You are on page 1of 2

BAB 5

DAPATAN KAJIAN

5.0 Pengenalan

Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang diberikan
oleh resonden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan
analisa peratusan. Semua dapatan kajian dibentangkan dalam bentuk jadual kekerapan, graf dan
juga carta. Hasil dapatan kajian yang dijalankan dalam bab ini adalah untuk memenuhi objektif kajian
yang telah ditetapkan pada bab 2.

5.1 Analisis Demografi Responden

Jadual 2 : Jadual Demografi Responden

Bil Kategori Kekerapan Peratusan (%)


Jantina
1 i. Lelaki 7 35%
ii. Perempuan 13 65%
Umur
2 i. 20 tahun ke bawah 5 25%
ii. 21 tahun ke atas 15 75%
Status Perkahwinan
i. Kahwin 15 75%
3
ii. Bujang 5 25%
iii. Duda / Janda 0 0
( sumber : Kajian Lapangan, 2018)

Jadual 2 menunjukkan analisis demografi/latarbelakang responden secara peratusan dan kekerapan


berdasarkan soal selidik. Kajian ini melibatkan 20 orang responden yang terdiri daripada 35 %
responden lelaki (7 orang) dan 65% responden wanita (13 orang). Selain itu dari segi umur
responden yang terlibat, pengkaji mendapati 25% responden ( 5 orang) berusia 20 tahun ke bawah
manakala selebihnya iaitu 75% responden (15 orang) adalah wanita. Maklumat status perkahwinan
juga diperolehi daripada soal selidik. Pengkaji mendapati seramai 75% responden (15 orang) adalah
sudah berkeluarga manakala 25% responden ( 5 orang) adalah bujang dan tiada maklumat diperolehi
daripada responden berstatus duda ataupun janda. Dari perangkaan ini, dapat digambarkan secara
umum bahawa golongan wanita dalam lingkungan umur 20 tahun ke atas serta sudah berkahwin
mampu memberikan kerjasama menjayakan kajian ini.
5.2 Analisis Faktor Pencemaran : Sikap Pengguna

Sikap Pengguna
70 65
60
50
40
30 25 Sikap Pengguna
20
10
10
0
Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Rajah 1 : Sikap Pengguna

Sumber : Kajian Lapangan, 2018

Rajah 1 di atas menunjukkan pandangan responden terhadap sikap pengguna merupakan factor
berlakunya pencemaran. Dapatan kajian mendapati seramai 65 % responden ( 13 orang ) bersetuju,
10 % ( 2 orang ) responden tidak pasti manakala 25 % responden, iaitu bersamaan 5 orang
responden tidak bersetuju. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna merupakan salah satu
factor berlakunya pencemaran di { lokasi kajian}. Dapatan ini disokong dengan ….

1. Hasil pemerhatian pengkaji selama 2 hari di {lokasi kajian} menunjukkan ramai pengguna
masih membuang sampai ke dalam sungai yang berhampiran.
2. Hasil kajian yang dibuat oleh Professor Ahmad Rasidi (2016) yang menyatakan kesukaran
untuk merubah sikap masyarakat supaya sedar kepentingan menjaga alam sekitar daripada
sebarang pencemaran.

Contoh huraian bagi analisa data

 Huraian yg baik ada huraian data, di olah dengan baik, ada kesimpulan daripada data
dan disokong oleh maklumat sekunder sama ada hasil permerhatian atau hasil kajian
individu lain

You might also like