You are on page 1of 60

MODUL

PEMBELAJARAN
TERADUN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


Terbitan 2022

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

MODUL PEMBELAJARAN TERADUN

ISBN 978-967-420-672-71. Science-Study and teaching (Preschool).


2. Education, Preschool.
3. Govenment publication--Malaysia
I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 507.1

PENYELARAS:
DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF
ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID
Unit Projek Khas dan Inovasi
Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

KHIDMAT GRAFIK:
SITI NURULHUDA BINTI RAJA AZMI
SMK Tengku Idris Shah, Klang, Selangor
NOR AZWA BINTI AB. MUTALIP
SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor

DICETAK OLEH:
Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGHARGAAN

PENASIHAT
HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

PENGERUSI
RAMLAN BIN HAJI ABU TALIB
Timbalan Pengarah
Sektor Kesenian dan Kesihatan

PANEL PENULIS
KAMARIAH BINTI MOHD YASSIN Sektor Kesenian dan Kesihatan
OLIZA BINTI OMAR Sektor Pendidikan Khas
KAMARUL AZLAN BIN AHMAD Sektor Sains dan Matematik
AHMAD RUJHAN BIN IBRAHIM Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
HAJAH RASMUNA BINTI MUHAMAD ALI Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
VIJAYA MALANI A/P VERASAMY Sektor Sains Sosial
MOHD RAIZUDDIN BIN HAMAT Sektor Pendidikan Khas
NOR AZUAD BIN MD YUSOF Sektor Kesenian dan Kesihatan

PAKAR RUJUK
PROF. DR. NOR AZIAH BINTI HAJI ALIAS Universiti Teknologi MARA (UiTM)

TURUT MEMBANTU
ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor
HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor
RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor
DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka
NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya
NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor
CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah
IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
ISI KANDUNGAN
RUKUN NEGARA ..................................................................................................... vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN .................................................................... ix
KATA ALU-ALUAN ..................................................................................................... xi
PRAKATA ................................................................................................................ xiii
PENGENALAN........................................................................................................... 1
MATLAMAT................................................................................................................ 2
OBJEKTIF .................................................................................................................. 2
DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN .................................................................... 3
PERANAN .................................................................................................................. 4
CIRI-CIRI.................................................................................................................... 6
ELEMEN YANG BOLEH DIADUN ............................................................................. 7
ASPEK PENTING YANG PERLU DIAMBIL KIRA ...................................................... 8
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN .................................................................... 9
PENTAKSIRAN ........................................................................................................ 10
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN .................................................................... 11
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL PUTARAN STESEN ............................................ 16
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL PUTARAN MAKMAL ........................................... 23
CONTOH PEMBELAJARAN TERADUN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN: MODEL KELAS BERBALIK .............................................. 25
RUMUSAN ............................................................................................................... 31
LAMPIRAN
Penggunaan Teknologi dalam Pembelajaran Teradun .................................... 32
Elemen Yang Boleh Diadun ............................................................................. 33
SOALAN LAZIM ....................................................................................................... 34
GLOSARI ................................................................................................................. 36
BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 37
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak;


mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan
yang kaya dan pelbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan


seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii
x
x
x
x
x
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
x
x
3. Kurikulum Kebangsaan
x
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan
yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan.
x
x
Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]

ix
“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi
aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam
dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK


2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif.
Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran
sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara
kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru.

Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan


pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang
berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan
kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti
yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini
mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut
kesesuaian sekolah masing-masing.

Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas


penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak
yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat
dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan
kurikulum kebangsaan di sekolah.

Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid


“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”
Prakata
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan


sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan
kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa
modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan
pelaksanaan kurikulum di sekolah.

Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan
penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza;
Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran
Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang
dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan
sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik
darjah.

Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan


pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah:
Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran
Akses Kendiri.

Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang
bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah
dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan
penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini.

Haji Azman bin Haji Adnan


Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum
di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub
dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum
Kokurikulum
Segala rancangan pendidikan
Apa-apa kegiatan yang
yang dikendalikan oleh
dirancang selain daripada
sesebuah sekolah atau institusi
proses PdP di dalam bilik darjah
pendidikan untuk mencapai
(kurikulum).
matlamat pendidikan.

Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek


kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar
bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.
xvi
PEMBELAJARAN
TERADUN
PENGENALAN 1

Pendidikan abad ke-21 menuntut perubahan dalam


kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
menghasilkan impak positif kepada kemenjadian
murid.

Murid disediakan untuk meneroka ilmu dan maklumat


baharu, mengaplikasi kemahiran dalam kehidupan
seharian serta bersedia untuk bersaing dengan trend
dunia digital terkini.

Pembelajaran teradun (Blended Learning) merupakan


pengintegrasian beberapa strategi PdP, mod
pembelajaran, lokasi, teknologi dan cara menilai
penguasaan murid yang pelbagai. Pengintegrasian ini
dapat melahirkan murid yang lebih aktif, dinamik dan
kreatif.

