You are on page 1of 3

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Timbalan Naib Canselor UiTM Perjuang UiTM FC

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar(HEP), Prof DatoDr.Abdullah Mohamed Said, telah hadir menyaksikan perlawanan Liga P erdana diantara UiTM FC dengan Kedah FC distadium Hang Tuah petang semalam.Turut hadir Prof Madya Dr.Mohd Adnan Hashim, Rektor UiTM Melaka, En.Norazman Harun, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar(HEP), En Azman Eusoff Jurulatih UiTM FC,En.Muhammad Anwar Fahmi Abdullah,Koordinator Unit Komunikasi Korporat,Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Warga UiTM Melaka.Menurut Abdullah, pasukan UiTM FC, walaupun masih baru, namun keupayaan mereka mulai bersinar dan mampu digilap ketika beraksi dengan pasukan Bola Sepa k tanah air.Kita bangga dengan keupayaan UiTM FC, mereka ini kebanyakannya pelajar UiTM dan ada juga dari kalangan mereka yang kita import daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) lain,seperti Universiti Putra Malaysia(UPM),Katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan diat as sokongan tidak berbelah bagi, kepimpinan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) dalam membantu menjayakan hasrat pengurusan UiTM, memberikan pendedahan agar golongan belia, khususnya Mahasiswa IPT, mengukir nama bukan hanya menerusi pencapaian akademik diperingkat antarabangsa, malahan melalui sukan pelajar turut mampu membina kerjaya sejurus tamat pengajian.

Sejarah Kampus
UiTM Melaka Kampus Alor Gajah

iTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah.

Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus. UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) Mula beroperasi pada 15 Disember 2006, dengan 11 orang kakitangan pentadbiran. Sesi akademik bermula pada 3 Januari 2007. Diterajui oleh Pengarah Kampus UiTM Melaka iaitu Prof Madya Dr Mizan bin Hj. Hitam dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus Bandaraya iaitu Prof Madya Mohd Zainud-Din bin Hassan. Merupakan agenda nasional dengan Usahasama Ketua Menteri Melaka dan Naib Canselor UiTM untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri 200 000 pelajar di UiTM. Tanggal 26 Mac 2007 warga UiTM berbangga dengan perasmian KBM oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. KBM menempa sejarah City Campus UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500 orang.

Laman Utama

ITM Melaka (Kini UiTM Cawangan Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar. UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana. Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar. UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah City Campus UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500. Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Cawangan Melaka kini berada dibawah pentadbiran Y.Bhg.Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.

You might also like