You are on page 1of 3

PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA ATOK


27660 SEGA, RAUB, PAHANG

KERTAS KERJA
KECERIAAN TERATAK ILMU SKKA

1.0 Nama Program


KECERIAAN TERATAK ILMU SKKA

2.0 Rasional
Teratak Ilmu adalah sebagai satu cara pendekatan perpustakaan menggalakkan
murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan. Teratak Ilmu akan memberi
kemudahan bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi ke
perpustakaan.
Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan
lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa menganggu murid yang lain.
Murid-murid juga dapat menambahkan bilangan bacaan dalam buku rekod nilam.

3.0 Objektif
i. Menggalakkan murid-murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu
kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.
ii. Mewujudan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih
bersemangat untuk menjadi murid yang cemerlang dan terbilang.
iii. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.
iv. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang
disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah. Khusus bagi membantu
kecemerlangan murid.

4.0 Modus Operandi Teratak Ilmu


i. Terbuka kepada semua murid dan guru
ii. Bahan bacaan disediakan dalam rak yang akan dibeli
iii. Lapang Bacaan diwujudkan di Teratak Ilmu yang berada di sebelah kantin
sekolah
iv. Murid-murid bebas menggunakan Teratak Ilmu semasa waktu rehat pada
pukul 10.15 pagi hingga 10.35 pagi
v. Teratak Ilmu disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk
kemudahan murid.
vi. Murid-murid dibenarkan makan dan minum semasa menggunakan
kemudahan bahan bacaan di Teratak Ilmu.
5.0 Kumpulan Sasatan
Murid-murid daan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kuala Atok.

6.0 Tarikh Perlaksanaan


Penggal kedua ( Jun hingga Disember 2022)

7.0 Implikaasi Kewangan

BIL PERKARA HARGA (RM) JUMLAH (RM)

1 Meja Batu 2 buah 250,00 500.00

2 Rak Buku Besi 2 set 300.00 600.00

Poster (PSS, PDDa,Panitia 400.00 400.00


3
Matapelajaran)

4 Cat untuk Teratak Ilmu 250.00 250.00

5 Pokok Bunga 250.00 250.00

JUMLAH 2000.00

8.0 Sumber Kewangan


Sumbangan YB Dato’ Abd. Aziz bin Haji Mat Kiram

9.0 Pelaksanaan

Pengerusi : En. Subri Bin Basiron


Naib Pengerusi : Pn. Fatmawati Binti Ghazali
Penyelaras : Pn. Roslina Binti Alias
AJK : Pn. Ida Nooryanie Binti Mustapha
: En. Mohd Azizi Bin Abd Razak
: Pn. Zety Farhana
: Pengawas Perpustakaan SK Kuala Atok

1. AJK guru memastikan persiapan Teratak Ilmu dan perjalanan program berjalan
seperti yang dirancang.
2. AJK murid akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
3. Tugas AJK memastikan bahan bacaan di Teratak Ilmu diurus dengan baik

10.0 Penutup
Semoga hasrat sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar di mana jua
akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang bertrampilan, berdikari
dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………......... ……………………………….
(ROSLINA BT ALIAS) (FATMAWATI BT GHAZALI)
Penyelaras PSS GPK Pentadbiran
SK Kuala Atok SK Kuala Atok
Tarikh :…………… Tarikh :…………………..

Diluluskan Oleh,

…………………………….
(SUBRI BIN BASIRON)
Guru Besar
SK Kuala Atok
Tarikh : ………………

You might also like