You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia bagi
Syarikat Ta Win Holdings Berhad dan Syarikat Swagelok Malaysia untuk jawatan pengurus
peringkat pertengahan dan bagi Syarikat PolyGreen Chemicals (Malaysia) Sdn.Bhd dan
Syarikat Institut Bioteknologi Nasional Malaysia (NIBM) untuk jawatan pengurus peringkat
bawahan serta resume untuk memohon jawatan Perunding Harta Tanah dalam Syarikat MIP
Properties Sdn.Bhd”. Terdapat 3 objektif kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji termasuklah
untuk menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi Syarikat Ta Win Holdings
Berhad dan Syarikat Swagelok Malaysia bagi jawatan pengurus peringkat pertengahan dan
menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi Syarikat PolyGreen Chemicals
(Malaysia) Sdn.Bhd dan Syarikat Institut Bioteknologi Nasional Malaysia (NIBM) bagi
jawatan pengurus peringkat bawahan. Selain itu, objektif kajian juga untuk menyediakan
resume bagi lepasan STPM memohon kerja bagi jawatan Perunding Harta Tanah dalam
Syarikat Mip Properties Sdn.Bhd. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah data sekunder iaitu
internet dan rujukan ke perpustakaan. Pengkaji juga menjelaskan kajian berkaitan dengan
analisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat pengurusan pertengahan dan
peringkat pengurusan bawahan. Rumusannya, pengkaji mendapat banyak maklumat penting
mengenai tajuk yang dikaji untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus.

You might also like