You are on page 1of 28

BAHASA MELAYU 1103/2

(KERTAS 2)

1 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Bismillahirrahmannirahim ....
Modul KEBAL ini merupakan hadiah saya kepada semua anak didik yang dahagakan ilmu.
Bukan wang ringgit yang saya harapkan namun cukup kalian menyedekahkan surah al-Fatihah
kepada insan-insan yang saya sayangi kini berada di alam kekal abadi.
Almarhum Samsudain bin Kasidini (ayahanda)
Almarhumah Zaharah binti Ramlee (bonda)
Almarhum Mohd Azmi bin Samsudain (kekanda)

Semoga kiriman doa daripada kalian menempatkan roh-roh mereka bersama dalam kalangan
orang yang beriman. Insya-Allah.
Amin ... Amin ... Amin ... Ya Rabbal Alamin.
Daripada guru biasa,
Azizi Samsudain

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KERTAS 1103/2?


BAHAGIAN NOMBOR INSTERUMEN
SOALAN
1 MORFOLOGI
Bahagian ini memerlukan calon mencari perkataan kemudian membina
sebuah ayat yang gramatis berdasarkan perkataan tersebut.
2 SINTAKSIS
Bahagian ini meliputi semua jenis instrumen berkaitan ayat, sama ada
susunan ayat, jenis ayat, binaan ayat, ragam ayat, pola ayat serta subjek
dan predikat.
3 PENYUNTINGAN
Bahagian A Bahagian ini lebih luas. Calon dikehendaki mengenal pasti kesalahan
Sistem & penggunaan istilah, tatabahasa, huruf, tanda baca dan ejaan dalam pelbagai
Aplikasi jenis petikan.
Bahasa 4 BAHASA MELAYU STANDARD
(35 Markah) Calon dikehendaki menukarkan teks bahasa Melayu klasik kepada bahasa
Melayu Moden atau bahasa Melayu standard.
5 PERIBAHASA
Pada bahagian ini, calon diuji berkaitan peribahasa. Bahan yang biasa
digunakan boleh dalam pelbagai bentuk sama ada mengisi tempat kosong,
mencari peribahasa dalam teks seterusnya memberikan peribahasa lain
yang hampir sama maksud dengannya atau membina ayat berdasarkan
peribahasa tersebut.

2 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


6 PETIKAN UMUM
Calon akan diberikan dua hingga tiga bahan rangsangan (mengikut tema
yang terdapat dalam DSKP), kemudian mereka hendaklah menjawab
empat pecahan soalan seperti berikut:
i) Maksud rangkai kata
ii) Beza banding bahan rangsangan
iii) Soalan KBAT
iv) Soalan KBAT – Penyelesaian masalah

7 PETIKAN SASTERA
Calon akan diberikan dua hingga tiga bahan rangsangan (berunsur karya
kreatif yang dipelajari dalam Antalogi Tingkatan 4, Tingkatan 5 atau karya
Bahagian B luar), kemudian mereka hendaklah menjawab empat pecahan soalan
Pemahaman seperti berikut:
(35 Markah) i) Maksud rangkai kata
ii) Beza banding bahan rangsangan
iii) Soalan KBAT
iv) Soalan KBAT – Penyelesaian masalah
** Diingatkan, tiada lagi soalan elemen sastera (nilai, persoalan, latar
tempat dan sebagainya) akan ditanya dalam bahagian ini.
8 NOVEL
Dalam bahagian ini, calon akan diuji dua soalan, iaitu:
8 (i) – Pemindahan maklumat
Calon akan diberikan petikan teks daripada mana-mana novel empat zon,
kemudian jawab soalan yang ditanya.
8 (ii) – Berdasarkan novel yang dikaji semasa di Tingkatan 4 & Tingkatan
5
9 RUMUSAN
Calon akan diberikan antara dua hingga tiga bahan yang berbeza-beza
bentuknya, sama ada dalam bentuk petikan (wajib untuk Bahan 1), grafik
dan puisi. Untuk menghasilkan sebuah rumusan, calon dikehendaki
Bahagian C mengenal pasti fokus (minimum 2 fokus) dan sekurang-kurangnya lapan
Rumusan isi dengan menyentuh SEMUA BAHAN yang diberikan.
(30 Markah) Rumusan yang lengkap mengandungi 120 patah perkataan dan terdiri
daripada
- Perenggan pendahuluan (2 Markah)
- Perenggan isi (16 Markah)
- Perenggan kesimpulan (2 Markah)

*Perlu diingatkan, arahan tidak menyatakan tugasan seperti soalan


KBSM!

3 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 1 - MORFOLOGI

Dalam soalan ini, calon diuji berkenaan ilmu yang berkaitan struktur, bentuk, dan penggolongan KATA.

Kata
Majmuk

Kata Kata
Tunggal Terbitan

PENGGOLON
GAN KATA
KN
KK
Kata Ganda
KA
K. Tugas

Akronim

Seterusnya, calon diminta membina sebuah ayat yang GRAMATIS dan MATANG.

