You are on page 1of 2

Disediakan Oleh Cikgu Czeung Wong 2011

BAHAGIAN B
[20M]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara


memupuk perpaduan kaum di Negara kita. Panjangnya huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cara Memupuk
Perpaduan Kaum

Sekolah Wawasan

Program Latihan
Khidmat Negara
(PLKN)

Aktiviti Kesukanan

Rumah Terbuka
Disediakan Oleh Cikgu Czeung Wong 2011

Negara kita mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

kaum, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Oleh itu, usaha

untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat bukannya

mudah.

Penubuhan Sekolah Wawasan diharapkan dapat menjadi medium

untuk memupuk perpaduan kaum melalui satu sistem pendidikan yang sama.

Di samping itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat

melahirkan perpaduan kaum. Melalui PLKN, semua peserta akan

melakukan aktiviti bersama-sama sehingga menjalin hubungan silaturahim

dan mengeratkan perpaduan.

Penglibatan dalam aktiviti sukan turut mampu memupuk perpaduan

kaum. Setiap atlet dan penyokong akan melupakan perbezaan bangsa dan

keturunan demi mencapai matlamat, iaitu kemenangan. Konsep rumah

terbuka juga mampu menjadi wadah untuk memupuk perpaduan kaum.

Sikap saling berkunjungan pada setiap kali musim perayaan dapat memupuk

pemahaman tentang adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulannya, usaha untuk memupuk perpaduan kaum memerlukan

sokongan dan komitmen daripada semua pihak serta menuntut kesabaran

yang tinggi.

You might also like