1
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
2 MATLAMAT & OBJEKTIF

Modul Pembelajaran Teradun disediakan


untuk memberi kefahaman kepada guru untuk
dilaksanakan secara berkesan dalam PdP.
Modul ini dibangunkan untuk menjawab APA,
MENGAPA dan BAGAIMANA pelaksanaan
pembelajaran teradun digunakan oleh guru
sebagai kaedah PdP berpusatkan murid.

Modul Pembelajaran Teradun membolehkan guru


dan murid mencapai objektif berikut:

• Menggunakan pelbagai strategi PdP yang


berpusatkan murid.
• Menggunakan teknologi untuk PdP yang interaktif,
dinamik dan menarik.
• Membolehkan penerokaan ilmu dan bahan yang
dipelajari dengan lebih mendalam dan berfokus.
• Membentuk sikap kepimpinan dan mengasah
minat untuk belajar serta saling bekerjasama
dalam kumpulan.
• Mengesan pencapaian kendiri melalui pelbagai
aktiviti dan gaya pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk belajar
dan mengulang kaji mengikut tempoh masa
pembelajaran dan kebolehan kendiri.

2
PEMBELAJARAN
TERADUN
DEFINISI PEMBELAJARAN TERADUN
3

Pelbagai takrifan yang diketengahkan oleh ahli


akademik dan penyelidik dalam menggambarkan
konsep pembelajaran teradun. Pendekatan ini
didefinisikan berdasarkan tiga konteks. Definisi
pertama, pembelajaran teradun merupakan
kombinasi di antara pembelajaran secara bersemuka
dengan dalam talian (online). Definisi kedua ialah
kombinasi di antara media dengan teknologi.
Contohnya pembelajaran tersebut dijalankan
sepenuhnya dalam talian dengan menggunakan
medium yang berbeza tanpa kelas secara bersemuka.
Definisi ketiga ialah kombinasi beberapa kaedah
PdP (Pete Sharma, 2010).

Sejajar dengan penyataan di atas, pembelajaran


teradun dapat diringkaskan sebagai amalan
PdP yang menggabungkan mod pengajaran
bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi
dalam talian. Pembelajaran teradun merupakan
pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan
murid mengawal sendiri kadar pembelajaran
dengan menggunakan pelbagai teknologi dalam
talian (Carman, 2005).

Berdasarkan konteks pendidikan di Malaysia,


KPM mendefinasikan Pembelajaran Teradun
sebagai pembelajaran berpusatkan murid yang
menggabungkan pelbagai strategi pengajaran
dan pembelajaran (PdP), sokongan teknologi
dan dilaksanakan di dalam serta di luar bilik
darjah.

3
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
4 PERANAN

Kejayaan pelaksanaan
pendekatan Pembelajaran
Teradun ini berkait rapat
PENTADBIR
dengan gabungan peranan
• Menyediakan akses pentadbir, guru, murid, ibu
kepada teknologi bapa dan komuniti seperti
seperti komputer,
peranti dan jaringan
keterangan yang berikut:
internet.

• Menyediakan ruang
perbincangan bagi
diskusi profesional
untuk meningkatkan
keupayaan guru. IBUBAPA

• Menyediakan • Membantu anak


peluang latihan jagaan mendapat
untuk guru. maklumat berkaitan
dengan sesi
• Memastikan garis pembelajaran
panduan dipatuhi. ataupun tugasan
yang diberikan
guru.

• Membantu anak
jagaan mengakses
DELIMa, TV
Pendidikan,
EduwebTV (koleksi
video) Cikgootube
dan lain-lain pautan
yang berkaitan.

4
PEMBELAJARAN
TERADUN
PERANAN 4

MURID
GURU
• Mengikuti jadual
pembelajaran yang
• Menyediakan telah ditetapkan
bahan dan oleh guru (tugasan
prasarana bersemuka dan
pembelajaran. online).
KOMUNITI
• Mengenali • Mengamalkan etika
pengalaman dan yang betul dalam
pengetahuan asas • Memberi bantuan
penggunaan media
murid. kepada sekolah
sosial.
dari segi material
• Mengenal pasti seperti bahan atau
• Mengikuti garis
tahap interaktiviti peralatan.
panduan yang telah
yang akan disediakan oleh
dilaksanakan. • Memberi sokongan
pihak sekolah.
dan perkhidmatan
• Menggunakan dalam bentuk
strategi penilaian idea, tenaga dan
yang sesuai. kemahiran.

• Mengadakan
refleksi pelaksanaan
pembelajaran
teradun.

• Mengadakan
perbincangan
dengan ibubapa/
penjaga untuk
menyokong
pembelajaran
murid.

5
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
5 CIRI-CIRI

Ciri-ciri untuk melaksanakan PdP


Pembelajaran Teradun adalah
seperti berikut:

6
PEMBELAJARAN
TERADUN
ELEMEN YANG BOLEH DIADUN 6

Elemen yang boleh diadun dalam PdP


Pembelajaran Teradun adalah strategi
dan pendekatan PdP, Teknologi dan
media. Senarai elemen yang boleh
diadun adalah seperti berikut:

7
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
7 ASPEK PENTING YANG PERLU
DIAMBIL KIRA

Selain daripada elemen yang


diadun dalam melaksanakan PdP
Pembelajaran Teradun, berikut
adalah beberapa aspek penting
yang perlu diambil kira:

8
PEMBELAJARAN
TERADUN
LANGKAH - LANGKAH 8
PELAKSANAAN

Bagi merancang PdP Pembelajaran Teradun guru


digalakkan mengikut langkah-langkah pelaksanaan
seperti dalam gambar rajah .Setiap langkah
memerlukan guru meneliti, memilih dan membuat
keputusan agar pelaksanaan Pembelajaran Teradun
mencapai objektif dan sasaran PdP.

