You are on page 1of 2

Dapatan Kajian Lepas Kedua

b) Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Menerusi dapatan kajian lepas kedua ini pula kami melihat aspek Kerelevenan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini melalui pemerhatian kami terhadap wujudnya Sekolah Berprestasi
Tinggi di negara kita bermula tahun 2010.
Sekolah Berprestasi Tinggi sebagaimana ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos,
watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.
Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal
insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di
persada antarabangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

"Status itu (SBT) akan diberi kepada sekolah terbaik yang mempunyai identiti unik yang
membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah-
sekolah ini akan mempunyai budaya kerja yang kuat dan cemerlang dan melahirkan modal
insan yang dinamik untuk pembangunan negara”.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat sebanyak 100 buah sekolah berprestasi
tinggi pada tahun 2012. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pada masa sekarang terdapat
banyak sekolah berlumba-lumba untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh hal yang demikian,
pelbagai usaha yang dilakukan oleh setiap sekolah demi mencapai tahap sekolah berprestasi
tinggi.

Bukti

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak.


SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai Sekolah
Berprestasi Tinggi. SK Ulu Lubai membuktikan bahawa berada di luar bandar bukanlah
halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan
kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan
sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. Menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak
naik ke tempat pertama pada 2010 merupakan satu kebanggaan bagi semua warga sekolah
tersebut.

Selain daripada itu, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa
iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009, finalis
Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat
Komanwel dan Kerajaan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14
di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di samping itu SK Ulu Lubai juga
aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009
dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School
Singapore, Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

You might also like