You are on page 1of 36

NAMA KURSUS: PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH KOD KURSUS

: 3104

AHLI KUMPULAN ZARINAH BINTI IBRAHIM (680404-025776) RASMUNA BINTI SHAFIE (660823-085724) ZAINI BINTI HALIM (660626-025212)

TAJUK 6: PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Reka bentuk dan Proses menyediakan bahan sumber P&P Prosedur mengguna dan PENGURUS AN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR Menyimpan alat dan bahan Penyimpanan dan Rekod stok Panduan keselamatan Etika dan

Peralatan kekal Peralatan tidak kekal

Tanggungjawab

Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar meliputi semua reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan meyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab. Pengurusan sumber dan bahan adalah untuk membantu guru mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif(hubungan yang erat dari segi kerjasama antara dua pihak atau lebih) dan koperatif(kerjasama). Bagi membuat bahan bantu mengajar guru-guru perlu membuat pertimbangan asas dalam pemilihan ,pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar agar P&P lebih berkesan dan menarik.

REKA BENTUK DAN PROSES MENYEDIAKAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN Pengurusan Sumber dan Bahan Bantu Mengajar. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke Empat : Pengurusan bermaksud sistem untuk menguruskan maklumat sebagai satu sumber seperti bahan mentah. Bahan bermaksud bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesuatu benda contoh perlbagai jenis warna yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu seni yang cantik. Bahan Bantu Mengajar bermaksud alat yang digunakan untuk mengajar sesuatu tajuk atau pelajaran bagi memperkukuhkan lagi

Berdasarkan maksud yang dipetik daripada modul: Bahan bantu mengajar bermaksud semua bahan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat atau ilmu kepada murid. Bahan bantu belajar bermaksud semua bahan yang digunakan oleh murid secara kumpulan atau individu untuk tujuan pembelajaran.

Reka Bentuk dan Proses Penyediaan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebelum membina BBM guru perlulah menyenaraikan alatan dan bahan bantu yang ingin dibina berdasarkan objektif yang dicapai. Pilih alat atau bahan yang difikirkan menarik. Membuat penambahbaikan bahan tersebut jika perlu. Guru perlu memikirkan adakah bahan tersebut dapat menjelaskan konsep yang menarik,merangsang minda dan deria murid,hubungan idea Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan objektif lama/baru,jimatkan masa atau menjana idea murid. pembelajaran. Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan murid. Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan terlebih dahulu.

Menentukan bahan dan teknik yang sesuai. Menentukan maklumat dan ilustrasi/ gambar yang hendak dipaparkan. Menghasilkan BBM yang menarik dan kemas.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Tujuan Penggunaan BBM 1. Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman,meluaskan pengalaman. 2. Menarik minat dan perhatian,membina suasana belajar ,menghilangkan kebosanan,melibatkan murid secara aktif. 3. Menggerakkan murid untuk berfikir secara aktif. 4. Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. 5. Menjana idea,menyediakan persekitaran belajar,menjimatkan masa. 6. Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. 7. Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan yang

Prosedur Mengguna dan Menyimpan Alat dan Bahan * Mengambil kira setiap bahan yang diperlukan sekiranya perlu dilekatkan, digantung, disandarkan , dipamer dan diedarkan. * Langkah-langkah keselamatan amatlah penting dari segi murid dan juga bahan tersebut. * Bilangan BBM hendaklah mencukupi bagi memudahkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang akan dijalankan. * BBM tersebut perlulah mengambilkira dari segi menjimatkan masa,tenaga dan kos. * BBM tersebut perlu sesuai untuk diedarkan dan dipungut serta disimpan.

*Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran PSV dan menjadi tanggungjawab guru PSV untuk menguruskannya dengan sempurna. *Penerangan yang betul dan mengikut susunan kepada murid tentang bagaimana mengguna alat dan bahan bantu dengan cara yanng betul adalah amat penting. *Cara penyimpanan alat dan bahan dengan betul adalah perlu supaya tidak rosak contoh,berus ,palet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak. *Kertas lukisan yang telah diwarnakan perlu dikeringkan supaya tidak melekat ketika disimpan.

Penyimpanan dan Rekod Stok Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi untuk tujuan pengauditan. Butiran hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan. Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal/sekolah. Membuat penerimaan alat dan bahan,menyemak dan mengesahkan. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan. Dua jenis stok digunakan iaitu stok bekalan pejabat(bahan habis guna) dan stok inventori(bahan kekal).

Sebarang kerosakan,kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak pentadbiran sekolah. Satu item alat atau bahan sama ada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu borang sahaja. Semakan stok perlu dilakukan pada akhir tahun .

Panduan Keselamatan : *Sediakan peraturan-peraturan penggunaan bengkel Seni Visual dengan jelas dan enang dilihat murid-murid contohnya dipamer pada papan kenyataan. *Alat atau bahan yang berbahaya disimpan di tempat tinggi dan dikunci. *Kenal pasti murid yang bermasalah kesihatan,murid tersebut perlu diberi perhatian khusus supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. *Sebelum menggunakan sesuatu alat guru perlu memberi taklimat dan demontrasi sebelum melaksanakan sesuatu projek. *Baca label bahan dengan teliti dan lihat tarikh luputnya untuk keselamatan. *Guna pengalaman guru untuk menggunakan bahan/alat secara paling baik.

