You are on page 1of 10

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama pengkaji : PUNITHA A/P PARAMASIVAN


Nama sekolah : SK SEAFIELD
Tajuk Kajian : MASALAH PONTENG DALAM KALANGAN MURID SKSEAFIELD

MEREFLEK

Kes ponteng sekolah adalah sesuatu yang bukan luar biasa. Dalam barisan itu, SK Seafield
terlepas pandang dalam isu ponteng sekolah. Selaras dengan hasil rujukan buku rekod kehadiran
murid dari bulan Mac hingga Mei (2022) didapati bahawa, peratus ketidakhadiran murid ke
sekolah semakin meningkat terutamanya dalam kalangan murid-murid tahun 4 hingga 6.
Ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa alasan yang munasabah ini menyebabkan mereka
ketinggalan dalam matapelajaran yang diajar oleh guru pada hari berkenaan. Lama-kelamaan,
murid-murid yang selalu tidak hadir ke sekolah ini boleh menjejaskan kefahaman dan penguasaan
mereka dalam mata pelajaran yang diambil seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam
tahun-tahun berikunya. Ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab atau tiada makluman kepada guru
adalah ditakrifkan sebagai ponteng sekolah. Apabila murid-murid berkenaan tidak hadir ke
sekolah, pihak sekolah akan menghantar surat amaran ponteng sekolah kepada ibubapa atau
penjaga murid-murid berkenaan. Surat-surat amaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah
berdasarkan kes ponteng sekolah turut dirujuk.

Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab sebanyak 10 hari tidak berkala, pihak sekolah
akan menghantar surat amaran ponteng sekolah yang pertama kepada ibu bapa atau penjaga
murid berkenaan. Apabila bilangan hari tidak hadir ke sekolah murid mencapai 20 hari, pihak
sekolah akan menghantar surat amaran kedua dan surat amaran yang ketiga akan dihantar
apabila bilangan hari tidak hadir mencapai 40 hari. Sinario ponteng di sekolah ini sangat tinggi
terutamanya dalam kalangan murid tahun 5 sehingga peratus kehadiran segelintir murid dalam
jumlah yang agak membimbangkan. Meskipun pelbagai tindakan disiplin telah diambil namum,
kelihatan kes ini tidak menemui kesudahannya malah tindakan sedemikian masih tidak
menggalakkan murid-murid tahun 5 khususnya untuk hadir ke sekolah. Justeru itu, saya sebagai
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sk Alam Megah (3) berhasrat untuk menjalankan satu kajian
bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong mereka kerap ponteng sekolah dan
menggunakan Kaedah Token Galakan bagi mengurangkan isu ponteng dalam kalangan kumpulan
sasaran. Saya mendapati, masalah utama bagi murid saya ialah isu ponteng dalam kalangan
murid-murid, di mana isu ponteng ini merupakan satu satunya masalah yang sedang meningkat
dalam kalangan mereka. Hal ini dapat dibuktikan daripada hasil pemerhatian tingkah laku murid,
temu bual guru-guru kelas dan juga semakan rekod kedatangan murid.

Hasil daripada pemerhatian saya murid yang sama sering ponteng sekolah atas sebab malas
1
hendak ke sekolah kerana terpaksa bangun awal pagi. Setiap hari saya akan berada di pintu
pagar utama sekolah dan memerhatikan murid yang hadir dan dapat mengesan murid yang selalu
tidak hadir ke sekolah. Hasil analisis semakan rekod kedatangan dan temu bual dengan guru-guru
kelas, kami mendapati murid-murid yang sama sering ponteng ke sekolah. Bagi mengetahui
sebab ketidakhadiran murid-murid tersebut, kami telah menghubungi ibu bapa murid-murid
tersebut. Hasil maklum balas ibu bapa dan maklum balas guru-guru, didapati bahwa punca utama
murid yang sama sering ponteng adalah mereka rasa malas untuk bangun awal pagi dan bersiap
ke sekolah. Saya sebagai guru Disiplin bersama-sama guru Bimbingan dan Kaunseling juga
meninjau sama ada murid-murid yang sering ponteng ini sama ada menghadapi sebarang
masalah di sekolah misalnya seperti dibuli rakan, guru marah atau pukul, dan sebagainya. Hasil
tinjauan didapati bahawa mereka tidak menghadapi sebarang isu tersebut dan sikap mereka
sendiri menjadi penyebab utama mereka sering ponteng ke sekolah. Justeru itu, saya bercaadang
untuk mengaplikasikan satu kaedah baru iaitu Kaedah Token Galakkan yang melibatkan
peneguhan posiitif seperti yang ditekankan dalam Teori Behaviorisme.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat hadir ke sekolah dan sering ponteng
disebabkan mereka malas hendak bangun awal pagi. Masalah ini kemungkinan mereka tidur lewat
sehingga mereka tidak cukup tidur dan tidak dapat bangun awal pagi ke sekolah. Jika perkara ini
tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus ponteng dan ini akan memberi kesan
ke atas pelajaran mereka, di mana mereka akan ketinggalana dalam pelajaran berbanding rakan-
rakan mereka yang lain. Mereka juga akan menghadapi kesulitan menduduki peperiksaan UPSR
kelak. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah sahsiah dan penglibatan
nanti. Bagi mengatasi masalah ini, kami akan mencuba satu kaedah yang baru iaitu Kaedah
”Token Galakkan”.