S K O P – B.U.D.A.K.S.S

4 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Nota diubah suai daripada nota CIKGUYUSSEKURAU
KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS KATA GANTI NAMA KATA GANTI NAMA KATA GANTI NAMA TUNJUK
*Menamakan orang, tempat, *Mendukung makna rujukan PERTAMA Saya (tunggal) TANYA *Perkataan yang menjadi
benda atau konsep. Contoh : khusus nama orang, haiwan, Aku (tunggal) Beta (tunggal) Siapa – merujuk orang pengganti kata nama dan
sekolah, murid, pejabat, guru, benda, institusi, undang- Patik (tunggal) Kami (jamak) Mana – merujuk mendukung maksud
perkakasan, lelaki, kerajaan, undang, bangsa, bahasa dan Kita (jamak) benda/orang Apa-apa – menunjukkan benda/perkara
komputer, alam, cakerawala lain-lain. *Huruf pertama mesti rujukan tak tentu / yang dirujuk Ini – dekat Itu –
(benda), roh, udara (perkara), ditulis dengan huruf besar. KATA GANTI NAMA KEDUA penegasan Mana-mana jauh
keadilan, kedamaian (konsep), Contoh : Parit Buntar, Mahathir, Awak (tunggal) Anda – rujukan tak tentu /
papan, kertas, kasut, dan Sang Kancil, Proton Saga, (tunggal) Engkau (tunggal) penegasan Siapa-siapa –
sebagainya. Melayu, India,Seri Perdana, Kamu (jamak) rujukan tak tentu /
Vanda Diana (Orkid) dan penegasan
sebagainya. KATA GANTI NAMA KETIGA
Ia (tunggal) Dia (tunggal)
Beliau (tunggal)
nya (tunggal)
Mereka (jamak)
KATA KERJA TRANSITIF (ADA KATA KERJA TAK TRANSITIF (TAK KATA ADJEKTIF KATA PENEKAN *kata KATA TUGAS : KATA
OBJEK SEBAGAI PELENGKAP) PERLU OBJEK) *Dapat berdiri *dikenali sebagai kata sifat yang memberikan PENYAMBUNG AYAT
*Diikuti oleh objek yang terdiri sendiri, iaitu tidak memerlukan yang menerangkan sesuatu penegasan -
Kata Hubung Gabungan
daripada kata nama/frasa nama objek atau penyambut Contoh : keadaan / benda / kata sesungguhnya,
dan, lalu, malahan, atau, serta,
untuk melengkapkan maksudnya nama Contoh : Sifatan – bahawasanya,
kemudian, tetapi, sambil
Contoh : KKT Aktif Membaca i) KKTT Berpelengkap (ada lemah, baik, gopoh Warna – nampaknya
buku Mencari dana Melancarkan pelengkap) Beransur sembuh, merah, ungu, biru Bentuk –
Kata Hubung Pancangan
kempen Contoh : KKT Pasif Buku Berbuat baik, tinggal kenangan, bulat, buncit, petak Jarak – KATA PEMBENAR *Kata
Pancangan Relatif – yang
dibaca oleh adik. Dana dicari oleh menjadi realiti jauh, hampir, nyaris yang menukar perkataan
Pancangan Komplemen -
kerajaan. Kempen dilancar oleh Perasaan – rindu, suka bukan kata nama
bahawa, untuk
pihak sekolah. ii)KKTT Tanpa Pelengkap (boleh Ukuran – kecil, nipis, tebal menjadi kata nama -
berdiri sendiri tanpa pelengkap) Waktu – baharu, segera datangnya, lajunya,
Pancangan Keterangan
Pergi, duduk, runtuh, tumbuh, Cara – cepat, lincah, selalu sakitnya
kerana, agar/supaya, meskipun,
menangis, menyanyi, Pancaindera – lazat, comel,
kalau, sekiranya, hingga,
bersembahyang, tercengang merdu, wangi, halus, dll
semoga, jika, untuk, semasa,
setelah, sewaktu, tatkala,
apabila, walaupun, sungguhpun,
kendatipun

