You are on page 1of 8

BI ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

L
1.0 Pengenalan 1
2.0 Faktor Murid Berkelakuan Nakal 2
3.0 Strategi Membina Hubungan Yang Positif Di Dalam Bilik Darjah 2

4.0 Peranan Guru Dalam Mengatasi Murid Berkelakuan Nakal 3


Berdasarkan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif Untuk
Murid
4.1 Persekitaran Psikososial
4.2 Persekitaran Fizikal
4.3 Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

5.0 Halangan Dalam Menguruskan Murid Berkelakuan Nakal 4

6.0 Kesimpulan 5
RUJUKAN 6

0
1.0 Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini, tingkah laku bermasalah menjadi perbualan hangat dalam
kalangan anggota masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh memberi kesan negatif
kepada aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Umumnya, guru
memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian tingkah laku murid-
murid semasa berada di sekolah. Guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan
insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Jere Brophy (1986), pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah keupayaan
guru untuk membentuk, memelihara dan memperbaharui bilik darjah bagi mewujudkan
persekitaran yang efektif untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang aksi
murid yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia
menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pemudahcaraan. Isu
tingkah laku murid yang sering berlaku dalam bilik darjah di Malaysia yang difokuskan
pada penulisan ini ialah isu kelakuan nakal. Nakal merujuk bagaimana individu itu tidak
duduk diam, berkelakuan lincah atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak
menyenangkan atau disenangi oleh orang lain sekelilingnya. (Bazla, TT) Selain itu, ciri-
ciri murid berkelakuan nakal adalah seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah,
gemar menganggu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas dan
lain-lain. Dalam pada itu, kelakuan nakal merupakan tingkah laku bermasalah negatif
dan termasuk dalam tingkah laku yang menganggu (disruptif). (Bazla, TT)

2.0 Faktor Murid Berkelakuan Nakal


Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Rahman (1995), menyatakan antara faktor
timbul masalah tingkah laku adalah faktor diri murid. (Azizi & Rohaya, TT) Mengikut
Rabven (1977) dalam Azizi dan Rohaya (TT), apabila murid-murid tidak berminat dalam
mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid
tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas dalam
fikiran mereka. Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab
di atas perlakuan sendiri. (Azizi & Rohaya, TT) Murid-murid berkemungkinan bertingkah
laku secara bermasalah kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa
sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai ‘the potential influence of
the student’s free will’. (Azizi & Rohaya, TT)

1
Selain itu, faktor keluarga. Ibu bapa merupakan acuan kepada anak-anak.
Pendidikan awal dan asuhan ibu bapa melibatkan dari aspek perkembangan akal,
peneguhan ilmu agama, pencorakan tingkah laku, pembinaan insan dan lain-lain
perkara umum yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dari ibu bapa
kepada anak-anak. (Azlina Muhammud, 2012) Pada masa yang sama, menurut Azlina
Muhammud (2012), majoriti kajian permasalahan remaja telah merumuskan bahawa
kebanyakan isu salah laku ringan seperti ponteng, tidak patuh arahan, gangguan
pengajaran dan tidak sopan adalah disebabkan oleh timbulnya konflik antara ibu bapa
dengan anak-anak yang melibatkan lima perkara iaitu cara hidup dan budaya,
tanggungjawab, persekolahan, hubungan kekeluargaan dan nilai-nilai murni. Hal ini
demikian kerana pada ketika ini para remaja mengalami krisis identiti dan pergolakan
dalam perkembangan kognitif (idealistik, egosentrik dan pencanggahan rasa rendah diri)
serta ciri-ciri keluarga itu sendiri seperti kelas sosial ibu bapa, ibu bapa bujang, ibu
bekerja dan akhir sekali sikap ibu bapa dan cara membesarkan anak. (Azlina
Muhammud, 2012) Berdasarkan Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang
menghasilkan peribadi manusia. Jika ibubapa gagal memproses anak-anak mereka di
kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.( Azizi & Rohaya, TT)