Tujuan/objektif kajian :-
Secara amnya akan dapat mengatasi masalah ponteng dalam kalangan murid Sk Alam Megah
(3)
Secara khususnya :-
1. Murid-murid akan diberi galakkan atau peneguhan positif untuk hadir ke sekolah

2. Murid-murid akan berasa dihargai dan bersemangat untuk hadir ke sekolah

3. Guru-guru dapat melaksanakan aktiviti pdp seperti yang dirancang.

2
Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar daripada jumah pelajar yang ponteng. 5 orang murid yang
dipilih mempunyai peratusan kehadiran yang paling rendah berasaskan maklumat yang diperoleh
dari rekod kedatangan murid.

MERANCANG

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :

1. Temu bual

Sebagai salah satu instrumen dalam pengumpulan data, pengkaji telah menemu bual
beberapa pihak yang boleh memberikan data serta maklumat yang diperlukan. Ekoran itu,
antara pihak yang terlibat dalam proses temu bual adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan juga Guru Disiplin. Berdasarkan
temu bual yang dijalankan, Guru Bimbingan dan Kaunseling 1, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid beserta Guru Disiplin bersependapat bahawa isu utama yang dipandang
serius oleh semua warga sekolah sejak kebelakangan ini adalah isu ponteng sekolah
dalam kalangan murid tahun 4 hingga 6. Isu ini dipandang serius oleh Guru Besar, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Bimbingan dan Kaunseling kerana jumlah
peratusan kehadiran murid-murid tahun 4 hingga 6 adalah sangat rendah dan dalam
keadaan yang membimbangkan. Menurut ketiga-tiga pihak tersebut, antara faktor yang
mendorong mereka untuk ponteng sekolah kerap adalah, sikap diri sendiri yang malas dan
tidak bertanggungjawab. Murid-murid kurang kesedaran akan kepentingan pelajaran dan
minat mereka lebih cenderung ke arah aktiviti permainan. Didapati bahawa sebenarnya
murid tidak bermotivasi untuk belajar tetapi menggunakan alasan lambat bangun, tiada
pengangkutan dan sebagainya. Mereka yang kerap ponteng sekolah lazimnya akan
bersedia dengan satu alasan yang tidak munasabah bagi membela dirinya.

2. Semakan Rekod

3
Berdasarkan semakan rekod kehadiran murid ke sekolah, jumlah kehadiran yang paling
rendah adalah dalam kalangan murid-murid tahun 4 hingga 6. Hasil daripada analisis Buku
Rekod Kehadiran Bulan Februari, tahun 4 dan 5 mempunyai peratusan kehadiran yang
paling minima iaitu hanya sebanyak bawah 90 peratus. Didapat juga, terdapat 4 orang
murid yang mempunyai peratusan kehadiran yang paling rendah. Keempat-empat murid
yang telah dikenal pasti tersebut pernah menerima Surat-Surat Amaran disebabkan
mempunyai peratusan kehadiran yang paling rendah. Mereka dikatakan kerap kali ponteng
sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Selepas mengenal pasti kumpulan sasaran kami telah mengadakan temu janji bagi
mengadakan sesi perbincangan. Hasil daripada perbincangan didapati bahawa, antara
sebab ponteng yang dikenal pasti adalah, ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran
anak, guru yang selalu marah dan mendenda sasaran tanpa sebab, serta sikap murid itu
sendiri seperti rasa malas dan tidak cukup tidur disebabkan tidur lambat.