5 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


KATA PRAFRASA

KATA PENGUAT KATA NAFI KATA BILANGAN KATA BANTU KATA ARAH
*kata penguat hadapan – terlalu, *bukan – digunakan untuk *KB Tentu – satu, seratus, *Kata Bantu Aspek – *menyatakan kedudukan
paling, agak, cukup, makin, menafikan frasa nama dan frasa seribu, dll *KB Tak Tentu – telah, sudah, baru, atau hala sesuatu benda Atas
kurang *kata penguat belakang – sendi nama *tidak – digunakan beberapa, sebahagian, pernah, sedang, masih, Antara Belakang Dalam
sekali, betul, benar, nian *kata untuk menafikan frasa kerja dan semua, seluruh, segala, akan, mula, belum *Kata
Depan/hadapan Hilir Hulu
penguat bebas – sangat, frasa segelintir, segenap, Bantu Ragam – hendak,
sungguh, amat sebilangan, sekalian, para mahu, harus, mesti,
Luar Penjuru/sudut Seberang
dan berbagai-bagai *KB boleh, dapat, enggan, Sisi Tengah
KATA PRAFRASA : KATA PENEGAS Himpunan – berpuluh- patut, mungkin
*menegaskan frasa predikat / puluh, beratus-ratus *KB
bahagiannya – kah, tah, lah Pisahan – masing-masing,
*Penegas yang bersifat bebas – setiap, tiap-tiap *KB
jua, pun, juga, sahaja, lagi, Pecahan – dua pertiga, satu
memang, hanya perempat, setengah KB
Tingkat – pertama, kedua,
kesepuluh
KATA MAJMUK KATA GANDA KATA TUNGGAL KATA TERBITAN
*Bebas : alat tulis, buku * PENUH *bergantung kepada suku *perkataan berimbuhan Berawalan :
latihan, campur aduk, derma keseluruhan kata dasar kata, termasuk kata -k.nama : pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, pe-
kilat, ambil alih digandakan – anai-anai, akronim , ke-, juru-, maha-, tata-, pra- , sub-, supra-, eka-, dwi- -
*Istilah Khusus : garam besar-besar, tiba-tiba, makan- Contoh : - k.kerja : me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-,
mineral, deria bau, bahan api, makan, mata-mata -satu suku kata – yu, ru, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper-
baja kimia, akar tunjang ya -k.adjektif : ter-, te-, se
*Maksud kiasan : anak *SEPARA -dua suku kata – aku, - akhiran : -k.nama : -an, -wan, -man, -wati,-isme, -in, -
angkat, gaji buta, otak dang, isi Sebahagian kata dasar - ada, ubi at, -ah
hati, kepala batu dedaun, lelaki, sesiku, cinta- -tiga suku kata – sekolah,
mencintai, tolong-menolong basikal KATA TERBITAN Berapitan :
KATA MAJMUK MANTAP -gabungan huruf awal – -K.nama : pe-..-an, pem-..-an, pen-..-an, peng-..-an,
Antarabangsa, sukarela, *BERENTAK LPM, KPM, PJSK penge-..-an, per-..-an, pel-..-an, ke-..-an
beritahu, suruhanjaya, dari segi vokal, konsonan dan - gabungan suku kata -K.kerja : me-..-kan, men-..-kan, mem-..-kan, meng-..-
bumiputera, tandatangan, bebas * – kuih-muih, sayur- (akronim) kan, menge-..-kan, ber-..-kan, ber-..-an, di-..-kan, me-..-
jawatankuasa, tanggungjawab, mayur - gunung-ganang, taska,kugiran,purata - i, men-..-i, mem-..- i, meng-…-i, di-..-i, diper-..-kan,
kakitangan, warganegara empat suku kata- diper-…-i, memper-..-kan, memper-..-i, ke-…-an -
6 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak
Kerjasama pesuruhjaya mandi-manda - anak-pinak, keluarga, selesema - K.Adjektif : ke-..-an Bersisipan : -K.Nama : -el-, -er- -
Olahraga Matahari Setiausaha saudara-mara gabungan huruf awal K.Adjektif : -el-, -er-, -em-, -in
dan/atau suku kata –
Perodua, Proton,
Petronas

7 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Contoh instrumen

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja terbitan. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Sejak belakangan ini, kita kerap mendengar kes buli yang dilaporkan melalui media massa. Gejala
ini bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli yang melibatkan murid sekolah
menunjukkan kadar peningkatan dari masa ke masa. Banyak laporan media membuktikan
pelbagai kejadian buli yang berlaku bukan sahaja di sekolah berasrama penuh malah sekolah
harian biasa. Kes ini bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh
masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli semakin melampau sehingga
menyebabkan kematian.
Dipetik dan diubah suai daripada “Budaya Buli dalam
kalangan Pelajar Sekolah” https://dailyrakyat.com
[8 markah]
Tuliskan jawapan anda ....

8 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 2 - SINTAKSIS

Dalam soalan ini, calon diuji berkenaan ilmu yang berkaitan struktur, bentuk, dan binaan AYAT.

• FN + FN • Ayat penyata
• FN + FK • Ayat perintah
• FN + FA • Ayat seruan
• Ayat tanya
• FN + FSN

Pola Jenis
Ayat Ayat
SINTAKSIS

Binaan Ragam
Ayat Ayat
• Mencerakinkan ayat • Ayat aktif
• Menggabungkan ayat • Ayat pasif
• Cakap ajuk • Ayat susunan biasa
• Cakap pindah • Ayat susunan songsang

9 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
*Penggunaan kata ganti nama diri pertama dan
kedua.

