Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Lari berganti – ganti merupakan acara berpasukan dalam olahraga. Ia terdiri daripada acara
wanita dan lelaki. Kali pertama ia diadakan pada akhir abad ke 19 di Amerika Syarikat oleh 2
peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Lausset Geyelin. Mereka
memulakan larian untuk jarak metric dengan 1 pasukan terdiri daripada 4 orang pelari.
Seorang pelari akan berlari sejauh ( 402.34 samaan suku batu ). Dengan membawa baton
untuk diterima oleh rakannya. Pelari kedua, ketiga dan keempat berlari pada jarak yang
sama. 2 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun 1983 itu. Pada 1895 pula, “
Pennyylvania Relay Carnival ” diadakan, yang merupakan acara tahunan di Amerika
Syarikat. Matlamat acara lari berganti – ganti ialah berlari sambil membawa baton dari
seorang pelari sehingga semua pelari mendapat giliran masing – masing. Pelari akhir akan
membawa baton sehingga ke garisan penamat. Persefahaman amat penting dalam acara
ini, memberi dan menerima baton dianggap perkara yang penting bagi menentukan
kejayaaan. Acara ini juga merupakan acara larian pecut.
PEMILIHAN PELARI
Ujian khas perlu diadakan bagi menentukan kelayakan pelari sebagaimana yang dilakukan
oleh sesebuah pasukan negeri atau negara. Acara saringan boleh diadakan untuk menguji.
Golongan Pelari yang melakukan masa paling pantas boleh dipilih untuk menyertai acara ini.
D ) Pelari Keempat
i. Biasanya pelari terpantas pasukan diletakkan sebagai pelari terakhir atau
“ achorman ” kerana pelari ini akan membawa baton sehingga melepasi garisan
penamat.
ii. Berkeupayaan berlari pantas di lorong yang lurus serta mempunyai “finishing”
yang baik.
E ) Pelari Simpanan
Ini penting sebagai persediaan jika berlaku kecemasan atau sesuatu yang tidak diduga
kepada salah seorang pelari atau sekiranya prestasi yang ditunjukkan oleh pelari utama
merosot. Ia juga merupakan strategi perlumbaan bagi pasukan yang telah biasa.
PANDUAN LARIAN
i. Jarak Larian
Umum mungkin menggangap jarak yang dilakukan oleh pelari adalah sama. Hakikatnya
adalah berbeza – beza. Jika pertukaran baton dilakukan selepas atau diluar zon
pertengahan pertukaran baton, setiap pelari berlari pada jarak berikut :
2 cara atau teknik yang digunakan dan dianggap paling selesa dan sesuai ialah :
i ) Pelari yang akan menerima baton hendaklah dengan pantas menoleh ke belakang
arah pelari yang membawa baton. Sambil berlari , penerima hendaklah menghulur
tangan ke belakang secara lurus.
ii ) tangan pelari yang akan menerima baton hendaklah menghala ke atas dalam
kedudukan terbuka.
iii )Pelari yang akan memberi baton akan menggenggam baton di antara ibu jari
dengan jari – jarinya yang sebelah lagi.
iv )Pelari yang memberi baton menurunkan baton lalu lalu meletakkan baton pada
tapak tangan pelari yang menerima. Baton tidak boleh terus dilepaskan tetapi
penerima hendaklah mengenggam baton.
v ) Penerima hendaklah menarik baton daripada pemberi , berpaling ke hadapan lalu
meneruskan larian.
v ) Perlakuan yang sama hendaklah dilakukan kepada pelari seterusnya.
ZON PERTUKARAN BATON
Setiap pelari akan berlari dalam lorong-lorong diatas belapan bulat berukuran 400
meter yang mengandungi lapan lorong.Pelari pertama dalam setiap pasukan memulakan
perlumbaan daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan
yang diatur secara berganjak.Dia berlari diselekoh dan menghantar baton kepada pelari
kedua dalam pasukannya . Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga
dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan.
Pada tanda 100 meter , 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter ditandakan
tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang . baton mestilah
bertukar tangan diantara dua pelari didalam zon tersebut
Satu tanda lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter di
belakang zon penukaran baton.Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari
dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon pertukaran baton.
Genggaman
Ansur maju
1.Genggaman bebas
Ansur majU
Butiran mengajar
i) letakkan kaki yang tidak dominan di hadapan
ii) kaki yang dominan letakan di belakang
iii) lakukan (i) dan (ii) seperti aktiviti di 2 (a).
iv) Bengkokkan lutut , bwa berat badan kehadapan
v) Lutut selri dengan hujung jari kaki di hadapan
vi) Jarak lutut dan kaki dihadapan ialah satu tapak tangan
vii) Tangan di buka seluas bahu
viii) Buka jari dan mencecah bumi
ix) Genggam baton tanpa menyentuh tanah
x) Kepala relek , mata tumpu ke satu titik sejarak satu meter kehadapan
c) Gaya sedia.
