You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LOK HENG


81900 KOTA TINGGI, JOHOR

TEL & FAX: 07-8947508


No.Ruj : SKFLH-100-13/1/4 ( )
Tarikh : 05.04.2023

KEPADA;

YB CIK NORLIZAH BINTI NOH


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan ,
Penerangan Dan Komunikasi Negeri Johor,
Merangkap ADUN kawasan Johor Lama,
Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Dun Johor Lama,
12A Tingkat 1,
Jalan Kota Kecil,
81900 Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN RM20,000.00 UNTUK AKTIVITI GOTONG-ROYONG


MENGECAT DAN MENYELENGGARA BANGUNAN SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Felda Lok Heng ingin memohon sumbangan daripada
pihak YB bagi tujuan menceriakan sekolah.

2. Untuk makluman YB, sekolah kami mempunyai empat buah bangunan yang mampu
menempatkan seramai 362 orang pelajar. Kali terakhir bangunan ini dicat sekitar tahun 2005
sejak penubuhannya pada tahun 1986.

3. Disebabkan telah terlalu lama bangunan ini tidak diselenggara, hal ini telah menjadikan
kesemua bangunan kelihatan usang sehingga mencacatkan pemandangan kawasan sekolah tersebut.
Justeru itu, telah tiba masanya bangunan sekolah dicat dan diselenggara semula.

4. Melalui peruntukan ini, proses mengecat akan dilakukan secara bergotong royong oleh pihak
sekolah sendiri. Hal ini akan mengembalikan keselesaan kepada murid dan memberi impak yang besar
kepada seluruh warga sekolah serta penduduk sekitar.

5. Oleh yang demikian, kami berharap sudilah kiranya pihak YB dapat menghulurkan sumbangan
terhadap permohonan di atas. Kerjasama dan jasa baik pihak YB kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

”MALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

................................................
( EN AFZANIZAM BIN ARHAM )
YDP PIBG SK FELDA LOK HENG
NO HP: 017-6106800
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LOK HENG
81900 KOTA TINGGI, JOHOR

TEL & FAX: 07-8947508


No.Ruj : SKFLH-100-13/1/4 ( )
Tarikh : 13.04.2023

KEPADA;

YB CIK NORLIZAH BINTI NOH


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan ,
Penerangan Dan Komunikasi Negeri Johor,
Merangkap ADUN kawasan Johor Lama,
Pusat Khidmat Wakil Rakyat
Dun Johor Lama,
12A Tingkat 1,
Jalan Kota Kecil,
81900 Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBINA LALUAN SUSUR GAJAH DI SK FELDA LOK HENG

Adalah dengan ini perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah SK Lok Heng ingin memohon jasa baik pihak tuan agar
dapat memberikan sumbangan untuk membina laluan susur gajah yang bertujuan memberi kemudahan
serta perlindungan kepada para pelajar ketika musim hujan dan panas.

3. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat menambahkan lagi fasiliti sekolah serta manfaat
kepada warga sekolah ini.

4. Oleh yang demikian, kami berharap sudilah kiranya pihak YB dapat menghulurkan sumbangan
terhadap permohonan di atas. Kerjasama dan jasa baik pihak YB kami dahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
( EN AFZANIZAM BIN ARHAM )
YDP PIBG SK FELDA LOK HENG
NO HP: 017-6106800

You might also like