupun kadar thumaninah. vi) Masuk kedalam masjid jika ditakuti terkena kotor kepada masjid. vii) Puasa. viii) Bersetubuh atau bergurau gurau dengan barang yang diantara pusat dan lutut.

29.5

Soal : Bagaimana kedudukan sembahyang dan pusa yang luput ketika haidh dan nifas ? Jawab : Wajib keatas orang yang haidh dan nifas mengqadhapuasa yang luput ketika ia haidh atau nifas, tetapi tidak wajib keatasnya mengqadha sembahyang yang luput ketika itu.

21

29.6

Soal : Bagaimana caranya menyucikan diri dari hadas besar? Jawab : Ialah dengan menunaikan mandi wajib.

Wudhu ( Air Sembahyang ) 30.0 Syarat Wudhu

30.1

Soal : Apa dia wudhu (air sembahyang) ? Jawab : Wudhu ialah membasuh anggota anggota yang tertentu dengan air beserta niat yang tertentu.

30.2

Soal : Apa dia syarat syarat wudhu? Jawab : Syarat syarat wudhu itu tujuh perkara? i) Islam. ii) Mumayyiz iii) Suci daripada haidh dan nifas. iv) Air yang suci lagi menyucikan. v) Tidak ada benda yang menghalang air daripada sampai kepada kulit anggota wudhuseperti getah yang melekat ditapak tangan. vi) Tidak ada pada anggota wudhu itu benda benda yang mengubahkan sifat sifat air seperti dakwat yang banyak melekat pada jari. vii) Tahu rukun rukun wudhu.

31.0 31.1

Rukun Wudhu Soal : Apa dia rukun wudhu ? Jawab : Rukun wudhu itu enam perkara : i) Niat. ii) Membasuh muka. iii) Membasuh dua tangan serta dua siku. iv) Menyapu sedikit daripada kepala. v) Membasuh dua kaki serta dua bukulali. vi) Tertib ( bersusun bagaimana yang tersebut diatas. )

32.0 32.1

Niat Soal : Apa yang dimaksudkan dengan niat ?

22

Jawab : Yang dimaksudkan dengan niat ialah gerak hati sendiri untuk melakukan sesuatu bersama sama dengan perbuatannya, perbutan itu bukan dilakukan secara terpaksa.

32.2

Soal : Bila niat wudhu itu dilakukan ? Jawab : Niat itu dilakukan pada ketika mula mula membasuh sebahgian muka.

32.3

Soal :Apa dia lafaz niat itu? Jawab : Lafaz niat itu ialah :


Nawaitu rafal hadatsil-asgrori lillahi taala. Yang bererti: Sahaja aku mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Taala. Atau:

   
Nawaitu fardhal-wuduu lillahi taala Yang bererti: Sahaja aku menunaikan wudhu yang wajib kerana Allah Taala.

32.4

Soal : Dimana tempat niat itu? Jawab : Tempatnya didalam hati.

32.5

Soal : Apa hukum melafazkan niat itu? Jawab : Menyebut lafaz niat itu dengan lidah hukumnya sunnat.

33.0 33.1

Membasuh muka Soal : Terangkan had atau kawasan muk yang wajib di basuh itu. Jawab : Had atau kawasan muka yang wajib dibasuh itu ialah dari tempat tumbuh rambut kepala sebelah atas sampai akhir tulang dagu sebelah bawah, lintangnya ialah diantara telinga kanan dengan telinga kiri. Maka seluruh bahagian muka yang tersebut itu wajib dibasuh, tidak boleh ketinggalan walau sedikit pun.

23

33.2

Soal : Adakah wajib juga dibasuh seperti bulumata, misai dan janggut? Jawab : Wajib dibasuh segala bulumata, jambang, misai dan janggut.Adapun janggut lelaki yang tebal yang tidak kelihatan kulit yang dibawahnya tidaklah wajib dibasuh hingga kedalamnya bahkan memadai dibasuh sebelah luarnya sahaja.

34.0 34.1

Membasuh dua tangan serta dua siku Soal : Apa yang dimaksudkan dengan membasuh dua tangan serta dua siku? Jawab : Iaitu membasuh dua tapak tangan dan dua lengan serta dua siku, termasuklah membasuh barang yang ada pada dua tangannya itu seperti bulu,daging yang tumbuh dan jari yang lebih dan segala kuku.