KGND Pertama – saya, aku, kami, kita, patik,


AYAT AKTIF beta, hamba
*Ayat yang menekankan pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja KGND Kedua – awak, engkau, kamu, anda,
yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, meng- dan menge-) Contoh : Saya membeli kuih. Ibu kalian
menggoreng keropok. Ayah mencuci kereta itu. *Contoh : Saya menanam pokok bunga itu.
(Ayat Aktif ) Pokok bunga itu saya tanam.
(Ayat Pasif) Engkau perlu mencuci pinggan itu.
AYAT PASIF (Ayat Aktif) Pinggan itu perlu engkau cuci. (Ayat
*Ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa Pasif)
awalan atau kata kerja yang berawalan atau kata kerja yang berawalan di- berserta dengan kata
sendi oleh. Contoh : Kuih saya beli. Keropok digoreng oleh ibu. Kereta itu dicuci oleh ayah. MENUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF
*Mesti didahulukan dengan objek, subjek dan
kata kerja pasif.
*Contoh : Pinggan itu saya lap.
(Ayat Pasif) Saya mengelap pinggan itu.
(Ayat Aktif) Dahan telah dicantas oleh Sakinah.
(Ayat Pasif) Sakinah telah mencantas bahan.
SUBJEK ANALISIS SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT
*Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa nama. frasa kerja dan frasa adjektif yang berfungsi
sebagai frasa nama juga boleh menjadi subjek dalam ayat. 1.Dia pengetua baharu di sekolah itu.
*Frasa nama subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan, Subjek : dia
kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tunjuk. Predikat : pengetua baharu di sekolah itu

PREDIKAT 2. Makanan ini masih elok untuk dimakan.


*Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Subjek : makanan ini
*Predikat ayat terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Predikat : masih elok untuk dimakan

3. Dari Itali perabot rumahnya (ayat songsang)


Subjek : perabot rumahnya
Predikat : dari Itali
10 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak
POLA AYAT JENIS AYAT
1. Subjek : Frasa Nama (FN) +Predikat: Frasa Nama (FN)
Contoh ayat :Maisarah pelajar universiti. 1) Ayat penyata - ayat untuk menyatakan sesuatu maklumat
2) Ayat tanya – untuk bertanyakan sesuatu hal / ada tanda soal
2. Subjek :Frasa Nama (FN) +Predikat: Frasa Kerja (FK) 3) Ayat seruan – ayat untuk melahirkan perasaan / ada tanda seru -
Contoh ayat :Amalina sedang tidur. Contoh : amboi, eh, ah, aduhai, wah, oh, cis, dll
4) Ayat perintah
3. Subjek :Frasa Nama (FN) +Predikat: Frasa Adjektif (FA) (a) Ayat suruhan - Memberi arahan / memerintahkan seseorang -
Contoh ayat :Pemuda itu pemurah. Contoh : Siapkan kerja itu sekarang.
(b) Ayat larangan - Larang seseorang buat sesuatu - Contoh : Jangan /
4. Subjek :Frasa Nama (FN) + Predikat: Frasa Sendi Nama (FS) Usah
Contoh ayat :Ibu di dapur (c ) Ayat Silaan - Mempersila / jemput seseorang - Contoh : Silalah /
Jemput
(d)Ayat permintaan / pertolongan - minta bantuan seseorang - contoh
: Tolong / Minta

AYAT SUSUNAN BIASA AYAT TUNGGAL - Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat - Dikenali
Subjek dahulu barulah predikat sebagai ayat mudah atau ayat selapis
(a) Ahmad sangat bijak. Contoh : Nurul Huda sangat pandai. Kereta itu besar.
(b) Kereta ayah sangat mewah.
(c) Abang saya sudah berkahwin. AYAT MAJMUK GABUNGAN - Guna kata hubung dan, tetapi, atau, bahkan,
malahan, lalu, serta
AYAT SUSUNAN SONGSANG Contoh : Ali dan Ahmad ke kantin.
Predikat dahulu, baru subjek
(a) Pendepanan seluruh predikat – Guru SMK Sri Gading, Rosita. AYAT MAJMUK CAMPURAN - Gabungan beberapa ayat tunggal dengan
(b) Pendepanan kata kerja – Bermain mereka di padang. beberapa ayat majmuk
(c) Pendepanan kata kerja dengan objek – Menggoreng ikan siakap Contoh : Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak
ibu tadi. untuk tetamu yang akan datang ke rumah.
(d) Pendepanan kata kerja dengan kata bantu – Sedang menulis
surat Razali untuk ibunya.
(e) Pendepanan kata adjektif – Pandai Amir dalam mata pelajaran
Biologi.
(f) Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu – Agak mahal
harga ikan siakap goreng itu.
11 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak
CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
- cakap ajuk : perbualan atau percakapan / dialog - Mengapa : alasan/sebab/ingin tahu/punca
- cakap pindah : laporan pihak ketiga / ayat penyata Frasa yang boleh - Bila : Tarikh/masa/waktu
digunakan : - …menyatakan bahawa… - …menjelaskan bahawa… - - Bagaimana : cara/kaedah/langkah
…memberitahu bahawa.. - …menghuraikan bahawa…. - Apa/siapa : nama/benda/perkara
- Di mana : tempat/lokasi/kedudukan
- Saya – dia, Kami – mereka kita – mereka
- Di sini – di sana di situ – di sana ini – itu / begini - begitu
- Cis – dengan marah amboi/wah – dengan kagum
- Aduh – mengerang kesakitan eh – dengan hairan
- Oh – dengan terkejut / kecewa

