You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF INTERNSHIP 2013

JURNAL MINGGUAN

MINGGU INTERNSHIP

KETIGA

TARIKH PERISTIWA/ KEJADIAN

15 JULAI 2013 HINGGA 19 JULAI 2013

TAJUK JURNAL

PELAKSANAAN PROJEK KEDUA

ISU/ KEPRIHATINAN
Semasa di awal minggu ketiga, saya berasa risau kerana hanya satu projek yang berjalan. Sedangkan masa bergerak pantas meninggalkan kami. Pada pertengahan minggu ketiga, kami berpeluang menjalankan projek kedua iaitu aktiviti memasak bubur lambuk. Aktiviti ini telah diadakan pada hari khamis bersamaan 18 Julai 2013. Projek ini merupakan kesinambungan daripada program ihya ramadhan yang dirancang. Kami berjaya mendapat kerjasama dari Ustaz Amri sebagai ketua memasak. Namun, terdapat sedikit masalah apabila Ustaz Amri tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti ini kerana mempunyai 3 kelas. Kami tidak mengetahui bahawa kami perlu memohon penggantian kelas untuk Ustaz Amri. Ketika kami kebuntuan, Cikgu Zuraidah mencadangkan supaya Ustaz Amri memberi arahan kepada kami tentang apa yang perlu dilakukan. Sekiranya ada masalah, kami akan berhubung dengan Ustaz Amri melalui telefon.

ANALISIS
Apabila masalah tersebut timbul, barulah saya mengetahui prosedur di sekolah. Seseorang guru tidak boleh meninggalkan kelas atas urusan lain walaupun urusan tersebut di sekolah. Mereka perlu mendapatkan guru ganti sepanjang ketiadaannya. Hal ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di kelas.

JURNAL REFLEKTIF INTERNSHIP 2013

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Memahami prosedur menjalankan aktiviti di sekolah seperti kertas kerja dan lain-lain Mempelajari prosedur dan peraturan keluar-masuk guru ke kelas atau urusan rasmi Menjalankan perancangan projek dengan melaksanakan mengikut jawatankuasa yang telah ditentukan terlebih dahulu dalam membahagikan tugasan, penyediaan barang, pembentang dan perjalanan aktiviti secara sistematik

TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah sentiasa mengemaskini tugasan yang dirancang dan telah dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya pertembungan ataupun perkaraperkara yang tertinggal. Selain itu, sentiasa berkerjasama dengan mentor dan tidak berat mulut untuk mendapatkan kepastian dari segi idea, maklumat ataupun tugasan yang dipikul. Malahan tugasan yang dilaksanakan perlu dengan usaha sebanyak 100% supaya keikhlasan dan kesungguhan yang diberikan dapat memberi makna dan bermanfaat kepada guru-guru dan murid-murid PPKI.

Disemak Oleh Mentor

Tandangan Nama Tarikh

: : :

You might also like