Etika dan Tanggungjawab *Ahli pantia bertanggungjawab untuk menentukan semua rancangan aktiviti yang dirancangkan dalam rancangan tahunan berjalan dengan lancar. *Ahli perlulah berbincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh pihak sekolah. *Dari masa ke semasa murid-murid perlu didedahkandengan bahan rujukan tentang sejarah dan teknik pelukis tersohor. *Menggunakan kecanggihan TMK. *Filem dan gmbar slaid seni boleh membantu murid dalam PSV.

Tajuk 7: Pengurusan Bilik Dan Hasil Kerja Murid

Susun Atur Bilik PSV

PENGERUSAN SUMBER DAN HASIL KERJA MURID

Panduan Keselamatan Etika dan Tanggungjawab Iventori Penyimpanan

#Susunan perabot #Tempat pameran hasil kerja #Sinki dalam dan luar bilik #Para gantung #Almari

Pengurusan
Bermaksud mendapatkan penyertaan,kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif seperti merancang,mengelola,mengarah dan mengawal. Bilik darjah Merupakan tempat berlakunya proses P&P yang amat penting disekolah.

Susun atur bilik PSV *Bilik PSV merupakan tempat dimana semua alatan dan bahan PSV disimpan dan sudut-sudut pameran diwujudkan. *Bilik ini diwujudkan bagi memudahkan P&P dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya P&P dapat dijalankan dengan lebih berkesan. *Lemlech(1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru perancang kurikulum, pengorganisasian , prosedur dan sumber,penyusunan persekitran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta menganalpasti masalah potensi murid.

Pelan Lantai Bilik Pendidikan Seni Visual

Susunan Perabot Bilik PSV Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Almari pameran iaitu almari berkaca dan sesuai untuk pameran objek 3D Para Gantung sesuai untuk penyimpanan alat dan bahan ,buku-buku rujukan seni visual dan ruang pameran objek 3D

Contoh bilik PSV

Bahagian Pameran Bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang yang ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. Bahan-bahan yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya contohnya seperti hasil seni 2D dan 3D. Karya dimensi sesuai ditampal ,dilekatkan dan digantung manakala karya 3D disusun di para atau rak bertingkat. Hasil kerja murid diuruskan dengan menarik dan kemas kini.

Tempat Pameran Hasil Kerja Murid

Bahan PSV

Sinki dalam dan luar bilik darjah

Kedudukan sinki air perlu berdekatan dengan bahan seni bagi memudahkan murid membersihkan peralatan seni. Sekiranya sinki terletak diluar bilik darjah ia perlu berdekatan dengan bilik PSV tersebut. Diselenggarakan dengan baik dan sentiasa dibersihkan selepas selesai digunakan.

Panduan Keselamatan

Guru perlu menyediakan jadual penggunaan untuk bilik PSV dan dipamerkan ditempat yang mudah dilihat. Peraturan-peraturan penggunaan bilik PSV perlu ditekankan oleh guru-guru PSV dan perlu diberi peringatan dari semasa ke semasa. Plan kecemasan juga perlu disedia dan dipamerkan di papan kenyataan bilik PSV untuk dijadikan panduan kepada murid-murid. Guru juga perlu memberi penerangan dan tunjuk cara penggunaan plan kecemasan tersebut.

Etika dan Tanggungjawab Berdasarkan etika dan tanggungjawab yang terdapat dalam pkhidmatan profesion keguruan. Guru PSV bertanggungjawab terhadap keadaan fizikal bilik PSV. Menjaga kebersihan dan keceriaan bilik PSV contohnya membuat jadual tugasan. Memantau penggunaan bilik PSV seperti mengadakan rekod penggunaan. Memastikan bilik PSV sentiasa kondusif untuk P&P .

Inventori

Merekod stok aset kekal dan aset semasa yang terdapat di dalam bilik PSV. Membuat catatan keluar atau masuk stok. Menyelenggara stok agar sentiasa berada dalam keadaan boleh digunakan. Membuat laporan kerosakan untuk aset dibaikpulih. Membuat hapus kira bagi aset yang tidak dapat dibaiki lagi.

Penyimpanan

Memastikan alat dan bahan disimpan dalam keadaan baik,kemas,teratur dengan menggunakan rak dan almari di bilik PSV. Setiap ruang penyimpanan alat dan bahan pada rak tersebut perlu dilabelkan untuk memudahkan guru mengambil dan menyimpannya semula. Bahan Bantu Mengajar perlu disusun mengikur Kegiatan Bidang,tahap dan tahun. Lokasi bilik penyimpanan tersebut perlulah dipastikan bebas daripada seranggan perosak.

Rumusan Guru PSV bertanggungjawab mengetahui dan memahami reka bentuk dan proses menyediakan bahan sumber.Guru perlu bijak bijak bertindak semasa menggunakan alat/bahan. Kejayaan atau kegagalan dalam pengurusan sumber bahan dan alat pengajaran dan pembelajaran PSV secara keseluruhannya adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut menguru dan mentadbirnya.

RUJUKAN Kathleen Chee(2001) .Fokus Indigo-Pendidikan Seni.Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia(1998).Kurikulum Baru Sekolah Rendah :Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Tahun Dua.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia(1998).Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).Modul Pendidikan Seni Visual(PSV3104).Kuala Lumpur :Bahagian Pendidikan Guru. Mohd Johari B.Ab Hamid.(2004).Falsafah dan Kritikan Seni.UPSI.Kuala Lumpur.

SEKIAN , TERIMA KASIH

You might also like