Pelaksanaan tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-

i. Aktiviti 1 : Menghubungi ibu bapa murid-murid yang didapati sering ponteng.

( Tarikh : 11 Jun 2022 )

Langkah 1 : Tindakan ini adalah untuk mengetahui sebab mereka sering ponteng dan untuk meminta ibu
bapa memastikan anak-anak hadir ke sekolah selepas ini.
Langkah 2 : Sebagai langkah kedua, kami akan meminta ibu bapa untuk hadir ke sekolah untuk diberi
keterangan lanjut. Mereka dipanggil untuk berbincang mengenai kesan anak-anak mereka
sering ponteng dan pada masa yang sama mengethui tindakan lanjut mereka bagi
memastikan anak- mereka hadir ke sekolah selepas ini.

ii. Aktiviti 2 : Melawat murid-murid yang sering ponteng di rumah masing-masing

( Tarikh : 18 Jun 2022 )

Langkah 1 : Sebagai langkah pertama pegawai PPS sekolah akan dihubungi untuk berbincang
mengenai langkah melawat murid-murid yang sering ponteng di rumah masing-masing.
Langkah 2 : Sebagai langkah kedua, dengan pengawasan pegawai PPS sekolah, kami akan melawat

4
rumah murid yang sering ponteng.

iii. Aktiviti 3 : Kaedah Token Galakan

( Tarikh : 25 Jun 2022 )

Selepas lawatan ke rumah, murid-murid akan mula hadir ke sekolah sebab mereka takut guru dan polis
akan datang ke rumah untuk membawa mereka ke sekolah. Apabila mereka mula hadir ke sekolah,
mereka akan dikumpul di Bilik Kaunseling supaya dalam melaksanakan intervensi yang dirancang iaitu
kaedah Token Galakan ini. Kaedah Token Galakkan merupakan satu bentuk pendekatan peneguhan
tingkah laku positif dalam perubahan tingkah laku secara berasur-ansur daripada tingkah laku asal
kepada tingkah laku yang diberi penenguhan. Pendapat ini turut disokong oleh Fahruddin (2010). Menurut
beliau lagi, kaedah ini bukan hanya diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara
meluas malah juga dalam unit Bimbingan dan Kaunseling sebagai medium galakkan demi meningkatkan
kekerapan sesebuah tingkah laku yang diingini atau menghapuskan sesuatu tingkah laku yang tidak
diingini. Kaedah token ini secara umumnya menjadi satu pendekatan yang berupaya menarik minat
murid-murid dan meningkatkan motivasi intrisnik atau dalaman mereka melalui pemberian motivasi
ekstrinsik atau luaran.

Dalam menjalankan kaedah yang dirancang, kumpulan sasaran perlu mematuhi beberapa peraturan.
Beikutan itu, saya telah menyenaraikan peraturan kehadiran ke sekolah yang perlu dipatuh oleh peserta-
peserta kajian dalam intervensi pertama. Seterusnya, murid akan diterangkan cara mendapatkan Token
Galakkan. Bagi meningkatkan peratusan kehadiran ke sekolah, peraturan harus dibina dan ditetapkan
dengan persetujuan kedua-dua pihak iaitu pengkaji dan juga peserta kajian. kami akan menerangkan
setiap peraturan yang telah ditetapkan dan syarat bagi memperolah Token Galakkan. Token diberikan
setiap kali murid menunjukkan tingkah laku positif yang disasarkan. Peserta kajian akan diberikan buku
catatan, di mana mereka perlu mendapatkan tandatangan pengkaji setiap pagi sebelum pukul 7.20 pagi.
Setelah mendapatkan tandantangan, peserta kajian akan diberikan satu token, dan mereka perlu
melekatkannya di atas moulting board yang disediakan. Peserta yang gagal hadir atau lewat hadir ke
sekolah tidak akan diberikan token.

BERTINDAK

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut :

5
Aktiviti 1 : Menghubungi ibu bapa murid-murid yang didapati sering ponteng

( Tarikh : 11 JUN 2022)

Langkah 1 : Tindakan ini adalah untuk mengetahui sebab mereka sering ponteng dan untuk meminta ibu
bpa memastikan anak-anak hadir ke sekolah selepas ini. Ibu bapa dinasihatkan agar mengambil
tindakan segera dan memastikn anak-anak mereka hadir ke sekolah. Sebagai langkah pertama, saya
telah menghantar surat kepada ibu bapa berkenaan agar mereka dimaklumkan mengenai ketidakhadiran
anak-anak ke sekolah dan mereka diminta mengambil tindakan segera.

