You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH


JALAN CANTIK 1, TAMAN PELANGI INDAH
818700 ULU TIRAM Telefon : 07-8637450
JOHOR DARUL TAKZIM No.Fax : 07-8637451
JBA1124 Email : sktpippdpg@yahoo.com

Rujukan Kami : JBA1124.KLB/100-9/2/1.Jld 3 ( )


Tarikh : 5 Mac 2018

Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Johor Bahru,
Peti Surat 232,
Jalan Dato’ Onn,
80720 Johor Bahru,
Johor.

Tuan,

MEMOHON UNTUK MEMINJAM ALATAN UNTUK PERSIAPAN DEWAN DAN PENTAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah akan mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 dan Hari Apresiasi Permata Cemerlang tahun 2018 seperti butiran
berikut :

Tarikh : 11 Mac 2018 (Ahad)


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Oxford, SKTPI

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin meminjam beberapa peralatan daripada pihak MBJB untuk
persiapan dewan dan hiasan pentas sempena majlis tersebut. Peralatan tersebut seperti di bawah :

i) Pokok atas pentas


ii) Pokok bawah pentas
iii) 5 buah kerusi VVIP

4. Semoga permohonan kami ini mendapat pertimbangan dan perhatian daripada pihak tuan. Segala
kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(MOHD FAUZI BIN SAEM)


Guru Besar,
SK Taman Pelangi Indah.

You might also like