You are on page 1of 1

Amzar Bin Ahmad Annuar

57, Taman Purnama,


Jalan Pegawai,
05050 Alor Setar
Kedah

Guru Besar
SK Gombak Utara,
KM11, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur,
Selangor 12 MEI 2020

Permohonan Untuk Kekal Di Kampung


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya Amzar Bin Ahmad Annuar ingin
memohon untuk terus kekal di kediaman sekarang iaitu di kampung saya sendiri sepanjang tempoh PKPB
dan sehingga sekolah dibuka.
2. Hal ini berikutan daripada pengumuman Menteri Pelajaran bahawa sekolah tidak akan dibuka
sehingga satu tempoh masa yang akan diumumkan kemudian.
3. Selain daripada itu, sekiranya saya pulang ke rumah sewa, saya akan mengalami masalah untuk
melakukan tugasan harian berikutan ketiadaan internet di rumah sewa.
4. Di samping itu, kawasan bertugas saya juga tergolong dalam golongan zon merah. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa lebih baik saya kekal di kampung sehingga sekolah dibuka.
5. Walaubagaimanapun, saya ingin memberikan jaminan dan berjanji bahawa sebarang tugasan
dibawah kendalian saya akan dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Oleh itu, pihak tuan tidak perlu risau
akan hal ini. Jika terdapat sebarang masalah, saya akan berhubung dengan pihak yang berkaitan untuk
berbincang.
Saya berharap pihak tuan dapat menerima hujah-hujah yang telah saya sertakan dan berharap tuan dapat
mempertimbangkan surat ini.
Sekian, terima kasih

Yang benar,

_________________________
(AMZAR BIN AHMAD ANNUAR)

You might also like