MEMBINA AYAT SOALAN AYAT TANYA DENGAN KATA AYAT TANYA TANPA KATA TANYA
Kata Tanya Tujuan Pertanyaan (?) TANYA 1. Kamu sudah makan?
1. Siapa (kah) Orang 1. Siapakah nama awak? 2. Kerja rumah awak belum siap?
2. Apa (kah) Benda, perkara, hal, binatang, tumbuhan 2. Di manakah kamu 3. Nasi ini basi?
3. Mana (kah) Tempat tinggal? 4. Meja itu rosak?
4. Bagaimana (kah) Cara 3. Berapakah harga buku 5. Pagi tadi hujan?
5. Bila (kah) Masa atau tempoh masa rujukan ini? 6. Awak menangis?
6. Berapa (kah) Bilangan 4. Bagaimanakah cara
7. Ada (kah) Setuju atau tidak membuat kek ini?
5. Kenapakah muka awak
bengkak?
6. Mengapakah kamu tidak
datang ke rumah?

12 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Contoh instrumen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat biasa yang bergaris di bawah
kepada ayat songsang .

Bayi dan kanak-kanak perlu hadir ke klinik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perkara ini
penting untuk menilai tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak. Rawatan atau intervensi awal ini
bagi memastikan proses rawatan atau intervensi dan penjagaan yang bersesuaian dapat diberikan.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan morbiditi dan kematian dalam kalangan kanak-kanak.
Selain itu, ibu bapa dapat berbincang dengan anggota kesihatan jika mereka mendapati bayi dan
kanak-kanak mempunyai masalah khusus. Temu janji susulan akan diberikan oleh anggota
kesihatan untuk hadir ke klinik pada tarikh seterusnya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jadual Lawatan ke Klinik’
https://fh.moh.gov.my/
[6 markah]
Tuliskan jawapan anda ....

13 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 3 - PENYUNTINGAN

Dalam soalan ini, calon dikehendaki mengenal pasti maksimum 11 kesalahan bahasa yang meliputi
EJAAN, IMBUHAN, PENGGUNAAN ISTILAH, dan HUKUM TATABAHASA
Abah Deen, Guru Cemerlang dari Kelantan ada memperkenalkan formula HuTanJaPat seperti
berikut:
Hu Huruf Vokal Konsonan
Contoh: Kampong - Kampung Contoh: Lembab - Lembap
Tan Tanda Baca Tanda sempang ( - ) Kata Ganda
Contoh: rama-rama,
gotong-royong

Kata Nama Khas


Contoh: kepada-Nya, anti-
Israel

Nombor
ke-12, 90-an
Ja Jarak Perkataan dieja jarak Kata majmuk bebas
Pat Rapat Perkataan dieja rapat Kata majmuk rapat

Selain itu, calon juga perlu fokus perkara-perkara yang penting dalam bahasa Melayu seperti:

Imbuhan Awalan, Akhiran,


Apitan, Sisipan
Hukum Kata Sendi, Hukum
Tatabahasa jamak, Struktur
ayat
Istilah Bahasa istana

14 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Contoh instrumen
Dalam petikan di bawah, terdapat sebelah kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Aktiviti riadah atau senaman ialah amat penting dan wajar diamalkan dalam mengisi masalapang
seseorang. Jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti bermain permainan video atau melepak
di kedai mamak, beriadah merupakan aktiviti yang sihat. Kemudahan untuk melakukan aktiviti
rekriasi semakin baik dan kita tidak perlu kos yang banyak untuk menggunakannya. Lebih baik
kita melaburkan wang dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan manafaat kepada
fizikal dan mental berbanding menghabiskan duit kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-
sia. Bak kata peribahasa Melayu, tepuk dada tanya selera.
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh kita hendaklah difikirkan baik-baik. Bila kita beriadah,
peluh yang dihasilkan mempunyai toksin yang tidak diperlukan di dalam badan dan kadar lemak
dalam badan akan terkurang. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti
berjoging atau menunggang kuda dalam tempoh masa kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi
dan stamina akan menjadi lebih baik dan terhindar dari penyakit seperti obesiti dan tinggi darah.
Sebelum nasi menjadi bubur, adalah sangat rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana
mencegah lebih baik daripada merawat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kepentingan Riadah dalam
Kehidupan Harian’ https://www.ipendidikan.my
[11 markah]
Tuliskan jawapan anda ....
Salah Betul Catatan (untuk nota sahaja)

❖ Calon perlu merujuk jumlah markah yang diperuntukkan. Jika 11 Markah, maka
HANYA ADA 11 KESALAHAN, tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih.