Butiran mengajar:
i) Kepala menunduk angkat punggung
ii) Kedua-dua tangan lurus dan masih seluas bahu
iii) Pinggang dan punggung lebih tinggi dripada paras kepala dan bahu
iv) Sudut lutut di kaki hadapan dalam 90 darjah
v) Sudut lutut dikaki belakang dalam 100 darjah
vi) Tangan sebagai sokongan
Butiran mengajar :
i) Kedudukan lutut kaki di hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras bumi , lutut
kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras bumi.
ii) Pinggang lebih tinggi dari bahu
iii) Bahu lebih tinggi daripada kepala
iv) Tangan diluruskan
v) Kepala masih kedudukan seperti dalam aktiviti ke garisan
vi) Tekan kedua-dua kaki dengan kuat pada blok permulaan
vii) Kedudukan mata sama seperti dalam kedudukan ke garisan
Rajah 20 : Kedudukan sedia dengan blok
d) Kedudukan berlepas
Butiran mengajar:
i) Tolak blok permulaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki
ii) Bergerak lurus ke hadapan
iii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan
iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan
v) Jarak langkah pertama secara sederhana
Butiran mengajar :
i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan disisi badan
ii) Hayun tangan ,jari-jari tangan tidak menyentuh lantai
iii) Badan condong kehadapan
iv) Bawa siku jauh ke belakang
Rajah 22 : Aktiviti menghayun tangan
d) Kedudukan berlepas
Butiran mengajar:
i) Tolak blok permukaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki
ii) Bergerak lurus ke hadapan
iii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan.
iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu perlepasan
v) Jarak langkah pertama secara sederhana
Lari Skip
Butiran Mengajar :
i) Melonjak dengan bebola kaki dibelakang , jangkau menggunakan kaki di
hadapan sejauh mungkin
ii) Lutut kaki dibelakang dikuncikan semasa melonjak ,lutut kaki dihadapan
diangkat setinggi boleh
iii) Kuatkan hayunan tangan semasa melonjak .
Peringatan:
1. Lakukan beberapa kali dan ubah kedudukan B sebagai penerima dan A
sebagai penghantar
1. Bagi aktiviti menghantar dan menerima tanpa baton secara dinamik
a) Ulang butir-butir mengajar di atas
b) Satu kumpulan empat orang.
d) Pelari pertama dan ketiga mengunakan tangan kanan manakala
Pelari kedua dan keempat menggunakan tangan kiri
e) Berlari perlahan-lahan, setiap pelari akan bergilir-gilir memukul
Tapak tangan pelari di hadapannya
f) Pelari pertama akan memukul tangan pelari kedua , kemudian
Pelari pertama akan berlari ke hadapan pelari keempat
g) Seterusnya pelari kedua memukul tapak tangan pelari ketiga dan
pelari kedua akan berlari kehadapan pelari pertama tadi.
h) Lakukan aktiviti itu berulang-ulang sehingga tamat dalam jarak 20
meter.
Butiran mengajar :
i) Berjalan sedekat mungkin dengan garisan dalam lorong yang
digunakan.
ii) Hayun tangan kanan laju ,manakala tangan kiri di hayun dengan
perlahan
iii) Panjangkan langkah kanan ,pendekkan langkah kaki kiri
iv) Angkat lutut setinggi yang boleh
v) Condongkan badan
vi) Mata pandang 3 hingga 5 meter kehadapan.
Peringatan:
1. Ulang aktiviti di atas beberapa kali
2 Aktiviti-aktiviti lain:
a) berlari pecut (20 hingga 30 meter)
i) Ulang butir-buir diatas (1)
ii) Lakukan beberapa kali.
Peringatan:
2. Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran.
a) Setiap pelari yang menunggu baton ,perlu mengukur jarak dengan
tapak kaki masing-masing
b) Setiap jarak yang dilakukan semasa menunggu adalah berbeza bagi
setiap pelari mengikut kepantasan masing-masing.
c) Jarak yang di buat lebih kurang 13 hingga 25 tapak
d) Lakukan aktiviti ini sehingga pertukaran di dalam zon dilakukan
dengan lancar dan pantas.
e) Pelari yang menerima baton haruslah bersedia dan memecut apabila
pelari yang dating sampai ke tempat yang di tandakan.
Di atas adalah beberapa aktiviti dalam acara lari berganti-ganti 4X 100 meter.Setiap
aktiviti telah dicadangkan beberapa langkah-langkah ansur-maju dengan butir-butir
mengajar supaya dapat membantu atlit terlibat menguasai kemahiran-kemahiran
dalam acara tersebut.