9
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
9 PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan


secara berterusan bagi menentukan
tahap penguasaan murid sama
ada secara pemerhatian, lisan atau
penulisan berdasarkan perancangan
PdP oleh guru.

10
PEMBELAJARAN
TERADUN
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN 10

Model Pembelajaran Teradun (Blended


Learning Models) terdiri daripada pelbagai
bentuk. Berdasarkan kajian literatur, terdapat
empat model pembelajaran teradun. Model
tersebut ialah Model Putaran (Rotation
Model), Model Flex, Model A la Carte dan
Model Enriched-Virtual yang menepati
ciri-ciri pembelajaran teradun dan sesuai
dilaksanakan bagi yang memerlukan
kepelbagaian dalam kaedah PdP.

Sumber: Christenseninstitute.org

Rajah 1: Model Pembelajaran Teradun

11
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
10 MODEL PEMBELAJARAN TERADUN

MODEL PUTARAN
Modul PdP ini menekankan Model
Putaran sahaja berdasarkan kesesuaian
pelaksanaannya di sekolah. Contoh
Pembelajaran Teradun dalam PdP disediakan
berdasarkan kurikulum prasekolah, sekolah
rendah dan sekolah menengah untuk
memberi kefahaman yang jelas kepada
guru. Namun begitu, guru juga diberi
fleksibiliti menggunakan model-model lain.

Pelaksanaan
model ini melibatkan
pergerakan murid untuk pembelajaran dari
satu modaliti ke modaliti yang lain. Dalam
Model Putaran ini terdapat empat model di
bawahnya iaitu Putaran Stesen, Putaran
Makmal, Kelas Berbalik dan Putaran
Individu.
Walau bagaimanapun, hanya TIGA model
sahaja yang dipilih iaitu Putaran Stesen,
Kelas Berbalik dan Putaran Makmal mengikut
kesesuaian pelaksanaannya
di sekolah.

12
PEMBELAJARAN
TERADUN
MODEL PEMBELAJARAN TERADUN 10

a) PUTARAN STESEN

Dalam model ini, murid beredar melalui semua stesen yang


berbeza mengikut jadual yang tetap atau budi bicara guru
bagi mengikuti pembelajaran yang dirancang. Stesen putaran
ini dijalankan hanya dalam satu bilik darjah. Murid bergerak
dari stesen ke stesen melaksanakan tugasan yang berbeza,
mempelajari perkara baharu atau menyiapkan tugasan.
Putaran itu termasuk sekurang-kurangnya satu stesen untuk
pembelajaran dalam talian. Stesen lain mungkin termasuk
aktiviti dalam kumpulan kecil atau pengajaran kelas, projek
kumpulan, tunjuk ajar individu, dan tugasan pensil dan kertas.

Pembelajaran dalam talian Pembelajaran dengan guru

Pembantu Guru

Aktiviti secara kolaboratif


PETUNJUK

Sumber: https://www.blendedlearning.org/models Guru Pembantu Guru Murid

Rajah 2: Model Putaran Stesen

13
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
10 MODEL PEMBELAJARAN

b) PUTARAN MAKMAL

• Murid akan belajar dari satu lokasi ke lokasi dalam sekolah


secara putaran mengikut jadual yang ditetapkan oleh guru.

• Salah satu lokasi pembelajaran adalah di makmal komputer


bagi pembelajaran secara dalam talian.

• Model ini membolehkan penyediaan jadual yang fleksibel.

+ -
x =

Pembelajaran Pembelajaran
secara bersemuka secara bersemuka
(Matematik) (Bahasa)

Pembelajaran Pembelajaran
secara bersemuka di Makmal Matematik,
(Sains) Sains & Bahasa

PETUNJUK

Sumber: https://www.blendedlearning.org/models Guru Pembantu Guru Murid

Rajah 3: Model Putaran Makmal

14
PEMBELAJARAN
TERADUN
MODEL PEMBELAJARAN 10

c) KELAS BERBALIK

Pelaksanaan pembelajaran melibatkan dua situasi seperti


di bawah:

• Situasi pertama, murid berada di luar kelas atau di


rumah untuk mendapatkan maklumat pembelajaran
secara dalam talian sama ada melalui klip video atau
bacaan sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran yang
akan dilakukan di dalam kelas.

• Situasi kedua, murid melakukan aktiviti berasaskan


projek secara bersemuka bersama-sama dengan guru di
sekolah.

Pembelajaran Pembelajaran
secara dalam talian secara bersemuka

PETUNJUK

Sumber: https://www.blendedlearning.org/models Guru Murid

Rajah 4: Model Kelas Berbalik

15
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Bahasa Melayu Tahun 5

Komputer dan Internet

Stesen 1

Murid mencari maklumat dalam talian


berkaitan alam sekitar serta
kepentingannya.