34.2

Soal : Apa hukumnya menghilangkan barang yang ada dibawah kuku daripada cemar cemar yang menghalang air daripada sampai kebawahnya. Jawab : Wajib.

34.3

Soal : Bagaimana caranya membasuh tangan yang terpotong? Jawab : Orang yang terpotong sebahgian daripada tangannya maka ia wajiblah membasuh sebahgian yang tinggal daripadanya. Dan jika sikunya terpotong maka hendaklah ia membasuh akan tempat terpotong itu.

35.0 35.1

Menyapu sebahgian daripada kepala Soal : Apa yang dimaksudkan dengan menyapu sebahgian daripada kepala? Jawab : Iaitu menyapu sebahgian daripada kulit kepala atau rambut yang didalam had atau kawasan kepala.

35.2

Soal : Apa hukumnya menyapu rambut yang disanggul? Jawab : Jika sekiranya diuaraikan rambut yang disanggul itu ia keluar daripada had kepala, maka hukum menyapunya tidak sah, kerana rambut yang disapu itu bukan yang didalam had kawasan kepala.

36.0 36.1

Membasuh dua kaki serta dua buku lali Soal : Apa yang dimaksudkan dengan membasuh dua kaki serta dua buku lali?

24

Jawab ; Iaitu membasuh dua kaki serta dua buku lali dengan menyampaikan air kepada air kepada sekeliannya termasuklah membasuh barang yang ada pada dua kaki itu seperti bulu, daging yang tumbuh, jari yang lebih dan segala kuku.

36.2

Soal : Bagaimana caranya membasuh kaki yang terpotong? Jawab : Orang yang terpotong sebahgian daripada kakinya maka wajiblah ia membasuh sebahgian yang tinggal daripadanya, dan jika yang terpotong itu diatas daripada bukulali maka tidaklah wajib ia membasuh yang tinggal itu, bahkan hanyalah sunnat.

37. 37.1

Tertib Soal : Apa yang dimaksudkan tertib itu? Jawab : Iaitu melakukan rukun wudhu itu secara bersusun iaitu Mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian, maka hendaklah dahulukan membasuh dua muka daripada dua tangan, dan dahulukan membasuh dua tangan daripada menyapu kepala dan mendahulukan menyapu kepala daripada membasuh kaki.

38.0 38.1

Sunnat sunnat wudhu? Soal : Apa di sunnat sunnat wudhu? Jawab : Sunnat sunnat wudhuialah: a) Mula mula membaca Bismillahir Rahmaanir Rahim, dan disunnatkan juga membaca Bismillah itu pada pertengahan wudhu jika ia ditinggalkan pada permulaan wudhu. b) Membasuh kedua belah tapak tangan hingga pergelangannya. c) Berkumur kumur, iaitu memadai berkumur kumur itu dengan hanya memasukkan air kedalam mulut, dan cara yang afdhalnya ialah memasukkan air kedalam mulut serta digerak gerakkan air itu kemudian dikeluarkan semula. d) Memasukkan air kedalam hidung, cara yang afdhalnya ialah memasukkan air kedalam hidung, kemudian dikeluarkan semula. e) Menyapu seluruh kepalanya, dan jika ada barang diatas kepalanya seperti songkok dan ia tidak berhajat membukanya maka ia boleh menyapu atas songkok. Itu. f) Menyapu kedua telinga luar dan dalamnya dengan air yang lain daripada menyapu kepala. Caranya ialah memasukkan jari telunjuk kedalam lubang telinga kemudian dialukan ibu jari diatas belakang daun telinga, dan kedua tapak tangan dilekapkan ketelinga.

25

g) Menyelati janggut yang tebal bagi laki laki , caranya ialah dengan memasukkan jari jari dicelah celah janggut itu. Adapun yang jarang jarang maka wajib di selat selati dengan jari. h) Menyelati segala anak jari tangan dan kaki , adapun jika air tidak sampai kepadanya kecuali dengan cara menyelati itu maka hukum menyelati itu adalah wajib. i) Mendahulukan pada membasuh tangan kanan daripada tangan kiri. j) Mendahulukan daripada membasuh kaki kanan daripada kaki kiri. k) Membasuh atau menyapu anggota wudhutiga sebanyak tiga kali. l) Mengerjakan perbuatan perbuatan itu secara berturut turut,iaitu tidak lama gantungnya antara mengerjakan yang satu dengan yang lain. m) Melebihkan had atau kawasan pada membasuh muka, tangan, dan kaki dari yang wajib dibasuh. n) Membaca doa selepas berwudhu.

