You are on page 1of 2

JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BAHASA MELAYU,

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK,

JALAN SEMARAK A1,

70400, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN.

_________________________________________________________________________
_
”1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Rujukan Kami:SKTS:
Tarikh : 13 APRIL 2020

Kepada,

GURU BESAR,

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK,

JALAN SEMARAK A1,

70400, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN.

Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK.
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Persatuan Bahasa Melayu akan diwujudkan
pada 13 April 2020 bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan warga
SK Taman Semarak ini.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja dengan penuh harapan
memohon sudilah apa kiranya tuan membenarkan penubuhan Persatuan Bahasa Melayu
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):
P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.
4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan,
senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan
kepada permohonan ini.
5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
__ _iman___________
( )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Melayu,
SK Taman Semarak.
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Taman Semarak.

You might also like