Tajuk: Teknologi Hijau


Standard Pembelajaran: Stesen 2
1. Bertutur dan menghuraikan maklumat
tersurat dan tersirat yang dikenal pasti Guru menerangkan mengenai alam
dengan menggunakan idea yang kritis sekitar dengan merujuk beberapa bahan
dan kreatif. bacaan yang disediakan.
2. Membaca dan memahami maklumat
tersurat dan tersirat untuk memberikan Murid berbincang dan berkongsi
respons. maklumat.
3. Mendraf dan menghasilkan penulisan
berformat, dan tidak berformat.

Objektif Pembelajaran Stesen 3


Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Murid menghasilkan risalah/Power
Menyampaikan maklumat dan idea berkaitan Point/komik/lukisan untuk menyatakan
tajuk yang dibaca. maklumat mengenai kepentingan alam
Menghasilkan penulisan tidak berformat sekitar.
berkisar tentang alam sekitar. Pembentangan murid berdasarkan bahan
yang dihasilkan dalam kumpulan
masing-masing.
Pentaksiran
PETUNJUK
Hasil kerja murid (risalah/PowerPoint
/komik/lukisan)
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membincangkan tugasan secara lisan) Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif

16
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Bahasa Inggeris SJK Tahun 2

Computer and Internet

Station 1

Pupils listen to the song “The Old House”.


Pupils read the lyric of the song.

Title: The Old House


Learning Standard: Station 2
1. Understand the main idea of simple
sentences. Teacher explains about the song.
2. Understand specific information and Teacher gives task to the pupils by group.
details of simple sentences.

Learning Objectives
Station 3
At the end of the lesson pupils can:
State 4 main ideas of simple sentences. Pupils work and discuss in group.
State 4 specific information and details of Pupils complete worksheets.
simple sentences. Quiz Kahoot.

Assessment

Worksheet
Kahoot

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif 17


MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


Tingkatan 1

Komputer dan Internet

Stesen 1

Murid meneroka permainan sepak raga


ratus dengan melayari internet dan
menonton video sepak raga ratus.

Tajuk: Sepak Raga Ratus


Stesen 2
Standard Pembelajaran:
1. Melakukan kemahiran permainan tradisional
sepak raga ratus. Guru memberi penerangan dan murid
2. Mengenal pasti cara mengawal bola untuk berbincang dalam kumpulan kecil
mendapatkan bilangan terbanyak sepak berdasarkan info yang didapati dari
raga ratus. tontonan video dan carian di Internet.
3. Bekerjasama menyelesaikan masalah yang
berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal dan
bersepakat dalam membuat penyelesaian.
Stesen 3
Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Murid bermain permainan sepak raga
ratus antara kumpulan.
Bermain sepak raga ratus.
Menjelaskan dan menggunakan strategi
mengawal bola. Murid menggunakan strategi yang telah
Bekerjasama menyelesaikan masalah. dirancang semasa bermain antara
kumpulan.

Pentaksiran
PETUNJUK
Lembaran kerja (jadual/latihan)
Pentaksiran Rakan Sebaya (pembentangan
dalam bilik darjah)
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif

murid membentangkan dan membincangkan


soalan secara lisan)

18
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Pendidikan Khas Prasekolah


(Masalah Pembelajaran)

Pentaksiran

Hasil kerja murid – Buku Skrap, Buku Aktiviti


dan Borang senarai Semak Bergambar.
Kaedah: Pemerhatian. Bertulis dan Lisan.

Komputer dan Internet


Tajuk: Deria Saya
BM Stesen 1
1. Mendengar dan memberi respons kepada
arahan mudah secara gerak laku dan lisan.
2. Mendengar, memahami dan memberi respons Murid mencari gambar berkaitan deria
secara gerak laku dan lisan. dan fungsi deria manusia di Internet
3. Menunjukkan respons secara gerak laku dan lisan. dengan bimbingan guru.
Murid menggunakan perisian pembelajaran
KD
1. Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan berkaitan deria dalam talian dengan
dengan orang lain. bimbingan guru.

SA Stesen 2
1. Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni.
2. Mengenal pasti anggota badan.
Penerangan guru mengenai tajuk dan
PETUNJUK pengkongsian murid terhadap maklumat
yang diperolehi melalui bacaan dan
BM - Bahasa Melayu pencarian dalam talian.
KD - Ketrampilan Diri
SA - Sains Awal Murid melihat replika anggota manusia
yang dipamerkan.

Stesen 3
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Murid menghasilkan buku skrap
mengenai deria.
Mengenal anggota badan dan lima fungsi
Pembentangan murid berdasarkan bahan
deria manusia.
yang dihasilkan.
Menyatakan secara berpandu tentang lima
deria masing-masing.