39.0 39.1

Doa selepas berwudhu' Soal : Apa dia lafaz doa selepas berwudhu? Jawab ; Lafaznya ialah:

            .

40.0 40.1

Perkara perkara yang membatalkan wudhu Soal : Apa dia perkara perkara yang membatalkan wudhu? Jawab : Perkara perkara yang membatalkan wudhu itu lima, iaitu; a) Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur. b) Hilang akal dengan sebab mabuk, sakit gila atau pitam dan sebagainya. c) Tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap. d) Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik. e) Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tapak tangan atau perut jari.

40.2

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan sesuatu daripada qubul atau dubur itu?

26

Jawab : Iaitu apa saja yang keluar dari qubul atau dubur dari orang yang hidup yang berwudhu maka batal lah wudhunya, samaada barang yang keluar itu benda biasa (kejarangan) seperti darah , batu termasuk juga darah bawasir, melaainkan yangb keluar itu air mani maka itu tidak membatalkan wudhu tetapi mewajibkan mandi, Adapun orang mati yang telah berwudhujika keluar sesuatu daripada qubul atau duburnya maka wudhunya tidak batal.

40.3

Soal : Jika orang hilang akalnya kerana terkena sihir atau makan ubat, adakah batal wudhunya? Jawab : Batal.

40.4

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan tidur dalam keadaan duduk punggung tidak tetap itu? Jawab : Iaitu orang yang berwudhu kemudian ia tidur bergoyang seperti beralih tempat duduknya, maka batal wudhunya, atau ia tidur berdiri, atau ia tidur telentang maka batal wudhunya.

40.5

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahram dengan tidak berlapik itu? Jawab : Iaitu perbuatan yang sedemikian itu membatalkaan wudhu, maka jika bersentuh selain daripada kulit seperti rambut, gigi dan kuku maka tidak membatalkan wudhu dan adapun lelaki dan perempuan itu hendklah yang telah had syahwat (ada keinginan) pada ghalib dan kebiasaannya, jika bersentuh lelaki dewasa dengan perempuan kecil maka tidaklah batal wudhunya, dan diisyaratkan lagi bahawa keduanya bukan mahram, iaitu bukan yang haram kahwin antara keduanya, yang haram berkahwin itu ialah kerana sebab keturunan seperti anak, kerana sebab susuan seperti adik susuan, dan kerana sebab perkahwinan seperti menantu. Dan syarat ketiga ialah sentuhan itu tidak berlapik.

40.6

Soal : Batalkah wudhu, jika bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan berlapikkan saputangan? Jawab : Tidak batal, kerana persentuhan yang membatalkan itu ialah dengan tidak berlapik.

Mandi 41.0 41.1 Fardhu mandi Soal : Apa dia mandi pada syara?

27

Jawab: Mandi ialah mengalirkan air pada seluruh badan dengan niat yang tertentu.

41.2

Soal : Berapa bahagian mandi? Jawab : Mandi itu dua bahagian , iaitu: a) Mandi wajib. b) Mandi sunnat.

41.3

Soal : Apa dia rukun mandi? Jawab : Rukun mandi tiga perkara, iaitu: a) Niat. b) Menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum mandi. c) Menyampaikan dan meratakan air keseluruh badan.

42.0 42.1

Niat Mandi Soal : Apa dia niat mandi? Jawab : Niat mandi bagi orang yang berjunub ialah mengangkat hadas besar atau mandi wajib atau yang sebagainya , dan bagi yang Haidh dan nifas, dan wajib niat itu dilakukan pada permulaan air terkena pada badan.

42.2

Soal : Jika orang yang mandi itu mula mula membasuh mukanya, ia terlupa berniat, kemudian ia membasuh bahu kanannya bersama sama dengan niat, maka bagaimana kedudukkan niatnya itu. Jawab : Ia membasuh bahu kanannya itu hukumnya sah, menakala ia membasuh muka itu tidak sah, maka ia wajib membasuh semula mukanya, kerana ia dilakukan sebelum ada niat.

