You are on page 1of 18

TERHAD S02/1

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tingkatan 1 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (02/1)
1 jam 30 minit

Nama

No. Kad Pengenalan

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila Untuk Kegunaan Pemeriksa
diberitahu. Nama Pemeriksa:
2. Tulis nama, nombor kad
pengenalan dan nama kelas anda Markah Markah
Bahagian Soalan
pada ruang yang disediakan. Penuh Diperoleh
3. Jawapan anda hendaklah ditulis A 1-15 15
pada ruang jawapan yang
disediakan di dalam kertas ujian ini. 1 2
4. Kertas ujian ini hendaklah 2 2
diserahkan kepada guru bertugas
pada akhir ujian. 3 4
B
4 2
5 10
6 10
C 1 15
Jumlah 60

S02/1 TERHAD
TERHAD 2 S02/1

Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.

BAHAGIAN A
[15 markah]

Soalan 1 - 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Penunggang-penunggang motosikal berhenti di tempat ____________ kerana


hujan turun dengan lebatnya.

A berteduh
B berehat
C bermalam
D bersembunyi

2 Lalang di tepi jalan itu ____________ ditiup angin.

A terliuk-liuk
B menari-nari
C terhuyung-hayang
D berlenggok-lenggok

S02/1 TERHAD
TERHAD 3 S02/1

Soalan 3 - 4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

3 I Air membeku pada suhu 0 darjah celsius.


II Anak bongsu pegawai kastam itu sedang belajar dalam darjah tiga.
III Kemajuan ekonomi negara kita dapat meningkatkan darjah kehidupan
rakyat.
IV Darjah pencapaiannya dalam bidang akademik amat membanggakan
keluarganya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

4 I Kain yang dibeli oleh ibu kurang berkualiti kerana telah susut apabila
dibasuh.
II Berat badan ayah semakin susut sejak dia mengamalkan pemakanan
seimbang.
III Rambut Hanna semakin susut sejak dia menjalani rawatan kemoterapi
di hospital.
IV Akar pokok bakau itu semakin susut akibat banjir besar yang berlaku di
kawasan itu baru-baru ini.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

S02/1 TERHAD
TERHAD 4 S02/1

Soalan 5 - 6

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

5 Semua orang murid sedang berkumpul di Dataran Wawasan sempena Sambutan


Penutup Bulan Kebangsaan ke-65 peringkat sekolah.

A Semua orang-orang murid


B Semua murid
C Orang murid-murid
D Semua orang murid

6 Pihak kedutaan - pihak kedutaan negara telah memberikan peluang kepada


siswazah dari Mesir untuk mengadakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri di
sini.

A Pihak kedutaan
B Pihak-pihak kedutaan
C Pihak kedutaan-kedutaan
D Pihak kedutaan - pihak kedutaan

S02/1 TERHAD
TERHAD 5 S02/1

Soalan 7 - 8

Pilih ayat-ayat yang betul.


7 I Aziz terlihat poster pementasan teater semasa berjalan pulang ke rumah.
II Penduduk kampung itu bergotong-royong membaiki rumah yang rosak
akibat dilanda ribut.
II Semua murid-murid menyaksikan pertandingan gasing yang dijalankan
di dalam gelanggang yang luas.
III Pada cuti sekolah yang lalu, kami dan sekeluarga makan angin di
Zoo Melaka.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I Mesin basuh yang rosak itu akan dibaiki oleh abang pada hujung
minggu ini.
II Amin tinggal dengan datuknya sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia
setahun yang lalu.
III Keindahan Pulau Langkawi telah menarik pelancong asing dari pelbagai
negara datang ke Malaysia.
IV Cikgu Mazlan mengingati murid-murid supaya menjaga tatasusila semasa
mengikuti ceramah motivasi itu.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

S02/1 TERHAD
TERHAD 6 S02/1

Soalan 9

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

9 “Mengapakah taman permainan itu tidak beroperasi lagi?” tanya Zainal kepada
ayahnya.

A Zainal menanyakan ayahnya sebab taman permainan itu tidak beroperasi


lagi.
B Zainal menyatakan kepada ayahnya bahawa taman permainan itu tidak
beroperasi lagi.
C Ayah menanyakan Zainal sebab taman permainan itu tidak beroperasi lagi.
D Ayah menyatakan kepada Zainal bahawa taman permainan itu tidak
beroperasi lagi

Soalan 10

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


10 Saiful berlari sekuat hati apabila dikejar oleh seekor angsa putih.

Bandingan semacam yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A lancar seperti air


B takut seperti tikus
C pantas seperti kilat
D ligat seperti gasing

S02/1 TERHAD
TERHAD 7 S02/1

Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan 11 - 15 berdasarkan bahan di bawah

Beberapa hari lagi Tahun Baharu Cina akan tiba. Sim Pau
memujuk Lim Pooi untuk berjumpa dengan doktor tetapi Lim Pooi tidak
mahu. Sim Pau risau kerana Lim Pooi sudah tiga hari tidak makan apa-
apa. Dia takut sakit Lim Pooi semakin melarat. Badannya kurus.
Mukanya cengkung. Matanya kuyu. Dia tidak mahu kehilangan orang
yang tersayang lagi. Sudahlah Lim Foong meninggalkannya selama-
lamanya. Selepas itu, Lim Meng dan kini, Lim Pooi pula tengah sakit.

