You are on page 1of 6

MBA2041

SK SERI DUYONG
LAPORAN AKTIVITI PROGRAM
PROJECT BASED LEARNING (PBL)

1.0 PROGRAM
PROJECT BASED LEARNING (PBL)

2.0 PENGELOLA
PANITIA MATEMATIK DAN PANITIA BAHASA INGGERIS

3.0 TARIKH PELAKSANAAN


28 NOVEMBER 2023

4.0 TEMPAT
PERKARANGAN GARAJ PARKIN KERETA, SK SERI DUYONG

5.0 DATA PENGLIBATAN/ PENYERTAAN


MURID TAHUN 6

6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI/TENTATIF

Pada 1 November yang lalu Penyelaras Program PBL, Encik Hazhar


bin Hashim telah mengadakan taklimat bersama 18 orang guru
pembimbing. Semasa taklimat ini beliau telah menjelaskan tentang
proses keseluruhan dalam menjalankan PBL kepada semua guru.

Semua guru pembimbing telah dibekalkan dengan fail yang


mengandungi rubrik PBL, senarai nama guru pembimbing dan murid
mengikut kumpulan/kelas dan borang laporan PBL.

Semua guru pembimbing telah diberikan masa selama 2 minggu


untuk merancang gerak kerja bagi kumpulan masing-masing dengan
dibimbing oleh Encik Hazhar untuk subjek Matematik dan Cik Lena
Syarin untuk subjek Bahasa Inggeris.

Pada minggu-minggu yang seterusnya, guru pembimbing telah mula


berjumpa dengan menti masing-masing mengikut masa terluang
atau pada waktu kokurikulum selepas waktu persekolahan. Guru
pembimbing perlu mencatat perkara yang dibincangkan semasa
pertemuan, kaedah menyelesaikan masalah yang dihadapi serta
tindakan yang akan diambil bersama dengan menti. Guru
pembimbing juga perlu untuk mengagihkan tugasan kepada menti
iaitu memilih menu makanan yang akan dijual, permainan dan juga
poster untuk promosi jualan.

Guru pembimbing juga telah mendapat kerjasama yang baik dari


semua ibu bapa/penjaga menti. Ibu bapa/penjaga menti telah
memberikan sedikit dana untuk menampung perbelanjaan
sepanjang mengadakan persediaan bagi program ini. Dana ini telah
diserahkan kepada guru pembimbing.

Pada 24 November, semua menti telah menjalankan promosi dari


kelas ke kelas. Menti dikehendaki mempromosikan barang serta
harga barang yang akan dijual dengan menggunakan Bahasa
Inggeris.
Seterusnya pada 28 November, menti dan guru pembimbing telah
berkumpul di kantin untuk taklimat ringkas sebelum sesi jualan
bermula. Jualan ini telah bermula pada pukul 12 tengah hari dan
tamat pada pukul 3.30 petang.
Sepanjang sesi jualan menti telah menggunakan Bahasa Inggeris
dengan pelanggan yang datang untuk membeli jualan. Guru
pembimbing berada bersama murid sepanjang masa jualan diadakan
untuk membimbing menti.

Pada 11 Disember 2023, telah diadakan majlis penyampaian sijil dan


plag bagi kategori Keuntungan Tertinggi dan kategori Promosi
Terbaik kepada 3 kumpulan yang terbaik. Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan Zurina binti Meri telah menyampaikan hadiah
kepada semua murid yang terlibat semasa perhimpunan sekolah.

7.0 GAMBAR AKTIVITI

GAMBAR SEMASA AKTIVITI PERSEDIAAN

PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN BERSAMA GURU PEMBIMBING


GAMBAR SEMASA AKTIVITI PROMOSI DARI KELAS KE KELAS
GAMBAR SEMASA HARI JUALAN

GAMBAR PENYAMPAIAN SIJIL


GAMBAR SEMASA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG.
9.0 ULASAN/IMPAK
Ini adalah satu program yang sangat baik untuk dilaksanakan di sekolah. Ia membantu
memberikan keyakinan kepada murid dalam melaksanakan aktiviti jual beli, mengira kadar
keuntungan yang diterima dan juga berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris semasa
melakukan promosi dan aktiviti jual beli barang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan


program ini. Perkara ini adalah melibatkan tempoh masa pertemuan guru pembimbing dan
juga menti. Memandangkan guru pembimbing yang dilantik tidak mengajar dalam kelas
yang terlibat. Maka, pihak sekolah mengambil keputusan untuk memohon kebenaran dari
Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk membenarkan murid-murid serta guru-guru yang
terlibat untuk mengadakan perjumpaan semasa waktu kokurikulum.

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

…………………………….. ………………………………
(LENA SYARIN BINTI RAHMAT @ LENA ONG) ( ROSTAM BIN JALIL )
SETIAUSAHA PBL 2023 GURU BESAR
SK SERI DUYONG, MELAKA SK SERI DUYONG, MELAKA

You might also like