42.3

Soal : Apa dia lafaz niat mandi wajib itu? Jawab : Niat mandi wajib itu seperti berikut: a) Misal niat mandi junub: i)

   

Nawaitul ghusla aniljanaabati lillahi taaalaa Ertinya: Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taaalaa. Atau

28

ii)

   

Nawaitu rafal hadatsil akbari lillahi taaalaa Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taaala. b) Misal niat mandi daripada haidh:

Nawaitul ghusla anil haidhi lillahi taaalaa Ertinya: Sahaja aku mandi daripada haidh kerana Allah Taaalaa. c) Misal niat mandi daripada nifas:

   

   
Nawaitul ghusla aninnifasi lillahi taaalaa Ertinya: Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala.

43.0 43.1

Menghilangkan najis terdahulu sebelum mandi Soal : Apa yang dimaksudkan dengan menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum mandi itu? Jawab : Iaitu sekiranya ada najis pada badan, maka hendaklah Dihilangkan najis itu terlebih dahulu dengan dibasuh, kemudian barulah menunaikan mandi dengan niatnya.

44.0 44.1

Menyampaikan dan meratakan air keseluruh badan Soal : Apa yang dimaksudkan dengan menyampai dan meratakan air keselurh badan? Jawab : Iaitu menyampaikan air hingga mengalir meratai kepada seluruh kulit badan daan bulu serta rambut yang tumbuh pada badan, dan semua bahagian badan termasuk barang yang zahir daripada faraj perempuan ketika ia duduk semasa qadha hajat.

44.2

Soal : Wajibkah dibasuh bulu yang tumbuh didalam hidung? Jawab : Tidak wajib, kerana ia daripada anggota batin, bukan anggota zahir. Tetapi jika ada najis didalam hidung maka wajib najis itu di hilangkan.

44.3

Soal : Wajibkah diuraikan rambut yang dijalin atau yang disanggul ketika mandi wajib?

29

Jawab : Wajib diuraikan rambut itu, jika tiada sampai air kepada batinnya ( kulit kapala ).

44.4

Soal : Wajibkah menyampaikan air kepada barang yang dibawah qulfah bagi orang yang kulup? Jawab : Wajib, kerana ia daripada anggota yang zahir, dan jika sekiranya air tidak dapat sampai kepadanya maka wajiblah qulfah itu dibuang, hukum ini adalah bagi orang yang hidup. Adapun bagi orang yang mati, jika sekira kira tidak dapat sampai air bagi membasuh barang yang dibawah qulfah itu, maka tiadalah wajib dihilangkan qulfah itu, kerana perbuataan yang sedemikian bolleh menghina mayat, tetapi menurut Syaikh Ibnu Hajar, wajib ditayammumkan dia sebagai ganti kepada membasuh yang dibawah qulfahnya itu.

45.0 45.1

Sunnat mandi Soal : Apa dia perkara perkara sunnat bagi mandi? Jawab : Sunnat sunnat bagi mandi itu banyak, diantaranya ialah: a) Membaca Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Berwudhu lebih dahulu sebelum mandi, iaitu dengan niat mengangkat hadas kecil jika ia berhadas kecil atau dengan niat sunnat mandi jika ia tidak berhadas kecil. b) Menggosok seluruh badan. c) Mendahulukan anggota badan yang sebelah kanan daripada anggota badan yang sebelah kiri. d) Mengejakannya secara berturut turut. Iaitu tidak lama tangguhnya antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

46.0 46.1

Mandi Sunnat Soal : Dalam perkara 25 ( hadas besar ) telah diterangkan perkara perkara yang mewajibkan mandi, maka apa dia pula perkara perkara yang menyebabkan mandi sunnat? Jawab : Mandi sunnat itu banyak, diantaranya ialah: a) Mandi Jumaat bagi orang yang akan pergi sembahyang Jumaat awal masuk waktunya ialah daripada naik fajar shadiq hingga ia putus masa daripada menunaikan sembahyang Jumaat, waktu yang afdhal ialah tatkala hampir hendak pergi sembaahyang Jumaat. b) Mandi Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban sama ada ia hendak pergi sembahyang hari raya atau tidak, sebab sunnat mandi itu kerana hari raya, masuk waktunya mulai dari tengah malam bagi hari raya hingga masuk matahari hari raya itu, waktu afdhal ialah sesudah fajar shadiq. c) Mandi bagi sembahyang minta hujan.

