You are on page 1of 12

SENARAI TUGAS PENGAWAS

PUSAT SUMBER
SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)


2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat
asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan
sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
10. Membantu mempromosikan PSS
11. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
13. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS
DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat
untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih
meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;

Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan


pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat.

KONSEP

Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:


Satu Tempat:
Koleksi:
Perkhidmatan:
Agen Perubahan:

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah

Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya


meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematik.

Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan
pengajaran - pembelajaran

Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di


kalangan pelajar - pelajar

Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

1.Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan
kokurikulum.

2.Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau
kimpulan dalam proses pembelajaran.

3.Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk
kegunaan dalam kelas atau di rumah.

4.Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk
kegunaan dalam kelas atau di rumah.

5.Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras


dengan keperluan kurikulum.

6.Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

7.Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

8.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa
dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

9.Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa
dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10.Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi
memudahkan proses pembelajaran.

CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.

Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi, tidak
terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.

Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.

Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang tahun.

Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat bahan ,
alatan dan maklumat.

Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.

Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -


pembelajaran

Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu kurikulum.

A. PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Keberkesanan pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematis. Sebagai
panduan, proses pengurusan tersebut dibahagikan kepada sepuluh langkah.
LANGKAH PERTAMA

PENUBUHAN JAWATAN KUASA

A. Penubuhan Jawatan kuasa induk pusat sumber


* Guru Besar sebagai Pengerusi
* Guru Penolong Kanan Kurikulum sebagai Naib Pengerusi dan Penyelaras.
* Guru Penyelaras Pusat Sumber sebagai setiausaha, Guru Pusat Sumber, Guru kanan
mata pelajaran, Guru - guru kanan Persatuan / Kelab, wakil PIBG dan wakil Lembaga
Pengurus Sekolah sebagai Ahli - ahli Jawatankuasa.(Penubuhan Jawatan Kuasa Pusat
Sumber ini mestilah diubahsuai dengan keadaan sekolah masing -masing).

B. Penubuhan Jawatankuasa kerja PSS


Ini terdiri daripada :
* Guru Penyelaras sebagai pengerusi.
* Pelajar yang mewakili tiap -tiap kelas sebagai ahli.

C. Pelantikan Pembantu perkeranian.


Boleh diusahakan perlantikan mana - mana kakitangan sokongan sekolah yang
berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja - kerja perkeranian. Ini mungkin terdiri
daripada kerani, juru taip atau pembantu am rendah atau mana - mana staf yang
diperuntukan oleh pihak pengurusan sekolah.

D. Penentuan Dan Pembahagian Bidang Tugas.


Bidang tugas jawatankuasa dan kakitangan hendaklah ditentukan dengan jelas dan
tidak timbal balik antara satusama lain.

* Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.


* Guru Pusat Sumber (1).
* Guru Pusat Sumber (2).
* Jawatankuasa kerja pusat sumber.
* Pembantu pusat sumber.

LANGKAH KEDUA

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Rancangan pengoperasian PSS oleh Jawatankuasa induk :

a. Menggubal polisi pelaksanaan dan penggunaan Pusat Sumber.


b. Merancang peruntukan kewangan PSS dari segi mencadang dan mencari,

Punca Kewangan :

Untuk pelajar, mestilah ditegaskan perkara seperti berikut :


* Masa PSS dibuka.
* Kemudahan yang disediakan
* Pinjaman - bilangan bahan dan tempoh pinjaman.
* Keselamatan alatan dan bahan PSS.
* Disiplin dan lain -lain.

Untuk guru dan kakitangan, mestilah ditegaskan perkara -perkara berikut :


* Bahan -bahan yang boleh diguna dan dipinjam.
* Jadual dan masa mengguna serta meminjam bahan.
* Cara peminjaman dilakukan.
* Perkhidmatan Khas.

Menentukan sistem dan peraturan pinjaman bahan.

Bahan buku:
Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran
peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :
* Pinjaman biasa.
* Pinjaman buku -buku khas.
* Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )
Bahan bukan buku :
Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan.
Disamping itu perlujuga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan
bukan buku.

LANGKAH KETIGA.LANGKAH KETIGA


RANCANGAN PERKHIDMATAN

Rancangan perkhidmatan Pss oleh guru Pss mengenai perkara - perkara berikut :
* Perkembngan fizikal pusat sumber.
* Perkembangan koleksi
* Perancangan promosi dan seranta.
* Perancangan aktiviti.
* Latihan pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penilaian Pengurusan dan penggunaan PSS.
* Penghasilan bahan penganjuran pembelajaran, promosi dan panduan.

LANGKAH KEEMPAT
JAWATANKUASA KERJA

Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumber yang terdiri dari
pelajar -pelajar bagi melaksanakan tugas -tugas berikut :
i Memfail keratan akhbar dan menyusun bahan di rak.
ii. Membantu memproses bahan seperti melapik, mengguntung, melekat poker kad
pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekat label.
iii. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter edaran.
iv. Menjilid majalah dan surat khabar.
v. Menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber
untuk tujuan fail tegak.
vi. Mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber.
vii.Memperbaiki buku.
viii.Membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti.
ix. Membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran
x. Mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah).

LANGKAH KE LIMA

KECERIAAN

Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaan PSS.


i. Pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan
penggunaan.
ii. Susunan danperuntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan.
iii. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu.
iv. Pameran peraturan dan panduan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna
maklumat.
v. Poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian.