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


19
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Pendidikan Khas Tahun 2: Kemahiran Asas Individu


Ketidakupayaan Penglihatan (Kaikup)

Komputer dan Internet

Stesen 1

Murid dipertontonkan video dan


mendengar lagu ʻAnggota Badan Sayaʼ.
Murid memadankan fungsi anggota
badan dan kaitannya dengan kehidupan
seharian berdasarkan aktiviti dalam
Tajuk: Anggota Badan dan Deria Saya talian.
Standard Pembelajaran:
1. Mengenal anggota badan manusia.
2. Memerihalkan fungsi anggota badan Stesen 2
serta rangsangan deria.
Guru menerangkan mengenai alam
Objektif Pembelajaran sekitar dengan merujuk beberapa bahan
bacaan yang disediakan.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Murid berbincang dan berkongsi
maklumat.
Menyebut fungsi anggota badan yang utama
dengan betul.
Menyebut perkaitan rangsangan deria dengan
kehidupan seharian. Stesen 3
Merakamkan video bahagian anggota badan.
Murid menghasilkan risalah/Power
Point/komik/lukisan untuk menyatakan
Pentaksiran maklumat mengenai kepentingan alam
sekitar.
Penghasilan video Pembentangan murid berdasarkan bahan
Pembentangan hasil kerja yang dihasilkan dalam kumpulan
masing-masing.

PETUNJUK

20
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Bahasa Perancis Tingkatan 3

Komputer dan Internet

Stesen 1

Murid menonton sorotan filem Harry


Potter bertajuk ʻThe Sorting Ceremonyʼ
dan membuat catatan.
Murid menonton sorotan filem yang sama
Tajuk: Cerita Dongeng Fantasi - Harry Potter
dalam versi Bahasa Perancis dan
Standard Pembelajaran: menjawab soalan dalam Google Forms
1. Mendapatkan maklumat utama dalam yang diberi.
dokumen terkini.
2. Menceritakan perkara yang telah berlaku
2. Meminta dan memberikan maklumat
peribadi. Stesen 2

Objektif Pembelajaran: Penerangan guru tentang kandungan PdP


serta perbincangan murid dalam kumpu-
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
lan untuk tugasan ringkasan watak.
Menjawab 10 soalan dengan betul.
Membuat tiga ringkasan watak dengan tepat.

Stesen 3

Pentaksiran: Murid berbincang dalam kumpulan untuk


menyediakan ringkasan watak dan
Pembentangan slaid membuat pembentangan hasil kerja
Soal jawab semasa perbincangan tugasan melalui PowerPoint.
Jawapan murid di Google Forms.

PETUNJUK

21
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN STESEN

Bahasa Perancis Tingkatan 4

Komputer dan Internet

Stesen 1

Murid menonton video dalam Bahasa


Inggeris bertajuk ʻCinderellaʼ. Murid
memahami dan membuat catatan
berdasarkan kefahaman mereka.

Tajuk: Cinderella
Standard Pembelajaran:
1. Memberi respons kepada arahan dan Stesen 2
panduan.
2. Meminta pengulangan kerana kenyataan Guru memberi penerangan dan murid
tidak jelas. berbincang dalam kumpulan kecil untuk
3. Menulis mengenai aspek kehidupan membuat sinopsis cerita dalam versi
seharian
Bahasa Perancis. Hasil kerja
dibentangkan dalam bentuk PowerPoint.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menghasilkan satu sinopsis dengan Stesen 3
menggunakan passé composé.
Melakon semula versi mereka sendiri dalam Murid berbincang dalam kumpulan kecil
bentuk video pendek. untuk menghasilkan satu cerita
berdasarkan cerita Cinderella dengan
versi mereka sendiri.
Murid menghasilkan dialog
Pentaksiran dan membuat rakaman video untuk versi
cerita mereka.
Pembentangan PowerPoint
Penghasilan dialog dan video

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


22
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN MAKMAL

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5

Lokasi: Padang

Tugasan 1

Murid melakukan asas pergerakan


berlari.
Murid berlari dan melakukan pertukaran
baton dalam zon pertukaran.
Tajuk: Asas Berlari
Standard Pembelajaran: Tugasan 2
1. Berlari dan melakukan pertukaran baton Permainan tukar baton.
dalam zon pertukaran.
2. Mengenal pasti tempat penerima baton
mula berlari bagi menerima baton di zon
pertukaran. Lokasi: Makmal Komputer
3. Berkomunikasi antara rakan, guru dan
ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.
Tugasan 3
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid menonton video acara lari
berganti-ganti.
Murid berlari dan melakukan pertukaran
Murid diminta meneliti dan menjelaskan
baton dalam zon pertukaran.
zon pertukaran baton.
Murid dapat menjelaskan tempat penerima
baton mula berlari bagi menerima baton di
Lokasi: Padang
zon pertukaran.
Murid dapat berkomunikasi antara rakan,
guru dan ahli kumpulan semasa melakukan
aktiviti.
Pertandingan mini relay 50m x 4.
Sesi soal jawab: Murid perlu menjelaskan
Pentaksiran
tempat penerima baton mula berlari bagi
menerima baton di zon pertukaran.
Pentaksiran Rakan Sebaya (borang penilaian
pertukaran baton) Lokasi: Rumah
Lembaran kerja - Google Forms (lakaran zon Tugasan 4
pertukaran baton) Murid juga diberi soalan pengayaan
Rekod Berterusan (Pemerhatian dan soal dalam bentuk lembaran kerja - Google
jawab lisan) Forms.