30

d) Mandi bagi gerhana matahari dan bulan. e) Mandi sesudah mandikan mayat. f) Mandi kerana masuk agama Islam, jika ia berhadas besar semasa kafirnya maka menurut kata qil ( qaul dhaif ) tiada wajib keatasnya mandi kerana ia gugur dengan sendirinya apabila ia masuk Islam. g) Mandi kerana siuman ( sedar ) daripada gila, pingsan atau pitam. h) Mandi kerana hendak memakai kain ihram untuk mengerjakan haji ayau umrah atau kedua duanya. i) Mandi kerana akan memasuki negeri Makkah j) Mandi kerana akan memasuki negeri Madinah. k) Mandi kerana akan wukuf diarafah. Masuk waktunya mulai daripada fajar shadiq, dan waktu yang afdhal ialah sesudah gelincir matahari. l) Mandi kerana bermalam di muzdalifah. m) Mandi kerana akan melontar jumrah yang tiga pada hari hari Tasyrik maka sunnat mandi pada tiap tiap hari melontar itu. n) Mandi kerana akan tawaf, iaitu Tawaf Qudum, Tawaf Ifadah dan Tawaf Wada.

46.2

Soal : Adakah sunnat mandi kerana ihram itu terkena juga kepada orang yang berhadas besar? Jawab: Ya, sunnat mandi kerana ihram itu sama hukumnya bagi orang yang berhadas besar seperti haidh dan nifas, orang gila, orang baligh dan orang belum baligh.

Tayammum 47.0 47.1 Syarat Syarat Tayammum Soal : Apa dia Tayammum? Jawab : Tayammum ialah menyapu muka dan kedua belah tangan dengan debu tanah yang suci dengan syarat syarat dan niat yang tertentu.

47.2

Soal : Apa tujuan tayammum? Jawab : Tujuannya ialah sebagai pengganti wudhu atau mandi dan bagi meringankan orang yang tidak dapat menggunakan air kerana halangan halangan yang tertentu.

47.3

Soal : Berapa syarat tayammum? Jawab : Syarat tayammum enam perkara, iaitu: a) Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

31

b) Masuk waktu sembahyang dengan yakin, maka tiada sah tayammum bagi orang yang syak masuk waktu sembahyang dan tiada sah tayammum yang dikerjakan sebelum masuk waktu sesuatu sembahyang fardhu bagi sembahyang fardhu itu. c) Berusaha untuk mencari air terlebih dahulu, iaitu dengan sendirinya atau orang yang disuruhnya atau bertanya tanya dengan kawan kawanya. Mencari air ialah dengan memerhati dan pergi melihat melihat disekelilingnya, iaitu sekira kira jauhnya kadar sampai anak panah. d) Uzur memakai air kerana perkara perkara berikut: i) Takut hilang nyawa. ii) Takut cedera. iii) Takut kena penyakit. iv) Takut kehilangan manfaat anggota, seperti menjadi lemah atau menimbulkan cacat dari parut yang keji pada anggota yang biasa nampak. v) Takut atas keselamatan dirinya daripada binatang buas atau seteru atau takut ia keatas hartanya daripada pencuri atau penyamun atau takut ia bercerai daripada kawannya. e) Berhajat kepada air untuk minuman dirinya atau minuman manusia dann binatangnya yang dilindungi nyawanya, walaupun hajat itu untuk masa akan datang seperti perjalanannya masih jauh. f) Tanah yang suci berdebu, maka tiada sah tayammum dengan tanah yang bercampur dengan kapur atau pasir.

48.0 48.1

Fardhu Tayammum Soal : Berapa fardhu tayammum? Jawab : Fardhu tayammum itu lima perkara: a) Niat. b) Memindahkan tanah kepada anggota. c) Menyapu muka. d) Menyapu dua tangan serta dua siku. e) Tertib.

48.2

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan niat tayammum itu. Jawab : Iaitu wajib niat tayammum kerana mengharuskan sembahyang atau tawaf atau menyentuh al,Quran atau yang seumpamanya seperti lafaz:

.
Ertinya: Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan sembahyang. atau dengan lafaz:

32


Ertinya: Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan sembahyang. Maka niat yang pertama harus menunaikan satu sembahyang fardhu dan beberapa sembahyang sunnat, dan niat yang kedua harus menunaikan sembahyang sunnat tetapi tidak harus menunaikan sembahyang fardhu.

48.3

Soal : Bila niat itu dilakukan? Jawab : Wajib niat itu dilakukan pada permulaan memindahkan tanah ketapak tangan dan hendaklah berkekalan niat itu hingga menyapu sebahagian daripada muka.

