You are on page 1of 3

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang akan dipilih adalah dalam kalangan murid Tahun Empat sesi persekolahan

Tahun 2014. Terdapat sebanyak sebuah kelas Tahun Empat di sebuah sekolah kebangsaan bergred A di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Justeru, murid dari kelas ini terdiri daripada kelas pelbagai aras kognitif akan dipilih sebagai kumpulan sasaran. Oleh itu, hal ini menjadi satu cabaran dalam kajian ini kerana responden terdiri daripada murid yang mempunyai kepelbagaian aras kognitif. Memandangkan kesemua murid Tahun Empat di sekolah ini terdiri daripada satu kaum sahaja iaitu Melayu, maka kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada responden kaum Melayu yang beragama Islam. Kumpulan yang akan dipilih sebagai responden terdiri daripada 13 orang responden perempuan dan 12 orang responden lelaki. Hal ini kerana jumlah keseluruhan bagi murid kelas ini terdiri daripada 25 orang murid sahaja. Maka, kesemua murid tersebut dipilih untuk menjadi responden supaya kesahan dan kebolehpercayaan hasil dapatan kajian akan dapat ditingkatkan. Ciri unik yang boleh diperhatikan daripada kumpulan sasaran yang akan dipilih ialah kepelbagaian jawatan yang disandang oleh responden sekolah. Terdapat responden yang memegang jawatan sebagai ketua kelas, Pembimbing Rakan Sebaya (PBS), pengawas sekolah, pengawas pusat sumber serta murid biasa. Tingkah laku responden juga berbeza-beza di mana terdapat beberapa responden yang sangat aktif di kelas, suka bermain-main dan ada juga responden yang agak pasif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) berlangsung. Ciri unik yang dimiliki oleh kumpulan sasaran ini akan menjadikan kajian tindakan ini berlainan daripada kajian tindakan yang pernah dijalankan oleh penyelidik lain. Walau bagaimanapun, responden ini tidak mempunyai pengalaman mempelajari mata pelajaran Sejarah kerana mata

pelajaran ini baru diperkenalkan pada tahun ini dan bermula pada murid Tahun Empat. Hal ini tidak menjadi masalah dalam menjayakan keberkesanan penggunaan peta i-Think dalam meningkatkan prestasi dan minat murid bagi topik Sekolah Kebanggan Saya dalam mata pelajaran Sejarah. Di samping itu, faktor geografi iaitu kedudukan sekolah ini adalah di sebuah kawasan bandar di daerah Nibong Tebal. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah bergrad A. Lokasi sekolah ini berdekatan dengan klinik kesihatan, kilang dan restoran. Melalui pemerhatian dan temu bual secatra rambang, taburan status sosio-ekonomi penduduk di sekitar kawasan sekolah ini adalah dalam peringkat sederhana. Hal ini kerana kawasan perumahan yang berhampiran dengan sekolah ini merupakan kawasan kampung. Berdasarkan dapatan maklumat tentang latar belakang keluarga responden, kebanyakan ibu bapa responden bekerja sebagai pekerja kilang dan suri rumah sepenuh masa. Namun, terdapat juga beberapa ibu bapa responden bekerja sebagai pensyarah, guru, pemandu lori, pemandu ambulans, pengawal keselamatan, pekerja kantin dan sebagainya. Bagi tujuan kajian tindakan ini, perubahan dari aspek minat dan prestasi responden akan diperhatikan melalui penglibatan aktif responden semasa pdp berlangsung di samping peningkatan tahap pencapaian responden dalam ujian yang akan dijalankan bagi topik Sekolah Kebanggaan Saya dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, kesemua responden akan terlibat dalam soal selidik yang akan dijalankan selepas pascaujian untuk mendapatkan persepsi responden tentang pengguanan kaedah peta i-Think sama ada dapat membantu meningkatkan kefahaman dan minat responden bagi topik Sekolah Kebanggaan Saya.

You might also like