You are on page 1of 2

Definisi dan Jenis Ponteng

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai
kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain. Manakala ponteng dari segi istilah
merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang
munasabah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang
pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah
ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke
pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja
tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng
kerja.Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan
kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugassampingan seperti hadir
mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya
masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.

Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan
ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah.

a. Ponteng sekolah

Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengansebab
yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan
dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru
ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung
lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai
alasan yang kurang logik.

b. Ponteng kelas

Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas
dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa
alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau
bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dansebagainya. Guru bermasalah ini
menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah.
Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.

c. Ponteng tugasan

Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.
Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak
menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak
menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang
dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

You might also like