48.4

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan memindahkan tanah kepada anggota? Jawab : Tanah yang suci lagi berdebu hendaklah dipindahkan ketapak tangan sebelum disapukan kemuka dan dua tangan serta dua siku. Memindahkan tanah itu ialah dengan ditepukkan tapak debu itu lekat pada tapak tangan dengan tidak ditepuk bahkan hanya dengan meletakkan tangan pada tanah, maka cara itu adalah memadai, jika tangannya ditahankan dan higgap debu yang dibawa oleh angin ditapak tangannya itu dan disapukannya kemukanya, maka sah perbuatannya itu.

48.5

Soal : Berapa kali memindahkan tanah itu? Jawab : Memindah tanah itu dua kali, iaitu sekali untuk menyapu dua tangan serta dua suku.

48.6

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan menyapu muka? Jawab : Iaitu wajib tanah yang suci lagi berdebu yang sudah dipindah kan ketapak tangan itu disapukan kepada sekelian bahagian muka.

48.7

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan menyapu dua tangan serta dua siku. Jawab : Iaitu wajib tanah yang suci lagi berdebu yang sudah dipindahkan ketapak tangan itu disapukan kepada dua tangan serta dua siku.

48.8

Soal : Adakah wajib menyampaikan tanah kebawah kuku? Jawab : Tidak wajib.

33

48.9

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan tertib? Jawab : Iaitu wajib mendahulukan menyapu dua tangan serta dua siku.

49.0 49.1

Sunnat Tayammum Soal : Apa dia sunnat Tayammum itu? Jawab : Sunnat tayammum itu banyak, diantaranya: a) Membaca bismillahir Rahmaanir Rahiim tatkala mula memindahkan tanah ketapak tangan. b) Mendahulukan pihak atas dari pihak bawah pada menyapu muka. c) Mendahulukan pada menyapu tangan kanan daripada tangan kiri. d) Berturut turut diantara menyapu muka dengan menyapu tangan. e) Menyedikitkan debu seperti dipukulkan dua tepi tangan. f) Menjarangkan anak jari ketika memindahkan tanah ketapak tangan.

50.0 50.1

Membatalkan Tayammum Soal : Apa dia perkara perkara membatalkan tayammum? Jawab : Perkara perkara yang membatalkan tayammum itu tiga perkara, iaitu: a) berlaku sesuatu daripada perkara perkara yang membatalkan wudhu. b) Melihat air ataupun dapat air jika ia bertayammum itu kerana tidak ada air. c) Murtad iaitu keluar daripada agama Islam.

51.0 51.1

Hukum orang yang tayammum melihat air atau mendapat air Soal : Apa hukumnya orang yang tayamum kemudian ia melihat air? Jawab : Hukumnya adalah seperti berikut: a) Jika ia bertayammum kerana ketiadaan air, dan ia belum lagi mengerjakan sembahyang , maka batal tayammumnya itu, bahkan ia wajib berwudhu dan sembahyang. b) Jika ia tayammum kerana ketiadaan air, dan ia sudah masuk mengerjakan sembahyang dan tempat itu ghalibnya ada air, maka batal tayammumnya itu, dan wajib lah ia berwudhu dan sembahyang. Disamping itu orang yang sembahyang dengan tayammum ditempat yang sedemikian apabila berjumpa air maka ia wajib mengulangi sembahyang nya itu. c) Jika ia tayammum kerana ketiadaan air, dan ia sudah masukmengerjakan sembahyang , dan tempat itu pada ghalibnya tiada berair atau kadang kadang ada air dan kadang kadang tiada berair, maka tiada batal tayammumnya.

34

d) Jika ia tayammum kerana sakit atau seumpamanya. Yakni bukan kerana ketiadaan air, maka tidak batal tayammumnya.

52.0 52.1

Tayammum kerana uzur memakai air Soal : Bagaimana caranya orang yang berhadas besar hendak mengangkat hadasnya sedangkan ada anggotanya tidak boleh terkena air? Jawab : Wajib ia bertayammum sebagai ganti anggota yang tidak boleh terkena air itu, dan menyampai serta meratakan air keseluruh badan yang lain kecuali anggota yang tidak boleh terkena air itu. Caranya samaada bertayammum dahulu kemudian membasuh anggota yang lain dahulu kemudian bertayammum, kedua dua cara itu boleh kerana tidak diisyaratkan tertib bagi mengankat hadas besar, sebabnya hukum seluruh badan adalah seperti satu anggota sahaja.