15 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 4 – BM KLASIK

Dalam soalan ini, calon diminta MENUKARKAN petikan bahasa Melayu klasik kepada bahasa
Melayu standard atau bahasa Melayu Moden. Enam markah diperuntukkan untuk soalan ini dan
penandaan adalah secara holistik.

Gunakan teknik KeM TuGu untuk menukarkan BM klasik yang ada miliki kepada BM standard.

KeM TuGUKekalkan Murnikan Tukarkan Gugurkan

- Kekalkan maksud - Murnikan ayat


dan bentuk susunan songsang - Gugurkan partikel
petikan - Tukarkan
/ pasif kepada ayat yang tidak
- Kekalkan nama perkataan klasik
susunan aktif. memberi
orang dan nama kepada perkataan
- Murnikan ayat sebarang
tempat standard/moden.
panjang dengan maksud.
- Kekalkan bahasa - Tukarkan bahasa
munakan penanda Contoh: Hatta,
istana yang lebih sesuai.
wacana. Maka, -lah, pun
- Ekalkan dialog dan
tanda baca

16 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Contoh instrumen
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.”
Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke
istana kita ini.”
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

Tuliskan jawapan anda ....

17 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 5 - PERIBAHASA

Dalam soalan ini, calon diuji dengan satu soalan namun jenis soalannya boleh dalam pelbagai
bentuk. Bentuk-bentuk soalannya adalah seperti mengisi tempat kosong, mencari peribahasa
dalam teks seterusnya memberikan peribahasa lain yang hampir sama maksud dengannya
atau membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
Berikut merupakan pautan (link) SENARAI PERIBAHASA yang boleh membantu anda untuk
menjawab bahagian ini dengan mudah:
1) Senarai peribahasa mengikut domain dan tema buku teks:
https://drive.google.com/file/d/1pOrr_RbXc640PMb8GV-
eDqnOYzrfCO3Y/view?usp=drive_link
2) Senarai peribahasa mengikut tema tingkatan 4:
https://drive.google.com/file/d/1bwJUqYcqEHzqfSJkqRe5e7ex32Cgk3pv/view?usp=drive_link
3) Koleksi peribahasa yang maksud hampir sama:
https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2018/07/koleksi-peribahasa-sama-maksud-dan.html
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2018/11/65-peribahasa-melayu-spm-yang-mempunyai.html

Contoh instrumen
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong yang disediakan dalam petikan tersebut.

Rakyat Malaysia dilihat semakin bijak dalam memilih tempat percutian. Tanpa perlu
mengeluarkan kos yang tinggi, mereka menjadikan pelbagai pusat peranginan di dalam negara ini
sebagai destinasi pelancongan bersama keluarga. Mana tidaknya, kita boleh melihat banyak tempat
peranginan tempatan seperti _____________________________________ di media sosial.
Penggiat industri pelancongan juga tidak sekadar _____________________________________
dalam melengkapkan infrastruktur.

Ini adalah bertujuan memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa menambat hati
pelancong baik dari dalam dan luar negara. Justeru, kepada yang masih belum menikmati
panorama di Malaysia dan tidak ingin kerugian, anda sepatutnya segera memilih tempat percutian
di negara ini seperti kata peribahasa _____________________________________. Bersama-
samalah kita menikmati keindahan khazanah yang dimiliki oleh Malaysia kerana
_____________________________________. Jom, cuti-cuti Malaysia!
[4 markah]

18 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 6 & 7 - PEMAHAMAN

Dalam soalan ini, Calon dikehendaki menjawab EMPAT SOALAN pemahaman berdasarkan
bahan rangsangan. Bahan dalam bentuk PETIKAN UMUM dan PETIKAN SASTERA.

Contoh instrumen 6
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Bahan 2

Pencemaran sungai amnya berpunca daripada Daerah Kuala Langat yang terkenal dengan
pelbagai sumber, antaranya air larian daripada lokasi pelancongan di Pantai Morib, Pulau
aktiviti guna tanah pertanian, pembuangan sisa Carey dan Bukit Jugra ini, kini berhadapan
pepejal, aktiviti penternakan, perlombongan, dengan pelbagai isu terutama kesan
pengorekan pasir, air buangan pasar. pencemaran akibat kerakusan aktiviti
Pencemaran juga berpunca daripada aktiviti loji perindustrian yang berleluasa sehingga
rawatan kumbahan dan pelepasan sisa menimbulkan kegusaran penduduk setempat.
perindustrian. Kewujudan kilang haram serta Aktiviti industri dan perkilangan yang
kawasan perumahan setinggan di kawasan rizab semakin drastik di Kuala Langat
sungai serta pertambahan penduduk juga antara menjadikannya antara daerah di Selangor
faktor yang menyumbang kepada kemerosotan yang sering dihimpit dengan isu pencemaran
kualiti air sungai. alam sekitar. Sungai Langat sepanjang 149.3
Penguatkuasaan sahaja tidak cukup kilometer yang muaranya terletak di Kuala
dalam memastikan kes pencemaran sungai tidak Langat dijadikan tempat untuk mengalirkan
berulang. Pihak berkepentingan daripada sektor dan membuang sisa industri selain digunakan
pertanian, perladangan, penternakan dan untuk menjana tenaga bagi pengoperasian
perikanan pembalakan, selain industri serta kilang. Exco Infrastruktur, Kemudahan
penggerak projek perlu mempunyai kesedaran Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri
alam sekitar yang tinggi. Dari segi Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim
penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling sebelum ini menyatakan terdapat 8,676
1974 (AKAS 1974), JAS terus kilang dan industri berada di lembangan
mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap Sungai Langat.
faktor-faktor yang memungkinkan pencemar.
Walau bagaimanapun, Tindakan itu tertakluk Dipetik dan diubah suai daripada
kepada perundangan berisiko yang boleh “Pencemaran Alam Sekitar Hantui Penduduk
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Kuala https://www.malaysiakini.com/news/
21 Disember 2020
Dipetik dan diubah suai daripada
“Tingkat Kesedaran, Tanggungjawab
Pulihara Alam Sekitar”
https://www.bharian.com.my 14 Mac
2021