3.0 Strategi Membina Hubungan Yang Positif Di Dalam Bilik Darjah

Hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam bilik darjah sangat penting dalam
memastikan pembelajaran berlaku tanpa sebarang masalah dalaman seperti
pergaduhan antara guru dan murid sebab daripada salah faham antara kedua-dua belah
pihak. Guru-guru yang terbaik memahami bahawa kunci untuk membuka potensi murid
adalah dengan membangunkan hubungan positif dan hormat dengan murid-murid.
Dalam pada itu, membangunkan hubungan yang kukuh dengan murid dalah perkara
yang paling penting dalam memupuk kejayaan akedemik. Terdapat strategi-strategi
yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk membina dan mengekalkan hubungan
positif dengan murid. Antara strategi ialah menunjukkan minat terhadap kehidupan murid
di luar sekolah. Murid-murid mempunyai kehidupan luar dari sekolah. Guru-guru perlulah
bertanyakan khabar murid sebelum memulakan pengajaran. Sebagai contoh, guru
bertanya kepada murid tentang aktiviti yang dilakukan oleh murid pada masa terluang di
rumah. Hal ini demikian untuk mewujudkan sifat bertimbang rasa pada guru agar guru
memberi kerja sekolah dalam jumlah yang sesuai.
Seterusnya, Menurut Good and Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra
murid dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam
bilik darjah. Hal ini menunjukkan bahawa guru yang menerapkan nilai hormat-

2
menghormati dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif ke atas
pencapaian akademik murid. Oleh yang demikian, setiap guru perlulah berkomunikasi
secara berkesan bersama murid-murid agar dapat mencapai objektif pengajaran pada
sesi tersebut. Guru juga hendaklah memberi pujian dan penghargaan kepada murid-
murid apabila murid mencapai kejayaan tidak kira sama ada kejayaan kecil atau besar.
Dengan ini, murid-murid akan berasa dihargai dan dapat meningkatkan keyakinan dalam
diri mereka.

4.0 Peranan Guru Dalam Mengatasi Murid Berkelakuan Nakal Berdasarkan Persekitaran
Pembelajaran Yang Kondusif Untuk Murid

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu murid berkelakuan nakal.
Antara cara yang boleh dilakukan oleh guru ialah menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Persekitaran pembelajaran yang kondusif merangkumi
persekitaran psikososial, persekitaran fizikal dan juga peraturan dan rutin bilik darjah.

4.1 Persekitaran Psikososial

Persekitaran psikososial adalah berkaitan dengan interaksi yang berlaku antara


murid dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan persekitaran (Fraser,
1994) dalam (Azri & Crispina, 2019). Suasana yang mesra dan selesa, bebas dari
ancaman, dan bahaya fizikal, perasaan murid diterima, peka terhadap perbezaan
individu, mewujudkan komunikasi dua hala, menggalakkan pembelajaran koperatif
dan memberi peluang yang sama kepada murid dapat memupuk persekitaran
psikososial yang memberansangkan. Keadaan persekitaran sekolah yang
mempunyai ciri ketenangan dan keselesaan juga dikatakan berkesan
menyumbang kepada pembelajaran. (Azri & Crispina, 2019) Oleh itu, guru
hendaklah mengekalkan hubungan yang positif antara guru dan murid dan
mewujudkan persekitaran yang selamat di dalam bilik darjah agar murid-murid
dapat memberi tumpuan dalam pembelajaran dan mengurangkan berkelakuan
nakal.

4.2 Persekitaran Fizikal

Aspek fizikal dalam persekitaran bilik darjah boleh mempengaruhi proses


pengajaran dan pemudahcaraan dan lazimnya dianggap sebagai guru kedua
kerana berupaya mempengaruhi tingkah laku murid dan memberi kesan kepada
jalinan hubungan mesra antara guru dan murid serta sesama murid. Kajian

3
menunjukkan pembelajaran aktif dalam bilik darjah mempunyai hubungan
dengan kemudahan fizikal yang disediakan. (Arzi, 2003) dalam (Che Nidzam
et.al, 2014) Selain itu, keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai
dengan kapasiti pelajar kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang
sepatutnya boleh menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan
akhirnya menimbulkan masalah disiplin. Dengan ini, persekitaran berkualiti dapat
dihasilkan seandainya prasarana persekitaran pembelajaran dirancang dan
disusun dengan baik dan memenuhi kriteria tertentu selari dengan keperluan
murid dan matlamat kurikulum. (Che Nidzam et.al, 2014)

4.3 Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

Peraturan dan rutin bilik darjah bermakna kenyataan yang memaklumkan


tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Guru perlulah membina
peraturan dalam bilik darjah serta jelaskan kepada pelajar perlakuan yang
diterima dan perlakuan yang tidak di terima. Guru-guru hendaklah memberi
amaran berulang kali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.
(Bazla, TT) Contohnya, guru sering mengingatkan murid tentang akibat
berkelakuan nakal. Elemen penting yang perlu difokuskan oleh guru iaitu
memastikan ayat peraturan yang dinyatakan ringkas dan jelas, peraturan yang
dibentuk mesti bermakna dan dipersetujui oleh murid dalam bilik darjah. Oleh itu,
murid-murid dapat mendisiplkan diri dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan melalui peraturan dan rutin.