52.2

Soal : Bagaimana caranya orang yang berhadas kecil hendak mengangkat hadasnya sedangkan ada anggota nya tidak boleh terkena air? Jawab : Wajib ia tayammum ketika sampai membasuh anggota yang tidak boleh terkena air itu kerana menurut tertib, dan jika sekiranya ada dua anggota wudhu yang tidak boleh terkena air maka wajib ia bertayammum dua kali, dan jika sekiranya ada tiga anggota wudhu yang tidak boleh terkena air itu maka wajib ia tayammum tiga kali, tetapi jika keempat empat anggota wudhu kesemuanya tidak boleh terkena air maka hanya satu tayammum sahaja yang wajib sebagai ganti daripada wudhu. Caranya adalah seperti berikut: a) Misalnya luka ditangan: Mula mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka itu kemudian membasuh bahagian tangan yang tidak luka, kemudian menyapu sebahagian daripada kepala. Atau mula mula hendaklah dibasuh muka, kemudain ia membasuh bahagian tangan yang tidak luka itu kemudian ia bertayammum sebagai ganti membasuh tempat luka, kemudian menyapu sebahagian daripada kepala, maka tidak sah jika ia mendahulukan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka itu dengan mengkemudiankan membasuh muka, dan tidak sah jika ia mengkemudiankan tayammum sebagai ganti membasuh anggota tangan yang luka dengan mendahukan pula menyapu sebahagian daripada kepala, kerana tidak ada tertib dalam pekerjaan sedemikan. b) Misalnya luka ditangan dan dikaki: Mula mula hendaklah dibasuh muka, kemudian ia tayammum dan membasuh anggota tangan yang baik ( atau membasuh anggota tangan yang baik dan bertayammum ), kemudian menyapu sebahagian daripada kepala, kemudian ia tayammum lagi dan membasuh anggota kaki yang baik ( atau membasuh anggota kaki yang baik dan ia bertayammum ).

35

53.0 53.1

Anggota yang bertampal Soal : Bagaimana cara berwudhu bagi orang yang anggotanya bertampal? Jawab : Orang yang anggotanya bertampal atau berbalut yang tidak boleh ditanggalkan maka wajiblah ia membasuh anggotanya yang baik dan menyapu air keatas tampal atau balut itu dan bertayammum sebagai ganti sebahagian anggota dibawah tampal atau balut yang air tidak sampai kepadanya.

53.2

Soal : Apa hukum sembahyangnya? Jawab : Hukumnya tertakluk kepada tiga perkara wajib diulangi sembahyang, dan dua perkara tidak wajib diulangi sembahyang iaitu: a) Tiga perkara wajib diulangi sembahyangnya ketika ia sudah sembuh: i) Sekiranya tampal itu pada anggota tayammum. ii) Sekiranya tampal itu bukan pada anggota tayammum, tetapi pada anggota wudhu dan banyak bahagian anggota yang baik dibawah tampal itu lebih daripada kadar yang dikehendaki, samaada tampal itu diletakkan semasa ia dalam keadaan suci atau berhadas. iii) Sekiranya tampal itu bukan pada anggota tayammum, tetapi pada anggota wudhu dan bahagian yang baik dibawah tampal itu sekadar yang dikehendaki, dan tampal itu diletakkan semasa ia dalam keaadaan berhadas. b) Dua perkara tidak wajib diulangi sembahyangnya: i) Sekiranya tampal itu bukan pada anggota tayammum, tetapi pada anggota wudhu dan tampal itu tidak melibatkan sebarang bahagian anggota yang baik, samada tampal itu diletakkan semasa ia dalam keadaan suci atau berhadas. ii) Sekiranya tampal itu bukan pada anggota tayammum, tetapi pada anggota wudhu dan tampal itu hanya melibatkan anggota, baik sekadar yang dikehendaki dan tampal itu diletakkan semasa ia dalam keadaan suci.

54.0 54.1

Kadar Penggunaan Tayammum Soal : Setakat mana kadar penggunaan satu satu tayammum? Jawab : Kadar pengunaan satu satu tayammum ialah seperti berikut: a) Satu tayammum hanya untuk satu sembahyang fardhu sahaja. Tidak sah menghimpunkan dua sembahyang fardhu dengan satu tayammum. b) Satu tayammum hanya untuk satu sembahyang yang dinazarkan. c) Satu tayammum hanya untuk satu tawaf fardhu sahaja, tidak sah menghimpunkan dua tawaf fardhu dengan satu tayammum.