LANGKAH KE ENAM

ORIENTASI

Pelaksanaan orientasi PSS kepada pelajar baru melalui aktiviti penyampaian maklumat
mengenai :
i. Jenis - jenis perkhidmatan yang dapat dimamfaatkan oleh pelajar.
ii. Peraturan dan panduan Pusat Sumber.
iii. Bahan pusat sumber dan penggunaannya mengikut keperluan pelajar.
iv. Kad ahli dan kegunaannya dan,
v. Mendapatkan profil pelajar bagi tujuan perolehan bahan selara dengan minat dan
keperluan pelajar
LANGKAH KE TUJUH.
REKOD

Pengemaskinian rekod PSS dan memperbaharui pesanan akhbar dan majalah jika perlu
contoh rekod seperti berikut dan boleh diubahsuai mengikut keperluan.

Setiap PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod yang disimpan iaitu :
* Rekod perolehan bahan
* Rekod pinjaman bahan
* Rekod penggunaan bahan.
* Rekod penggunaan kemudahan fizikal dan alatan.
* Rekod koleksi bahan.
* Rekod belanjawan.
* Lain -lain rekod yang difikirkan perlu.

LANGKAH KE LAPAN

PROMOSI

Melaksanakan promosi dan galakan penggunaan PSS yang dijadualkan untuk sepanjang
tahun.
A. Pameran bahan mengikut topok atau tema
B. Ceramah buku
C. Pertandingan yang berhubung dengan penggunaan pusat sumber.
D. Pameran poster -poster yanmg berkaitan dengan pusat sumber sama ada hasil pelajar
atau sumbangan dari badan - badan / jabatan - jabatan tertentu.
E. Mengadakan sesi bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya
F. Membuat projek seperti model, carta dan sebagainya berdasarkan topik yang dipelajari.

G. Kegiatan - kegiatan yang lain untuk mempertingkatkan kemahiran penggunaan PSS.

LANGKAH KE SEMBILAN
AKTIVITI

Lawatan dan ceramah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pusat


maklumat yang lain.

Menganjurkan aktiviti yang ada kaitan dengan pusat sumber seperti :


i. Melawat perpustakaan awam
ii. Melawat pusat sumber sekolah yang lain.
iii.Melawat pesta buku.
iv.Melawat jabatan - jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.
vi.Menjemput penceramah dan tokoh untuk memberi ceramah mengikut topik yang
dikenalpasti

LANGKAH KE SEPULUH

PENYEMAKAN STOK.

Penyemakan stok , penilaian dan penyediaan laporan tahunan PSS

Penyemakan stok
Dijalankan bagi mengesan bahan yang :
* hilang
* rosak
* tidak sesuai
* tidakdigunakan langsung
* tidak kemaskini

PENILAIAN
I. Kepentingan

Penilaian adalah penting untuk mengetahui :


* Kemajuan keseluruhan rancangan Pusaat Sumber Seolah.
* Kekurangan atau masalah yang mungkin ada.
* Membuat perancangan secara keseluruhan.
* Mengubahsuai atau memperbaiki rancangan yang sedang dijalankan.

II. Pendekatan

Pada umumnya penilaian dapat dilaporkan melalui cara - cara berikut :


* Bukti yang diperolehi dari membuat perbandingan dengan piawaian perpustakaan
tertentu.
* Berdasarkan hasil - hasil kaji selidik yang telah dilakukan kepada murid - murid yang
menggunakan PSS.
* Data atau maklumat yang dikumpulkan oleh pihak PSS untuk satu tempoh tertentu.
* Pandangan atau ulasan yang fdikemukakan oleh pihak -pihak yang terlibat dalam
rancangan PSS itu.

III. Rekod yang disimpan

Penilaian boleh dilakukan berdasarkan rekod - rekod yang disimpan oleh pihak PSS
dalam aspek -aspek berikut :
* Bilangan peminjam
* Bilangan dan jenis bahan yang dipinjam
* Perbelanjaan
* Jenis -jenis aktiviti

MAKLUMAT

Perangkaan atau maklumat yang diperlukan,diproses dan dianalisisa suparya satu kesimpulan
dapat dicapai mengenai prestasi PSS yang berkenaan. Biasanya maklumat yang dikumpulkan
itu digunakan juga dalam hubungan pemyeliaan berdasarkan piawaian seperti berikut :

IV. Maklumbalas dan pendapat

Soal selidik bole dijalankan secara bertulis atau lisan untuk mengumpulkan pendapat dari
guru dan pelajar mengenai rancangan PSS di sekolah - sekolah tertentu. Soalan -soalan yang
dikemukakan dalam kajian itu meliputi :
* Aspek -aspek umum - seperti perkhidmatan, jens aktiviti dan koleksi alatan dan bahan.
* Aspek aspekk tertentu - seperti bahan bacaan, minat membaca,kekerapan penggunaan
dan sikap atau pandangan terhadap PSS.

V. Menganalisa dan menyebarkan hasil maklumat

Data - data yang telah dikumpul melalui pendekatan tertentu itu haruslah diproses dan
dianalisia. Misalnya jika data yang dikumoul itu menunjukkan pada sesuatu bulan bilangan
peminjam itu berkurangan, maka hendaklah dianalisa dan ditentukan sebab -sebab
berlakunya kekurangan itu.

Setalah disediakan laporan penilaian, hasilnya patutlah disebarkan untuk,akluman umum dan
jika perlu tindakan selanjutnya diambil. Hasil dapatan kajian penilaian itu hendaklah
digunakan sebagai dasar atau panduan untuk peningkatan pengurusan dan penggunaan PSS.

You might also like