You are on page 1of 2

NOMBOR ASLI Nombor asli? Sekejap, nombor pun ada yang asli dan yang tiruan ke?

Haha, bergurau
saja. Kalau korang nak tahu apa tu nombor asli teruskan membaca. Nombor asli ialah nombor yang
digunakan untuk mengira ("solat Asar mengandungi 4 rakaat") atau menunjukkan tertib ("membaca
al-Fatihah merupakan rukun solat yang ke-4"). Nombor asli bermula dengan 1 dan berterusan hingga
ketidakhinggaan (infiniti). NOTA: infiniti bukannya nombor tetapi merupakan konsep kepada tiada
pengakhiran. garis nombor asli Set bagi nombor asli disimbolkan dengan simbol N atau ( N dalam
blackboard bold, ditunjukkan sebagai dalam Unicode). Set ini ditulis begini ={1,2,3,...} dalam
penulisan set. NOMBOR BULAT Bulat? Haha, nombor 0 je yang bulat. Jadi nombor bulat tu nombor 0
ke? Sebenarnya hampir betul tapi sayangnya salah. Jika sebelum ini nombor asli dimulakan dengan
1, nombor bulat pula dimulakan dengan nombor 0. perbezaan nombor asli dan nombor bulat Set
nombor bulat pula disimbolkan dengan simbol W atau ataupun disimbolkan dengan 0. Set ini ditulis
begini ={0,1,2,3,...} dalam penulisan set. Jadi secara ringkasnya nombor bulat ialah nombor asli yang
mengandungi 0. Tapi sebelum meneruskan perbincangan kepada kumpulan nombor yang
seterusnya, rasanya lebih elok jika saya menerangkan sedikit mengapa 0 amat penting dalam sistem
nombor. 0 merupakan nombor yang amat misteri pada zaman dahulu. Jika tiada sesuatu untuk dikira
macam mana kita hendak mengira? 14 ekor lembu? 0 ekor lembu? 0 ekor kambing? Korang boleh
kira berapa ekor lembu yang ada tapi di kawasan yang kosong....hanya kawasan kosong. Tapi 0
digukan untuk menentukan rumah tempat. Sebagai contoh pada zaman dahulu, mereka tidak
mempunyai nombor 0. Jadi mereka akan tulis '204' sebagai '2 4'. Mereka akan meninggalkan tempat
kosong untuk membezakan '204' dengan '24'. Namun jika mereka hendak menulis '240', nombor
tersebut akan kelihatan '24'. Oleh itu 0 amat penting untuk menentukan kedudukan nombor (dan
juga nilainya). "2 4 bermaksud 204 (2 ratus, tiada puluh, 4 sa)" INTEGER Integer tu nombor apa?
Macam pelik je bunyinya. Sebenarnya integer ialah nombor bulat yang mengandungi nombor
negatif. Negatif di kiri, kosong di tengah, positif di kanan. garis nombor bagi integer Set bagi integer
disimbolkan dengan simbol Z atau . Set ini ditulis begini ={...-3,-2,-1,0,1,2,3,...} dalam penulisan set.
Jika bercakap mengenai nombor negatif pasti ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya nombor
negatif. Mustahil untuk kita memiliki sesuatu seperti "saya mempunyai negatif dua ekor kucing".
Bunyinya kelakar. Tapi sebenarnya nombor negatif amat berguna dalam kehidupan seharian. Jika
seseorang memiliki hutang sebanyak 1000 ringgit, kita boleh menganggap dia memiliki -1000 ringgit.
Atau seperti penyelam dalam gambar di bawah penyelam berada di atas aras laut penyelam berada
di bawah aras laut Penyelam yang berada di atas aras laut boleh dianggap berada pada altitud positif
dan penyelam yang berada di bawah aras laut boleh dianggap berada pada altitud negatif. Atau
mungkin seperti pengukuran suhu. Paras beku (0°C) adalah suhu dimana air akan membeku. Tapi
kita masih boleh memiliki suhu yang lebih sejuk yang boleh dianggap sebagai suhu negatif.
NOMBOR NISBAH Hmmm... nisbah? Macam pernah dengar. Ya, nisbah tu macam menanam pokok
kan? Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1
pasir sungai. Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik
atau kompos dan 1 pasir sungai. Haha, itu memang nisbah tapi bukan nombor nisbah yang hendak
saya bincangkan. Nombor nisbah ialah apa-apa nombor yang boleh ditulis dalam bentuk pecahan.
Jadi, jika 'p' dan 'q' adalah integer maka p/q ialah nombor nisbah. Namun ada satu syarat yang
penting iaitu q tidak boleh bernilai 0. Kenapa? Kerana membahagi dengan 0 adalah ... AMARAN:
Jangan cuba lakukan...XD tidak dapat ditentukan nilainya. Jangan peningkan kepala memikirkannya.
Set bagi nombor nisbah disimbolkan dengan simbol Q atau . Penulisan set ini agak berlainan
daripada yang sebelum ini. Set ini ditulis bergini ={p/q : p dan q ialah integer; q ≠ 0} (simbol : di baca
"di mana"). Jadi 1/2 adalah contoh bagi nombor nisbah kerana 1/2 menepati syarat yang ditentukan.
Namun 2 juga adalah nombor nisbah. Macam mana pula tu? 2 bukannya dalam bentuk pecahan.
Ingat lagi tak, "nombor nisbah ialah apa-apa nombor yang boleh ditulis dalam bentuk pecahan". 2
boleh ditulis dalam bentuk pecahan iaitu 2/1. Jadi 2 juga dikira sebagai nombor nisbah. Ada lagi satu
perkara yang ingin saya sebutkan iaitu 1/2 boleh juga ditulis dalam bentuk perpuluhan (1/2 = 0.5).
Jadi secara tidak langsung nombor perpuluhan juga ada yang dikira sebagai nombor nisbah tapi
bukan semua. Terdapat dua jenis nombor perpuluhan bagi nombor nisbah iaitu digit perpuluhan
yang terbatas dan digit perpuluhan yang tidak terbatas. Contoh digit perpuluhan yang terbatas: 0.5 =
1/2 2.78 = 139/50 1.34 = 67/50 5.237 = 5237/1000 Contoh digit perpuluhan yang tidak terbatas:
1.33333... = 4/3 0.99999... = 1 2.34343434... = 232/99 0.142857142857.... = 1/7 Digit perpuluhan
yang terbatas cuma mempunyai berberapa urutan digit selepas titik perpuluhan. Manakala digit
perpuluhan yang tidak terbatas mempunyai jumlah digit perpuluhan yang tidak terhitung jumlah
digitnya (infiniti). Namun jika korang perhatikan dengan teliti digit perpuluhan yang tidak terbatas
korang akan nampak bahawa digit-digit tersebut mempunyai urutan yang sama (berulang). Pening?
Bertenang.Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Minum segelas air dan teruskan membaca.
NOMBOR BUKAN NISBAH Nombor bukan nisbah ni mesti berlawanan dengan nombor nisbah kan?
Kalau nombor nisbah ialah nombor yang boleh ditulis dalam bentuk pecahan jadi nombor bukan
nisbah ialah nombor yang tidak boleh ditulis dalam bentuk pecahan lah kan? BINGO! Tepat sekali.
Seperti yang telah saya katakan sebelum ini nombor perpuluhan ada yang dikira sebagai nombor
nisbah tapi bukan semua kerana sebahagian besar nombor perpuluhan adalah nombor bukan
nisbah. Antara contoh yang biasa ialah: √2=1.4142135623730950...
π=3.1415926535897932384626433832795... e=2.7182818284590452353602874713527...
φ=1.61803398874989484820... Semua nombor bukan nisbah adalah dalam bentuk perpuluhan dan
mempunyai digit perpuluhan yang tidak terhitung jumlahnya (infiniti). Namun tidak seperti nombor
nisbah, digit-digit ini tidak mempunyai urutan nombor yang tetap. Sukar untuk meramal atau
menjangkakan digit seterusnya tanpa menggunakan kaedah tertentu. Simbol bagi set ini tidak
ditetapkan namun ada yang menggunakan simbol seperti \ dan '. Penulisan set bagi nombor bukan
nisbah juga sukar untuk dipastikan, namun ada yang menulis begini ' = {x : x adalah nombor
perpuluhan yang tidak terbatas dan tidak berulang}. Sekejap, tertanya-tanya apa makna simbol ,
teruskan membaca untuk mengetahuinya...hehe. NOMBOR NYATA Apa pula kali ni? Nombor nyata?
Sebenarnya tiada apa yang baru mengenai nombor nyata berbanding dengan apa yang telah kita
bincangkan. Nombor nyata ialah hasil gabungan nombor nisbah dan nombor bukan nisbah. Ooo...
macam tu. Boleh bergabung pula, dah macam cerita Dragon Ball. Hasil gabungan ini telah
melengkapkan garis nombor tanpa ada ruang di antara setiap nombor. nombor nyata berada di
sepanjang garis nombor ini Ha, kali ini persoalan korang akan terjawab. Persoalan apa? Persoalan
tentang makna simbol tu lah. Simbol R atau merupakan simbol set bagi nombor nyata. Set ini di
tulis begini ={x : x ialah nombor nisbah atau nombor bukan nisbah} Mine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

You might also like