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


23
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL PUTARAN MAKMAL

Fizik Tingkatan 5

Lokasi: Makmal Sains

Stesen 1
Melaksanakan Eksperimen
Penerangan dari guru tentang langkah
melaksanakan eksperimen.
Murid melaksanakan eksperimen dan
menyediakan pelaporan eksperimen
Murid berbincang dalam kumpulan kecil
Tajuk: Prinsip Archimedes tentang dapatan daripada eksperimen
Standard Pembelajaran: dan membuat pembentangan melalui
1. Memerihalkan perkaitan antara daya kaedah Gallery Walk.
apungan dengan perbezaan tekanan cecair Murid dan guru membuat maklumbalas.
pada aras kedalaman yang berbeza bagi
objek yang terendam.
2. Mengaitkan keseimbangan daya dengan
keadaan keapungan suatu objek dalam Lokasi: Makmal Komputer
bendalir.

Objektif Pembelajaran Stesen 2


Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid mencari maklumat tentang Prinsip
Menentukan hubungan di antara daya Archimedes dalam internet.
apungan F dengan isipadu cecair yang Murid menonton video tentang Prinsip
tersesar V dengan menjalankan eksperimen. Archimedes melalui sumber Youtube,
Nearpod atau Khanacademy.org dan
membuat catatan dalam buku nota.
Pentaksiran

Pembentangan dapatan eksperimen


Pelaporan eksperimen
Jawapan murid di Google Forms (Latihan
pengukuhan)

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


24
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL KELAS BERBALIK

Sejarah Tahun 4

Komputer dan Internet

Lokasi: Luar Bilik Darjah

Tugasan 1

Murid mencari maklumat asas berkaitan


sekolah iaitu nama dan alamat sekolah
serta kepentingan sekolah.
Tajuk: Mari Belajar Sejarah
Standard Pembelajaran:
1. Menyatakan nama dan alamat sekolah. Lokasi: Dalam Bilik Darjah
2. Menerangkan kepentingan tanggungjawab
murid terhadap sekolah.
Tugasan 2
Objektif Pembelajaran
Murid berbincang dalam kumpulan
Pada akhir pembelajaran murid dapat: dengan sokongan bahan bantu mengajar.
Menyatakan nama dan alamat sekolah.
Menghuraikan tiga kepentingan sekolah
sebagai sebagai sebuah institusi yang Tugasan 3
membina masyarakat dan negara.
Murid menghasilkan (brosur/PowerPoint
/komik/lukisan) untuk menyatakan
Pentaksiran maklumat asas sekolah dan menghuraikan
kepentingan sekolah sebagai sebuah
Hasil kerja murid (brosur/PowerPoint/komik institusi yang membina masyarakat dan
/lukisan) negara.
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membincangkan tugasan secara lisan)

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


25
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL KELAS BERBALIK

Sejarah Tingkatan 1

Komputer dan Internet

Lokasi: Luar Bilik Darjah

Tugasan 1

Murid mencari maklumat tentang penger-


tian sejarah secara umum dan mengikut
pandangan sejarawan secara dalam
talian/di pusat sumber.
Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah
Standard Pembelajaran:
1. Menyatakan pengertian sejarah secara umum. Lokasi: Dalam Bilik Darjah
2. Menjelaskan pengertian sejarah mengikut
pandangan sejarawan seperti Herodotus,
E.H Carr, Ibn Khaldun, dan Mohd.Yusuf
Ibrahim.
3. Menerangkan kepentingan mengaplikasikan Tugasan 2
ilmu Sejarah dalam kehidupan.
Murid akan dibahagikan kepada empat
Objektif Pembelajaran kumpulan iaitu Herodotus, E.H Carr, Ibn
Khaldun dan Mohd. Yusuf Ibrahim. Murid
Pada akhir pembelajaran murid dapat: akan berbincang tentang skrip untuk main
Menyatakan pengertian sejarah secara umum. peranan/lakonan pengertian sejarah
Menjelaskan pengertian sejarah mengikut mengikut pandangan sejarawan.
pandangan sejarawan seperti Herodotus, E.H
Carr, Ibn Khaldun dan Mohd. Yusuf Ibrahim.
Menerangkan tiga kepentingan Tugasan 3
mengaplikasikan ilmu Sejarah dalam
kehidupan. Murid akan menyampaikan pandangan
sejarawan dalam bentuk main peranan/
lakonan dengan menerangkan kepentingan
Pentaksiran mengaplikasikan ilmu Sejarah dalam
kehidupan.
Rekod Berterusan
Pentaksiran guru semasa murid PETUNJUK
membincangkan tugasan secara lisan
dan melalui aktiviti main peranan/lakonan