36

d) e) f) g)

Tidak sah menghimpunkan tawaf fardhu dengan sembahyang fardhu satu tayammum. Tidak sah menghimpunkan khutbah jumat dengan sembahyang jumat dengan satu tayammum. Harus menghimpunkan satu senbahyang fardhu dengan sembahyang muadah ( ulangan ) dengan satu tayammum. Harus menghimpunkan satu sembahyang fardhu dengan beberapa sembahyang sunnat dengan satu tayammum.

Menyapu Khuffain 55.0 55.1 Syarat syaratnya. Soal : Apa yang dimaksudkan dengan menyapu khuffain? Jawab : Yang dimaksudkan dengan khuffain ialah Muza dari kulit lembu sebagai setokin. Menyapu khuffain ialah menyapu muza dengan air sebagai ganti membasuh kaki ketika berwudhu, samaada wudhu ataupun wudhu sunnat menurut syarat syarat yang tertentu.

55.2

Soal : Adakah diharuskan menyapu Khuffain itu pada mandi atau pada menghilangkan najis? Jawab : Tidak harus.

55.3

Soal : Apa dia syarat syarat yang mengharuskan menyapu khuffain pada wudhu itu? Jawab : Syarat syaratnya lima perkara, iaitu: i) Muza yang kuat, iaitu yang tahan dibawa berjalan pergi dan pulang menurut hajat orang yang berjalan. ii) Muza yang diperbuat daripada benda yang suci. iii) Muza yang menutupi anggota kaki yang wajib dibasuh iaitu hendaklah menutupi kaki dan sekelilingnya hingga dua bukulali, jika terbuka sebelah atas kaki tiada mengapa. iv) Muza yang tidak koyak, tidak berlubang dan boleh menegah air daripada lolos masuk kedalamnya selain dari melalui tempat jahitannya. v) Mulai memakai keduanya sesudah yakin sempurna bersuci dari hadas kecil dan hadas besar.

56.0 56.1

Lama Masanya. Soal : Berapa lama diharuskan menyapu muza itu?

37

Jawab : Masa yang diharuskan menyapu muza itu ialah: a) Sehari semalam bagi orang yang mukim. b) Tiga hari tiga malam bagi orang yang musafir.

56.2

Soal : Bila dikira permulaan masa yang ditentukan itu? Jawab : Permulaan masa yang tersebut itu dikira daripada ketika selesai ia berhadas sesudah ia memakai muza itu. Misalnya sesudah ia memakai muza itu ia tidur, maka masanya mulai dari bangun tidur, bukan dimulai dari tidur.

56.3

Soal : Bagaimana hukumnya orang yang mukim menyapu muza sebelum cukup sehari semalam iapun belayar? Jawab : Ia diharuskan menyapu muza untuk selama mencukup sehari semalam.

56.4

Soal : Bagaimana hukumnya orang yang musafir, menyapu muza, sebelum cukup tiga hari tiga malam, ia pun menjadi orang yang mukim? Jawab : Ia diharuskan menyapi muza untuk selama mencukupkan sehari-semalam jika pelayarannya belum sampai sehari semalam, tetapi jika pelayarannya telah berlalu sehari semalam maka wajib ia menanggalkan muzanya itu.

57.0 57.1

Membatalkan menyapu muza Soal : Apa dia perkara perkara yang membatalkan menyapu muza itu? Jawab : Perkara perkara yang membatalkannya itu tiga perkara, iaitu: i) Dengan ditanggalkan muza itu atau koyak. ii) Telah sempurna lama masa yang diharuskan. iii) Berhadas besar.

58.0 58.1

Caranya Soal : Bagaimana caranya menyapu muza itu? Jawab : Yang wajib pada menyapu muza itu ialah penyapuan itu dibuat pada sebelah atas kawasan kaki yang wajib dibasuh, atau dititikkan air keatasnya dalam kawasan tersebut itupun adalah memadai. Tetapi jika sekiranya penyapuan itu dilakukan atas tumitnya atau pada tepinya dan dibawah nya, maka penyapuan itu tidak sah.

38

You might also like