You are on page 1of 4

No.

Rujukan:

KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM: MENAIK TARAF PUSAT SUMBER
SK TAMAN SUTERA TAHUN 2022

1. TAJUK KERTAS CADANGAN


Menaik Taraf Pusat Sumber SK Taman Sutera

2. PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu bagi melahirkan masyarakat Malaysia
yang berilmu, beretika, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, membuat
keputusan berasaskan ilmu pengetahuan dan menyumbang ke arah pembangunan
negara. Namun, Pusat Sumber SK Taman Sutera masih di tahap yang kurang
memuaskan kerana infrastruktur yang semakin uzur dan keadaan persekitaran dalam
Pusat Sumber yang kurang menarik. Selain itu, kekangan sistem automasi dan sumber
bahan bacaan yang pelbagai juga menjadi penyumbang kurangnya fungsi Pusat
Sumber di sekolah ini. Justeru itu, program menaiktaraf Pusat Sumber sekolah perlu
diteruskan bagi menyediakan ruang yang kondusif untuk murid meneroka ilmu di
Pusat Sumber.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Meningkatkan tahap pengurusan Pusat Sumber Sekolah
3.2 Meningkatkan bilangan pengguna Pusat Sumber Sekolah
3.3 Meningkatkan rekod bacaan NILAM
3.4 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan utama dalam kalangan
warga sekolah

4. KUMPULAN SASARAN

Semua guru, murid dan ibu bapa SK Taman Sutera

5. OBJEKTIF
5.1 Menyediakan Pusat Sumber sekolah yang kondusif, lengkap dan menarik
5.2 Menambah bilangan buku
5.3 Menggantikan dan membaikpulih buku yang telah rosak
5.4 Menggantikan 4 buah penghawa dingin 2.0hp yang telah rosak
5.5 Menggantikan rak buku yang telah uzur dan rosak
5.6 Menyediakan sebuah komputer untuk urusan automasi dan pengurusan buku
5.7 Menyusun atur semula Pusat Sumber Sekolah
No. Rujukan:

6. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Bil Perkara Tempoh


pelaksanaan

1 Mesyuarat penetapan tema (Industrial) April

2 Membersihkan Pusat Sumber Mei


3 Mengecat Pusat Sumber Jun
4 Menyusun atur Pusat Sumber Julai
5 Menaik taraf sistem automasi Ogos

7. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Dolie@GL Shamsyul bin Eddie@Idea (Guru Besar)


Pengerusi : En Azri bin Abd Razak (Penolong Kanan Kurikulum)
Penyelaras : Puan Nur Melissa bt Yahya (Guru Perpustakaan dan
Media)
AJK : Semua Ketua Panitia

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Kos (RM)


1 Cat dinding 3 tong (hitam) 180.00 x 3 = 540.00
2 tong (kelabu) 180.00 x 2 = 360.00
Cat lantai 3 tong (kelabu) 250.00 x 3 = 750.00
2 Peralatan cat (berus/roller/tinner) 150.00
3 Penghawa dingin 2.5 hp 4 unit 3000.00 x 4 = 12000.00
4 Komputer & peralatan automasi 1 unit 4500.00
(sistem/scanner)
JUMLAH 18300.00

9. Penutup

Diharap dengan sumbangan yang telah diberikan dapat menyediakan suasana yang
kondusif dan memberangsangkan serta meningkatkan penggunaan PSS di kalangan
warga sekolah selaras dengan hasrat Kementerian bagi mewujudkan modal insan yang
berdaya saing dan berilmu pengetahuan tinggi.
Sekian, terima kasih.
No. Rujukan:

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NUR MELISSA BINTI YAHYA) (AZRI BIN ABD RAZAK)


Guru Perpustakaan dan Media Guru Penolong Kanan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera Sekolah Kebangsaan Taman Sutera
14.4.2022 14.4.2022
Disahkan oleh:

(DOLIE@GL SHAMSYUL BIN EDDIE


@ IDEA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera
14.4.2022

KERTAS CADANGAN
MENAIK TARAF PUSAT SUMBER
No. Rujukan:

SK TAMAN SUTERA TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Menaik Taraf Pusat Sumber SK Taman


Sutera

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Menaik Taraf Pusat Sumber SK


Taman Sutera

Ulasan:

….
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………

(DOLIE@GL SHAMSYUL BIN EDDIE@IDEA)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera
Tarikh:

You might also like