You are on page 1of 6

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Ptdexam.com | Hak cipta terpelihara © Mohd Hafiz | 2018


Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Penafian
Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis yang
telah berkecimpung dalam bidang pendidikan dan kerjaya.

Ebook ini dikarang untuk berkongsi pengetahuan mengenai panduan


menghadapi peperiksaan dalam sektor perkhidmatan awam yang bakal
dihadapi oleh calon-calon pegawai kerajaan.

Ebook ini hanya satu panduan asas, bukannya jaminan untuk anda berjaya
dengan mudah di dalam peperiksaan perkhidmatan awam.

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca ebook ini:


• Dilarang untuk mengeluarkan mana-mana bahagian ebook ini
dengan apa cara sekalipun.
• Dilarang menjual ebook ini kepada mana-mana pihak.
• Dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk anda.
• Dibenarkan untuk mempromosikan ebook ini kepada sesiapa sahaja
melalui laman web ini :
http://ptdexam.com

Ptdexam.com | Hak cipta terpelihara © Mohd Hafiz | 2018


Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

PENGENALAN
Setiap tahun menyaksikan permohonan untuk mengisi kekosongan dalam sektor
perkhidmatan awam mendapat permintaan yang tinggi. Jumlah ini dijangkakan
meningkat setiap tahun.

Selaras dengan peningkatan ini, pihak kerajaan pasti akan membuat pemilihan yang
ketat untuk memastikan calon-calon yang terpilih menepati kriteria yang diperlukan
dan mempunyai kebolehan untuk menunaikan tanggung jawab yang diberikan
dengan baik.

Proses permohonan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam sektor


perkhidmatan awam bermula dengan permohonan dalam talian menerusi borang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Seterusnya calon-calon yang telah didaftarkan dalam pangkalan data SPA akan
disusun untuk menduduki peperiksaan awam dan akan dijalankan mengikut pusat
peperiksaan yang dipilih oleh calon-calon ketika mereka mengisi borang
permohonan.

Calon-calon peperiksaan akan dimaklumkan menerusi surat makluman yang dihantar


oleh pihak SPA. Begitu juga dengan surat makluman peperiksaan.

Peperiksaan SPA adalah satu perkara yang dinanti-nantikan. Namun persoalannya di


sini ialah bagaimana persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut?
Bagaimana dengan bentuk soalan yang bakal ditanyakan?

Oleh itu, saya menyediakan contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan


peperiksaan perkhidmatan awam supaya calon-calon peperiksaan mendapat
persediaan dan gambaran awal sebelum peperiksaan dijalankan.

Perlu saya ingatkan bahawa contoh-contoh soalan yang dipaparkan BUKAN soalan
bocor dari SPA dan bukan soalan sebenar mahupun soalan ramalan. Soalan-soalan ini
dihasilkan sebagai latihan persediaan untuk calon-calon peperiksaan awam,
khususnya calon-calon pegawai kerajaan.

Selamat menempuhi bidang perkhidmatan awam dengan jayanya.

Salam kejayaan,

Mohd Hafiz
Ptdexam.com | Hak cipta terpelihara © Mohd Hafiz | 2018
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Seksyen A : Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29

Dalam seksyen ini, calon-calon perlu tahu perkara-perkara yang melibatkan Penolong
Pegawai Tadbir N29 seperti Kerajaan Persekutuan, Pembahagian Kuasa Pentadbiran,
Kuasa Perundangan, Kuasa Parlimen Dalam Setiap Negeri, Kuasa Eksekutif, Kuasa
Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Doktrin Pengasingan Kuasa, Struktur Pemerintahan
Malaysia, Peranan Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan Rakyat,
Keistimewaan Ahli Majlis Parlimen, Kabinet, Badan Eksekutif Kerajaan Persekutuan
dan banyak lagi.

1. Kerajaan Persekutuan Malaysia merujuk kepada

A. Kerajaan Negara yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur dan berpusat di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
B. Kerajaan Negara yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
berpusat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
C. Kerajaan Negara yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan berpusat di Wilayah Persekutuan Labuan.
D. Kerajaan Negara yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan
berpusat di Wilayah Persekutuan Labuan.

2. Pembahagian Kuasa merujuk kepada doktrin dalam pemerintahan bercorak


demokrasi yang melibatkan komponen seperti di bawah KECUALI

A. Pemerintah (Eksekutif)
B. Perundangan (Legislatif)
C. Kehakiman
D. Rakyat

Ptdexam.com | Hak cipta terpelihara © Mohd Hafiz | 2018


Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1. Karim bekerja selama 8 jam sehari dalam tempoh seminggu. Jika dia dibayar
RM3.40 sejam, kira pendapatan bulanan bagi Karim.

A. RM544.00
B. RM135.00
C. RM775.00
D. RM80.00

2. Panjang sebatang paip ialah 90cm. 3/5 daripadanya dicat dengan warna hitam,
15cm dicat dengan warna oren dan selebihnya dicat dengan warna biru.
Pecahan paip yang dicat dengan warna biru ialah

A. 23/30
B. 7/30
C. 13/20
D. 17/30

3. Tebal bagi 90 keping kertas ialah 0.6 cm. Tebal bagi 216 keping kertas ialah

A. 7.0 cm
B. 2.5 cm
C. 1.48 cm
D. 1.44 cm

4. Dalam pilihanraya, 70% daripada 9000 pengundi yang berdaftar telah


mengundi. Separuh daripada jumlah tersebut telah memilih calon B, 2100
memilih calon P dan bakinya ialah undi rosak. Kira jumlah undi yang rosak

A. 1050
B. 950
C. 3050
D. 2440

Ptdexam.com | Hak cipta terpelihara © Mohd Hafiz | 2018


Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

5. Harga minyak sawit ialah RM1025 satu tan pada hari Isnin. Harganya berubah
+RM85, -RM37 dan +24 pada hari lain. Jumlahkan harganya pada hari yang
terakhir

A. RM1012
B. RM1073
C. RM1049
D. RM1097

JAWAPAN SOALAN LATIHAN

Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

1. A
2. D

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1. A
2. B
3. D
4. A
5. C

* Untuk rujukan penuh, pastikan anda nantikan email saya atau boleh email saya di
mohdhafiz@ptdexam.com (Mohd Hafiz). Rujukan bakal dibuka beberapa hari lagi,
berkemungkinan besar pada 10 Ogos ini. Pastikan anda nantikan email dari saya.

Untuk info pantas, mohon join channel telegram ini: https://t.me/notakerjakerajaan

Ptdexam.com | Hak cipta terpelihara © Mohd Hafiz | 2018

You might also like