Langkah 2 : Sebagai langkah kedua, kami telah meminta ibu bapa untuk hadir ke sekolah untuk diberi
keterangan lanjut. Mereka dipanggil untuk berbincang mengenai kesan anak-anak mereka sering
ponteng dan pada masa yang sama mengethui tindakan lanjut mereka bagi memastikan anak-anak
mereka hadir ke sekolah selepas ini. Mereka telah hadir dan perbincangan telah dijalankan seperti yang
dirancang. Melalui perbincangan tersebut, didapati anak-anak mereka kerap ponteng sekolah
disebabkan malas hendak bangun dan bersiap ke sekolah.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini atau aktiviti ini sangat berkesan
ditangani kerana, melalui aktiviti ini, kami dapat mengesan sebab utama murid-murid yang disasarkan
sering ponteng sekolah. Di samping itu, kami juga dapat berkolaborasi dengan ibu bapa untuk
memastikan tindakan selanjut kami dapat dijalankan dengan efektif agar dapat memastikan murid-murid
yang kerap ponteng ini dapat hadir ke sekolah seperti murid-murid yang lain. Refleksi yang saya boleh
nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan adalah, melalui aktivit ini satu persefahaman dan kolaborasi telah
diadakan bersama-sema kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dengan pihak ibu bapa agar berganding
bahu bagi menangani isu ponteng ini.

Aktiviti 2 : Melawat murid-murid yang sering ponteng di rumah masing-masing

( Tarikh : 18 JUN 2022 )

Langkah 1 : Sebagai langkah pertama pegawai PPS sekolah telah dihubungi untuk berbincang

6
mengenai langkah melawat murid-murid yang sering ponteng di rumah masing-masing. Kami telah
menjemput PPS Sekolahdan berbincang mengenai langkah lanjutan kami berkenaan melawat rumah
murid-murid yang sering ponteng. PPS sekolah telah memberi kebenaran dan kami diminta
memaklumkan pada pihak mereka jika perlukan sebarang bantuan atau jika berlaku sebarang
kecemasan semasa melawat rumah kumpulan sasaran.

Langkah 2 : Sebagai langkah kedua, dengan pengawasan pegawai PPS sekolah, kami telah melawat
rumah murid yang sering ponteng. Kami mendapati ada murid yang masih tidur dan malas hendak
bangun pagi dan bersiap ke sekolah. Murid-murid sangat terkejut dengan kehadiran kami dan kami telah
memberi amaran kepada murid-murid tersebut agar hadir ke sekolah atau kami selepas ini kami akan
datang ke rumah dan menjemput mereka ke sekolah.

Pemerhatian yang kami jalankan menunjukkan bahawa kaedah sangat berkesan di mana murid-murid
yang sering ponteng mula hadir ke sekolah mungkin disebabkan mereka takut cikgu-cikgu akan melawat
ke rumah mereka dan akan bawa mereka bersama ke sekolah setiap pagi. Refleksi yang kami boleh
nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini sangat efektif, di mana murid-mrid
yang lama tidak hadir ke sekolah telah dapat hadir ke sekolah. Mereka juga menpunyai tanggapan
bahawa jika mereka ponteng sekolah guru-guru akan hadir ke rumah mereka dan akan bawa mereka
bersama ke sekolah. Justeru itu, ini mendorong mereka untuk banguan pagi dan datang ke sekolah
tanpa rasa malas. Dengan ini, aktiviti atau kaedah seterusnya yang dirancang akan dapat dijalankan
dengan efektif selaras dengan objektif aktiviti.

Aktiviti 3 : Kaedah Token Galakan

( Tarikh : 25 JUN 2022)

Dalam menjalankan kaedah yang dirancang oleh pengkaji, kumpulan sasaran perlu mematuhi beberapa
peraturan. kami telah menyenaraikan peraturan kehadiran ke sekolah yang perlu dipatuh oleh peserta-
peserta kajian dalam intervensi pertama. Seterusnya, peserta kajian akan diterangkan mendapatkan
Token Galakkan. Bagi meningkatkan peratusan kehadiran ke sekolah, peraturan harus dibina dan
ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua pihak iaitu kami dan juga peserta kajian. Kami telah
menerangkan setiap peraturan yang telah ditetapkan dan syarat bagi memperolah Token Galakkan.