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif

26
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL KELAS BERBALIK

Pendidikan Moral Tingkatan 1

Komputer dan Internet

Tugasan 1

Murid membaca maklumat tentang hak


asasi kanak-kanak (perkara 1 hingga
perkara 10) menerusi link yang disertakan
oleh guru:
http://www.suhakam.org.my/
wp-content/uploads/2013/11/Kon-Hak
-
Tema: Moral, peraturan dan undang-undang
Kanak22005.pdf atau dalam bentuk Pdf
Standard Pembelajaran:
dalam kumpulan Whatsapp/Telegram.
1. Menyenaraikan hak asasi kanak-kanak.
2. Menceritakan perasaan apabila hak
kanak-kanak dilindungi oleh pelbagai
Tugasan 2
pihak tanpa mengira kaum.
3. Mengambil tindakan melindungi hak
Murid menjawab soalan dalam Google
kanak-kanak tanpa mengira kaum.
Forms berdasarkan bahan yang dibaca.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat: Tugasan 3
Menyenaraikan tiga hak asasi kanak-kanak
Murid akan berbincang dalam kumpulan
Menjelaskan perasaan apabila hak
tentang hak asasi kanak-kanak,
kanak-kanak dilindungi oleh pelbagai pihak
kepentingan melindungi kanak-kanak dan
tanpa mengira kaum.
tindakan pihak berkuasa dalam melindungi
Mengambil tindakan supaya hak asasi
hak asasi kanak-kanak.
kanak-kanak terpelihara dalam kehidupan
seharian.
Tugasan 4

Pentaksiran Murid akan membentangkan hasil kerja


melalui Gallery Walk di dalam bilik
Kuiz (Google Forms) darjah.
Pentaksiran Rakan Sebaya (pembentangan
dalam bilik darjah)
PETUNJUK
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membentangkan dan membincangkan
soalan secara lisan)
Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif

27
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL KELAS BERBALIK

Pendidikan Moral Tahun 2

Komputer dan Internet

Tugasan 1

Murid diminta menyediakan jadual


tugasan harian keluarga secara adil
mengikut kreativiti masing-masing.
Murid menghantar tugasan melalui
Tema: Saya dan Keluarga DELIMa.
Standard Pembelajaran:
1. Menyenaraikan sikap adil terhadap keluarga.
2. Menceritakan perasaan bersikap adil
terhadap keluarga. Tugasan 2
3. Mengamalkan sikap adil terhadap keluarga
Murid membentangkan jadual tugasan
harian keluarga di dalam kelas.
Objektif Pembelajaran Guru menilai pembentangan murid
Murid membuat latihan dengan bimbingan
Pada akhir pembelajaran murid dapat: guru.
Menyenaraikan tiga sikap adil terhadap
keluarga.
Menceritakan perasaan bersikap adil
terhadap keluarga.
Menunjukkan sikap adil terhadap keluarga.

Pentaksiran

Lembaran kerja (jadual/latihan)


Pembentangan hasil kerja murid

PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


28
PEMBELAJARAN
TERADUN
CONTOH PEMBELAJARAN 11
TERADUN DALAM PdP

MODEL KELAS BERBALIK

Reka Bentuk Teknologi Tahun 4

Komputer dan Internet

Lokasi: Luar bilik darjah

Tugasan 1

Murid mencari maklumat tentang


Pseudokod dan Carta Alir Pengaturcaraan
dalam Internet.

Tajuk: Reka Bentuk dan Pengaturcaraan Tugasan 2


Standard Pembelajaran:
1. Menulis pseudokod dan melukis carta Murid menonton video tentang Pseudokod
alir struktur kawalan jujukan dalam dan Carta Alir Pengaturcaraan melalui
situasi ringkas. sumber Youtube atau Khanacademy.org
dan membuat catatan dalam buku nota.
Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid dapat: Lokasi: Dalam bilik darjah

Menulis pseudokod
Melukis satu carta alir struktur kawalan Tugasan 3
jujukan dalam situasi ringkas.
Murid mendengar penerangan guru
tentang Pseudokod dan Carta Alir
Murid melakar contoh Pseudokod dan
Pentaksiran: Carta Alir dengan menggunakan MS
PowerPoint atau MS Word.
Pembentangan hasil kerja oleh murid
Jawapan murid di Google Form (Latihan Tugasan 4
pengukuhan)
Murid berbincang bersama guru tentang
contoh-contoh Pseudokod dan Carta Alir
daripada setiap kumpulan.
Murid dan guru membuat maklum balas.
PETUNJUK

Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif


29
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
11 CONTOH PEMBELAJARAN
TERADUN DALAM PdP

MODEL KELAS BERBALIK

Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4

Komputer dan Internet

Lokasi: Luar bilik darjah

Tugasan 1

Murid menonton video berkaitan hidupan


laut.
Murid membuat catatan berkaitan video
yang ditonton.

Tajuk: Puisi Moden


Standard Pembelajaran: Lokasi: Dalam Bilik Darjah
1. Mengenali dan memahami puisi moden (sajak)
i) Mengkaji bentuk
ii) Membaca, memahami dan menerangkan Tugasan 2
maksud.
iii) Membaca, memahami dan menerangkan Perbincangan murid dan guru tentang
tema dan persoalan.
maksud puisi alam sekitar.
iv) Menganalisis gaya bahasa
v) Menganalisis nada
Perbincangan dan penerangan diteruskan
vi) Membincangkan nilai kepada bentuk puisi.
vii) Menghuraikan pengajaran
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu Tugasan 3
karya asli yang menepati ciri-ciri penulisan puisi.
Murid akan menghasilkan slaid
pembentangan tentang isu pencemaran
Objektif Pembelajaran
hidupan laut.
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Memahami dan menerangkan maksud puisi. Tugasan 4
Mengkaji bentuk puisi. Murid menghasilkan sebuah puisi tentang
Menghasilkan satu karya asli. hidupan laut dan mendeklamasikan puisi
tersebut dalam bentuk video.
Seterusnya murid menghasilkan sebuah
Pentaksiran puisi tentang hidupan laut.