19 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata kemerosotan kualiti. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, senaraikan punca-punca pencemaran alam sekitar.
[3 markah]

(iii) Pembangunan yang pesat di negara ini menyebabkan banyak kawasan diteroka dan boleh
menjadi punca kepada kerosakan alam sekitar. Pemaju dilihat tidak mengambil serius
terhadap undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Huraikan kesan-kesan yang boleh berlaku sekiranya sikap tersebut tidak ditangani dengan
segera. [3 markah]

(iv) Sejak belakangan ini, kawasan perumahan anda menghadapi masalah pencemaran air
sungai yang berpunca daripada pengoperasian kilang. Hal ini dikatakan demikian kerana
pihak pengurusan kilang berkenaan mengalirkan sisa buangan ke dalam sungai tanpa
mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sepatutnya.

Sebagai penduduk kawasan perumahan tersebut yang bertanggungjawab, jelaskan peranan


anda untuk memastikan aktiviti tersebut tidak berlaku lagi. [4 markah]

Tuliskan jawapan anda ....

20 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Contoh instrumen 7
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahannya pada anaknya.
Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu
sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep
tembung laku. Syahdan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat
demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepentangan.”

Dipetik daripada cerpen ‘Prosa Kepimpinan Melalui Teladan’


oleh Zurinah Hassan antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahan 2
Fikir dan Kata Silang Sengketa

Kurang fikir, kurang siasat Siapa menggemari silang sengketa,


Tentu dirimu kelak tersesat. Kelaknya pasti berdukacita.

Fikir dahulu sebelum berkata, Silang selisih jangan dicari,


Supaya terelak silang sengketa. Jika tersua janganlah lari.

Perlataan tajam jika dilepas,


Ibarat beringin, racun dan upas. Dipetik daripada ‘Gurindam 12’.
Beberapa Petua Hidup: Za’ba,
Kalau mulut tajam dan kasar, Kementerian Pendidikan Malaysia
Boleh ditimpa bahaya besar.

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangai kata silang sengketa. [2 markah]

(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, apakah dua sebab seseorang itu perlu menjaga tutur kata?
[3 markah]
(iii) Sebagai masyarakat madani, kita dinasihatkan mengamalkan sifat positif dan berfikir
dahulu ketika menyatakan pendapat terutamanya di media sosial.

Pada pendapat anda, mengapakah pernyataan di atas benar? [4 markah]

21 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


(iv) Ketika anda berkunjung ke sebuah kedai serbaneka, ada seorang pembeli lain sedang
memarahi jurujual wanita dengan nada suara yang sangat tinggi. Kejadian tersebut telah
menyebabkan ramai orang di situ berasa takut.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, jelaskan cara yang anda boleh lakukan untuk
menyelesaikan salah faham tersebut. [4 markah]

Tuliskan jawapan anda ....

22 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 8 - NOVEL

Dalam bahagian ini, calon diuji dua soalan, (i) PEMINDAHAN MAKLUMAT dan (ii)
BERDASARKAN NOVEL yang dikaji semasa di Tingkatan 4 serta Tingkatan 5.
Untuk membuat tugasan soalan 8 (ii), pastikan anda menggunakan tenik TIGA LAPIS untuk
menghurai sesuatu peristiwa seperti berikut:

PERISTIWA HURAIAN PERISTIWA MENGAPAKAH PERISTIWA


LAPISAN 1

LAPISAN 2

LAPISAN 3
MENJAWAB KEHENDAK
SOALAN?

Contoh: Menerusi peristiwa


Contoh: Peristiwa Karl Contoh: Upacara ini, pembaca boleh
menghembuskan nafasnya menaburkan abu mayat meneladani bahawa
yang terakhir tepat pukul Karl telah dilakukan di Port urusan kematian seseorang
7.00 malam dan Karl Dickson. itu perlu disempurnakan
berwasiat supaya mayatnya dengan baik.
dibakar dan abunya
ditaburkan di Selat Melaka.