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan peraturan yang telah ditetapkan

____________________________________________________________
Peraturan
____________________________________________________________

7
1. Datang ke sekolah dengan sukarela
2. Hadir ke sekolah setiap hari
3. Perlu hadir ke sekolah sebelum pukul 7.15 pagi
4. Hadir ke sekolah dengan semangat

Jadual 1 Peraturan Kaedah Tokan Galakan

Token telah diberikan setiap kali murid menunjukkan tingkah laku positif yang disasarkan. Peserta
kajian diberikan buku catatan, di mana mereka telah mendapatkan tandatangan kami sama ada GBK
atau Guru Disiplin setiap pagi sebelum pukul 7.20 pagi. Setelah mendapatkan tandantangan, peserta
kajian telah diberikan satu token, dan mereka telah melekatkannya di atas moulting board yang
disediakan. Peserta yang gagal hadir atau lewat hadir ke sekolah tidak diberikan token.

Setersunya merupakan penyediaan “Token Booth” dan menu ganjaran. Kami telah meenggunakan
moulting board dan menyediakannya sebagai tempat seperta kajian melekatkan token-token yang
diterima. Moulting board tersebut telah ditempatkan di satu sudut bilik Bimbingan dan Kaunseling dan
dinamakan sebagai “Token Booth”. Peserta kajian yang menerima token telah melekatkannya di atas
moulting board yang ditempatkan di “Token Booth”. Sementara itu, kami juga telah menyediakan menu
ganjaran di sebelah sudut token “Token Booth”. Di sudut menu ganjaran kami telah menyediakan hadiah-
hadiah menarik yang telah diperoleh oleh peserta-peserta kajian. Hadiah-hadiah tersebut disusun
mengikut nombor cabutan, di mana peserta kajian telah mencabut nombor dahulu sebelum menebus
hadiah masing-masing. Hadiah-hadiah yang disediakan adalah berdasarkan minat murid iaitu seperti
barang mainan, kotak pensil, patung dan sebagainya.

Pemerhatian yang kami jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini setelah
mengimplementasikan intervensi atau kaedah yang dirancang,kami seterusnya telah merekod
perubahan tingkah laku yang berlaku kepada peserta-peserta kajian. Ini adalah tindakan susulan bagi
meninjau keberkesanan kaedah Token Galakkan yang ditangani oleh dalam menangani isu ponteng
sekolah dalam kalangan murid tahun 4 hingga 5. Sebagai kaedah merekod perubahan tingkah laku, kami
telah menggunakan instrumen pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Pemerhatian yang
dikendalikan telah direkodkan dengan cara “tally counting”. Melalui pemerhatian ini, kami berupaya
mencatat jumlah kehadiran peserta-peserta kajian dalam tempoh masa sebulan iaitu dalam tempoh
pelaksanaan kajian. Selepas mengimplementasikan kaedah ini, kami mendapati jumlah kehadiran
peserta-peserta kajian ke sekolah telah meningkat. Refleksi yang boleh kami nyatakan apabila aktiviti ini
dijalankan menunjukkan bahawa kaedah Token Galakan ini dapat meningkatkan peratusan kehadiran
murid yang sering ponteng sekolah. Mereka mula menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara, di
mana mereka yang dahulunya sering ponteng kini bersemangat untuk hadir ke sekolah hasil daripada

8
penenguhan positif yang diberikan seperti yang dibincang dalam Teori Behaviorisme.

MEMERHATI

Berdasarkan pemerhatian, semakan rekod kedatangan dan hasil temu bual dengan guru-guru, di
dapati bahawa kaedah token Galakan yang diperkenalkan in merupakan satu kaedah yang sangat
berkesan di mana berlakunya peningkatan dalam kadar kehadiran murid-murid yang sering ponteng
sekolah ini. Murid-murid yang sering ponteng sekolah dulu, kini dapat menghadirkan diri ke sekolah atas
peneguhan positif yang diberikan melalui Kaedah Token Galakkan ini. Hail pemerhatian saya setiap pagi
di pintu pagar sekolah, saya mendapati murid-murid yang sering ponteng dulu, kini kerap hadir ke sekolah
dan kadar ponteng mereka dalam seminggu telah menurun dari 4 hiingga 5 hari ke 1 hingga 2 hari.
Terdapat juga murid yang hadir penuh dan tidak ponteng sekolah seperti dulu sepanjang seminggu itu.