“Sakit aku hanya Lim Meng sahaja yang boleh mengubatnya.”


Entahkan betul entahkan tidak Sim Pau tidak tahu tapi mereka masih
mengharapkan agar Lim Meng balik Tahun Baharu ini.

“Lim Meng, baliklah nak, papa kau dah tak marah kan kau lagi.”

Pintu rumah diketuk. Sim Pau berada di dapur yang ketika itu
sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi. Sim Pau lekas-lekas ke
hadapan untuk melihat siapa yang datang. Dia membuka pintu.

Dipetik daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,


Antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 Berdasarkan petikan, rangkai kata semakin melarat membawa maksud

A menjadi sakit
B menjadi kronik
C bertambah kritikal
D bertambah sengsara

S02/1 TERHAD
TERHAD 8 S02/1

12 Yang berikut merupakan keadaan Lim Pooi, kecuali

A kuyu
B risau
C kurus
D cengkung

13 Berdasarkan petikan, apakah persoalan yang paling tepat dengan pernyataan


tersebut?

A Kasih sayang ibu bapa terhadap anak.


B Keinsafan akan kesalahan yang dilakukan.
C Kemaafan terhadap perbuatan yang lalu.
D Keprihatinan akan masalah yang dihadapi.

14 Mengapakah Sim Pau mengharapkan kepulangan Lim Meng ?

A Kesakitan yang dialami oleh Lim Pooi


B Memujuk Lim Pooi untuk berjumpa dengan doktor
C Memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina
D Tidak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

15 “Lim Meng, baliklah nak, papa kau dah tak marah kan kau lagi.”

Apakah persoalan yang paling tepat dengan pernyataan di atas?

A Kasih sayang ibu bapa terhadap anak.


B Kemaafan terhadap kesilapan yang lalu.
C Keprihatinan terhadap sesuatu masalah.
D Keinsafan terhadap kesalahan lalu.

S02/1 TERHAD
TERHAD 9 S02/1

BAHAGIAN B
[30 markah]

1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 10 S02/1

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan . Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

2 (i) Hidayah sering membeli pisang goreng di gerai yang berhadapan dengan Pak
Samad Restoran sewaktu pulang dari sekolah.

________________________________________________________________________

(ii) Pada petang semalam, ibu telah membeli pokok bunga-pokok bunga itu
di ekspo pertanian.

________________________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 11 S02/1

3 Nyatakan pola ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA),
atau Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).

(i) Kisman bermain bola sepak bersama dengan rakannya.

_________________________________________________________________________

(ii) Kulit wanita itu sungguh cerah.

_________________________________________________________________________

(iii) Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang.

_________________________________________________________________________

(iv) Ayah saya seorang guru.

_________________________________________________________________________

[4 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 12 S02/1

4 Lihat bahan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai.

(i) ___________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 13 S02/1

Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

5 (a) Berdasarkan bahan 2 dan bahan 3, nyatakan halangan dalam memperkasakan


bahasa Melayu.

[3 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 14 S02/1

(b) Nyatakan bentuk yang terdapat dalam bahan 1.

[3 markah]

(c) Penggunaan bahasa rojak yang berleluasa merupakan salah satu sebab bahasa
Melayu terjejas.
Sebagai rakyat Malaysia, apakah peranan anda untuk memartabatkan bahasa
Melayu?

[4 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 15 S02/1

6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

(i) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I


(ii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini

Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak
diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, kemukakan tiga contoh
peristiwa yang bersesuaian dengan persoalan yang diberikan.

S02/1 TERHAD
TERHAD 16 S02/1

[10 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 17 S02/1

BAHAGIAN C
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kelebihan-kelebihan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Seiring dengan perkembangan sistem pendidikan dunia, sistem pendidikan di


Malaysia turut mengalami pelbagai transformasi. Kini, terdapat perubahan baharu
dalam dunia pendidikan negara, iaitu penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Transformasi pendidikan yang berkonsepkan KBAT ini berupaya
untuk melahirkan murid-murid yang mampu membuat penaakulan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.

PembeLajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menerapkan unsur KBAT


sangat penting diajar di dalam bilik darjah. Guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran, iaitu tidak terhad kepada buku teks dan lembaran kerja sahaja.
Pengajaran guru menjadi lebih menyeronokkan dan mudah difahami. Dalam hal ini,
KBAT boleh diaplikasikan melalui sesi soal jawab. Contohnya, dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu yang berfokus kepada kemahiran lisan. Guru-guru seharusnya
mengemukakan soalan-soalan yang dapat mengundang respons yang pelbagai
daripada murid-murid

Melalui pengaplikasian KBAT ini, murid bebas untuk menjelaskan sebab dan
akibat mengikut pandangan mereka sendiri. Murid dapat mengemukakan pelbagai
pendapat dan idea baharu secara kreatif. Seterusnya, guru juga dapat menerapkan
nilai-nilai murni yang penting bagi melahirkan generasi yang seimbang dari pelbagai
aspek. Sesungguhnya, penerapan unsur KBAT dalam PdPc merupakan usaha untuk
memperkasakan pendidikan negara ke aîah menjanakan pemikiran global dan
kemenjadian murid.

S02/1 TERHAD
TERHAD 18 S02/1

[15 markah]

S02/1 TERHAD

You might also like