Contoh instrumen 8 (i)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Gajah mati meninggalkan tulang. Harimau mati meninggalkan belang. Pahlawan-pahlawan


Melayu yang terbilang itu pergi meninggalkan nama yang baik. Jasa dan pengorbanan mereka
dikenang sepanjang zaman,” kata Pak Saidi. “Orang Negeri Sembilan bangga dengan pahlawan
mereka, Datuk Siamang Gagap yang menentang orang putih di Seri Menanti. Orang Pahang
bangga dengan perjuangan Datuk Bahaman dan Mat Kilau. Orang Kelantan bangga dengan
semangat Tok Janggut. Orang Naning bangga dengan Dol Said. Orang Sarawak bangga dengan
Rentap. Orang Johor bangga dengan Si Bongkok Tanjung Puteri. Malah banyak lagi pahlawan
terbilang yang sanggup menggadaikan nyawa demi tanah air tercinta. Jasa mereka masih dikenang
sampai sekarang. Oleh itu, abang mahu anak-anak kita juga berasa bangga kepada bangsa, agama,
dan tanah air,” katanya lagi.
Dipetik daripada novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa”
karya Abdul Latip b Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berdasarkan petikan novel di atas, senaraikan nama pejuang yang perlu dikenang sepanjang zaman
disebabkan jasa dan pengorbanan mereka. [4 markah]

23 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Contoh instrumen 8 (ii)

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaimi Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairudin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang boleh menyentuh
hati pembaca. [6 markah]

Tuliskan jawapan anda ....

24 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


SOALAN 9 - RUMUSAN

Dalam soalan ini, calon dikehendaki menghasilkan sebuah rumusan lengkap yang mengandungi
pendahuluan, isi dan kesimpulan yang panjangnya TIDAK MELEBIHI 120 PP.
Untuk menghasilkan rumusan, anda perlu mengendal pasti sekurang-kurangnya DUA FOKUS
daripada SEMUA BAHAN yang diberikan.
Gunakan teknik SUKAHPC untuk mengenal pasti fokus-fokus yang terlibat dalam rumusan:

SUKAHPC
SEBAB USAHA KELEBIHAN AKIBAT HALANGAN PERANAN CIRI

TANGGUNGJAWAB
FAKTOR BENTUK
FUNGSI
PUNCA CARA KESAN SIFAT
MASALAH
ALASAN LANGKAH FAKTOR IMPAK KRITERIA
KEKANGAN
KAEDAH PUNCA IMPLIKASI
KEKURANGAN
TINDAKAN ALASAN

INISIATIF

KATA KATA
KUNCI KUNCI

KATA 25 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


KUNCI
26 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak
Contoh instrumen

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Bahan 1

Dalam mendepani dunia penuh cabaran, bidang perubatan juga tidak terkecuali dalam
memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara optimum. Banyak artikel
yang telah memaparkan kebaikan TMK menerusi bidang perubatan seperti mampu memberi
rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada pesakit. Kepesatan kemodenan tersebut juga
dilihat telah menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan kepada banyak
hospital bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan. Bukan itu sahaja,
TMK juga berupaya memberi sokongan teknikal kepada warga hospital. Kemudahan ini juga
dapat membantu hospital menjalankan fungsi-fungsi tertentu secara cekap, berkesan, dan
berterusan.

Walau bagaimanapun, dalam memastikan piagam pelanggan tersebut dapat direalisasikan,


pihak hospital itu sendiri hendaklah menyediakan prasarana teknologi mengikut jadual
pelaksanaannya yang ditetapkan. Selain itu, pengendalian TMK perlu diletakkan di bawah
tanggungjawab Unit IT yang dikawal selia dengan baik oleh pihak bertanggungjawab. Ini
adalah untuk melancarkan peti aduan yang diterima Operasi Khidmat Bantuan Teknikal dapat
dilayan dalam tempoh tujuh jam bekerja. Pihak hospital juga hendaklah memastikan
rangkaian dan perkhidmatan internet beroperasi sekurang-kurangnya 90% dalam satu-
satu tempoh masa.

Dipetik dan diubah suai daripada Unit Teknologi Maklumat dan


Komunikasi, Laman Web Rasmi Hospital Tanah Merah
https://hmerah.moh.gov.my/ict/

27 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak


Bahan 2 Bahan 3

Buruh nelayan dan juga petani


Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Memberi pendedahan dan
latihan TMK berdasarkan
permintaan dan keperluan.
Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Pemerkasaan rangkaian Berkereta jenama negara
dan Keselamatan terhadap
TMK Megah menyusur di jalan raya

Penyaluran hidmat nasihat Alam siber teknologi terkini


TMK
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Dipetik daripada lirik Keranamu Malaysia

Tuliskan jawapan anda ....

28 | Modul KEBAL | Tiktok: #sirazizitembak

You might also like