You are on page 1of 3

Mariam Marilyn Binti Anthony

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tingkat 9, Grand Seasons Avenue
No. 72 Jalan Bulatan Pahang
50564 Kuala Lumpur

Kepada

Ketua Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 18
No. 55, Persiaran Perdana
62100 Putrajaya

Melalui

Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 9, Grand Seasons Avenue
No. 72 Jalan Bulatan Pahang
50564 Kuala Lumpur 20 Mei 2020

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK (TANPA GAJI)


MENGIKUT PERUNTUKAN DI BAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5
TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Saya Mariam Marilyn Binti Anthony, No. Kad Pengenalan 820831135592, bertugas
sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19) di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), di Bahagian Kebajikan Produktif sejak dari Mei, 2012
hinggalah sekarang. Saya telah berkhidmat di jabatan ini selama 12 tahun dan ini merupakan
pertama kali saya ingin menggunakan kemudahan cuti menjaga anak selaras dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2014. Saya ingin memohon cuti tanpa gaji selama 214 hari iaitu
selama 6 bulan mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

3. Adalah dimaklumkan, tujuan saya memohon cuti tanpa gaji adalah kerana tidak mahu
membebankan pihak Jabatan dalam urusan penyesuaian di mana lokasi tempat saya
ditugaskan. Pada 19/5/2020, saya telah menerima Whatapp’s dari Ketua Unit saya iaitu Puan
Azizan Binti Aziz memaklumkan bahawa Puan Pengarah telah mengeluarkan arahan bahawa
semua kakitangan perlu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari dan perlu ambil cuti sekiranya tidak
menepati keperluan jabatan. Memandangkan sesi persekolahan belum bermula, maka ini
menjadi masalah buat saya dan suami dalam pengurusan anak-anak. Adalah dimaklumkan,
saya mempunyai 3 orang yang masih kecil iaitu berusia 11 bulan, 5 tahun (Tadika) dan 8 tahun
(Darjah 2). Sebelum berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak sulung akan transit
di sekolah agama pada sebelah pagi dan akan pergi ke sekolah kebangsaan pada sebelah
petang manakala anak ke-2 transit di tadika itu sendiri. Ibu Mentua saya berada di Bidor, Perak
dan saya tidak mempunyai saudara mara yang boleh membantu menjaga anak-anak saya. Jika
saya perlu mengambil cuti maka cuti rehat saya akan habis sekiranya PKPB masih dilanjutkan.
Saya dan suami juga telah berusaha mencari pengasuh di sekitar kawasan perumahan namun
tiada siapa yang sudi menjaga anak saya apabila mereka mengetahui saya bekerja sebagai
‘frontliner’. Saya faham dalam keadaan sekarang, masyarakat menjadi paranoid kerana kita
sedang berhadapan dengan musuh senyap dan tidak kelihatan.

4. Diawal penubuhan Pusat Kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) bagi menerima PUS
dari kalangan pelajar Tahfiz, saya adalah merupakan salah seorang kakitangan yang terlibat
secara langsung dalam menguruskan keperluan mangsa dan kakitangan disitu. Saya juga
merupakan salah seorang kakitangan yang menubuhkan bilik gerakan di Pejabat JKMWPKL
untuk menerima statistik bilangan PUS dan merupakan salah seorang kakitangan yang terlibat
dalam menjaga Pusat Kuarantin di Hotel Crystal Crown ketika itu. Namun mulai 1 April, 2020
saya tidak dapat menjalankan tugas seperti biasa kerana perlu bergilir dengan suami. Untuk
makluman Tuan, suami saya bertugas sebagai Jurutera di Syarikat Galaxy Aerospace (M) Sdn
Bhd iaitu kontraktor yang perlu selenggara kapal terbang milik Pasukan Gerakan Udara
(PDRM). Walaupun, suami saya bukanlah kakitangan awam namun perkhidmatan yang
disediakan oleh syarikat mereka amat penting dalam membantu Polis Udara untuk membuat
pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pendalaman terhadap kegiatan lanun,
penyeludupan dan lain-lain kegiatan jenayah. Seperti yang kita maklum, ketika negara kita
sedang berperang dalam menangi wabak ini pasukan Polis Udara bertanggungjawab
membawa orang-orang kenamaan terutama Perdana Menteri untuk membuat lawatan ke setiap
negeri serta menghantar segala keperluan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk makluman Tuan, suami saya baru sahaja mendapat pekerjaan di syarikat ini dan kini
dalam tempoh percubaan. Bersama-sama ini, saya lampirkan surat tawaran bekerja suami
saya, jadual bertugas dan surat-surat yang lain untuk rujukan pihak Tuan.

5. Untuk pengetahuan Tuan, sebelum ini saya ditugaskan menjaga pusat kuarantin di
Hotel Royal, namun pada 11/5/2020 saya telah diarahkan untuk bertugas di Bilik Gerakan.
Tidak dinafikan, ketika saya bertugas di Pusat Kuarantin saya hanya mampu bertugas pada
hujung minggu sahaja dan pada cuti kelepasan am iaitu ketika suami saya tidak bekerja.
Pertukaran jadual bertugas yang acap kali bertukar menyukarkan kakitangan untuk membuat
perancangan dalam pengurusan samaada tanggungjawab sebagai seorang kakitangan awam
dan tanggungjawab terhadap keluarga. Saya tidak berniat untuk Tuan fahami permasalahan
saya seorang, sedangkan pihak jabatan perlu menanggung beban tugas yang banyak dalam
negara kita sedang berusaha membendung penularan wabak virus Corona Covid-19. Saya
bukan menidakkan kesiapsagaan dalam menunaikan tanggungjawab di barisan hadapan cuma
diharap pihak Tuan dapat memberi sedikit pertimbangan untuk kakitangan dalam melunaskan
tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga.

7. Saya amat berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.
Kelulusan cuti tanpa gaji ini amat penting bagi pihak saya untuk memastikan kebajikan anak-
anak kami terjamin. Jasa baik daripada pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

--------------------------------------------------

(MARIAM MARILYN BINTI ANTHONY)

You might also like