5.0 Halangan Dalam Menguruskan Murid Berkelakuan Nakal

Terdapat halangan-halangan dalam menguruskan murid yang berkelakuan nakal di


dalam bilik darjah. Antara halangan ialah pengaruh rakan sebaya. Ahli-ahli dalam kelas
saling bergantung dan mudah terpengaruh antara satu sama lain serta mempunyai kod
kelakuan yang hampir sama. Jika rakan sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh
negatif, maka murid tersebut akan terikut-ikut dengan perlakuan negatif tersebut.
Kebiasaanya, murid-murid yang telah diterima sebagai ahli kumpulan akan berusaha
memastikan mereka akan terus kekal berada dalam kumpulan tersebut. Rosnah A
Rajak (TT).

Di samping itu, faktor guru. Guru yang gagal menggunakan kaedah pengajaran
yang menarik dan dapat mengekalkan minat murid akan menyebabkan murid-murid

4
hilang tumpuan. Kejadian ini akan diakhiri dengan pelanggaran disiplin seperti
menganggu rakan yang sedang belajar, ponteng kelas, membuat bising dan
sebagainya. Faktor bilik darjah jugak merupakan halangan dalam menguruskan murid
berkelakuan nakal. Kelas yang tidak kondusif selalunya berciri-ciri seperti susun atur
kerusi dan meja yang tidak mengambil kira sahsiah serta keperluan murid. Rosnah A
Rajak (TT).

Seterusnya, keadaan fizikal kelas yang tidak terurus turut menimbulkan


ketidakselesaan dan kegelisahan terhadap murid-muridnya. Mereka akan kehilangan
tumpuan terhadap pengajaran dan penerangan guru dan mula melakukan tindakan
pelanggaran disiplin seperti berlakuan nakal bagi mengurangkan kegelisahan mereka.
Bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada
masalah di dalam bilik darjah. Guru sukar mengawal kelasnya dengan baik apabila
bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat pelbagai tahap kebolehan pelajar
seperti pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang
diajar oleh guru. Malahan, guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam
bilik darjah tersebut. Oleh itu, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti
pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan
pembelajaran seperti membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.
Rosnah A Rajak (TT).

6.0 Kesimpulan
Isu murid berkelakuan nakal ini dapat diatasi dengan tindakan guru yang terbaik seperti
membina hubungan positif di dalam bilik darjah dan sebagainya. Sebagai guru kita
mestilah memberi perlindungan dari segi keselamatan dan kasih sayang kepada murid-
murid selain daripada ilmu yang dikongsikan dan diajarkan. Guru juga perlu
mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan kepada murid-murid apabila
mereka berjaya melakukan sesuatu. (Bazla, TT) Galakan dan motivasi juga merupakan
perkara yang utama dalam menjayakan kejayaan murid-murid dari segi akedemik. Oleh
itu, guru-guru haruslah menangani kelakuan nakal murid-murid dengan bijak dan teratur
agar tidak menganggu proses pengajaran dan pemudahcaraan.

5
Rujukan

Amatan, M. A. & Han, C. G. K. (2019). Pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah dan


Efikasi Kendiri Guru Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, Counseling, 4 (32),
284-314. https://doi.org/ 10.35631/IJEPC.4320026

Azizi Yahaya dan Rohaya Ahmad (TT). Faktor-faktor penyebab masalah disiplin di sekolah.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
http://eprints.utm.my/id/eprint/10404/1/FAKTOR-
FAKTOR_PENYEBAB_MASALAH_DISIPLIN_DI_SEKOLAH.pdf

Azlina Muhammud (2012). Penghuni Raudhatus Sakinah: Kajian Terhadap Latar Belakang
Dan Faktor Salahlaku. Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bazla (TT). Tingkah Laku Bermasalah.


https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Puteh & Mohd
Hairy Ibrahim (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Pendididkan Bitara Universiti
Pendidikan Sutlan Idris.
https://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_
FIZIKAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN
_PEMBELAJARAN

Good, T. & Brophy, J. (2002). Looking in classrooms, 9th edition. Boston: Allyn & Bacon.
Greelane (2019, Julai 5). 10 Cara untuk Guru Membina Hubungan Positif Dengan Pelajar.
https://www.greelane.com/ms/sumber/untuk-pendidik/develop-positive-relationships-
with-students-3194339/

Jere Brophy (1986). Classroom Management Techniques. 18(2), 182-194,


https://doi.org/10.1177%2F0013124586018002005

Rosnah A Rajak, Maszuria A Ghani, Siti Mislia Selamat & NorFazilah Mohd Sajat, (TT).
Modul Pengurusan Tingkah Laku Dan Bilik Darjah. Johor

6
7

You might also like