Hasil kerja murid (mentafsir maksud puisi PETUNJUK


dan menghasilkan puisi)
Rekod Berterusan (Pentaksiran guru semasa
murid membincangkan tugasan secara lisan)
– pemerhatian dan pembentangan Bersemuka Teknologi Pentaksiran Kolaboratif

30
PEMBELAJARAN
TERADUN
RUMUSAN 12

Pembelajaran teradun adalah

pendekatan PdP yang memberi

peluang kepada guru meneroka pelbagai


strategi, mod, lokasi, teknologi dan penguasaan

murid supaya pembelajaran lebih menarik dan

menyeronokkan. Murid juga boleh menentukan

cara belajar dan boleh menggunakan pelbagai

sumber teknologi dalam dan luar talian dengan

sokongan guru. Murid juga berpeluang meneroka

pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui

pengalaman pembelajaran mengikut cara sendiri.

31
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
13 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

32
PEMBELAJARAN
TERADUN
LAMPIRAN 13

LAMPIRAN 2

ELEMEN YANG BOLEH DIADUN


Teknologi

Teknologi Teknologi Teknologi Teknologi Teknologi Teknologi


berasaskan
Mudah Komputer Internet Mudah Alih Penyiaran Inovatif

Bahan Perisisan Aplikasi TV Kecerdasan


bercetak penyampaian Web 2.0 buatan (AI)
(contoh – Video Radio
Model PowerPoint) Portal Realiti Maya
Media sosial Podcast
Gambar/ Video Sistem Augmented
grafik Pengurusan Reality
Perisisan Pembelajaran
Audio Pembelajaran (contoh – Hologram
Permainan DELIMa)
Internet of
Laman Things (IOT)
sesawang

Tele-sidang

33
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
14 SOALAN LAZIM

Mestikah saya
menggunakan pelantar
dalam talian untuk
pembelajaran teradun?

Model Pembelajaran
Teradun mana yang harus
saya gunakan?
Tidak semestinya.

Pembelajaran melalui pelantar


dalam talian adalah salah satu Guru boleh memformulasikan
mod yang boleh digunakan. mana-mana model
Tidak semua sekolah atau murid Pembelajaran Teradun
mempunyai akses kepada Internet. yang sesuai dengan latar
belakang murid, topik atau
mata pelajaran, teknologi,
akses Internet dan masa yang
hendak digunakan.

34
PEMBELAJARAN
TERADUN
SOALAN LAZIM 14

Bagaimanakah elemen
kolaborasi dengan komuniti
dimasukkan dalam
Pembelajaran Teradun?

Kolaborasi dengan komuniti boleh berlaku


apabila guru mengadun pembelajaran dalam
bilik darjah dan lokasi yang lain. Komuniti
boleh menyokong sesi pembelajaran yang
melibatkan kemahiran atau kajian masyarakat
dan budaya.
Guru boleh berkolaborasi dengan ahli komuniti
untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran.

35
MODUL
PEMBELAJARAN
TERADUN
15 GLOSARI

akses proses atau cara untuk mencapai sesuatu data

elemen
sesuatu yang menjadi sebahagian dalam sesuatu perkara

Flex
luwes

Flipped berbalik atau didahulukan pembelajaran kendiri atau berkumpulan di luar


bilik darjah sebelum sesi pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah
Pembelajaran
hibrid merujuk kepada gabungan dua pendekatan iaitu secara bersemuka dan
dalam talian
high tech
teknologi tinggi

low tech
teknologi rendah

interaktiviti
proses komunikasi yang berlaku antara manusia dan perisian komputer

kaedah
cara atau peraturan membuat sesuatu

kolaboratif
kerjasama antara dua pihak atau lebih

media
alat atau perantara komunikasi

mod
salah satu pilihan atau kaedah

strategi
rancangan yang teratur yang mempertimbangkan pelbagai faktor

modaliti modaliti dalam pembelajaran ialah saluran atau laluan deria di mana
individu memberi, menerima dan menyimpan maklumat. Persepsi, ingatan,
dan sensasi terdiri daripada konsep modaliti. Modaliti atau deria termasuk
visual, pendengaran, sentuhan/kinestetik, bau dan rasa
model
sesuatu yang boleh dijadikan contoh
stesen
pembelajaran aktiviti/modaliti pembelajaran

teknologi
alat, peranti, platform, teknik teknologi yang digunakan dalam PdP

teradun
gabungan atau kombinasi pelbagai teknologi, media dan kaedah

36
PEMBELAJARAN
TERADUN
BIBLIOGRAFI 16

37
Semua bahan berkaitan Siri BSBPK 2022 boleh diakses melalui
SumberKU di portal DELIMa seperti pautan dan kod QR berikut:

https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/bsbpk/home

You might also like