Sementara itu, hasil temu bual dengan guru-guru kelas, didapati bahwa, murid-murid yang dahulu
sering ponteng kini dapat menghadirkan diri ke sekolah. Kadar ponteng mereka dalam seminggu juga
telah berkurangan. Ada guru yang menyatakan bahawa terdapat seorang murid yang hadir penuh
sepanjang sebulan intervensi ini dijalankan. Jadi ini menunjukkan intervensi yang dijalankan telah
mencapai objektif yang disasarkannya. Di samping itu, saya juga telah meneliti dan menyemak dokumen
iaitu rekod kehadiran murid ke sekolah. Didapati terdapat perubahan yang ketara berkaitan kadar peratus
kehadiran murid-murid ke sekolah berbanding sebelum intervesi dijalankan. Keenam-enam murid yang
dipilih sebagai resnpondan kajian telah menunjukkan perubahan dari segi peningkatan peratus kehadiran
ke sekolah. Seorang daripada keenam-enam murid telah menunjukkan perubahan yang sangat drastik di
mana, murid tersebut telah mencatat kehadiran penuh sepanjang sebulan intervensi dijalankan.

Kaedah Token Galakan yang diperkenalkan kepada murid merupakan kaedah yang dapat
merangsang motivasi intrinsik peserta untuk berusaha bagi memperoleh ganjaran. Kaedah ini sangat
menarik minat peserta kajian ke sekolah dan mereka akan mengambil inisiatif untuk hadir ke sekolah
setiap hari bagi memperolah ganjaran yang ditawarkan. Justeru itu, kaedah Token Galakkan
sememangnya merupakan salah satu intervensi yang sangat efektif dalam merangsang mortivasi intrinsik
murid-murid terutamanya peserta-peserta kajian. Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil
dan perkembangan yang positif, di mana kami berpendapat bahawa, pembentukan tingkah laku negatif
iaitu ponteng sekolah lazimnya menjadi satu tabiat dalam diri seseorang murid itu. Persepsi diri murid
tersebut kemungkinan agak berlainan, di mana kemungkainan dirinya berpendapat bahwa tiada faedah
yang boleh mendatangkan meskipun dirinya kerap hadir ke sekolah. Ini menunjukkan tahap motivasi
murid tersebut yang paling rendah. Justeru itu, peneguhan positif melalui kaedah Token Galakkan ini
bukan sahaja berupaya menangani isu ponteng dalam kalangan kumpulan sasaran malah telah dapat

9
meningkatkan motivasi intrinsik murid untuk hadir ke sekolah.

Melalui kaedah Token Galakkan ini, kami melihat peserta kajian telah mempelajari sesuatu yang baru dan
bermanfaat ketika berada di sekolah, di mana mereka dapat sedar bahawa sikap kerap ponteng ke
sekolah merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan bercanggah dengan tuntutan tingkah laku murid.
Disamping itu, kami juga mendapati kaedah Token Galakkan ini turut banyak membantu peserta-peserta
kajian memahami bahawa isu ponteng sekolah ini bukan sahaja menjatuhkan imej diri sendiri malah
berupaya melahirkan satu perspektif yang negatif kepada sekolah. Peserta kajian juga telah sedar
bahawa tindakan ponteng ke sekolah kerap kali merupakan satu tindakan yang mampu menjejaskan
keyakinan diri murid sehingga kurang bermotivasi untuk belajar yang akhirnya akan memberikan impak
ke atas prestasi akademik. Justeru itu, tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh peserta-peserta kajian
selepas menjalani intervensi bukan sahaja berupaya meningkatkan prestasi kehadiran malah juga
berupaya meningkatkan motivasi diri dan keyakinan diri semasa ke sekolah.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa
masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah buli dalam kalangan murid-murid
tahap. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan cara menangani isu
buli dalam kalangan murid tahap 2. Kaedah yang sama boleh diimplementasikan dengan membaiki pulih
sedikit sebanyak hasil daripada dapatan dan refleksi kajian yang meliputi kelebihan dan juga kekurangan
kaedah Tokan Galakan ini.

10

You might also like